RUKUNEGARA PERISYTIHARAN BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan v Kata Pendahuluan perdana menteri malaysia Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan digubal dalam persekitaran operasi yang amat mencabar. Semua negara menghadapi gabungan pelbagai bentuk cabaran berpunca daripada harga komoditi yang semakin tinggi di pasaran dunia. Harga bahan api, logam dan makanan yang melambung tinggi telah menyebabkan rakyat dan Kerajaan mengalami keadaan yang amat sukar. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pasaran kewangan global yang tidak menentu berikutan krisis kredit yang baru berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah. Berasaskan situasi ini, Kajian Separuh Penggal merupakan masa yang sesuai bagi Kerajaan menilai semula keutamaan negara untuk memastikan kepentingan golongan berpendapatan rendah terus dilindungi. Ini adalah masa bertepatan untuk Kerajaan menilai semula dasar bagi mengambil kira perubahan yang diperlukan untuk menghadapi persekitaran baru yang semakin mencabar. Liku-liku yang bakal dilalui akan menguji daya tahan kita. Justeru itu, usaha perlu dijuruskan semula dan dilipat ganda bagi menangani kesukaran ini. Keupayaan kita mengharungi masa yang getir ini akan menjadikan kita semakin teguh dan lebih bersedia menempuh cabaran yang mendatang. Misi Nasional kekal sebagai rangka kerja yang menjadi panduan kepada Kerajaan dalam membangunkan sosioekonomi negara. Teras Misi Nasional memastikan pencapaian objektif yang seimbang antara peningkatan ekonomi dalam rantaian nilai; pengukuhan modal insan negara; pengurangan kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan; pengekalan kualiti hidup yang tinggi; dan pengukuhan institusi tadbir urus negara. Kajian Separuh Penggal jelas menunjukkan pencapaian kelima-lima teras Misi Nasional adalah amat membanggakan. Negara terus beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagi memudahkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sosioekonomi, pelbagai program bantuan terus disediakan. Langkah juga telah diambil bagi menambah baik persekitaran perniagaan terutama melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH . Dalam usaha melangkah ke hadapan, penekanan akan diberi kepada peningkatan kecekapan terutama penggunaan tenaga dalam ekonomi. Dalam aspek pembangunan modal insan, dua pelan utama telah dilancarkan dengan matlamat memperkukuh sistem persekolahan dan pendidikan tinggi. Sektor pendidikan terus memperoleh peruntukan terbesar dalam perbelanjaan pembangunan negara. vi DA TO’ SERI ABDULAH BIN HAJI AHMAD BADA WI Perdana Menteri, Malaysia Putrajaya 26 Jun 2008 Kajian Separuh Penggal mencatat kemajuan yang ketara dalam mengurangkan kadar kemiskinan, menyusun semula pola guna tenaga dan meningkatkan pemilikan ekuiti. Pengagihan peluang ekonomi yang lebih saksama akan terus menjadi matlamat utama dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Sehubungan ini, lima koridor pertumbuhan wilayah akan terus dimajukan bagi memastikan ketidakseimbangan antara Lembah Klang dengan kawasan lain dapat dikurangkan. Kualiti hidup rakyat akan diberi lebih perhatian dalam persekitaran semasa harga minyak dan komoditi yang semakin meningkat. Keutamaan akan diberi kepada pelaksanaan pelbagai langkah bagi mengurangkan kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah. Pemuliharaan tenaga dan sumber tenaga boleh diperbaharu akan juga diberi lebih tumpuan selaras dengan cabaran semasa. Kerajaan juga akan terus mengambil langkah memperkukuh institusi seperti institusi kehakiman dan perkhidmatan awam. Langkah telah diambil untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Pada masa kini, sektor awam lebih terbuka kepada media dan bekerjasama dengan lebih banyak pihak yang berkepentingan. Kerajaan akan terus melaksana dasar dan langkah untuk meningkatkan ketelusan dan tadbir urus yang baik. Bersatu, kita akan mengatasi sebarang rintangan dan kita akan mencapai Wawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Janganlah kita goyah. Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan. vii kandungan PERSPEK TIF MENYELURUH 3 PENCAPAIAN DAN PR OSPEK EK ONOMI MAKR O I. PENDAHULUAN 11 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 E konomi Dalam Negeri Produktiviti Kemajuan ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Permintaan Agregat Pencapaian Sektoral Akaun Kerajaan Persekutuan S ektor Luar Negara Perdagangan Barangan Imbangan Pembayaran Imbangan Sumber P erkembangan Harga 11 11 11 13 13 14 15 15 15 15 16 16 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 S trategi Ekonomi Makro T injauan Ekonomi Antarabangsa E konomi Malaysia Produktiviti Faktor Keseluruhan Permintaan Agregat Keluaran Sektoral Akaun Kerajaan Persekutuan S ektor Luar Negara Perdagangan Barangan Imbangan Pembayaran 16 16 16 16 18 18 19 20 20 20 21 Muka Surat viii I mbangan Sumber P erkembangan Harga 22 22 IV. PENUTUP 22 TERAS 1: MENINGKA TKAN EK ONOMI DALAM RAN TAIAN NILAI LEBIH TINGI I. PENDAHULUAN 25 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 25 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Modal Insan Penyelidikan dan Pembangunan Infrastruktur ICT Rangkaian Infrastruktur dan Sistem Pengangkutan Bekalan Tenaga yang Mampan Rangka Kerja Institusi dan Kawal Selia Penyertaan Sektor Swasta Mengenal pasti dan Mempercepat Sumber Pertumbuhan Baru P eluasan Pasaran bagi Barangan dan Perkhidmatan Malaysia 30 30 30 31 32 32 33 33 34 34 36 IV. PENCAPAIAN , 2010 37 V. PENUTUP 40 TERAS 2: MENINGKA TKAN KEUPAYAN PENGE TAHUAN DAN IN OVASI NEGARA SER TA MEMUPUK ‘MINDA KELAS PER TAMA ’ I. PENDAHULUAN 43 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 P asaran Buruh dan Guna Tenaga 43 45 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 P asaran Buruh dan Guna Tenaga P rogram Pendidikan Pendidikan Rendah dan Menengah Pendidikan Prasekolah Pendidikan Tinggi 46 46 47 47 49 49 Muka Surat ix P endidikan Teknikal dan Latihan Vokasional P embelajaran Sepanjang Hayat P embangunan Moral dan Nilai Etika yang Kukuh 52 53 53 IV. PENCAPAIAN , 2010 55 V. PENUTUP 56 TERAS 3: MENANGANI KE TIDAKS amaan SOSI OEK ONOMI YANG BER TERUSAN SECARA MEMBINA DAN PR ODUK TIF I. PENDAHULUAN 59 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 59 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 P embasmian Kemiskinan P engagihan Pendapatan P enyusunan Semula Hak Milik P enyusunan Semula Guna Tenaga K eseimbangan Wilayah Pembangunan Koridor Merapatkan Jurang Digital Pembangunan MPB 64 65 66 66 68 68 68 70 70 IV. PENCAPAIAN , 2010 71 V. PENUTUP 73 TERAS 4: MENINGKA TKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALI TI HIDUP I. PENDAHULUAN 77 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 78 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 K esihatan P erumahan dan Perkhidmatan Bandar B ekalan Elektrik B ekalan Air dan Pembetungan S istem Pengangkutan dan Keselamatan Jalan Raya 82 82 84 85 86 86 Muka Surat x Muka Surat P embangunan Keluarga K eselamatan Awam A lam Sekitar K ebudayaan, Kesenian dan Warisan S ukan 87 89 90 91 91 IV. PENCAPAIAN , 2010 91 V. PENUTUP 95 TERAS 5: MENGUKUHKAN KEUPAYAN INS TITUSI DAN PELAKSANAN I. PENDAHULUAN 99 II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 99 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 P engintegrasian Perkhidmatan Perekayasaan Penyampaian Perkhidmatan Pewujudan Pusat Setempat Maya Peningkatan Perkongsian Maklumat dan Infrastruktur Kaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Kawal Selia Langkah ke arah Peningkatan Kawalan Kendiri Penambahbaikan Tadbir Urus Pembangunan Kompetensi Peningkatan Keyakinan dalam Perkhidmatan berasaskan Elektronik P erancangan, Pemantauan dan Penilaian berasaskan Pencapaian 101 101 102 103 103 104 104 104 105 105 106 IV. PENCAPAIAN , 2010 106 V. PENUTUP 107 PERUN TUKAN PEMBANGUNAN KERAJAN PERSEKU TUAN I. PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KERAJAN PERSEKUTUAN BAGI RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN MENGIKUT TERAS 111 GLOSARI AKRONIM 115 PETUNJUK 123 xi senarai CAR TA, KOTAK, JADUAL DAN RA JAH SENARAI CAR TA Muka Surat Carta M-1 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: 13 Malaysia, 2000 dan 2007 Carta M-2 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 13 mengikut Negara, 2000 dan 2007 Carta M-3 Produktiviti Faktor Keseluruhan, 2006-2010 18 Carta M-4 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Perbelanjaan, 2006-2010 18 Carta M-5 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Industri, 2006-2010 19 Carta 1-1 Perbelanjaan Kasar R&D, 2007 31 Carta 1-2 Kadar Penembusan Jalur Lebar 32 Carta 1-3 Bekalan dan Permintaan Gas di Semenanjung Malaysia 33 Carta 2-1 Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2005-2010 45 Carta 2-2 Guna Tenaga mengikut Sektor, 2005-2010 46 Carta 2-3 Guna Tenaga mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 2005-2010 46 Carta 2-4 Enrolmen Pelajar di Institusi Pendidikan, 2005-2010 48 Carta 2-5 Enrolmen di Institusi Pendidikan Tertiari mengikut Peringkat 49 Pengajian, 2005-2010 Carta 2-6 Modal Insan Mahir, 2005-2010 51 Carta 5-1 Bahagian Pembayaran Runcit Bukan Tunai mengikut Jumlah 102 Carta 5-2 Penyelesaian Aduan melalui iAduan 103 Carta 5-3 Pertumbuhan Perbankan Internet dan Mudah Alih 106 Carta A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi 111 Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras xii SENARAI KOTAK Muka Surat Kotak M-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 12 Kotak 1-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 26 Kotak 1-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 37 Kotak 2-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 44 Kotak 2-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 55 Kotak 3-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 60 Kotak 3-2 Koridor Pertumbuhan Wilayah 69 Kotak 3-3 Jangkaan Pencapaian, 2010 72 Kotak 4-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 78 Kotak 4-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 92 Kotak 5-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 100 Kotak 5-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 107 xiii SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual M-1 Petunjuk Utama Ekonomi 17 Jadual M-2 Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan, 2005-2010 20 Jadual M-3 Imbangan Pembayaran, 2005-2010 21 Jadual 4-1 Nisbah Personel Kesihatan Kepada Penduduk, 2005 dan 2007 84 Jadual A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi 111 Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras SENARAI RA JAH Rajah 1-1 Meningkatkan Ekonomi Dalam Rantaian Nilai 30 Rajah 1-2 Rangkaian Landasan Kereta Api 32 Rajah 3-1 Strategi Utama Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi 64 xi senarai CAR TA, KOTAK, JADUAL DAN RA JAH SENARAI CAR TA Muka Surat Carta M-1 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: 13 Malaysia, 2000 dan 2007 Carta M-2 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 13 mengikut Negara, 2000 dan 2007 Carta M-3 Produktiviti Faktor Keseluruhan, 2006-2010 18 Carta M-4 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Perbelanjaan, 2006-2010 18 Carta M-5 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Industri, 2006-2010 19 Carta 1-1 Perbelanjaan Kasar R&D, 2007 31 Carta 1-2 Kadar Penembusan Jalur Lebar 32 Carta 1-3 Bekalan dan Permintaan Gas di Semenanjung Malaysia 33 Carta 2-1 Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2005-2010 45 Carta 2-2 Guna Tenaga mengikut Sektor, 2005-2010 46 Carta 2-3 Guna Tenaga mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 2005-2010 46 Carta 2-4 Enrolmen Pelajar di Institusi Pendidikan, 2005-2010 48 Carta 2-5 Enrolmen di Institusi Pendidikan Tertiari mengikut Peringkat 49 Pengajian, 2005-2010 Carta 2-6 Modal Insan Mahir, 2005-2010 51 Carta 5-1 Bahagian Pembayaran Runcit Bukan Tunai mengikut Jumlah 102 Carta 5-2 Penyelesaian Aduan melalui iAduan 103 Carta 5-3 Pertumbuhan Perbankan Internet dan Mudah Alih 106 Carta A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi 111 Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras xii SENARAI KOTAK Muka Surat Kotak M-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 12 Kotak 1-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 26 Kotak 1-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 37 Kotak 2-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 44 Kotak 2-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 55 Kotak 3-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 60 Kotak 3-2 Koridor Pertumbuhan Wilayah 69 Kotak 3-3 Jangkaan Pencapaian, 2010 72 Kotak 4-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 78 Kotak 4-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 92 Kotak 5-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 100 Kotak 5-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 107 xiii SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual M-1 Petunjuk Utama Ekonomi 17 Jadual M-2 Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan, 2005-2010 20 Jadual M-3 Imbangan Pembayaran, 2005-2010 21 Jadual 4-1 Nisbah Personel Kesihatan Kepada Penduduk, 2005 dan 2007 84 Jadual A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi 111 Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras SENARAI RA JAH Rajah 1-1 Meningkatkan Ekonomi Dalam Rantaian Nilai 30 Rajah 1-2 Rangkaian Landasan Kereta Api 32 Rajah 3-1 Strategi Utama Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi 64 Perspektif Menyeluruh 1 Perspektif menyeluruh Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Perspektif Menyeluruh 3 Perspektif menyeluruh Dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2007, menyaksikan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan KDNK sebenar berkembang melepasi sasaran di sebalik persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar. Pertumbuhan ini telah meningkatkan pendapatan per kapita dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. Kadar kemiskinan berkurangan dan jurang pendapatan antara dan kalangan kumpulan etnik mengecil. Kualiti dan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan bertambah baik. Kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan rangkaian pengagihan elektrik dinaik taraf dan diperluas. Struktur ekonomi beralih kepada lebih berasaskan pengetahuan diukur daripada peningkatan tahap kesediaan pengetahuan meliputi semua industri dan perkhidmatan utama. Tempoh akhir Rancangan dijangka semakin mencabar dengan ekonomi dunia mengalami penyusutan momentum pertumbuhan dan kemunculan beberapa isu baru dalam lanskap ekonomi dunia. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lembap kesan daripada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak berkembang dan memberi kesan lanjutan ke atas Eropah barat serta ekonomi baru muncul dan sedang membangun. Prospek ekonomi dunia dijangka terus mengalami kelembapan berikutan kemungkinan kejatuhan pasaran gadaian subprima Amerika Syarikat yang boleh melemahkan kemudahan kredit dunia dan kesan inflasi dunia akibat kenaikan harga tenaga, komoditi dan makanan yang berpanjangan. Di sebalik senario ini, KDNK sebenar Malaysia dijangka kekal tinggi pada kadar 6% setahun dalam tempoh akhir Rancangan. Malaysia, sebuah ekonomi terbuka tidak sepenuhnya terpisah daripada kejutan luar ini. Negara akan mengambil langkah proaktif dan kekal peka kepada risiko kelembapan ekonomi dunia dan peningkatan tekanan ke atas pasaran kewangan. Asas ekonomi makro kekal teguh dan wujud dasar yang mencukupi untuk menampung kesan daripada kejutan luar ke atas ekonomi domestik. Dasar yang menyokong perniagaan, termasuk penyusunan semula peraturan dan liberalisasi akan terus dilaksana bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi dan memacu pertumbuhan. Pelaburan langsung asing dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan akan turut diberi galakan. Keutamaan dalam tempoh akhir Rancangan akan ditumpu kepada projek berteraskan rakyat yang memberi faedah ketara dan meningkatkan kualiti hidup. Sehubungan ini, inisiatif yang akan diberi keutamaan dalam agenda tersebut adalah seperti berikut: • membasmi kemiskinan; • menyedia perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana; Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 4 y y Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi y y Meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik y y Melaksanakan perancangan, pemantauan dan penilaian berdasarkan pencapaian y y Meningkatkan akses kepada dan kualiti penjagaan kesihatan y y Menyediakan perumahan mampu milik dan bekalan air serta elektrik kepada golongan miskin y y Menambah baik jaringan pengangkutan y y Meningkatkan keselamatan awam y y Menambah baik alam sekitar y y Menangani isu berkaitan kanakkanak, golongan belia dan wanita y y Mengurangkan kadar kemiskinan y y Memperbaiki pengagihan pendapatan y y Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah y y Menyusun semula pola guna tenaga y y Menyusun semula pola pemilikan kekayaan y y Membangunkan MPPB y y Meningkatkan kualiti dan akses pendidikan y y Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan y y Menyediakan pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa y y Memupuk keupayaan R&D dan inovasi y y Menyemai nilai murni dalam masyarakat y y Meningkatkan produktiviti dan daya saing y y Menjana sumber pertumbuhan baru y y Mengembangkan pasaran baru TERAS 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi TERAS 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama TERAS 3 Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan TERAS 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup TERAS 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan inisiatif dasar/ strategi p p p p R rinsi asas er aduan negara AEGKNRU islam hadhari Wawasan 2020 Rangka Kerja Dasar dan Strategi bagi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan • menyedia akses kepada bekalan air dan elektrik; • meningkat penjagaan kesihatan; • menambah baik taraf hidup kumpulan terpinggir; • merapat jurang pendapatan dan kekayaan antara dan kalangan kumpulan etnik; • memperkukuh modal insan; • memper t ingkat keselamatan awam; • menambah baik pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar; dan • membangun koridor wilayah serta mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak. Kajian Separuh Penggal juga menyediakan respons yang kukuh bagi menangani kenaikan harga minyak dan makanan yang berpanjangan dengan tujuan utama meminimum kesan kepada rakyat, khususnya golongan miskin. Walaupun subsidi ke atas petroleum dan gas akan dikurang secara sistematik dan beransuransur, jaring keselamatan sosial akan diperkenal untuk memastikan golongan miskin dan yang layak terus menerima bantuan bagi mengurangkan beban. Penyusunan semula subsidi adalah penting sejajar dengan kenaikan harga minyak dan bagi memastikan sumber yang mencukupi dan tersedia untuk melaksanakan projek pembangunan yang pent ing. Bagi menangani masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan, Kerajaan akan melaksana Dasar Jaminan Bekalan MISI NASI ONAL , 2006-2020 Perspektif Menyeluruh 5 Makanan Negara termasuk mewujudkan s impanan s tok beras, memas t ikan import barangan makanan perlu yang mampan dan membuka tanah baru untuk meningkatkan pengeluaran. Lima teras Misi Nasional akan terus dijadikan panduan kepada semua usaha pembangunan dalam tempoh akhir Rancangan bagi memastikan Malaysia berada di landasan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan negara terus menjadi asas dengan berpandukan prinsip sejagat Rukunegara dan Islam Hadhari. Kajian Separuh Penggal menilai semua projek Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memastikan hasilnya menyumbang kepada pencapaian Misi Nasional. Kajian ini juga telah menyusun semula keutamaan projek berdasarkan keperluan ekonomi semasa. Bagi mencapai Teras Pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, tumpuan adalah kepada tiga bidang utama, iaitu meningkatkan produktiviti dan daya saing negara, menjana sumber pertumbuhan baru dan mengembangkan pasaran baru. Inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing termasuk memastikan penawaran tenaga kerja mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri yang digalakkan, memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang terpilih dan memudahkan pengkomersilan, meningkatkan akses kepada pembiayaan, liberalisasi institusi dan rangka kerja peraturan, menyediakan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi, memperbaiki jaringan pengangkutan dan memastikan bekalan tenaga berkualiti dan mampan. Penjanaan sumber pertumbuhan baru dalam bidang berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan seperti bioteknologi, pertanian baru, pelancongan kesihatan, perkhidmatan kewangan Islam, multimedia kreatif serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar akan dipercepat dengan menggalakkan lebih banyak penglibatan sektor swasta. Pasaran untuk produk dan perkhidmatan Malaysia akan diperluas menerusi penjenamaan lebih baik, menambah baik kualiti produk berdasarkan piawaian antarabangsa, melaksana promosi pemasaran secara agresif dan meningkat akses kepada pasaran. Bagi merealisasikan Teras Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, lima inisiatif utama akan dilaksana, iaitu meningkatkan kualiti dan akses pendidikan, menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, menyediakan pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa, memupuk keupayaan R&D dan inovasi dan menyemai nilai murni dalam masyarakat. Penambahbaikan kualiti dan akses kepada pendidikan akan dilaksana dengan meningkatkan kualiti guru dan kakitangan akademik, menyediakan kemudahan asas yang lebih baik kepada sekolah luar bandar dan menambah peluang latihan kemahiran kepada pelajar tercicir. Daya tarikan sekolah kebangsaan akan terus diper tingkat untuk menjadikannya sekolah pilihan dengan mempercepatkan pelaksanaan program pembestarian sekolah kepada semua 10,000 buah sekolah, peralihan daripada peperiksaan kepada penilaian berterusan, menawarkan bahasa Mandarin dan Tamil serta program j-QAF di semua sekolah rendah, mewujudkan sekolah menengah khusus untuk S&T dan menaik taraf kemudahan pendidikan. Antara langkah yang akan diperkenal untuk menaikkan taraf pendidikan tertiari agar menyamai piawaian antarabangsa adalah membangunkan program akademik yang sama seper ti yang ditawarkan oleh universiti terkemuka, menambah baik keupayaan empat universiti penyelidikan yang telah dikenal pasti, menempatkan pelajar cemer lang dalam universiti tempatan dan meningkatkan kualiti kakitangan akademik. Keupayaan R&D Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 6 dan inovasi akan dipertingkat dengan menumpukan sumber dalam bidang pertumbuhan baru, menambah baik sistem pentadbiran dan pengurusan perlindungan harta intelek dan menyemai budaya inovasi menerusi sistem pendidikan. Bagi mencapai Teras Ketiga, menangani ket idaksamaan sosioekonomi yang ber terusan, tumpuan adalah untuk terus mengurangkan kadar kemiskinan, memperbaiki pengagihan pendapatan, mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah, menyusun semula guna tenaga dan pemilikan kekayaan serta membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Kemiskinan tegar akan dihapus dan kadar kemiskinan keseluruhan dikurangkan sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan. Program pembasmian kemiskinan akan dirangka bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar yang berlainan, iaitu miskin luar bandar, miskin bandar, kumpulan minoriti dan miskin tidak produktif. Program ini juga akan melibatkan penyediaan kemudahan asas dan perumahan, pewujudan aktiviti menjana pendapatan dan penyediaan latihan pendidikan dan kemahiran secara mampan. Pengagihan pendapatan akan diperbaik dengan mengurangkan lagi jurang pendapatan antara isi rumah luar bandar dengan bandar, antara dan kalangan kumpulan etnik dan strata pendapatan serta meningkatkan bahagian pendapatan bagi kumpulan isi rumah 40% terendah. Projek pembangunan koridor wilayah merupakan usaha penting bagi tujuan ini. Bagi mencapai pemilikan kekayaan yang saksama, inisiatif akan diperkenal untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera kepada 20-25% menjelang tahun 2010 serta meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan seperti hartanah kediaman dan premis perniagaan. Peratus pemilikan ekuiti bagi komuniti India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan dipertingkat. Sektor swasta akan memacu pembangunan MPPB menerusi pendekatan kluster, program francais dan vendor serta memudahkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam koridor wilayah dan kawasan pertumbuhan baru. Bagi menjayakan Teras Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup, akses kepada dan kualiti penjagaan kesihatan dan kemudahan asas lain akan dipertingkat dan pengurusan alam sekitar ditambah baik. Penyampaian penjagaan kesihatan di peringkat primer, sekunder dan tertiari akan dipertingkat dan isu perubahan pola penyakit serta perbezaan perkhidmatan penjagaan kesihatan antara bandar dengan luar bandar akan ditangani. Penyediaan perumahan berkualiti yang mencukupi dan mampu dimiliki di samping bekalan air dan elektrik kepada golongan miskin termasuk di kawasan bandar serta di Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan. Kemudahan jaringan pengangkutan akan diperluas untuk mengintegrasi kawasan bandar dengan luar bandar bagi meningkatkan akses masyarakat luar bandar kepada pasaran dan perkhidmatan perbandaran. Sistem pengangkutan awam bersepadu akan diperluas untuk menangani masalah kesesakan di bandar utama dan pusat bandar. Keselamatan awam akan dipertingkat dengan menambah kapasiti dan keupayaan pasukan polis, penggunaan teknologi moden dan meningkatkan penglibatan masyarakat setempat dan NGO dalam mengurang dan mencegah jenayah. Pertimbangan alam sekitar akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan semua aktiviti pembangunan. Kualiti udara dan air akan dipertingkat dan amalan pengurusan hutan yang mampan akan dipergiat untuk memulihara sumber asli dan melindungi biodiversiti. Pelaksanaan langkah pencegahan banjir akan diberi keutamaan. Bagi mencapai Teras Kelima, mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan, pendek atan yang mengutamak an pelanggan akan digunapakai dengan mengintegrasi perkhidmatan, meningkat Perspektif Menyeluruh 7 keyak inan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik dan melaksana perancangan, pemantauan dan penilaian berdasarkan pencapaian. Integras i perkhidmatan ber tujuan menyedi a perkhidmatan berki sar masyarakat dan perniagaan dengan melibatkan perekayasaan dan penyelarasan proses merentasi agensi, memudahkan akses melalui pewujudan pusat setempat maya, menggalakkan perkongsian data di kalangan agensi dan meliberalisasikan persekitaran perundangan dan peraturan dan bergerak ke arah pengawalan kendiri. Struktur tadbir urus akan diperbaik untuk meningkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Peningkatan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elek t roni k adalah pent ing untuk menggalakkan penggunaan ICT bagi tujuan penyampaian dan akses kepada perkhidmatan. Sehubungan ini, kesedaran di kalangan penyedia perkhidmatan dan pihak awam akan dipertingkat, kepatuhan kepada piawaian keselamatan disyaratkan dan persekitaran sokongan kepada perundangan dan peraturan akan terus diberi galakan. Pendekatan perancangan, pemantauan dan penilaian yang berdasarkan pencapaian akan diguna pakai bagi memaksimum manfaat daripada projek Kerajaan. Bagi tujuan tersebut, struktur organisasi kementerian dan agensi akan dibuat penyesuaian mengikut keperluan, kecekapan dalam bidang ini dipertingkat, amalan terbaik dunia diambil kira dan sistem penilaian berasaskan KPI akan diperkenal bagi menilai prestasi. PEMUDAH yang merupakan pasukan kerja peringkat tinggi untuk memudahkan semua aspek menjalankan perniagaan akan terus memperbaiki proses kerja, prosedur, dasar dan peraturan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan. Siling peruntukan pembangunan akan ditambah kepada RM230 bilion daripada RM200 bilion yang telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebahagian besar daripada peruntukan tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek yang diberi keutamaan termasuk program jaminan bekalan makanan, pembinaan jalan luar bandar dan penyediaan rumah kos rendah di samping menampung peningkatan kos barangan pembinaan projek infrastruktur yang telah dilulus. Peruntukan tambahan ini ak an di ikut i dengan langk ah mengurangkan perbelanjaan ke atas subsidi dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan. Pada peringkat perbelanjaan ini, kedudukan fiskal Kerajaan akan terus kukuh. Kerajaan akan menambah baik struktur tadbir urus bagi memastikan ia memperoleh nilai maksimum daripada wang yang dibelanja. Bagi tujuan ini, projek dan perolehan akan dilaksana melalui proses tender terbuka. Keupayaan pengurusan dan pelaksanaan projek akan ditambah baik untuk meningkatkan kecekapan, memastikan projek siap mengikut masa dan meminimumkan pembaziran. Penekanan adalah dalam menyedia kemudahan dan perkhidmatan berkualiti yang berfungsi dengan baik mengikut kapasiti sebenar yang diperlukan bagi merealisasikan pencapaian yang ditetapkan. Kesimpulannya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan menyesuai dasar, strategi dan program mengikut keperluan sebagai respons terhadap arah aliran baru muncul dalam persekitaran ekonomi dunia di samping memastikan Teras Misi Nasional tercapai supaya Malaysia berada di landasan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Bagi tujuan ini, sektor swasta akan meneraju pertumbuhan ekonomi manakala Kerajaan akan menyediakan persekitaran sokongan. Perspektif Menyeluruh 1 Perspektif menyeluruh Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Perspektif Menyeluruh 3 Perspektif menyeluruh Dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2007, menyaksikan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan KDNK sebenar berkembang melepasi sasaran di sebalik persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar. Pertumbuhan ini telah meningkatkan pendapatan per kapita dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. Kadar kemiskinan berkurangan dan jurang pendapatan antara dan kalangan kumpulan etnik mengecil. Kualiti dan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan bertambah baik. Kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan rangkaian pengagihan elektrik dinaik taraf dan diperluas. Struktur ekonomi beralih kepada lebih berasaskan pengetahuan diukur daripada peningkatan tahap kesediaan pengetahuan meliputi semua industri dan perkhidmatan utama. Tempoh akhir Rancangan dijangka semakin mencabar dengan ekonomi dunia mengalami penyusutan momentum pertumbuhan dan kemunculan beberapa isu baru dalam lanskap ekonomi dunia. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lembap kesan daripada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak berkembang dan memberi kesan lanjutan ke atas Eropah barat serta ekonomi baru muncul dan sedang membangun. Prospek ekonomi dunia dijangka terus mengalami kelembapan berikutan kemungkinan kejatuhan pasaran gadaian subprima Amerika Syarikat yang boleh melemahkan kemudahan kredit dunia dan kesan inflasi dunia akibat kenaikan harga tenaga, komoditi dan makanan yang berpanjangan. Di sebalik senario ini, KDNK sebenar Malaysia dijangka kekal tinggi pada kadar 6% setahun dalam tempoh akhir Rancangan. Malaysia, sebuah ekonomi terbuka tidak sepenuhnya terpisah daripada kejutan luar ini. Negara akan mengambil langkah proaktif dan kekal peka kepada risiko kelembapan ekonomi dunia dan peningkatan tekanan ke atas pasaran kewangan. Asas ekonomi makro kekal teguh dan wujud dasar yang mencukupi untuk menampung kesan daripada kejutan luar ke atas ekonomi domestik. Dasar yang menyokong perniagaan, termasuk penyusunan semula peraturan dan liberalisasi akan terus dilaksana bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi dan memacu pertumbuhan. Pelaburan langsung asing dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan akan turut diberi galakan. Keutamaan dalam tempoh akhir Rancangan akan ditumpu kepada projek berteraskan rakyat yang memberi faedah ketara dan meningkatkan kualiti hidup. Sehubungan ini, inisiatif yang akan diberi keutamaan dalam agenda tersebut adalah seperti berikut: • membasmi kemiskinan; • menyedia perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana; Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 4 y y Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi y y Meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik y y Melaksanakan perancangan, pemantauan dan penilaian berdasarkan pencapaian y y Meningkatkan akses kepada dan kualiti penjagaan kesihatan y y Menyediakan perumahan mampu milik dan bekalan air serta elektrik kepada golongan miskin y y Menambah baik jaringan pengangkutan y y Meningkatkan keselamatan awam y y Menambah baik alam sekitar y y Menangani isu berkaitan kanakkanak, golongan belia dan wanita y y Mengurangkan kadar kemiskinan y y Memperbaiki pengagihan pendapatan y y Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah y y Menyusun semula pola guna tenaga y y Menyusun semula pola pemilikan kekayaan y y Membangunkan MPPB y y Meningkatkan kualiti dan akses pendidikan y y Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan y y Menyediakan pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa y y Memupuk keupayaan R&D dan inovasi y y Menyemai nilai murni dalam masyarakat y y Meningkatkan produktiviti dan daya saing y y Menjana sumber pertumbuhan baru y y Mengembangkan pasaran baru TERAS 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi TERAS 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama TERAS 3 Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan TERAS 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup TERAS 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan inisiatif dasar/ strategi p p p p R rinsi asas er aduan negara AEGKNRU islam hadhari Wawasan 2020 Rangka Kerja Dasar dan Strategi bagi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan • menyedia akses kepada bekalan air dan elektrik; • meningkat penjagaan kesihatan; • menambah baik taraf hidup kumpulan terpinggir; • merapat jurang pendapatan dan kekayaan antara dan kalangan kumpulan etnik; • memperkukuh modal insan; • memper t ingkat keselamatan awam; • menambah baik pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar; dan • membangun koridor wilayah serta mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak. Kajian Separuh Penggal juga menyediakan respons yang kukuh bagi menangani kenaikan harga minyak dan makanan yang berpanjangan dengan tujuan utama meminimum kesan kepada rakyat, khususnya golongan miskin. Walaupun subsidi ke atas petroleum dan gas akan dikurang secara sistematik dan beransuransur, jaring keselamatan sosial akan diperkenal untuk memastikan golongan miskin dan yang layak terus menerima bantuan bagi mengurangkan beban. Penyusunan semula subsidi adalah penting sejajar dengan kenaikan harga minyak dan bagi memastikan sumber yang mencukupi dan tersedia untuk melaksanakan projek pembangunan yang pent ing. Bagi menangani masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan, Kerajaan akan melaksana Dasar Jaminan Bekalan MISI NASI ONAL , 2006-2020 Perspektif Menyeluruh 5 Makanan Negara termasuk mewujudkan s impanan s tok beras, memas t ikan import barangan makanan perlu yang mampan dan membuka tanah baru untuk meningkatkan pengeluaran. Lima teras Misi Nasional akan terus dijadikan panduan kepada semua usaha pembangunan dalam tempoh akhir Rancangan bagi memastikan Malaysia berada di landasan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan negara terus menjadi asas dengan berpandukan prinsip sejagat Rukunegara dan Islam Hadhari. Kajian Separuh Penggal menilai semua projek Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memastikan hasilnya menyumbang kepada pencapaian Misi Nasional. Kajian ini juga telah menyusun semula keutamaan projek berdasarkan keperluan ekonomi semasa. Bagi mencapai Teras Pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, tumpuan adalah kepada tiga bidang utama, iaitu meningkatkan produktiviti dan daya saing negara, menjana sumber pertumbuhan baru dan mengembangkan pasaran baru. Inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing termasuk memastikan penawaran tenaga kerja mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri yang digalakkan, memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang terpilih dan memudahkan pengkomersilan, meningkatkan akses kepada pembiayaan, liberalisasi institusi dan rangka kerja peraturan, menyediakan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi, memperbaiki jaringan pengangkutan dan memastikan bekalan tenaga berkualiti dan mampan. Penjanaan sumber pertumbuhan baru dalam bidang berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan seperti bioteknologi, pertanian baru, pelancongan kesihatan, perkhidmatan kewangan Islam, multimedia kreatif serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar akan dipercepat dengan menggalakkan lebih banyak penglibatan sektor swasta. Pasaran untuk produk dan perkhidmatan Malaysia akan diperluas menerusi penjenamaan lebih baik, menambah baik kualiti produk berdasarkan piawaian antarabangsa, melaksana promosi pemasaran secara agresif dan meningkat akses kepada pasaran. Bagi merealisasikan Teras Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, lima inisiatif utama akan dilaksana, iaitu meningkatkan kualiti dan akses pendidikan, menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, menyediakan pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa, memupuk keupayaan R&D dan inovasi dan menyemai nilai murni dalam masyarakat. Penambahbaikan kualiti dan akses kepada pendidikan akan dilaksana dengan meningkatkan kualiti guru dan kakitangan akademik, menyediakan kemudahan asas yang lebih baik kepada sekolah luar bandar dan menambah peluang latihan kemahiran kepada pelajar tercicir. Daya tarikan sekolah kebangsaan akan terus diper tingkat untuk menjadikannya sekolah pilihan dengan mempercepatkan pelaksanaan program pembestarian sekolah kepada semua 10,000 buah sekolah, peralihan daripada peperiksaan kepada penilaian berterusan, menawarkan bahasa Mandarin dan Tamil serta program j-QAF di semua sekolah rendah, mewujudkan sekolah menengah khusus untuk S&T dan menaik taraf kemudahan pendidikan. Antara langkah yang akan diperkenal untuk menaikkan taraf pendidikan tertiari agar menyamai piawaian antarabangsa adalah membangunkan program akademik yang sama seper ti yang ditawarkan oleh universiti terkemuka, menambah baik keupayaan empat universiti penyelidikan yang telah dikenal pasti, menempatkan pelajar cemer lang dalam universiti tempatan dan meningkatkan kualiti kakitangan akademik. Keupayaan R&D Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 6 dan inovasi akan dipertingkat dengan menumpukan sumber dalam bidang pertumbuhan baru, menambah baik sistem pentadbiran dan pengurusan perlindungan harta intelek dan menyemai budaya inovasi menerusi sistem pendidikan. Bagi mencapai Teras Ketiga, menangani ket idaksamaan sosioekonomi yang ber terusan, tumpuan adalah untuk terus mengurangkan kadar kemiskinan, memperbaiki pengagihan pendapatan, mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah, menyusun semula guna tenaga dan pemilikan kekayaan serta membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Kemiskinan tegar akan dihapus dan kadar kemiskinan keseluruhan dikurangkan sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan. Program pembasmian kemiskinan akan dirangka bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar yang berlainan, iaitu miskin luar bandar, miskin bandar, kumpulan minoriti dan miskin tidak produktif. Program ini juga akan melibatkan penyediaan kemudahan asas dan perumahan, pewujudan aktiviti menjana pendapatan dan penyediaan latihan pendidikan dan kemahiran secara mampan. Pengagihan pendapatan akan diperbaik dengan mengurangkan lagi jurang pendapatan antara isi rumah luar bandar dengan bandar, antara dan kalangan kumpulan etnik dan strata pendapatan serta meningkatkan bahagian pendapatan bagi kumpulan isi rumah 40% terendah. Projek pembangunan koridor wilayah merupakan usaha penting bagi tujuan ini. Bagi mencapai pemilikan kekayaan yang saksama, inisiatif akan diperkenal untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera kepada 20-25% menjelang tahun 2010 serta meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan seperti hartanah kediaman dan premis perniagaan. Peratus pemilikan ekuiti bagi komuniti India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan dipertingkat. Sektor swasta akan memacu pembangunan MPPB menerusi pendekatan kluster, program francais dan vendor serta memudahkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam koridor wilayah dan kawasan pertumbuhan baru. Bagi menjayakan Teras Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup, akses kepada dan kualiti penjagaan kesihatan dan kemudahan asas lain akan dipertingkat dan pengurusan alam sekitar ditambah baik. Penyampaian penjagaan kesihatan di peringkat primer, sekunder dan tertiari akan dipertingkat dan isu perubahan pola penyakit serta perbezaan perkhidmatan penjagaan kesihatan antara bandar dengan luar bandar akan ditangani. Penyediaan perumahan berkualiti yang mencukupi dan mampu dimiliki di samping bekalan air dan elektrik kepada golongan miskin termasuk di kawasan bandar serta di Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan. Kemudahan jaringan pengangkutan akan diperluas untuk mengintegrasi kawasan bandar dengan luar bandar bagi meningkatkan akses masyarakat luar bandar kepada pasaran dan perkhidmatan perbandaran. Sistem pengangkutan awam bersepadu akan diperluas untuk menangani masalah kesesakan di bandar utama dan pusat bandar. Keselamatan awam akan dipertingkat dengan menambah kapasiti dan keupayaan pasukan polis, penggunaan teknologi moden dan meningkatkan penglibatan masyarakat setempat dan NGO dalam mengurang dan mencegah jenayah. Pertimbangan alam sekitar akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan semua aktiviti pembangunan. Kualiti udara dan air akan dipertingkat dan amalan pengurusan hutan yang mampan akan dipergiat untuk memulihara sumber asli dan melindungi biodiversiti. Pelaksanaan langkah pencegahan banjir akan diberi keutamaan. Bagi mencapai Teras Kelima, mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan, pendek atan yang mengutamak an pelanggan akan digunapakai dengan mengintegrasi perkhidmatan, meningkat Perspektif Menyeluruh 7 keyak inan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik dan melaksana perancangan, pemantauan dan penilaian berdasarkan pencapaian. Integras i perkhidmatan ber tujuan menyedi a perkhidmatan berki sar masyarakat dan perniagaan dengan melibatkan perekayasaan dan penyelarasan proses merentasi agensi, memudahkan akses melalui pewujudan pusat setempat maya, menggalakkan perkongsian data di kalangan agensi dan meliberalisasikan persekitaran perundangan dan peraturan dan bergerak ke arah pengawalan kendiri. Struktur tadbir urus akan diperbaik untuk meningkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Peningkatan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elek t roni k adalah pent ing untuk menggalakkan penggunaan ICT bagi tujuan penyampaian dan akses kepada perkhidmatan. Sehubungan ini, kesedaran di kalangan penyedia perkhidmatan dan pihak awam akan dipertingkat, kepatuhan kepada piawaian keselamatan disyaratkan dan persekitaran sokongan kepada perundangan dan peraturan akan terus diberi galakan. Pendekatan perancangan, pemantauan dan penilaian yang berdasarkan pencapaian akan diguna pakai bagi memaksimum manfaat daripada projek Kerajaan. Bagi tujuan tersebut, struktur organisasi kementerian dan agensi akan dibuat penyesuaian mengikut keperluan, kecekapan dalam bidang ini dipertingkat, amalan terbaik dunia diambil kira dan sistem penilaian berasaskan KPI akan diperkenal bagi menilai prestasi. PEMUDAH yang merupakan pasukan kerja peringkat tinggi untuk memudahkan semua aspek menjalankan perniagaan akan terus memperbaiki proses kerja, prosedur, dasar dan peraturan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan. Siling peruntukan pembangunan akan ditambah kepada RM230 bilion daripada RM200 bilion yang telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebahagian besar daripada peruntukan tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek yang diberi keutamaan termasuk program jaminan bekalan makanan, pembinaan jalan luar bandar dan penyediaan rumah kos rendah di samping menampung peningkatan kos barangan pembinaan projek infrastruktur yang telah dilulus. Peruntukan tambahan ini ak an di ikut i dengan langk ah mengurangkan perbelanjaan ke atas subsidi dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan. Pada peringkat perbelanjaan ini, kedudukan fiskal Kerajaan akan terus kukuh. Kerajaan akan menambah baik struktur tadbir urus bagi memastikan ia memperoleh nilai maksimum daripada wang yang dibelanja. Bagi tujuan ini, projek dan perolehan akan dilaksana melalui proses tender terbuka. Keupayaan pengurusan dan pelaksanaan projek akan ditambah baik untuk meningkatkan kecekapan, memastikan projek siap mengikut masa dan meminimumkan pembaziran. Penekanan adalah dalam menyedia kemudahan dan perkhidmatan berkualiti yang berfungsi dengan baik mengikut kapasiti sebenar yang diperlukan bagi merealisasikan pencapaian yang ditetapkan. Kesimpulannya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan menyesuai dasar, strategi dan program mengikut keperluan sebagai respons terhadap arah aliran baru muncul dalam persekitaran ekonomi dunia di samping memastikan Teras Misi Nasional tercapai supaya Malaysia berada di landasan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Bagi tujuan ini, sektor swasta akan meneraju pertumbuhan ekonomi manakala Kerajaan akan menyediakan persekitaran sokongan. Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 9 pencapaian dan prospek ekonomi makro Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 11 pencapaian dan prospek ekonomi makro Pertumbuhan KDNK sebenar melepasi sasaran... Peningkatan sumbangan TFP kepada pertumbuhan KDNK... I. PENDAHULUAN Dalam tempoh kajian semula, 2006-2007, ekonomi Malaysia terus mengekalkan momentum per tumbuhan, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh. Daya tahan ekonomi bertambah kukuh dengan asas ekonomi yang lebih pelbagai dan peralihan berterusan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang utama pertumbuhan, terutamanya daripada sumber pertumbuhan baru dalam subsektor kewangan, perkhidmatan perniagaan dan komunikasi yang didorong oleh permintaan dalam negeri yang teguh. Prestasi ekonomi yang kukuh telah dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah. Prestasi ekonomi yang kukuh telah menggiatkan lagi perubahan struktur ekonomi dan meneguhkan asas ekonomi makro negara. Sehubungan itu, ekonomi lebih berupaya untuk menghadapi ketidaktentuan dan risiko yang timbul daripada kelembapan ekonomi dunia, inflasi global, isu sub prima dan saingan lebih sengit daripada ekonomi baru muncul. Dalam tempoh akhir Rancangan, 2008-2010, strategi ekonomi makro akan memberi tumpuan kepada usaha menangani inflasi, meningkatkan daya saing dan merangsang sumber pertumbuhan baru. Sektor swasta berperanan untuk menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi. Kerajaan pula akan menyedia persekitaran yang kondusif untuk pelaburan tempatan dan asing. II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Ekonomi Dalam Negeri Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebenar berkembang sebanyak 6.1% setahun, melepasi sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak 6.0%. Per tumbuhan telah di sokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Pendapatan per kapita pada harga semasa meningkat 10.6% setahun kepada RM23,066 atau US$6,714 dan pendapatan per kapita berdasarkan pariti kuasa beli meningkat sebanyak 14.2% setahun kepada US$13,529 pada tahun 2007. Produktiviti Sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan KDNK telah meningkat kepada 34.8% dalam tempoh 2006-2007 berbanding 29.0% yang dicapai dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Sumbangan daripada modal adalah sebanyak 36.7% dan buruh sebanyak 28.5%. Nisbah tambahan modal kepada pengeluaran (ICOR)1 telah bertambah baik, pada purata 3.7 berbanding sasaran Rancangan pada 4.6. Peningkatan produktiviti telah disumbang oleh peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta peningkatan penggunaan teknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 1 Berdasarkan purata bergerak 3 tahun. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 12 Kotak M-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Mencapai kadar .. pertumbuhan yang memberangsangkan serta mengekalkan asas ekonomi yang kukuh .. Pertumbuhan KDNK sebenar: 6.1% setahun .. Kadar inflasi: 2.8% setahun .. Kadar pengangguran: 3.2% pada tahun 2007 .. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran meningkat daripada RM78.3 bilion pada tahun 2005 kepada RM100.5 bilion pada tahun 2007 .. Pendapatan per kapita meningkat daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada tahun 2007 .. Mengukuhkan daya saing .. Kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa: y y Kedudukan daya saing dunia bertambah baik dari kedudukan 26 daripada 55 negara pada tahun 2005 kepada kedudukan 19 daripada 55 negara pada tahun 2008 (sumber: IMD World Competitiveness Yearbook 2008) y y Kedudukan daya saing global bertambah baik dari kedudukan 25 daripada 125 negara pada tahun 2005 kepada kedudukan 21 daripada 131 negara pada tahun 2007 (sumber: WEF Global Competitiveness Report 2007-2008) y y Kemudahan untuk menjalankan perniagaan bertambah baik dari kedudukan 25 daripada 175 negara pada tahun 2006 kepada kedudukan 24 daripada178 negara pada tahun 2008 (sumber: Doing Business 2008, World Bank) .. Meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan yang lebih tinggi daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti untuk memesatkan pembangunan ke arah aktiviti berteknologi tinggi dan mengembangkan rangkaian pasaran .. Peratusan pelaburan swasta (pada harga semasa) kepada jumlah pelaburan meningkat daripada 50.1% pada tahun 2005 kepada 53.5% pada tahun 2007 .. Peratusan pelaburan swasta kepada KDNK meningkat daripada 11.3% pada tahun 2005 kepada 11.9% pada tahun 2007 .. FDI yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri meningkat daripada RM17.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM33.4 bilion pada tahun 2007 .. Meningkatkan kecekapan modal, produktiviti buruh dan sumbangan TFP .. Sumbangan TFP kepada pertumbuhan KDNK meningkat daripada 29.0% bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan kepada 34.8% bagi tempoh 2006-2007 .. Mengekalkan pengurusan fiskal yang pragmatik .. Defisit fiskal mengecil daripada 3.6% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 3.2% kepada KDNK pada tahun 2007 .. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan berkurang daripada 43.8% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 41.6% kepada KDNK pada tahun 2007 Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 13 Carta M-2 Indeks pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Mengikut Negara, 2000 dan 2007 647 1,363 1,455 1,768 2,455 2,640 3,411 3,477 3,569 3,966 3,985 3,986 4,049 4,061 4,098 4,239 4,255 4,610 4,700 4,774 4,822 5,459 India 22 (22) Indonesia 21 (21) Filipina 20 (20) Thailand 19 (18) Rep. Rakyat China 18 (19) MALAYSIA 17 (17) Singapura 16 (14) New Zealand 15 (15) Ireland 14 (13) Belanda 13 (11) Australia 12 (9) Korea 11 (16) Kanada 10 (8) Jerman 9 (12) Switzerland 8 (7) United Kingdom 7 (10) Norway 6 (4) Finland 5 (3) Sweden 4 (2) Denmark 3 (5) Jepun 2 (6) Amerika Syarikat 1 (1) Skor ........ ........ Nota : Angka di dalam kurungan menunjukkan kedudukan pada tahun 2000 Sektor swasta menerajui pertumbuhan... 2,413 1,250 756 324 83 2,640 1,331 642 402 266 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Pendidikan dan Latihan Infostruktur R&D & Teknologi Infrastruktur Komputer Skor 2000 2007 Carta M-1 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Malaysia, 2000 dan 2007 Kemajuan ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan diguna untuk memantau kemajuan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Pada tahun 2007, indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan keseluruhan telah meningkat sebanyak 227 mata kepada 2,640 daripada 2,413 pada tahun 2000. Infrastruktur komputer mencatatkan kemajuan paling ketara berdasarkan indeksnya meningkat 220.5% diikuti oleh R&D dan teknologi, 24.1% serta pendidikan dan latihan, 6.5%. Indeks infostruktur mencatatkan penurunan disebabkan bilangan talian telefon tetap yang berkurang. Berdasarkan perbandingan di kalangan 22 negara terpilih, Malaysia kekal pada kedudukan ke-17 pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, Malaysia adalah antara lima negara yang mencatat kemajuan terbaik ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sejak tahun 2000 selepas Republik Korea, Republik Rakyat China, Jepun dan United Kingdom. Di samping itu, antara tahun 2002 dan 2006, peningkatan telah dicatatkan dalam semua industri dari segi meningkatkan kompetensi dan keupayaan pengetahuan ser ta mewujudkan beberapa aktiviti pemerolehan, penjanaan dan perkongsian pengetahuan. Secara keseluruhan, industri telekomunikasi, teknologi maklumat, kimia dan perkhidmatan kewangan menerajui dari segi kesediaan pengetahuan. Permintaan Agregat Pelaburan swasta berkembang sebanyak 8.6% setahun dan sumbangannya kepada jumlah pelaburan meningkat kepada 51.1% pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, ia kurang daripada sasaran pertumbuhan sebanyak 11.2%. Perbelanjaan modal mencatat peningkatan dalam kebanyakan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan dan perkhidmatan. Aliran masuk bersih FDI juga meningkat daripada RM15.0 bilion pada tahun 2005 kepada RM29.1 bilion pada tahun 2007. Kerajaan terus menyokong dan menggalak aktiviti sektor swasta dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan kecekapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 14 sistem penyampaian awam. Ini termasuk pengurangan kadar cukai korporat daripada 28% pada tahun 2006 kepada 27% pada tahun 2007. Penggunaan swasta berkembang pada 8.6% setahun melepasi sasaran Rancangan dan sumbangannya kepada KDNK meningkat kepada 50.5% pada tahun 2007. Peningkatan penggunaan swasta didorong oleh persekitaran kewangan yang menggalakkan, pendapatan boleh guna lebih tinggi dan kesan positif kekayaan berikutan harga komoditi yang tinggi. Di samping itu, prestasi kukuh pasaran ekuiti dan perkembangan positif dalam pasaran buruh terus menaikkan sentimen pengguna. Pelaburan awam meningkat sebanyak 8.9% setahun, lebih tinggi daripada sasaran Rancangan sebanyak 5.0% setahun hasil daripada pemesatan pelaksanaan projek pembangunan. Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.7% setahun disebabkan perbelanjaan lebih tinggi bagi emolumen berikutan pelarasan gaji penjawat awam pada tahun 2007 serta bekalan dan perkhidmatan. Pencapaian Sektoral Semua sektor mencatat pertumbuhan positif diterajui oleh sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 8.5% setahun. Pertumbuhan pesat sektor perkhidmatan disumbang oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan yang berkembang sebanyak 10.8% setahun. Aktiviti kewangan dan perniagaan berkembang selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan kepelbagaian produk kewangan terutamanya perbankan dan kewangan Islam serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar. Penyumbang utama yang lain kepada perkembangan sektor perkhidmatan adalah subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran yang meningkat sebanyak 9.5% setahun disebabkan pertumbuhan pesat pelancongan. Sektor pembuatan berkembang pada kadar 5.1% setahun, lebih rendah daripada sasaran per tumbuhan berikutan kelembapan permintaan global bagi elektronik dan permintaan dalam negeri yang lemah bagi peralatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, prestasi kukuh dicatat oleh industri berorientasikan dalam negeri2 yang berkembang sebanyak 6.6% setahun terutamanya disebabkan industri berkaitan pembinaan seperti besi dan keluli, produk logam direka dan produk galian bukan logam. Kadar kapasiti penggunaan sektor pembuatan secara keseluruhan adalah mampan, iaitu sebanyak 76% pada tahun 2007. Sektor pertanian berkembang sederhana sebanyak 3.8% setahun ber ikutan pertumbuhan perlahan sebanyak 2.1% setahun bagi keluaran tanaman industri. Pengeluaran minyak sawit dan getah terjejas akibat banjir pada awal tahun 2007 serta tekanan biologi. Pengeluaran minyak sawit mentah merosot sebanyak 0.5% pada tahun 2007 dengan purata keluaran buah tandan segar sehektar merosot sebanyak 2.9% kepada 19 tan metrik. Pengeluaran getah juga merosot sebanyak 6.5% pada tahun 2007 kepada 1.2 juta tan metrik. Subsektor tanaman makanan berkembang sebanyak 6.3% setahun disumbang oleh peningkatan produktiviti berikutan aktiviti komersil berskala besar dan amalan agronomik yang lebih baik. Sektor pembinaan mencatat k adar pertumbuhan sebanyak 2.0% setahun. Sektor perkhidmatan sebagai sumber utama pertumbuhan... 2 Ini termasuk industri berkaitan pembinaan, logam direka, pemprosesan makanan, peralatan pengangkutan, minuman dan tembakau, keluaran petroleum, keluaran kertas dan industri pembuatan lain. Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 15 Penyumbang utama pertumbuhan adalah aktiviti kejuruteraan awam yang berkaitan dengan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Permintaan terhadap perumahan dan bangunan komersil juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Sektor perlombongan mencatat pertumbuhan kecil sebanyak 0.2% setahun berikutan pengurangan pengeluaran minyak mentah dan gas pada tahun 2006. Pengeluaran terjejas disebabkan penutupan beberapa telaga minyak bagi penyelenggaraan dan kerja menaik taraf yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan loji Gas Asli Cecair Malaysia 2 (MLNG2) di Bintulu, Sarawak. Aktiviti perlombongan meningkat semula pada tahun 2007 berikutan pembukaan telaga minyak laut dalam pertama Malaysia di Kikeh, Sabah dan pembukaan semula loji MLNG2. Akaun Kerajaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan terus mengamalkan dasar fiskal berhemat seperti ditunjukkan oleh defisit fiskal yang mengecil daripada 3.6% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 3.2% pada tahun 2007. Jumlah hasil mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 14.7% setahun berikutan daripada hasil yang tinggi, terutamanya cukai pendapatan petroleum dan pulangan pendapatan daripada pelaburan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan mengurus turut berkembang pada kadar yang tinggi, iaitu 12.2% setahun disebabkan pelarasan gaji penjawat awam serta pembayaran subsidi. Perbelanjaan pembangunan telah dibiayai melalui peningkatan lebihan semasa dan tahap pinjaman yang terkawal. Hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM266.7 bilion atau 41.6% kepada KDNK pada tahun 2007. Sektor Luar Negara Perdagangan Barangan Purata lebihan dagangan adalah RM100 bilion setahun walaupun pertumbuhan eksport kasar adalah sederhana pada 6.2% setahun berikutan eksport keluaran elektrik dan elektronik yang perlahan. Eksport kekal kukuh disokong oleh komoditi utama, terutamanya keluaran per tanian dan minyak mentah. Import kasar berkembang sebanyak 8.0% setahun disumbang oleh peningkatan permintaan bagi barangan modal dan pengantara yang menyokong aktiviti dalam negeri. Walau bagaimanapun, purata intensiti import berkurangan kepada 47.3% pada tahun 2007 daripada 48.3% pada tahun 2005. Ini menggambarkan peningkatan keupayaan industri tempatan dalam membekalkan barangan modal dan pengantara. Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran keseluruhan terus kukuh pada RM45.3 bilion atau 7.2% daripada keluaran negara kasar (KNK) pada tahun 2007 disumbangkan oleh lebihan besar dalam akaun semasa hasil daripada pengekalan lebihan dalam akaun barangan, peralihan daripada defisit kepada lebihan dalam akaun perkhidmatan dan pengecilan defisit dalam akaun pendapatan. Buat pertama kalinya, akaun perkhidmatan mencatat lebihan disebabkan defisit perkhidmatan pengangkutan yang lebih kecil dan penerimaan bersih yang lebih tinggi dalam akaun perjalanan. Defisit akaun pendapatan mengecil daripada 4.8% daripada KNK pada tahun 2005 kepada 2.2% pada tahun 2007, terutamanya disebabkan penghantaran balik keuntungan dan dividen oleh pelabur Malaysia yang beroperasi di luar negara. Lebihan dalam akaun perkhidmatan buat pertama kali... Lebihan dagangan adalah RM100 bilion setahun... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 16 Imbangan Sumber Tabungan negara kasar kekal tinggi pada purata 38.4% kepada KNK dalam tempoh 2006-2007 dan membolehkan Malaysia membiayai aktiviti ekonomi daripada sumber dalam negeri. Pelaburan negara kasar, termasuk perubahan dalam stok kekal pada 22% daripada KNK. Oleh itu, imbangan sumber mencatat lebihan sebanyak 16.4% kepada KNK. Perkembangan Harga Kadar inflasi meningkat sebanyak 2.8% setahun dalam tempoh 2006-2007. Penyumbang utama peningkatan adalah disebabkan kenaikan harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, harga keluaran tekstil dan perkhidmatan telekomunikasi merosot. Walaupun harga minyak dunia kekal tinggi pada tahun 2007, harga runcit minyak dan gas dalam negeri hanya dinaikkan sekali pada bulan Mac 2006. Harga pengeluar meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 5.9% setahun, terutamanya disebabkan oleh harga keluaran berkaitan komoditi yang tinggi. II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 Strategi Ekonomi Makro Persekitaran ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara maju, harga tenaga dan komoditi yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan persaingan daripada ekonomi baru muncul. Bagi memastikan Malaysia menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, strategi ekonomi makro adalah selaras dengan lima teras Misi Nasional seperti berikut: Mengekalkan kestabilan ekonomi makro... • Mengurus kestabilan harga; • Meningkatkan daya saing; • Merangsang sumber baru pertumbuhan; • Meningkatkan produktiviti; dan • Mengekalkan pengurusan fiskal berhemat. Tinjauan Ekonomi Antarabangsa Ekonomi dunia dijangka berkembang sebanyak 4.1% setahun bagi tempoh 2008- 2010. Walaupun pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan kukuh di Republik Rakyat China, India dan lain-lain negara baru muncul di As ia di jangk a dapat mengek alk an pertumbuhan yang disasar. Inflasi dijangka kekal sederhana sebanyak 2.2% setahun di negara maju dan sebanyak 5.9% setahun di pasaran baru muncul dan negara membangun. Inflasi dunia dijangka kekal tinggi disebabkan kenaikan harga minyak yang berlarutan serta lain-lain komoditi termasuk makanan. Perdagangan dunia dijangka berkembang pada kadar purata 6.2% setahun, disokong oleh pengembangan berasaskan permintaan yang kukuh dalam keluaran berteknologi tinggi di peringkat global serta peningkatan liberalisasi. Ekonomi Malaysia KDNK sebenar dijangka berkembang sebanyak 6.0% setahun dalam tempoh 2008-2010. Pertumbuhan ini dijangka disokong oleh permintaan dalam negeri, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian dijangka kekal sebagai sumber utama pertumbuhan. Pendapatan per kapita pada harga semasa dijangka meningkat sebanyak 8.8% setahun kepada RM29,711 (US$9,285) dan pendapatan per kapita berdasarkan pariti kuasa beli meningkat kepada US$18,439 pada tahun 2010. Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 17 Jadual M-1 Petunjuk Utama Ekonomi Perkara Sasaran RMKe-9 2006-2010 Pencapaian 2006-2007 Sasaran 2008-2010 Sasaran Dipinda RMKe-9 2006-2010 KDNK Sebenar (% pertumbuhan setahun) 6.0 6.1 6.0 6.0 Pendapatan Per Kapita pada harga semasa (RM)1 23,573 23,066 29,711 29,711 Kadar Pertumbuhan Tahunan (%) 5.9 10.6 8.8 9.5 Pendapatan Per Kapita dalam Pariti Kuasa Beli (US$)1 13,878 13,529 18,439 18,439 Sudut Permintaan, pada harga malar tahun 2000 (% pertumbuhan setahun) Penggunaan 6.5 8.0 7.4 7.6 Swasta 6.9 8.6 7.6 8.0 Awam 5.3 5.7 6.6 6.2 Pembentukan Modal Kasar Tetap 7.9 8.7 8.5 8.6 Swasta 11.2 8.6 10.6 9.8 Awam 5.0 8.9 6.3 7.0 Eksport Barangan dan Perkhidmatan 7.1 5.6 4.3 4.8 Import Barangan dan Perkhidmatan 7.9 6.9 6.0 6.4 Sudut Penawaran, pada harga malar tahun 2000 (% pertumbuhan setahun) Pertanian 5.0 3.8 4.4 4.1 Perlombongan dan Kuari 3.4 0.2 3.4 2.1 Pembuatan 6.7 5.1 3.5 4.1 Pembinaan 3.5 2.0 5.8 4.3 Perkhidmatan 6.5 8.5 7.9 8.2 Perdagangan Luar Negara (% pertumbuhan setahun) Eksport Kasar 8.5 6.2 8.1 7.4 Import Kasar 9.8 8.0 9.8 9.1 Imbangan Pembayaran (RM bilion)2 Barangan 149.8 127.7 134.1 134.1 Perkhidmatan -4.5 2.4 3.8 3.8 Pendapatan -39.5 -13.8 -21.4 -21.4 Imbangan Akaun Semasa 91.2 100.5 95.7 95.7 % kepada KNK 13.4 16.0 11.4 11.4 Tabungan (% kepada KNK) 36.2 38.4 37.2 37.6 Indeks Harga Pengguna (% pertumbuhan setahun) Inflasi Keseluruhan - 2.8 3.0 ~ 4.0 - Luar Bandar - 2.9 - - Bandar - 2.8 - - Indeks Harga Pengeluar (% pertumbuhan setahun) Ekonomi Domestik - 5.9 - - Pengeluaran Tempatan - 7.1 - - Import - 3.5 - - Nota: 1 Pada akhir tempoh. 2 Pada akhir tempoh, nilai bersih. Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 18 Carta M-4 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Perbelanjaan, 2006-2010 (% pertumbuhan) 10.6% 11.2% 9.8% 7.6% 8.0% 6.9% 6.0% 6.4% 7.9% 5.3% 6.2% 6.6% 4.3% 4.8% 7.1% 6.3% 7.0% 5.0% Pelaburan Swasta 2008-2010 2006-2010 (Dipinda) 2006-2010 (Asal) Penggunaan Swasta Import Penggunaan Awam Eksport Pelaburan Awam Produktiviti Faktor Keseluruhan Dalam tempoh akh i r Rancangan, sumbangan TFP kepada pertumbuhan dijangka terus meningkat. Sumbangan TFP akan dipertingkat dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta menyediakan persekitaran yang menyokong kreativiti dan inovasi. Carta M-3 Produktiviti Faktor Keseluruhan, 2006-2010 Peratus KDNK 6.0% 35.8% 29.9% 34.3% KDNK 6.0% 36.2% 28.1% 35.7% KDNK 6.0% 37.2% 27.8% 35.0% KDNK 6.1% 34.8% 28.5% 36.7% 7 6 5 4 3 2 1 0 Sasaran Asal Modal Buruh TFP Pencapaian 2006-2007 Sasaran 2008-2010 Sasaran Dipinda 2006-2010 Sektor swasta memacu pertumbuhan... berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan. Program penswastaan dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) akan juga menyumbang ke arah peningkatan pelaburan swasta. Pelaburan awam dijangka berkembang sebanyak 6.3% setahun, iaitu setelah mengambil kira jangkaan perbelanjaan modal tambahan oleh perusahaan awam bukan kewangan dan sektor Kerajaan. Kerajaan akan terus melaksana program dan projek untuk mengembangkan keupayaan produktif ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada projek mesra rakyat seper ti membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan dan penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal. Penggunaan swasta akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan dan dijangka berkembang sebanyak 7.6% setahun dengan peratusannya kepada KDNK meningkat kepada 52.9% pada tahun 2010. Keyakinan pengguna dijangka terus meningkat berikutan pertambahan peluang pekerjaan dan pendapatan boleh guna lebih tinggi. Penggunaan awam dijangka Permintaan Agregat Pelaburan swasta dijangka berkembang sebanyak 10.6% setahun. Jumlah pelaburan swasta pada harga semasa dianggar mencapai RM121 bilion atau 56.4% daripada jumlah pelaburan pada tahun 2010. Jumlah pelaburan swasta dianggar sebanyak RM305.8 bilion dalam tempoh akhir Rancangan. Pelaburan swasta akan diberi galakan dengan penyediaan persekitaran pelaburan yang kondusi f, termasuk meningkatkan sistem penyampaian, menghapuskan sekatan peraturan dan menangani masalah kekurangan tenaga kerja mahir. Di samping itu, pakej insentif yang khusus akan disediakan untuk pelaburan Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 19 Carta M-5 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Industri, 2006-2010 (% pertumbuhan) 7.9% 8.2% 6.5% 5.8% 4.3% 3.5% 4.4% 4.1% 5.0% 3.5% 4.1% 6.7% 3.4% 2.1% 3.4% 2008-2010 2006-2010 (Asal) 2006-2010 (Dipinda) Perkhidmatan Pembinaan Pertanian Pembuatan Perlombongan berkembang sebanyak 6.6% setahun menggambarkan perbelanjaan emolumen yang lebih tinggi bagi menambah baik sistem penyampaian. Keluaran Sektoral Sektor perkhidmatan dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada kadar 7.9% setahun. Pertumbuhan akan diterajui oleh subsektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan yang berkembang pada kadar 9.8% setahun. Aktiviti utama yang menyumbang kepada per tumbuhan ini termasuk perbankan Islam, takaful dan takaful semula serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar. Perkhidmatan ICT seperti pembangunan perisian dan kandungan serta perkhidmatan berasaskan Internet dan penyelesaian e-dagang dijangka berkembang lebih ketara. Subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran dijangka berkembang sebanyak 8.4% setahun dengan jangkaan prestasi aktiviti pelancongan dan berkaitan pelancongan yang kukuh. Subsektor pengangkutan dan komunikasi dijangka berkembang sejajar dengan usaha mempromosikan Pelabuhan Klang, Selangor dan Tanjung Pelepas, Johor sebagai pusat persinggahan kargo serta pembangunan perkhidmatan pengangkutan tambang murah. Sektor pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 3.5% setahun berikutan jangkaan kelembapan permintaan keluaran elektrik dan elektronik dunia. Pertumbuhan akan diterajui oleh industri berorientasikan dalam negeri yang berkembang sebanyak 5.5% setahun terutamanya industri berkaitan pembinaan selaras dengan jangkaan pengembangan aktiviti pembinaan. Sektor pertanian dijangka berkembang sebanyak 4.4% setahun dengan subsektor tanaman makanan berkembang sebanyak 6.2% setahun, manakala subsektor tanaman industri berkembang sebanyak 3.0% setahun. Penekanan akan diberi kepada peningkatan produktiviti melalui aktiviti penanaman semula dengan menggunakan klon baru dan berhasil tinggi, penyatuan tanah, amalan pengurusan ladang yang baik serta memaksimumkan penggunaan teknologi dan mesin. Sektor perlombongan dijangka berkembang sebanyak 3.4% setahun. Subsektor minyak dan gas akan terus menjadi sumber utama pertumbuhan dan menyumbang sebanyak 98.7% kepada sektor ini. Sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.8% setahun, disumbang terutamanya aktiviti kejuruteraan awam ser ta subsektor kediaman dan hartanah komersil. Pelaksanaan projek infrastruktur sosial dan fizikal akan menjana pertumbuhan sektor ini. Pembangunan koridor pertumbuhan wilayah akan terus menggiatkan lagi perkembangan sektor pembinaan. Sektor pembinaan mengekalkan momentum pertumbuhan... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 20 Jadual M-2 Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan, 2005-2010 Perkara RM bilion % kepada KDNK 2005 2007 2010 2005 2007 2010 2006-2010 Asal Dipinda Hasil 106.3 139.9 179.0 20.3 21.8 20.8 21.9 21.5 Perbelanjaan Mengurus 97.7 123.1 150.3 18.7 19.2 17.5 19.1 18.4 Lebihan Semasa 8.6 16.8 28.7 1.6 2.6 3.3 2.8 3.1 Perbelanjaan Pembangunan Bersih 27.3 37.5 56.6 5.2 5.8 6.6 6.2 6.3 Defisit Keseluruhan -18.7 -20.7 -27.9 -3.6 -3.2 -3.2 -3.4 -3.2 Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan Akaun Kerajaan Persekutuan Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan fiskal berhemat. Defisit fiskal dijangka kekal pada 3.2% kepada KDNK pada tahun 2010. Langkah akan diambil untuk meluaskan asas hasil dengan mengkaji semula insentif cukai dan meningkatkan kutipan cukai. Dalam tempoh akh i r Rancangan, pe rbe l anj a an mengurus Ke r a j a a n Persekutuan dijangka meningkat lebih sederhana pada 6.9% setahun. Subsidi ke atas keluaran petroleum akan dikurangkan secara beransur-ansur selaras dengan langkah Kerajaan untuk memperkenalkan sistem yang lebih adil untuk memberi faedah kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Siling perbelanjaan pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan akan ditambah sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion. Keperluan untuk menambah siling adalah mengambil kira keperluan tambahan pembangunan dan kenaikan kos barangan berkaitan pembinaan. Projek pembangunan juga akan disusun semula dengan memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat. Di samping itu, program penswastaan dan PFI akan juga digunakan sebagai pelengkap kepada pelaburan awam bagi menyediakan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti dan memastikan nilai untuk wang. Kerajaan akan mempertingkatkan disiplin fiskal dengan melaksanakan bidaan kompetitif dan menggalakkan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek. Sektor Luar Negara Perdagangan Barangan Eksport kasar dijangka berkembang sebanyak 8.1% setahun. Pengeluar dan pengeksport Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada liberalisasi yang berterusan bagi Projek pembangunan mesra rakyat... Defisit fiskal yang mampan... Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 21 perdagangan barangan dan perkhidmatan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, perjanjian perdagangan serantau dan perjanjian bebas dua hala. Eksport pembuatan dijangka berkembang sebanyak 8.1% setahun, menggambarkan peningkatan ber terusan permintaan daripada pasaran tradisional dan baru. Ekspor t komoditi per tanian dijangka berkembang sebanyak 14.2% setahun dan komoditi perlombongan sebanyak 9.2%, terutamanya berikutan jangkaan harga eksport yang lebih tinggi. Import kasar dijangka berkembang sebanyak 9.8% setahun, disumbang terutamanya oleh import barangan pengantara dan modal, kedua-duanya merupakan 85.3% daripada jumlah import. Pertumbuhan ini selaras dengan jangkaan peningkatan permintaan yang berterusan bagi komponen import, hasil pengembangan sektor pembuatan. Import barangan penggunaan dijangka berkembang sebanyak 9.7% setahun. Hasilnya, imbangan perdagangan dijangka berkurang daripada RM100.3 bilion pada tahun 2007 kepada RM97.0 bilion pada tahun 2010. Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran keseluruhan dijangka terus kukuh berikutan lebihan yang tinggi dalam akaun barangan dan lebihan yang semakin tinggi dalam akaun perkhidmatan. Lebihan akaun semasa dijangka mencapai Perkara RM bilion % kepada KNK 2005 2007 2010 2005 2007 2010 Imbangan Akaun Barangan 128.9 127.7 134.1 25.9 20.3 16.0 Eksport 539.4 605.9 765.8 108.2 96.5 91.3 Import 410.5 478.2 631.7 82.4 76.1 75.3 Imbangan Akaun Perkhidmatan -9.6 2.4 3.8 -1.9 0.4 0.4 Pengangkutan -15.9 -13.2 -13.5 -3.2 -2.1 -1.6 Perjalanan 18.7 29.1 31.7 3.7 4.6 3.8 Lain-lain -12.4 -13.6 -14.4 -2.5 -2.2 -1.7 Imbangan Akaun Pendapatan -24.0 -13.8 -21.4 -4.8 -2.2 -2.6 Imbangan Akaun Semasa 78.3 100.5 95.7 15.7 16.0 11.4 Akaun Modal dan Kewangan -37.0 -37.2 - -7.4 -5.9 - Imbangan Pembayaran Keseluruhan 13.6 45.3 - 2.7 7.2 - Nota: Pada 30 Mei 2008 Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia Jadual M-3 Imbangan Pembayaran, 2005-2010 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 22 RM95.7 bilion atau 11.4% kepada KNK pada tahun 2010, disokong oleh pengekalan kedudukan yang kukuh dalam akaun barangan, sebahagiannya disumbangkan oleh harga komoditi dan nisbah harga eksport-import yang lebih baik. Lebihan akaun perkhidmatan diunjur meningkat kepada RM3.8 bilion atau 0.4% kepada KNK pada tahun 2010, terutamanya berikutan penerimaan bersih yang lebih tinggi dalam akaun perjalanan. Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama serta peningkatan eksport perkhidmatan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan penyumberan luar. Akaun pendapatan dijangka terus mengalami defisit, terutamanya disebabkan oleh penghantaran balik keuntungan dan dividen oleh pelabur asing. Aliran keluar kasar keuntungan dan dividen dianggar sebanyak RM21.4 bilion atau 2.6% kepada KNK pada tahun 2010. Pelabur asing akan terus digalak untuk melabur semula di Malaysia. Imbangan Sumber Keluaran negara kasar pada harga semasa dijangka meningkat sebanyak 10.1% setahun selaras dengan pengembangan aktiviti ekonomi dalam negeri dan harga komoditi yang kukuh. Walaupun perbelanjaan penggunaan meningkat sebanyak 11.0% setahun, tabungan negara kasar dijangka berkembang sebanyak 8.9% setahun dan merupakan 37.2% kepada KNK. Pelaburan termasuk perubahan stok, dijangka terus kukuh dan berkembang sebanyak 15.3% setahun. Hasilnya, kedudukan sumber dijangka mencatat lebihan sebanyak RM292.2 bilion atau 12.8% kepada KNK dalam tempoh 2008-2010, mencerminkan keupayaan negara untuk membiayai pelaburan dalam negeri tanpa bergantung kepada pinjaman asing. Perkembangan Harga Harga minyak dunia dan komoditi yang tinggi akan memberi tekanan berterusan kepada inflasi dalam negeri. Bagi mengekalkan paras harga yang rendah dan stabil, usaha akan diambil untuk memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan asas yang mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Langkah ini termasuk usaha meningkatkan produktiviti dalam subsektor makanan, melaksanakan Dasar Jaminan Makanan Negara dan rangkaian pengedaran yang lebih baik. Kerajaan akan terus memantau dengan rapi pergerakan harga, mengamal dasar kewangan yang akomodatif dan menggalak pengguna mengamalkan perbelanjaan berhemat serta mengelak pembaziran. Usaha juga akan diambil untuk mengguna pakai mekanisma harga berasaskan pasaran dalam jangka panjang. I V. penutup Dalam tempoh 2006-2007, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan yang kukuh didorong oleh permintaan dalam negeri. Dalam tempoh akhir Rancangan, 2008-2010, strategi ekonomi makro akan ditumpu kepada peningkatan daya tahan, produktiviti dan daya saing bagi mengekalkan kadar pertumbuhan yang mampan. Pertumbuhan akan dicapai dalam suasana inflasi dan kadar pengangguran yang rendah serta kedudukan imbangan luar yang sihat dan defisit fiskal yang mampan. Sektor swasta akan terus menjadi peneraju pertumbuhan manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang menyokong pertumbuhan. Kedudukan sumber yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan pelaburan... Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 9 pencapaian dan prospek ekonomi makro Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 11 pencapaian dan prospek ekonomi makro Pertumbuhan KDNK sebenar melepasi sasaran... Peningkatan sumbangan TFP kepada pertumbuhan KDNK... I. PENDAHULUAN Dalam tempoh kajian semula, 2006-2007, ekonomi Malaysia terus mengekalkan momentum per tumbuhan, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh. Daya tahan ekonomi bertambah kukuh dengan asas ekonomi yang lebih pelbagai dan peralihan berterusan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang utama pertumbuhan, terutamanya daripada sumber pertumbuhan baru dalam subsektor kewangan, perkhidmatan perniagaan dan komunikasi yang didorong oleh permintaan dalam negeri yang teguh. Prestasi ekonomi yang kukuh telah dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah. Prestasi ekonomi yang kukuh telah menggiatkan lagi perubahan struktur ekonomi dan meneguhkan asas ekonomi makro negara. Sehubungan itu, ekonomi lebih berupaya untuk menghadapi ketidaktentuan dan risiko yang timbul daripada kelembapan ekonomi dunia, inflasi global, isu sub prima dan saingan lebih sengit daripada ekonomi baru muncul. Dalam tempoh akhir Rancangan, 2008-2010, strategi ekonomi makro akan memberi tumpuan kepada usaha menangani inflasi, meningkatkan daya saing dan merangsang sumber pertumbuhan baru. Sektor swasta berperanan untuk menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi. Kerajaan pula akan menyedia persekitaran yang kondusif untuk pelaburan tempatan dan asing. II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Ekonomi Dalam Negeri Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebenar berkembang sebanyak 6.1% setahun, melepasi sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak 6.0%. Per tumbuhan telah di sokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Pendapatan per kapita pada harga semasa meningkat 10.6% setahun kepada RM23,066 atau US$6,714 dan pendapatan per kapita berdasarkan pariti kuasa beli meningkat sebanyak 14.2% setahun kepada US$13,529 pada tahun 2007. Produktiviti Sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan KDNK telah meningkat kepada 34.8% dalam tempoh 2006-2007 berbanding 29.0% yang dicapai dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Sumbangan daripada modal adalah sebanyak 36.7% dan buruh sebanyak 28.5%. Nisbah tambahan modal kepada pengeluaran (ICOR)1 telah bertambah baik, pada purata 3.7 berbanding sasaran Rancangan pada 4.6. Peningkatan produktiviti telah disumbang oleh peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta peningkatan penggunaan teknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 1 Berdasarkan purata bergerak 3 tahun. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 12 Kotak M-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Mencapai kadar .. pertumbuhan yang memberangsangkan serta mengekalkan asas ekonomi yang kukuh .. Pertumbuhan KDNK sebenar: 6.1% setahun .. Kadar inflasi: 2.8% setahun .. Kadar pengangguran: 3.2% pada tahun 2007 .. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran meningkat daripada RM78.3 bilion pada tahun 2005 kepada RM100.5 bilion pada tahun 2007 .. Pendapatan per kapita meningkat daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada tahun 2007 .. Mengukuhkan daya saing .. Kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa: y y Kedudukan daya saing dunia bertambah baik dari kedudukan 26 daripada 55 negara pada tahun 2005 kepada kedudukan 19 daripada 55 negara pada tahun 2008 (sumber: IMD World Competitiveness Yearbook 2008) y y Kedudukan daya saing global bertambah baik dari kedudukan 25 daripada 125 negara pada tahun 2005 kepada kedudukan 21 daripada 131 negara pada tahun 2007 (sumber: WEF Global Competitiveness Report 2007-2008) y y Kemudahan untuk menjalankan perniagaan bertambah baik dari kedudukan 25 daripada 175 negara pada tahun 2006 kepada kedudukan 24 daripada178 negara pada tahun 2008 (sumber: Doing Business 2008, World Bank) .. Meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan yang lebih tinggi daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti untuk memesatkan pembangunan ke arah aktiviti berteknologi tinggi dan mengembangkan rangkaian pasaran .. Peratusan pelaburan swasta (pada harga semasa) kepada jumlah pelaburan meningkat daripada 50.1% pada tahun 2005 kepada 53.5% pada tahun 2007 .. Peratusan pelaburan swasta kepada KDNK meningkat daripada 11.3% pada tahun 2005 kepada 11.9% pada tahun 2007 .. FDI yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri meningkat daripada RM17.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM33.4 bilion pada tahun 2007 .. Meningkatkan kecekapan modal, produktiviti buruh dan sumbangan TFP .. Sumbangan TFP kepada pertumbuhan KDNK meningkat daripada 29.0% bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan kepada 34.8% bagi tempoh 2006-2007 .. Mengekalkan pengurusan fiskal yang pragmatik .. Defisit fiskal mengecil daripada 3.6% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 3.2% kepada KDNK pada tahun 2007 .. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan berkurang daripada 43.8% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 41.6% kepada KDNK pada tahun 2007 Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 13 Carta M-2 Indeks pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Mengikut Negara, 2000 dan 2007 647 1,363 1,455 1,768 2,455 2,640 3,411 3,477 3,569 3,966 3,985 3,986 4,049 4,061 4,098 4,239 4,255 4,610 4,700 4,774 4,822 5,459 India 22 (22) Indonesia 21 (21) Filipina 20 (20) Thailand 19 (18) Rep. Rakyat China 18 (19) MALAYSIA 17 (17) Singapura 16 (14) New Zealand 15 (15) Ireland 14 (13) Belanda 13 (11) Australia 12 (9) Korea 11 (16) Kanada 10 (8) Jerman 9 (12) Switzerland 8 (7) United Kingdom 7 (10) Norway 6 (4) Finland 5 (3) Sweden 4 (2) Denmark 3 (5) Jepun 2 (6) Amerika Syarikat 1 (1) Skor ........ ........ Nota : Angka di dalam kurungan menunjukkan kedudukan pada tahun 2000 Sektor swasta menerajui pertumbuhan... 2,413 1,250 756 324 83 2,640 1,331 642 402 266 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Pendidikan dan Latihan Infostruktur R&D & Teknologi Infrastruktur Komputer Skor 2000 2007 Carta M-1 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Malaysia, 2000 dan 2007 Kemajuan ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan diguna untuk memantau kemajuan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Pada tahun 2007, indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan keseluruhan telah meningkat sebanyak 227 mata kepada 2,640 daripada 2,413 pada tahun 2000. Infrastruktur komputer mencatatkan kemajuan paling ketara berdasarkan indeksnya meningkat 220.5% diikuti oleh R&D dan teknologi, 24.1% serta pendidikan dan latihan, 6.5%. Indeks infostruktur mencatatkan penurunan disebabkan bilangan talian telefon tetap yang berkurang. Berdasarkan perbandingan di kalangan 22 negara terpilih, Malaysia kekal pada kedudukan ke-17 pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, Malaysia adalah antara lima negara yang mencatat kemajuan terbaik ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sejak tahun 2000 selepas Republik Korea, Republik Rakyat China, Jepun dan United Kingdom. Di samping itu, antara tahun 2002 dan 2006, peningkatan telah dicatatkan dalam semua industri dari segi meningkatkan kompetensi dan keupayaan pengetahuan ser ta mewujudkan beberapa aktiviti pemerolehan, penjanaan dan perkongsian pengetahuan. Secara keseluruhan, industri telekomunikasi, teknologi maklumat, kimia dan perkhidmatan kewangan menerajui dari segi kesediaan pengetahuan. Permintaan Agregat Pelaburan swasta berkembang sebanyak 8.6% setahun dan sumbangannya kepada jumlah pelaburan meningkat kepada 51.1% pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, ia kurang daripada sasaran pertumbuhan sebanyak 11.2%. Perbelanjaan modal mencatat peningkatan dalam kebanyakan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan dan perkhidmatan. Aliran masuk bersih FDI juga meningkat daripada RM15.0 bilion pada tahun 2005 kepada RM29.1 bilion pada tahun 2007. Kerajaan terus menyokong dan menggalak aktiviti sektor swasta dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan kecekapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 14 sistem penyampaian awam. Ini termasuk pengurangan kadar cukai korporat daripada 28% pada tahun 2006 kepada 27% pada tahun 2007. Penggunaan swasta berkembang pada 8.6% setahun melepasi sasaran Rancangan dan sumbangannya kepada KDNK meningkat kepada 50.5% pada tahun 2007. Peningkatan penggunaan swasta didorong oleh persekitaran kewangan yang menggalakkan, pendapatan boleh guna lebih tinggi dan kesan positif kekayaan berikutan harga komoditi yang tinggi. Di samping itu, prestasi kukuh pasaran ekuiti dan perkembangan positif dalam pasaran buruh terus menaikkan sentimen pengguna. Pelaburan awam meningkat sebanyak 8.9% setahun, lebih tinggi daripada sasaran Rancangan sebanyak 5.0% setahun hasil daripada pemesatan pelaksanaan projek pembangunan. Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.7% setahun disebabkan perbelanjaan lebih tinggi bagi emolumen berikutan pelarasan gaji penjawat awam pada tahun 2007 serta bekalan dan perkhidmatan. Pencapaian Sektoral Semua sektor mencatat pertumbuhan positif diterajui oleh sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 8.5% setahun. Pertumbuhan pesat sektor perkhidmatan disumbang oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan yang berkembang sebanyak 10.8% setahun. Aktiviti kewangan dan perniagaan berkembang selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan kepelbagaian produk kewangan terutamanya perbankan dan kewangan Islam serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar. Penyumbang utama yang lain kepada perkembangan sektor perkhidmatan adalah subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran yang meningkat sebanyak 9.5% setahun disebabkan pertumbuhan pesat pelancongan. Sektor pembuatan berkembang pada kadar 5.1% setahun, lebih rendah daripada sasaran per tumbuhan berikutan kelembapan permintaan global bagi elektronik dan permintaan dalam negeri yang lemah bagi peralatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, prestasi kukuh dicatat oleh industri berorientasikan dalam negeri2 yang berkembang sebanyak 6.6% setahun terutamanya disebabkan industri berkaitan pembinaan seperti besi dan keluli, produk logam direka dan produk galian bukan logam. Kadar kapasiti penggunaan sektor pembuatan secara keseluruhan adalah mampan, iaitu sebanyak 76% pada tahun 2007. Sektor pertanian berkembang sederhana sebanyak 3.8% setahun ber ikutan pertumbuhan perlahan sebanyak 2.1% setahun bagi keluaran tanaman industri. Pengeluaran minyak sawit dan getah terjejas akibat banjir pada awal tahun 2007 serta tekanan biologi. Pengeluaran minyak sawit mentah merosot sebanyak 0.5% pada tahun 2007 dengan purata keluaran buah tandan segar sehektar merosot sebanyak 2.9% kepada 19 tan metrik. Pengeluaran getah juga merosot sebanyak 6.5% pada tahun 2007 kepada 1.2 juta tan metrik. Subsektor tanaman makanan berkembang sebanyak 6.3% setahun disumbang oleh peningkatan produktiviti berikutan aktiviti komersil berskala besar dan amalan agronomik yang lebih baik. Sektor pembinaan mencatat k adar pertumbuhan sebanyak 2.0% setahun. Sektor perkhidmatan sebagai sumber utama pertumbuhan... 2 Ini termasuk industri berkaitan pembinaan, logam direka, pemprosesan makanan, peralatan pengangkutan, minuman dan tembakau, keluaran petroleum, keluaran kertas dan industri pembuatan lain. Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 15 Penyumbang utama pertumbuhan adalah aktiviti kejuruteraan awam yang berkaitan dengan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Permintaan terhadap perumahan dan bangunan komersil juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Sektor perlombongan mencatat pertumbuhan kecil sebanyak 0.2% setahun berikutan pengurangan pengeluaran minyak mentah dan gas pada tahun 2006. Pengeluaran terjejas disebabkan penutupan beberapa telaga minyak bagi penyelenggaraan dan kerja menaik taraf yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan loji Gas Asli Cecair Malaysia 2 (MLNG2) di Bintulu, Sarawak. Aktiviti perlombongan meningkat semula pada tahun 2007 berikutan pembukaan telaga minyak laut dalam pertama Malaysia di Kikeh, Sabah dan pembukaan semula loji MLNG2. Akaun Kerajaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan terus mengamalkan dasar fiskal berhemat seperti ditunjukkan oleh defisit fiskal yang mengecil daripada 3.6% kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 3.2% pada tahun 2007. Jumlah hasil mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 14.7% setahun berikutan daripada hasil yang tinggi, terutamanya cukai pendapatan petroleum dan pulangan pendapatan daripada pelaburan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan mengurus turut berkembang pada kadar yang tinggi, iaitu 12.2% setahun disebabkan pelarasan gaji penjawat awam serta pembayaran subsidi. Perbelanjaan pembangunan telah dibiayai melalui peningkatan lebihan semasa dan tahap pinjaman yang terkawal. Hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM266.7 bilion atau 41.6% kepada KDNK pada tahun 2007. Sektor Luar Negara Perdagangan Barangan Purata lebihan dagangan adalah RM100 bilion setahun walaupun pertumbuhan eksport kasar adalah sederhana pada 6.2% setahun berikutan eksport keluaran elektrik dan elektronik yang perlahan. Eksport kekal kukuh disokong oleh komoditi utama, terutamanya keluaran per tanian dan minyak mentah. Import kasar berkembang sebanyak 8.0% setahun disumbang oleh peningkatan permintaan bagi barangan modal dan pengantara yang menyokong aktiviti dalam negeri. Walau bagaimanapun, purata intensiti import berkurangan kepada 47.3% pada tahun 2007 daripada 48.3% pada tahun 2005. Ini menggambarkan peningkatan keupayaan industri tempatan dalam membekalkan barangan modal dan pengantara. Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran keseluruhan terus kukuh pada RM45.3 bilion atau 7.2% daripada keluaran negara kasar (KNK) pada tahun 2007 disumbangkan oleh lebihan besar dalam akaun semasa hasil daripada pengekalan lebihan dalam akaun barangan, peralihan daripada defisit kepada lebihan dalam akaun perkhidmatan dan pengecilan defisit dalam akaun pendapatan. Buat pertama kalinya, akaun perkhidmatan mencatat lebihan disebabkan defisit perkhidmatan pengangkutan yang lebih kecil dan penerimaan bersih yang lebih tinggi dalam akaun perjalanan. Defisit akaun pendapatan mengecil daripada 4.8% daripada KNK pada tahun 2005 kepada 2.2% pada tahun 2007, terutamanya disebabkan penghantaran balik keuntungan dan dividen oleh pelabur Malaysia yang beroperasi di luar negara. Lebihan dalam akaun perkhidmatan buat pertama kali... Lebihan dagangan adalah RM100 bilion setahun... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 16 Imbangan Sumber Tabungan negara kasar kekal tinggi pada purata 38.4% kepada KNK dalam tempoh 2006-2007 dan membolehkan Malaysia membiayai aktiviti ekonomi daripada sumber dalam negeri. Pelaburan negara kasar, termasuk perubahan dalam stok kekal pada 22% daripada KNK. Oleh itu, imbangan sumber mencatat lebihan sebanyak 16.4% kepada KNK. Perkembangan Harga Kadar inflasi meningkat sebanyak 2.8% setahun dalam tempoh 2006-2007. Penyumbang utama peningkatan adalah disebabkan kenaikan harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, harga keluaran tekstil dan perkhidmatan telekomunikasi merosot. Walaupun harga minyak dunia kekal tinggi pada tahun 2007, harga runcit minyak dan gas dalam negeri hanya dinaikkan sekali pada bulan Mac 2006. Harga pengeluar meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 5.9% setahun, terutamanya disebabkan oleh harga keluaran berkaitan komoditi yang tinggi. II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 Strategi Ekonomi Makro Persekitaran ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara maju, harga tenaga dan komoditi yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan persaingan daripada ekonomi baru muncul. Bagi memastikan Malaysia menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, strategi ekonomi makro adalah selaras dengan lima teras Misi Nasional seperti berikut: Mengekalkan kestabilan ekonomi makro... • Mengurus kestabilan harga; • Meningkatkan daya saing; • Merangsang sumber baru pertumbuhan; • Meningkatkan produktiviti; dan • Mengekalkan pengurusan fiskal berhemat. Tinjauan Ekonomi Antarabangsa Ekonomi dunia dijangka berkembang sebanyak 4.1% setahun bagi tempoh 2008- 2010. Walaupun pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan kukuh di Republik Rakyat China, India dan lain-lain negara baru muncul di As ia di jangk a dapat mengek alk an pertumbuhan yang disasar. Inflasi dijangka kekal sederhana sebanyak 2.2% setahun di negara maju dan sebanyak 5.9% setahun di pasaran baru muncul dan negara membangun. Inflasi dunia dijangka kekal tinggi disebabkan kenaikan harga minyak yang berlarutan serta lain-lain komoditi termasuk makanan. Perdagangan dunia dijangka berkembang pada kadar purata 6.2% setahun, disokong oleh pengembangan berasaskan permintaan yang kukuh dalam keluaran berteknologi tinggi di peringkat global serta peningkatan liberalisasi. Ekonomi Malaysia KDNK sebenar dijangka berkembang sebanyak 6.0% setahun dalam tempoh 2008-2010. Pertumbuhan ini dijangka disokong oleh permintaan dalam negeri, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian dijangka kekal sebagai sumber utama pertumbuhan. Pendapatan per kapita pada harga semasa dijangka meningkat sebanyak 8.8% setahun kepada RM29,711 (US$9,285) dan pendapatan per kapita berdasarkan pariti kuasa beli meningkat kepada US$18,439 pada tahun 2010. Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 17 Jadual M-1 Petunjuk Utama Ekonomi Perkara Sasaran RMKe-9 2006-2010 Pencapaian 2006-2007 Sasaran 2008-2010 Sasaran Dipinda RMKe-9 2006-2010 KDNK Sebenar (% pertumbuhan setahun) 6.0 6.1 6.0 6.0 Pendapatan Per Kapita pada harga semasa (RM)1 23,573 23,066 29,711 29,711 Kadar Pertumbuhan Tahunan (%) 5.9 10.6 8.8 9.5 Pendapatan Per Kapita dalam Pariti Kuasa Beli (US$)1 13,878 13,529 18,439 18,439 Sudut Permintaan, pada harga malar tahun 2000 (% pertumbuhan setahun) Penggunaan 6.5 8.0 7.4 7.6 Swasta 6.9 8.6 7.6 8.0 Awam 5.3 5.7 6.6 6.2 Pembentukan Modal Kasar Tetap 7.9 8.7 8.5 8.6 Swasta 11.2 8.6 10.6 9.8 Awam 5.0 8.9 6.3 7.0 Eksport Barangan dan Perkhidmatan 7.1 5.6 4.3 4.8 Import Barangan dan Perkhidmatan 7.9 6.9 6.0 6.4 Sudut Penawaran, pada harga malar tahun 2000 (% pertumbuhan setahun) Pertanian 5.0 3.8 4.4 4.1 Perlombongan dan Kuari 3.4 0.2 3.4 2.1 Pembuatan 6.7 5.1 3.5 4.1 Pembinaan 3.5 2.0 5.8 4.3 Perkhidmatan 6.5 8.5 7.9 8.2 Perdagangan Luar Negara (% pertumbuhan setahun) Eksport Kasar 8.5 6.2 8.1 7.4 Import Kasar 9.8 8.0 9.8 9.1 Imbangan Pembayaran (RM bilion)2 Barangan 149.8 127.7 134.1 134.1 Perkhidmatan -4.5 2.4 3.8 3.8 Pendapatan -39.5 -13.8 -21.4 -21.4 Imbangan Akaun Semasa 91.2 100.5 95.7 95.7 % kepada KNK 13.4 16.0 11.4 11.4 Tabungan (% kepada KNK) 36.2 38.4 37.2 37.6 Indeks Harga Pengguna (% pertumbuhan setahun) Inflasi Keseluruhan - 2.8 3.0 ~ 4.0 - Luar Bandar - 2.9 - - Bandar - 2.8 - - Indeks Harga Pengeluar (% pertumbuhan setahun) Ekonomi Domestik - 5.9 - - Pengeluaran Tempatan - 7.1 - - Import - 3.5 - - Nota: 1 Pada akhir tempoh. 2 Pada akhir tempoh, nilai bersih. Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 18 Carta M-4 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Perbelanjaan, 2006-2010 (% pertumbuhan) 10.6% 11.2% 9.8% 7.6% 8.0% 6.9% 6.0% 6.4% 7.9% 5.3% 6.2% 6.6% 4.3% 4.8% 7.1% 6.3% 7.0% 5.0% Pelaburan Swasta 2008-2010 2006-2010 (Dipinda) 2006-2010 (Asal) Penggunaan Swasta Import Penggunaan Awam Eksport Pelaburan Awam Produktiviti Faktor Keseluruhan Dalam tempoh akh i r Rancangan, sumbangan TFP kepada pertumbuhan dijangka terus meningkat. Sumbangan TFP akan dipertingkat dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta menyediakan persekitaran yang menyokong kreativiti dan inovasi. Carta M-3 Produktiviti Faktor Keseluruhan, 2006-2010 Peratus KDNK 6.0% 35.8% 29.9% 34.3% KDNK 6.0% 36.2% 28.1% 35.7% KDNK 6.0% 37.2% 27.8% 35.0% KDNK 6.1% 34.8% 28.5% 36.7% 7 6 5 4 3 2 1 0 Sasaran Asal Modal Buruh TFP Pencapaian 2006-2007 Sasaran 2008-2010 Sasaran Dipinda 2006-2010 Sektor swasta memacu pertumbuhan... berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan. Program penswastaan dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) akan juga menyumbang ke arah peningkatan pelaburan swasta. Pelaburan awam dijangka berkembang sebanyak 6.3% setahun, iaitu setelah mengambil kira jangkaan perbelanjaan modal tambahan oleh perusahaan awam bukan kewangan dan sektor Kerajaan. Kerajaan akan terus melaksana program dan projek untuk mengembangkan keupayaan produktif ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada projek mesra rakyat seper ti membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan dan penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal. Penggunaan swasta akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan dan dijangka berkembang sebanyak 7.6% setahun dengan peratusannya kepada KDNK meningkat kepada 52.9% pada tahun 2010. Keyakinan pengguna dijangka terus meningkat berikutan pertambahan peluang pekerjaan dan pendapatan boleh guna lebih tinggi. Penggunaan awam dijangka Permintaan Agregat Pelaburan swasta dijangka berkembang sebanyak 10.6% setahun. Jumlah pelaburan swasta pada harga semasa dianggar mencapai RM121 bilion atau 56.4% daripada jumlah pelaburan pada tahun 2010. Jumlah pelaburan swasta dianggar sebanyak RM305.8 bilion dalam tempoh akhir Rancangan. Pelaburan swasta akan diberi galakan dengan penyediaan persekitaran pelaburan yang kondusi f, termasuk meningkatkan sistem penyampaian, menghapuskan sekatan peraturan dan menangani masalah kekurangan tenaga kerja mahir. Di samping itu, pakej insentif yang khusus akan disediakan untuk pelaburan Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 19 Carta M-5 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Industri, 2006-2010 (% pertumbuhan) 7.9% 8.2% 6.5% 5.8% 4.3% 3.5% 4.4% 4.1% 5.0% 3.5% 4.1% 6.7% 3.4% 2.1% 3.4% 2008-2010 2006-2010 (Asal) 2006-2010 (Dipinda) Perkhidmatan Pembinaan Pertanian Pembuatan Perlombongan berkembang sebanyak 6.6% setahun menggambarkan perbelanjaan emolumen yang lebih tinggi bagi menambah baik sistem penyampaian. Keluaran Sektoral Sektor perkhidmatan dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada kadar 7.9% setahun. Pertumbuhan akan diterajui oleh subsektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan yang berkembang pada kadar 9.8% setahun. Aktiviti utama yang menyumbang kepada per tumbuhan ini termasuk perbankan Islam, takaful dan takaful semula serta perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar. Perkhidmatan ICT seperti pembangunan perisian dan kandungan serta perkhidmatan berasaskan Internet dan penyelesaian e-dagang dijangka berkembang lebih ketara. Subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran dijangka berkembang sebanyak 8.4% setahun dengan jangkaan prestasi aktiviti pelancongan dan berkaitan pelancongan yang kukuh. Subsektor pengangkutan dan komunikasi dijangka berkembang sejajar dengan usaha mempromosikan Pelabuhan Klang, Selangor dan Tanjung Pelepas, Johor sebagai pusat persinggahan kargo serta pembangunan perkhidmatan pengangkutan tambang murah. Sektor pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 3.5% setahun berikutan jangkaan kelembapan permintaan keluaran elektrik dan elektronik dunia. Pertumbuhan akan diterajui oleh industri berorientasikan dalam negeri yang berkembang sebanyak 5.5% setahun terutamanya industri berkaitan pembinaan selaras dengan jangkaan pengembangan aktiviti pembinaan. Sektor pertanian dijangka berkembang sebanyak 4.4% setahun dengan subsektor tanaman makanan berkembang sebanyak 6.2% setahun, manakala subsektor tanaman industri berkembang sebanyak 3.0% setahun. Penekanan akan diberi kepada peningkatan produktiviti melalui aktiviti penanaman semula dengan menggunakan klon baru dan berhasil tinggi, penyatuan tanah, amalan pengurusan ladang yang baik serta memaksimumkan penggunaan teknologi dan mesin. Sektor perlombongan dijangka berkembang sebanyak 3.4% setahun. Subsektor minyak dan gas akan terus menjadi sumber utama pertumbuhan dan menyumbang sebanyak 98.7% kepada sektor ini. Sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.8% setahun, disumbang terutamanya aktiviti kejuruteraan awam ser ta subsektor kediaman dan hartanah komersil. Pelaksanaan projek infrastruktur sosial dan fizikal akan menjana pertumbuhan sektor ini. Pembangunan koridor pertumbuhan wilayah akan terus menggiatkan lagi perkembangan sektor pembinaan. Sektor pembinaan mengekalkan momentum pertumbuhan... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 20 Jadual M-2 Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan, 2005-2010 Perkara RM bilion % kepada KDNK 2005 2007 2010 2005 2007 2010 2006-2010 Asal Dipinda Hasil 106.3 139.9 179.0 20.3 21.8 20.8 21.9 21.5 Perbelanjaan Mengurus 97.7 123.1 150.3 18.7 19.2 17.5 19.1 18.4 Lebihan Semasa 8.6 16.8 28.7 1.6 2.6 3.3 2.8 3.1 Perbelanjaan Pembangunan Bersih 27.3 37.5 56.6 5.2 5.8 6.6 6.2 6.3 Defisit Keseluruhan -18.7 -20.7 -27.9 -3.6 -3.2 -3.2 -3.4 -3.2 Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan Akaun Kerajaan Persekutuan Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan fiskal berhemat. Defisit fiskal dijangka kekal pada 3.2% kepada KDNK pada tahun 2010. Langkah akan diambil untuk meluaskan asas hasil dengan mengkaji semula insentif cukai dan meningkatkan kutipan cukai. Dalam tempoh akh i r Rancangan, pe rbe l anj a an mengurus Ke r a j a a n Persekutuan dijangka meningkat lebih sederhana pada 6.9% setahun. Subsidi ke atas keluaran petroleum akan dikurangkan secara beransur-ansur selaras dengan langkah Kerajaan untuk memperkenalkan sistem yang lebih adil untuk memberi faedah kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Siling perbelanjaan pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan akan ditambah sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion. Keperluan untuk menambah siling adalah mengambil kira keperluan tambahan pembangunan dan kenaikan kos barangan berkaitan pembinaan. Projek pembangunan juga akan disusun semula dengan memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat. Di samping itu, program penswastaan dan PFI akan juga digunakan sebagai pelengkap kepada pelaburan awam bagi menyediakan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti dan memastikan nilai untuk wang. Kerajaan akan mempertingkatkan disiplin fiskal dengan melaksanakan bidaan kompetitif dan menggalakkan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek. Sektor Luar Negara Perdagangan Barangan Eksport kasar dijangka berkembang sebanyak 8.1% setahun. Pengeluar dan pengeksport Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada liberalisasi yang berterusan bagi Projek pembangunan mesra rakyat... Defisit fiskal yang mampan... Pencapaian dan Prospek Ekonomi Makro 21 perdagangan barangan dan perkhidmatan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, perjanjian perdagangan serantau dan perjanjian bebas dua hala. Eksport pembuatan dijangka berkembang sebanyak 8.1% setahun, menggambarkan peningkatan ber terusan permintaan daripada pasaran tradisional dan baru. Ekspor t komoditi per tanian dijangka berkembang sebanyak 14.2% setahun dan komoditi perlombongan sebanyak 9.2%, terutamanya berikutan jangkaan harga eksport yang lebih tinggi. Import kasar dijangka berkembang sebanyak 9.8% setahun, disumbang terutamanya oleh import barangan pengantara dan modal, kedua-duanya merupakan 85.3% daripada jumlah import. Pertumbuhan ini selaras dengan jangkaan peningkatan permintaan yang berterusan bagi komponen import, hasil pengembangan sektor pembuatan. Import barangan penggunaan dijangka berkembang sebanyak 9.7% setahun. Hasilnya, imbangan perdagangan dijangka berkurang daripada RM100.3 bilion pada tahun 2007 kepada RM97.0 bilion pada tahun 2010. Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran keseluruhan dijangka terus kukuh berikutan lebihan yang tinggi dalam akaun barangan dan lebihan yang semakin tinggi dalam akaun perkhidmatan. Lebihan akaun semasa dijangka mencapai Perkara RM bilion % kepada KNK 2005 2007 2010 2005 2007 2010 Imbangan Akaun Barangan 128.9 127.7 134.1 25.9 20.3 16.0 Eksport 539.4 605.9 765.8 108.2 96.5 91.3 Import 410.5 478.2 631.7 82.4 76.1 75.3 Imbangan Akaun Perkhidmatan -9.6 2.4 3.8 -1.9 0.4 0.4 Pengangkutan -15.9 -13.2 -13.5 -3.2 -2.1 -1.6 Perjalanan 18.7 29.1 31.7 3.7 4.6 3.8 Lain-lain -12.4 -13.6 -14.4 -2.5 -2.2 -1.7 Imbangan Akaun Pendapatan -24.0 -13.8 -21.4 -4.8 -2.2 -2.6 Imbangan Akaun Semasa 78.3 100.5 95.7 15.7 16.0 11.4 Akaun Modal dan Kewangan -37.0 -37.2 - -7.4 -5.9 - Imbangan Pembayaran Keseluruhan 13.6 45.3 - 2.7 7.2 - Nota: Pada 30 Mei 2008 Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia Jadual M-3 Imbangan Pembayaran, 2005-2010 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 22 RM95.7 bilion atau 11.4% kepada KNK pada tahun 2010, disokong oleh pengekalan kedudukan yang kukuh dalam akaun barangan, sebahagiannya disumbangkan oleh harga komoditi dan nisbah harga eksport-import yang lebih baik. Lebihan akaun perkhidmatan diunjur meningkat kepada RM3.8 bilion atau 0.4% kepada KNK pada tahun 2010, terutamanya berikutan penerimaan bersih yang lebih tinggi dalam akaun perjalanan. Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama serta peningkatan eksport perkhidmatan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan penyumberan luar. Akaun pendapatan dijangka terus mengalami defisit, terutamanya disebabkan oleh penghantaran balik keuntungan dan dividen oleh pelabur asing. Aliran keluar kasar keuntungan dan dividen dianggar sebanyak RM21.4 bilion atau 2.6% kepada KNK pada tahun 2010. Pelabur asing akan terus digalak untuk melabur semula di Malaysia. Imbangan Sumber Keluaran negara kasar pada harga semasa dijangka meningkat sebanyak 10.1% setahun selaras dengan pengembangan aktiviti ekonomi dalam negeri dan harga komoditi yang kukuh. Walaupun perbelanjaan penggunaan meningkat sebanyak 11.0% setahun, tabungan negara kasar dijangka berkembang sebanyak 8.9% setahun dan merupakan 37.2% kepada KNK. Pelaburan termasuk perubahan stok, dijangka terus kukuh dan berkembang sebanyak 15.3% setahun. Hasilnya, kedudukan sumber dijangka mencatat lebihan sebanyak RM292.2 bilion atau 12.8% kepada KNK dalam tempoh 2008-2010, mencerminkan keupayaan negara untuk membiayai pelaburan dalam negeri tanpa bergantung kepada pinjaman asing. Perkembangan Harga Harga minyak dunia dan komoditi yang tinggi akan memberi tekanan berterusan kepada inflasi dalam negeri. Bagi mengekalkan paras harga yang rendah dan stabil, usaha akan diambil untuk memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan asas yang mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Langkah ini termasuk usaha meningkatkan produktiviti dalam subsektor makanan, melaksanakan Dasar Jaminan Makanan Negara dan rangkaian pengedaran yang lebih baik. Kerajaan akan terus memantau dengan rapi pergerakan harga, mengamal dasar kewangan yang akomodatif dan menggalak pengguna mengamalkan perbelanjaan berhemat serta mengelak pembaziran. Usaha juga akan diambil untuk mengguna pakai mekanisma harga berasaskan pasaran dalam jangka panjang. I V. penutup Dalam tempoh 2006-2007, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan yang kukuh didorong oleh permintaan dalam negeri. Dalam tempoh akhir Rancangan, 2008-2010, strategi ekonomi makro akan ditumpu kepada peningkatan daya tahan, produktiviti dan daya saing bagi mengekalkan kadar pertumbuhan yang mampan. Pertumbuhan akan dicapai dalam suasana inflasi dan kadar pengangguran yang rendah serta kedudukan imbangan luar yang sihat dan defisit fiskal yang mampan. Sektor swasta akan terus menjadi peneraju pertumbuhan manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang menyokong pertumbuhan. Kedudukan sumber yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan pelaburan... Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 23 1 teras meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 25 meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi I. PENDAHULUAN Dalam tempoh separuh penggal pertama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), kemajuan yang berterusan telah dicapai untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Dalam sektor perkhidmatan, kemajuan dicapai dalam bidang per tumbuhan baru seper t i teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), telekomunikasi, pelancongan, kewangan Islam dan perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO). Pertumbuhan sektor pembuatan didorong terutamanya oleh industri berorientasikan domestik. Peralihan berterusan sektor ini kepada aktiviti berintensifkan modal dan kemahiran serta berteknologi tinggi disokong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan pembangunan serta amalan pembuatan baik. Pertumbuhan dalam sektor pertanian disumbang terutamanya oleh komoditi industri pertanian khususnya minyak sawit, getah dan kayu balak serta pertumbuhan kukuh subsektor perikanan dan ternakan. Penggunaan teknologi baru dan amalan pertanian baik telah menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Dalam mengorak langkah ke hadapan, persekitaran yang menyokong kemajuan akan ditambah baik termasuk menerusi penyusunan semula peraturan dan liberalisasi bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dan menambah kecekapan dalam semua sektor. Ini akan menyokong d a n memp e r g i a t p emb a n g u n a n aktiviti berintensif pengetahuan dan penggunaan teknologi termaju. Di samping itu, penawaran modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri dan aktiviti pertumbuhan baru akan ditambah, penyelarasan antara agensi dipertingkat dan penggunaan sumber dioptimumkan. II . P eNCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Peralihan kepada aktiviti nilai ditambah lebih tinggi dan berintensif pengetahuan di sepanjang rantaian ni lai telah dicapai dalam beberapa industri sektor ekonomi utama. Bidang pertumbuhan baru yang dikenal pasti dalam RMKe-9 telah berada dalam pelbagai peringkat pembangunan. Kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan produktivi t i , menjana sumber pertumbuhan baru dan memperluas pasaran baru adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 1-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 26 Kotak 1-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Perkhidmatan Pelancongan .. Mempergiat aktiviti pemasaran dan promosi .. Ketibaan pelancong mencecah 21 juta orang pada tahun 2007 dengan pendapatan RM46.1 bilion berbanding 16.4 juta orang dengan pendapatan RM31.9 bilion pada tahun 2005 .. Perbelanjaan per kapita pelancong meningkat daripada RM1,945 pada tahun 2005 kepada RM2,198 pada tahun 2007 .. Kadar purata penginapan hotel meningkat kepada 70.0% pada tahun 2007 daripada 63.5% pada tahun 2005 .. Membangunkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif .. 637,975 pesakit dari luar negara mendapat rawatan dan menyumbang RM457.5 juta kepada pendapatan tukaran asing .. Enrolmen pelajar asing di peringkat tertiari berjumlah 92,318 orang dengan pendapatan tukaran asing sebanyak RM1.4 bilion .. 2.8 juta orang menyertai persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) dengan perolehan pendapatan sebanyak RM5.9 bilion .. 1,503 rakyat asing menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku pada tahun 2007 dengan nilai perolehan hartanah kediaman berjumlah RM43.8 juta Kewangan .. Membangunkan sektor kewangan berdaya saing di peringkat antarabangsa .. Kewujudan 6 kumpulan perbankan domestik yang beroperasi di pasaran luar negara meningkat daripada 12 negara pada tahun 2005 kepada 19 negara pada tahun 2007 .. Jumlah aset kumpulan perbankan domestik di luar negara meningkat daripada RM88.8 bilion pada tahun 2005 kepada RM111.6 bilion pada tahun 2007 .. 16 bank asing, termasuk 3 bank Islam, beroperasi di Malaysia pada tahun 2007 .. Menggalakkan institusi kewangan tempatan yang berdaya saing .. Keuntungan sebelum cukai institusi perbankan meningkat daripada RM12.4 bilion pada tahun 2005 kepada RM17.7 bilion pada tahun 2007 .. Aset institusi perbankan meningkat daripada RM958.8 bilion pada tahun 2005 kepada RM1,221.5 bilion pada tahun 2007 .. Produktiviti yang diukur berdasarkan keuntungan sebelum cukai bagi setiap pekerja meningkat daripada RM130,297 pada tahun 2005 kepada RM168,094 pada tahun 2007 Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 27 Komitmen Output .. Membangunkan Malaysia sebagai pusat antarabangsa bagi perbankan dan kewangan Islam serta memulakan pengkhususan terpilih bagi pasaran modal di peringkat serantau dan global .. Malaysia menguasai 27% atau US$1.7 bilion daripada premium takaful global pada tahun 2006 .. Pada akhir tahun 2007, 68.9% daripada sukuk terkumpul global telah diterbitkan di Malaysia .. Pemodalan pasaran Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) Islam meningkat sebanyak 192.7% kepada RM995.3 juta pada akhir tahun 2007 Perdagangan pengedaran .. Memperkukuh kaedah pengedaran .. Jumlah pulangan jualan mencecah RM293.9 bilion pada tahun 2007 daripada RM198.1 bilion pada tahun 2005 .. Francaisor meningkat daripada 206 pada tahun 2005 kepada 267 pada tahun 2007 .. Pulangan jualan langsung meningkat kepada RM8.8 bilion pada tahun 2007 daripada RM6.6 bilion pada tahun 2005 .. Mempercepat pertumbuhan e-dagang .. Anggaran nilai transaksi e-dagang meningkat daripada US$8.8 bilion pada tahun 2005 kepada US$20.9 bilion pada tahun 2007 Perkhidmatan profesional .. Mempromosi pelaburan merentasi sempadan .. Pada akhir tahun 2007: y y 111 firma mengeksport perkhidmatan ke 33 negara y y Kontraktor Malaysia memperoleh 76 projek bernilai RM45.1 bilion y y 333 projek di 23 negara yang bernilai RM23 bilion telah disiapkan Pembuatan .. Menggalakkan sumber pertumbuhan baru industri .. 51 syarikat mendapat status BioNexus dengan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1 bilion .. 65 hasil penemuan R&D dikomersil dan 13,732 paten diluluskan .. RM2.3 bilion dibelanjakan untuk R&D dalam aktiviti pembuatan pada tahun 2006 .. 10 projek dengan aktiviti R&D berteknologi tinggi melibatkan pelaburan RM588.4 juta dilaksanakan dalam bidang seperti fabrikasi wafer bersepadu, pembungkusan litar bersepadu termaju serta peralatan pengujian dan pengukuran ketepatan .. 4 projek baru petrokimia dengan pelaburan berjumlah RM4 bilion telah dilaksanakan .. Menyediakan insentif yang lebih khusus untuk industri bernilai ditambah tinggi .. 66 projek melibatkan pelaburan langsung asing bernilai RM33.3 bilion diluluskan terutamanya dalam industri elektrikal dan elektronik (E&E), produk petroleum, ICT dan mesin dan kelengkapan (M&K) .. Nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja dalam projek yang diluluskan meningkat daripada RM278,126 pada tahun 2005 kepada RM613,600 pada tahun 2007 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 28 Komitmen Output .. Membangunkan enterpris kecil dan sederhana (EKS) berorientasi inovasi .. 532 EKS berdaftar di bawah Program Rantaian Industri dihubungkan dengan syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar pada tahun 2006 .. 528 EKS dinilai di bawah program Penggredan Daya Saing untuk Peningkatan EKS (SCORE)1 Pertanian .. Meneroka sumber pertumbuhan baru .. Peningkatan dalam pengeluaran y y Kenaf – daripada 1,163 tan metrik pada tahun 2005 kepada 4,185 tan metrik pada tahun 2007 y y Perikanan laut dalam – daripada 221,228 tan metrik pada tahun 2005 kepada 264,000 tan metrik pada tahun 2007 y y Ikan hiasan – daripada 458 juta ekor pada tahun 2005 kepada 679 juta ekor pada tahun 2007 y y Ternakan – daripada 1.7 juta tan metrik pada tahun 2005 kepada 1.9 juta tan metrik pada tahun 2007 y y Rumpai laut – daripada 46,000 tan metrik pada tahun 2005 kepada 68,000 tan metrik pada tahun 2007 y y Herba dan rempah – daripada 7,098 tan metrik pada tahun 2005 kepada 13,251 tan metrik pada tahun 2007 .. Mengembangkan aktiviti pemprosesan asas tani .. Pelaburan dalam pemprosesan makanan berjumlah RM2 billion .. Pelaburan dalam pembuatan produk getah berjumlah RM918 juta .. Pelaburan dalam pembuatan perabot dan kelengkapan berjumlah RM596 juta .. Memperkukuh pemasaran dan rangkaian global .. Jumlah nilai eksport komoditi pertanian meningkat daripada RM37.5 bilion pada tahun 2005 kepada RM52.4 bilion pada tahun 2007 .. Jumlah nilai eksport produk asas tani meningkat daripada RM35.6 bilion pada tahun 2005 kepada RM45.3 bilion pada tahun 2007 ICT .. Memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global .. 6 pusat siber Koridor Raya Multimedia (MSC) baru dibangunkan .. Syarikat berstatus MSC meningkat daripada 1,421 syarikat pada tahun 2005 kepada 1,994 pada tahun 2007 .. Bilangan pekerjaan dalam MSC meningkat daripada 33,851 pada tahun 2005 kepada 50,821 pada tahun 2006 1 score ialah kaedah penilaian untuk mengukur tahap pencapaian enterpris dari segi inovasi, keupayaan teknikal, kapasiti pengeluaran, prestasi kewangan dan perniagaan, sistem berkualiti dan keupayaan pengurusan serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan EKS. Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 29 Komitmen Output .. Memperluas rangkaian komunikasi .. Kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 isi rumah meningkat daripada 11.0% pada tahun 2005 kepada 15.5% pada tahun 2007 .. Kadar penembusan Internet bagi setiap 100 isi rumah meningkat daripada 7.0% pada tahun 2005 kepada 19.3% pada tahun 2007 .. Langganan telefon selular bagi setiap 100 penduduk meningkat daripada 74.1 penduduk pada tahun 2005 kepada 85.1 pada tahun 2007 Tenaga .. Menambah keupayaan penjanaan elektrik .. Loji berasaskan arang batu di Johor (2,100 megawatt (MW)) mula beroperasi pada tahun 2007 dan projek Hidroelektrik Bakun di Sarawak (2,400 MW) diteruskan pembinaannya .. Memperkukuh sistem penghantaran dan pengagihan .. Grid Sambungtara Timur-Barat di Sabah telah siap dibina .. Peningkatan sistem penghantaran telah dimulakan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah .. Pemulihan rangkaian pengagihan di Perak, pembinaan beberapa pusat kawalan wilayah dan penggantian aset di beberapa pencawang telah dimulakan .. Pengukuhan sistem pengagihan telah dimulakan di beberapa bandar utama di Sabah .. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan sistem bekalan elektrik .. Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (minit/pelanggan/ tahun) bertambah baik: y y Semenanjung Malaysia: 147 pada tahun 2005 kepada 88 pada tahun 2007 y y Sabah: 4,109 pada tahun 2005 kepada 2,717 pada tahun 2007 y y Sarawak: 310 pada tahun 2005 kepada 286 pada tahun 2007 Infrastruktur .. Meningkatkan kapasiti dan kecekapan infrastruktur pengangkutan .. Jalan raya sepanjang 32,964 kilometer (km) dinaik taraf/dibina termasuk 4,824 km di Sabah dan 7,258 km di Sarawak .. Jalan Lingkaran Luar Butterworth (12.1 km) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (26 km) siap dibina .. Projek landasan kereta api berkembar elektrik Rawang–Ipoh (179 km) siap dibina .. Trafik pengangkutan barang menggunakan kereta api meningkat daripada 4.0 juta tan pada tahun 2005 kepada 4.7 juta tan pada tahun 2007 .. Jumlah kendalian kontena menggunakan kereta api meningkat daripada 310,011 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada tahun 2005 kepada 333,688 TEU pada tahun 2007 .. Lapangan Terbang Alor Setar dinaik taraf dan terminal penerbangan tambang murah di KLIA siap dibina .. Jumlah kendalian kontena pelabuhan di Malaysia meningkat daripada 12.0 juta TEU pada tahun 2005 kepada 15.3 juta TEU pada tahun 2007 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 30 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 Arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan persaingan di peringkat global dan memerlukan Malaysia menyusun semula struktur ekonomi serta memperkukuh kapasiti pengeluarannya. Penggunaan sumber secara cekap terutamanya dalam aktiviti baru berintensif pengetahuan berteknologi tinggi yang menghasilkan nilai ditambah lebih tinggi adalah amat penting bagi menganjak ekonomi dalam rantaian nilai. Tiga tunggak utama yang memacu teras ini adalah peningkatan produktiviti dan daya saing, penjanaan sumber pertumbuhan baru dan peluasan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia. Pengagihan dan penggunaan sumber secara cekap serta ditumpu kepada aktiviti nilai ditambah lebih tinggi yang negara mempunyai faedah berbanding serta penggunaan amalan baik dan teknologi termaju akan meningkatkan produktiviti dan daya saing secara lebih ketara. Penjanaan sumber pertumbuhan baru akan meningkat dan mengekalkan momentum pertumbuhan ke arah mencapai status berpendapatan tinggi. Keadaan ini akan menjadikan ekonomi lebih dinamik dan berdaya tahan bagi Malaysia menghadapi cabaran global. Liberalisasi yang lebih luas dalam ekonomi dunia akan mendorong kepada peluasan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia. Pelbagai langkah akan diperkenal untuk meletakkan Malaysia secara strategik dalam rantaian penawaran global. Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Modal Insan Penawaran tenaga kerja yang kompeten dengan kemahiran yang diperlukan dalam sektor utama ekonomi terutamanya dalam perbankan dan kewangan Islam, peruncitan bernilai tinggi, pembangunan kandungan multimedia kreatif, bahan termaju, bioteknologi, mekatronik dan per tanian akan diper tingkat selaras dengan keperluan industri. Pengambilan pegawai dagang dalam bidang khusus tersebut akan dipermudah. Di samping itu, pengambilan pelajar oleh institusi latihan kemahiran dan institusi pengajian tinggi serta penawaran program latihan yang khusus akan ditambah. Kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti program pembangunan kemahiran pekerja berpengetahuan dalam bidang khusus akan digalak. Kerjasama dan jalinan antara universiti dan industri akan dipertingkat bagi menambah baik pembangunan kurikulum untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri. Persatuan dan syarikat dalam sektor perkhidmatan akan digalak untuk mempertingkat profesionalisme dengan Rajah 1-1 Meningkatkan Ekonomi Dalam Rantaian Nilai PENINGKATAN RANTAIAN NILAI LEBIH TINGGI Peningkatan Produktiviti & Daya Saing Penjanaan Sumber Pertumbuhan Baru Sektor Swasta sebagai Jentera Pertumbuhan Peluasan Pasaran bagi Barangan & Perkhidmatan Malaysia Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 31 menyediakan latihan kepada pekerja dan ahli dalam bidang seperti hubungan perkhidmatan pelanggan, hospitaliti dan etika perniagaan. Bagi subsektor kewangan Islam, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa akan memberi penekanan kepada peningkatan bagi penawaran tenaga kerja yang berkelayakan. Bagi memupuk semula minat di dalam pertanian, peruntukan yang lebih besar bagi biasiswa dan pinjaman pendidikan akan disediakan dan bilangan kursus dan program latihan di institusi pengajian tinggi akan ditambah. Kesedaran terhadap peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian akan dipertingkat melalui kempen di seluruh negara. Program peningkatan kemahiran untuk EKS yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dengan kerjasama agensi lain akan terus dipergiat. Kerjasama antara MNC dan syarikat besar dengan EKS akan dimanfaat bagi membolehkan EKS menjadi pengeluar reka bentuk dan jenama sendiri. Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan memperkukuh kemahiran perniagaan dan pembangunan enterpris EKS berkaitan ICT dan menambah bilangan profesional dan pengurus perniagaan ICT yang kompeten melalui program pembangunan usahawan tekno. Penyelidikan dan Pembangunan Menyeda r i k epent ingan pe r ana n R&D, Kerajaan akan terus menyokong penyelidikan asas dan gunaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bidang penyelidikan yang berpotensi dan produk teknologi generasi baru untuk dikomersil akan dikenal pasti. Dana bagi R&D dan pengkomersilan hasil penemuannya akan disusun semula untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum. Kerajaan juga akan menggalak perolehan teknologi untuk mempercepat inovasi berorientasi pasaran. Usaha akan dilaksana untuk mempermudah pengkomersilan penemuan penyelidikan termasuk melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam penyelidikan berorientasi pasaran. Antara inisiatif tersebut ialah perkongsian kemudahan dan inf ras t ruktur, terutama dalam membangunkan produk baru bernilai ditambah tinggi; program pengantara makmal-ke-pasaran yang kukuh; dan memantapkan pejabat pelesenan teknologi di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, pangkalan data sedia ada bagi hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan akan dipertingkat dan dapat dicapai oleh pelabur. Lebih banyak kajian keperluan teknologi masa hadapan (technology-foresight) dalam bidang terpilih akan dilaksana untuk menyediakan maklumat terkini kepada EKS mengenai teknologi terbaik dan paling sesuai yang terdapat dalam pelbagai subsektor. Inovasi berorientasi pasaran… 3.2 3.0 2.5 Jepun Korea Selatan Taiwan Singapura Republik Rakyat China India Malaysia Thailand 2.4 1.3 0.8 0.6 0 .3 Carta 1-1 Perbelanjaan Kasar R&D, 2007 (% daripada KDNK) Sumber: World Competitiveness Yearbook 2007 dan National R&D Survey Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 32 Infrastruktur ICT Infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi terutama di bandar dan pusat perindustrian adalah penentu utama dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menjadikan Malaysia pilihan utama pelaburan swasta dan aktiviti berintensif pengetahuan. Peluasan infrastruktur jalur lebar akan dipercepat menerusi inisiatif perkongsian awam dan swasta untuk mencapai kadar 50% sasaran penembusan jalur lebar isi rumah menjelang tahun 2010. Permintaan bagi jalur lebar akan dirangsang melalui peluasan aplikasi e-Kerajaan, pembangunan kandungan dan aplikasi tempatan dengan penyertaan sektor swasta dan penggiatan kempen kesedaran. Peralihan daripada alamat protokol Internet berasaskan teknologi Internet Protocol version 4 (IPv4) sedia ada yang akan mencapai tahap kapasiti maksimum dalam tempoh 5-10 tahun kepada teknologi IPv6 akan dilaksana secara beransur-ansur. Peralihan ini adalah juga untuk menyokong peningkatan keperluan masa hadapan bagi perkakasan berasaskan Internet, aplikasi dan peranti elektronik. Sumber: Malaysian ICT 2007 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Carta 1-2 Kadar Penembusan Jalur Lebar (setiap 100 Isi Rumah) 2005 2006 2007 2008 Tahun Kadar penembusan (%) 2009 2010 60.0 50.0 40.0 30.0 20.0 10.0 0 7.0 11.0 15.5 20.0 30.0 50.0 Rangkaian Infrastruktur dan Sistem Pengangkutan Bagi mempercepat dan menyokong per tumbuhan ser ta menambah baik perhubungan, usaha akan diambil untuk meningkatkan liputan dan rangkaian infrastruktur. Sehubungan ini, pelan induk pengangkutan akan dirangka sebagai panduan kepada pembangunan rangkaian infrastruktur yang lebih komprehensif dan sistem pengangkutan pelbagai mod yang bersepadu. Lebih banyak terminal pengangkutan bersepadu akan dibangunkan, terutamanya di bandar utama untuk meningkatkan integrasi antara pelbagai mod pengangkutan dan memperbaiki kecekapan rangkaian. Usaha juga ak an di tumpu untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan kemudahan infrastruktur termasuk menaik taraf pelabuhan dan lapangan terbang, membina dan menaik taraf jalan raya serta melaksana projek landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar dan Mempercepat peluasan jalur lebar... THAILAND Padang Besar Tumpat Pasir Mas Rantau Alor Setar Panjang Butterworth Sungai Petani Bukit Mertajam Gua Musang Kuala Lipis Tanjung Malim Batu Caves Mentakab Sentul Pelabuhan Klang Port Dickson SELAT MELAKA LAUT CHINA SELATAN IPOH Gemas Kluang Landasan berkembar Landasan berkembar (dalam pembinaan) Landasan tunggal Pelabuhan Tanjung Pelepas Tanjung Pagar Pasir Gudang Seremban KUALA LUMPUR Johor Bahru Rawang PETUNJUK: Rajah 1-2 Rangkaian Landasan Kereta Api Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 33 Seremban-Gemas bagi menampung jumlah trafik dan perdagangan antarabangsa yang semakin meningkat. Kerjasama strategik antara penyedia perkhidmatan pengangkutan domestik dan antarabangsa akan digalak untuk memanfaat kepakaran dan rangkaian antarabangsa. Bekalan Tenaga yang Mampan Bekalan tenaga yang mampan dan berkualiti adalah penting bagi memastikan daya saing Malaysia. Isu ini perlu ditangani dalam konteks peningkatan harga tenaga dan keperluan memulihara sumber tenaga yang semakin menyusut. Pembangunan sektor tenaga yang mampan akan diberi penekanan bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin dalam jangka panjang. Langkah ini termasuk menambah keupayaan penjanaan serta memperkukuh sistem penghantaran dan rangkaian pengagihan elektrik di Sabah dan Sarawak. Inisiatif kecekapan tenaga akan dipergiat bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara produktif dan berhemah. Harga tenaga dan skim subsidi akan dikaji semula secara berterusan berikutan sumber tenaga yang semakin menyusut dan kos pengeluaran yang semakin meningkat serta keperluan menggalak pengagihan sumber yang optimum. Usaha akan dilaksana untuk mempergiat aktiviti R&D dalam teknologi tempatan berasaskan tenaga boleh diperbaharu yang mesra alam dan berkesan kos untuk memesatkan pembangunan sumber tenaga alternatif bagi meningkatkan jaminan bekalan tenaga. Kajian juga akan dilaksana bagi merangka dasar dan strategi tenaga yang baru termasuk jaminan bekalan bahan api, tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga. Rangka Kerja Institusi dan Kawal Selia Rangka kerja institusi dan kawal selia akan diperkemas bagi menyokong pembangunan aktiviti yang digalakkan. Dasar dan peraturan komprehensif berasaskan pasaran termasuk memastikan keselamatan dan kualiti produk dan perkhidmatan akan dilaksana untuk membantu usahawan dan penyedia perkhidmatan memasar produk mereka dengan lebih berkesan. Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), 1965 akan dipinda untuk membolehkan pendaftaran pengusaha yang terlibat dalam pengendalian aktiviti lepastuai dan pemasaran produk pertanian terutama buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasukan Petugas Statistik Perkhidmatan (TFSS) akan menjalankan kajian untuk menambah baik pengumpulan statistik dan membangunkan profil industri bagi sektor perkhidmatan. Penyebaran maklumat terkini bagi memudahkan perdagangan akan dipertingkat melalui sistem Pertukaran Maklumat Perdagangan dan Industri antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Agensi (MATRIIX). Akta Amalan Perdagangan Adil akan diperkenal untuk mewujudkan persekitaran Carta 1-3 Bekalan dan Permintaan Gas di Semenanjung Malaysia 4,400 4,000 3,600 3,200 2,800 2,400 2,000 1,600 1,200 800 400 0 2007 2009 2011 2013 2015 2017 Tahun 2019 2021 2023 2025 2027 Jangkaan permintaan gas Keperluan import Cadangan pembangunan medan baru Bekalan gas dari medan sedia ada Juta kaki padu sehari Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 34 pasaran yang kondusif dan meningkatkan daya saing Malaysia. Liberalisasi secara progresif dalam bidang yang kritikal bagi pembangunan operasi pasaran yang sihat dan adil akan diteruskan. Untuk menambah baik perlindungan har ta intelek, lebih banyak mahkamah harta intelek akan ditubuh dan keupayaan serta kapasiti pengamal harta intelek akan dipertingkat. Penyertaan Sektor Swasta Penyertaan lebih tinggi sektor swasta amat penting untuk menganjak ekonomi lebih tinggi dalam rantaian nilai. Dasar dan peraturan akan terus diliberalisasikan untuk memudah dan menarik lebih banyak pelaburan swasta dalam sektor utama ekonomi. Bagi mempertingkat penembusan pasaran tempatan untuk takaful dan takaful semula, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan membantu pengendali takaful menjalankan program promosi yang dapat meningkatkan saiz penyertaan takaful, khususnya dalam projek mega. Di samping itu, institusi pengajian tinggi swasta dan penyedia perkhidmatan kesihatan akan digalak untuk mempertingkat kemudahan dan perkhidmatan mereka bagi memastikan kejayaan perkhidmatan pelancongan pendidikan dan kesihatan. Untuk memperbaiki produktiviti dan daya saing dalam sektor pembuatan, EKS akan digalak untuk mengukuhkan kerjasama dengan MNC bagi menjadi pembekal alatan dan komponen. EKS berintensif pengetahuan yang mensasar pasaran global akan dipupuk. Pelbagai skim insentif termasuk geran akan diperkemas dan proses permohonan dipermudah untuk menarik pelaburan baru dalam projek berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Pelaburan sektor swasta dalam bidang keutamaan akan digalak dengan menyediakan persekitaran kondusif termasuk melalui penambahbaikan keselamatan awam dan infrastruktur sosial serta insentif khusus. Perkhidmatan sokongan yang lebih baik akan disediakan dan tempoh kelulusan paten dipendekkan. Pelaburan sektor swasta dalam aktiviti pertanian berskala besar, terutamanya tanaman makanan, akan terus digalakkan untuk menyokong usaha jaminan makanan negara, antara lain melalui penyediaan insentif dan infrastruktur pertanian yang mencukupi bagi kawasan pengeluaran makanan yang telah dikenal pasti. Langkah pengurusan dan pengurangan risiko akan juga dilaksana bagi tanaman makanan terpilih. Di samping itu, usaha akan diambil untuk menubuhkan sistem maklumat berpusat mengenai tanah yang sesuai untuk pertanian dengan kerjasama kerajaan negeri dan pemilik tanah. Mengenal pasti dan Mempercepat Sumber Pertumbuhan Baru Sumber pertumbuhan baru dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian akan dikenal pasti dan sumber akan disalurkan dari peringkat penyelidikan di makmal hingga ke pasaran. Di samping itu, infrastruktur sokongan, rejim kawal selia dan insentif yang bersesuaian akan disediakan untuk memacu pertumbuhan aktiviti baru tersebut. Dalam sektor perkhidmatan, tiga subsektor utama telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan baru, iaitu pelancongan, kewangan Islam dan perkhidmatan profesional. Pakej pelancongan mengikut kehendak pelanggan berdasarkan produk dan lokasi yang khusus, termasuk pendidikan dan kesihatan akan dibangun Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 35 dan digalakkan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Pakej tersebut akan disasarkan kepada golongan kelas pertengahan yang semakin berkembang dalam ekonomi baru muncul. Produk dan perkhidmatan kewangan Islam, terutamanya takaful dan takaful semula, akan terus digalakkan manakala peranan MIFC akan dipertingkat bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam yang diiktiraf dunia. Perkhidmatan pembinaan dan profesional telah dikenal pasti sebagai punca pendapatan eksport yang berpotensi berikutan liberalisasi sektor perkhidmatan dan pemeteraian peraturan pengiktirafan bersama. Sehubungan itu, penyedia perkhidmatan akan digalak mempertingkat keupayaan dan kemahiran profesional mereka bagi memanfaat peluang tersebut. Da l am sek tor pembua t an, us aha akan dipergiat untuk menggalakkan pembangunan k elompok indus t r i domestik dan serantau yang dikenal pasti di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga sebagai sumber pertumbuhan baru seper ti E&E, peranti perubatan dan petrokimia. Perkhidmatan sokongan yang menggunakan teknologi termaju seperti nanoteknologi, fotonik, laser dan sel bahan api akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan kelompok industri tersebut. Insentif khusus akan terus ditawarkan kepada MNC bagi menubuh dan mengembangkan operasi dalam taman perindustrian khusus dalam bidang yang dikenal pasti. Untuk memanfaat potensi bioteknologi sebagai sumber pertumbuhan baru dan penjana kekayaan, syarikat bioteknologi Malaysia akan digalak untuk mengenal pasti dan membangunkan produk dan perkhidmatan terpilih. Aplikasi bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan dan kegunaan industri akan diperluas melalui perolehan teknologi pelantar, penggiatan R&D dan pemakaian amalan makmal baik untuk meningkatkan nilai ditambah produk. Pembangunan sumber pertumbuhan baru dalam pertanian akan dilaksana secara terpilih untuk memastikan usaha yang lebih fokus dan pengagihan sumber secara cekap. Pelan Induk Pembangunan Industri Halal akan dijadikan panduan untuk memajukan Malaysia sebagai hab halal global dan peneraju pembangunan produk halal. Insentif khusus akan disediakan untuk menarik pelaburan swasta dalam pengeluaran produk halal termasuk makanan khusus yang diproses, kosmetik, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan. Penanaman kenaf akan digalakkan sebagai sumber bekalan penting untuk menghasilkan gentian berkualiti tinggi, bahan mentah bagi produk biokomposit dan makanan ternakan. Sokongan lebih padu akan disedia untuk menggalakkan aktiviti hiliran komoditi utama pertanian yang menghasi lkan ni lai di tambah lebih tinggi seperti derivatif oleokimia berasaskan minyak sawit dan bahan getah termaju. Sumber pertumbuhan baru yang lain dalam sektor pertanian seperti industri perikanan laut dalam, rumpai laut, ikan hiasan serta herba dan rempah akan dimaju dan digalakkan lagi. Untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab multimedia dan ICT, tiga bidang teknologi telah dikenal pasti iaitu rangkaian sensor tanpa wayar untuk aplikasi, terutamanya dalam pertanian dan pengurusan bencana; teknologi analisis ramalan bagi aplikasi perisian, khususnya dalam kewangan Islam, industri peruncitan dan logistik; dan teknologi Internet 3-Dimensi untuk pembangunan kandungan multimedia digital termasuk dalam bidang pendidikan, permainan dan hiburan. Kerajaan akan terus mempromosi Malaysia Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 36 sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti SSO dan menarik syarikat peneraju ICT bertaraf global dan pelaburan MNC dalam bidang pertumbuhan baru tersebut. Strategi dan inisiatif akan dilaksana untuk mendorong pembiayaan modal teroka swasta dalam bidang per tumbuhan baru. Di samping itu, institusi kewangan pembangunan akan digalak untuk menawarkan terma dan syarat pembiayaan yang lebih menarik, terutamanya bagi menceburi bidang pertanian baru dan bioteknologi. Program khidmat nasihat kewangan di bawah Bank Negara Malaysia akan memberi lebih penekanan terhadap pertanian bagi memudahkan pembiayaan dalam usaha sama pertanian. Institusi kewangan dan syarikat modal teroka akan digalak untuk mengadakan perkongsian strategik dengan pihak yang mempunyai pengetahuan teknikal dan perniagaan yang mendalam berkai tan bidang pertumbuhan baru bagi memastikan penilaian dilaksanakan sewajarnya. Peluasan Pasaran bagi Barangan dan Perkhidmatan Malaysia Produk dan perkhidmatan Malaysia akan dipromosi secara intensif ke pasaran baru di Afrika, Asia Barat dan Asia selatan serta Kesatuan Eropah dan ASEAN. Misi perdagangan akan diperhebat dan rangkaian pemasaran baru di rantau tersebut diperkukuh. Selaras dengan integrasi ekonomi ASEAN yang lebih mantap, tumpuan akan diberi kepada membuka peluang potensi sinergi merentasi sempadan. Sistem maklumat pasaran di pelbagai agensi seper ti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), FAMA dan MDeC akan dinaik taraf dan disepadukan bagi memudahkan akses kepada maklumat oleh pedagang. Program pembangunan imej dalam penjenamaan Malaysia dan produk jenama Malaysia akan terus dipergiat. Institusi kewangan akan digalak untuk menyokong syarikat Malaysia meneroka pasaran di luar negara. Bantuan juga akan disedia kepada ahli persatuan perdagangan dan industri bagi menjalankan program penggalakan eksport serta menyediakan sokongan logistik dan pergudangan. Insent i f berasas pencapaian ak an disediakan kepada sektor swasta bagi menjalankan aktiviti promosi eksport. Akses bagi produk dan perkhidmatan Malays ia ke pasaran global ak an dipermudah melalui peraturan pengiktirafan bersama, perjanjian perdagangan bebas dan peraturan pelbagai hala. Pakatan strategik dan usaha sama antara syarikat tempatan dengan MNC yang terkemuka akan digalak meluaskan rangkaian pasaran untuk produk dan perkhidmatan asas tani, pembuatan dan ICT. Di samping itu, standard dan peraturan teknikal Malaysia akan diseragamkan dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi memastikan lebih banyak akses ke dalam pasaran global. Pensijilan halal Malaysia akan terus dipromosikan sebagai standard halal yang diiktiraf dunia bagi memastikan akses yang meluas untuk produk halal buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa. Di samping itu, kerjasama dengan International Halal Integrity Alliance akan dijalin bagi mempromosikan pensijilan halal yang berdasarkan standard Malaysia termasuk MS 1500:20042. Insentif yang pro-pasaran akan diperluas bagi menggalakkan EKS menambah baik kualiti dan mengaplikasi teknologi termaju. Penembusan pasaran baru... 2 ‘Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum’ (MS 1500:2004). Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 37 IV. PENCAPAIAN , 2010 Pencapaian utama pelbagai sektor adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 1-2. Kotak 1-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing .. Meningkatkan nilai ditambah sektor perkhidmatan sebanyak 7.9% kepada RM948 bilion .. Meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK kepada 55.7% .. Peningkatan nilai ditambah dan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK .. Mensasarkan ketibaan pelancong asing seramai 24.6 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM59.4 bilion .. Meningkatkan perbelanjaan per kapita pelancong kepada RM2,417 .. Peningkatan sumbangan industri pelancongan kepada pendapatan tukaran asing .. Meningkatkan nilai ditambah sektor pembuatan sebanyak 3.5% kepada RM168.9 bilion y y Sasaran nilai ditambah subsektor utama: - E&E RM32.9 bilion - M&K RM19.2 bilion - Petrokimia RM20.5 bilion - Kelengkapan pengangkutan RM16.2 bilion y y Mensasarkan purata tahap pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion. Sasaran subsektor utama: - E&E RM14.0 bilion - M&K RM1.7 bilion - Petrokimia RM1.7 bilion - Kelengkapan pengangkutan RM2.1 bilion - Peranti perubatan RM0.8 bilion .. Peningkatan nilai ditambah dan pelaburan dalam sektor pembuatan .. Meningkatkan bahagian perbelanjaan sektor swasta dalam R&D kepada 1.1% daripada KDNK .. Peningkatan perbelanjaan sektor swasta dalam R&D .. Meningkatkan bilangan EKS bertaraf 4 bintang serta mewujudkan EKS bertaraf 5 bintang dalam program penarafan SCORE .. Peningkatan penyertaan EKS dalam pasaran global Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 38 Komitmen Pencapaian .. Meningkatkan pengeluaran dan pemprosesan tempatan komoditi industri P engeluaran P emprosesan tempatan Minyak 16.5% kepada 18.4 juta 0.1% kepada 1.5 juta tan Sawit tan metrik metrik Getah 8.3% kepada 1.3 juta 3.5% kepada 437,000 tan tan metrik metrik Koko 34.3% kepada 47,000 30.4% kepada 30,000 tan tan metrik metrik .. Peningkatan pengeluaran dan pemprosesan tempatan komoditi industri .. Meningkatkan pengeluaran makanan dan tahap sara diri P engeluaran % tahap sara diri Beras 27.4% kepada 2.9 juta tan metrik 86 Perikanan 33.4% kepada 1.8 juta tan metrik 103 Daging Lembu 31.2% kepada 45,000 tan metrik 28 Daging Ayam Itik 18.2% kepada 1.3 juta tan metrik 122 .. Peningkatan pengeluaran makanan dan tahap sara diri tercapai .. Meningkatkan nilai ditambah ICT kepada RM30 bilion .. Meningkatkan pekerjaan berkaitan ICT kepada 500,000 .. Peningkatan nilai ditambah dan pekerjaan dalam sektor ICT .. Membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa II Kuantan-Kuala Terengganu, Senai-Desaru dan Kemuning-Shah Alam .. Membina jalan menghubungkan kawasan penempatan semula dengan kawasan perindustrian luar bandar dan estet terutama di Sabah dan Sarawak .. Menaik taraf lapangan terbang Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Labuan .. Membina landasan kereta api berkembar elektrik Seremban-Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013 .. Peningkatan kapasiti, kecekapan dan liputan rangkaian infrastruktur pengangkutan Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 39 Komitmen Pencapaian Menjana Sumber Pertumbuhan Baru .. Meningkatkan pendapatan industri pelancongan kesihatan kepada RM1 bilion .. Meningkatkan pendapatan industri pelancongan pendidikan kepada RM2 bilion .. Pembangunan industri pelancongan kesihatan dan pendidikan sebagai produk pelancongan utama .. Meningkatkan penembusan pasaran takaful kepada 20% daripada jumlah aset industri insurans dan takaful .. Meningkatkan penembusan pasaran perbankan Islam kepada 20% daripada jumlah aset sistem perbankan .. Membangunkan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang muamalat .. Malaysia sebagai hab perbankan dan kewangan Islam n .. Meningkatkan bilangan syarikat berstatus Bio exus kepada 200 syarikat .. Pencapaian sasaran bilangan syarikat berstatus Bionexus .. Meningkatkan pengeluaran Komoditi Sasaran pengeluaran Kenaf 45,000 tan metrik Perikanan laut dalam 380,800 tan metrik Rumpai laut 95,000 tan metrik Ikan hiasan 860 juta ekor Herba dan rempah 103,000 tan metrik .. Peningkatan pengeluaran sumber pertumbuhan baru .. Meningkatkan eksport syarikat berstatus MSC kepada RM4.9 bilion .. Meningkatkan bilangan syarikat berstatus MSC kepada 2,500 syarikat .. Menambah pelaburan pengusaha ICT global dalam penyumberan luar bernilai tinggi .. Malaysia sebagai hab multimedia dan ICT serta destinasi menarik untuk aktiviti SSO Meluaskan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Malaysia .. Menambah bilangan profesional Malaysia di Afrika, Asia Barat dan ekonomi baru muncul .. Peningkatan eksport perkhidmatan profesional .. Meningkatkan bilangan produk kewangan Islam Malaysia yang ditawarkan kepada Afrika, ASEAN dan Asia .. Peluasan produk kewangan Islam Malaysia di peringkat global .. Meningkatkan peratusan ketibaan pelancong dari negara bukan ASEAN kepada 30% .. Pertambahan ketibaan pelancong dari pasaran bukan ASEAN Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 40 Komitmen Pencapaian .. Mensasarkan pasaran baru yang mempunyai pertumbuhan tinggi di Asia Timur Laut dan pasaran baru muncul di Asia Selatan, Asia Barat dan Eropah Timur .. Meningkatkan nilai eksport dalam subsektor pembuatan terpilih: • • E&E RM960.1 bilion • • Produk kimia RM127.0 bilion • • Produk logam RM90.3 bilion • • Produk petroleum RM75.7 bilion .. Peningkatan bahagian eksport ke pasaran baru dan nilai eksport .. Meningkatkan nilai eksport pertanian kepada RM72 bilion .. Meningkatkan nilai eksport produk berasaskan pertanian kepada RM58.7 bilion .. Meluaskan pasaran makanan sejuk beku ke Australia dan Belanda .. Meluaskan pasaran makanan diproses ke Republik Rakyat China, Jepun, Belanda dan Arab Saudi .. Peningkatan eksport pertanian dan produk berasaskan pertanian .. Menembusi pasaran baru di Republik Rakyat China, India dan Asia Barat bagi kandungan multimedia digital untuk pendidikan dan hiburan .. Penembusan pasaran baru bagi produk dan perkhidmatan ICT V. Penutup Pertumbuhan dalam sektor utama ekonomi bagi tempoh separuh penggal pertama RMKe-9 disokong oleh penggunaan teknologi baru dan amalan terbaik serta peningkatan R&D. Persekitaran global yang semakin kompetitif memerlukan Malaysia menstruktur semula dan memperkukuh daya tahan ekonomi melalui usaha bersepadu dengan peningkatan penyertaan sektor swasta. Bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha yang lebih bersinergi dan tertumpu akan dilaksana untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, menjana sumber pertumbuhan baru serta memperluas pasaran baru. Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 23 1 teras meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 25 meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi I. PENDAHULUAN Dalam tempoh separuh penggal pertama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), kemajuan yang berterusan telah dicapai untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Dalam sektor perkhidmatan, kemajuan dicapai dalam bidang per tumbuhan baru seper t i teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), telekomunikasi, pelancongan, kewangan Islam dan perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO). Pertumbuhan sektor pembuatan didorong terutamanya oleh industri berorientasikan domestik. Peralihan berterusan sektor ini kepada aktiviti berintensifkan modal dan kemahiran serta berteknologi tinggi disokong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan pembangunan serta amalan pembuatan baik. Pertumbuhan dalam sektor pertanian disumbang terutamanya oleh komoditi industri pertanian khususnya minyak sawit, getah dan kayu balak serta pertumbuhan kukuh subsektor perikanan dan ternakan. Penggunaan teknologi baru dan amalan pertanian baik telah menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Dalam mengorak langkah ke hadapan, persekitaran yang menyokong kemajuan akan ditambah baik termasuk menerusi penyusunan semula peraturan dan liberalisasi bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dan menambah kecekapan dalam semua sektor. Ini akan menyokong d a n memp e r g i a t p emb a n g u n a n aktiviti berintensif pengetahuan dan penggunaan teknologi termaju. Di samping itu, penawaran modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri dan aktiviti pertumbuhan baru akan ditambah, penyelarasan antara agensi dipertingkat dan penggunaan sumber dioptimumkan. II . P eNCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Peralihan kepada aktiviti nilai ditambah lebih tinggi dan berintensif pengetahuan di sepanjang rantaian ni lai telah dicapai dalam beberapa industri sektor ekonomi utama. Bidang pertumbuhan baru yang dikenal pasti dalam RMKe-9 telah berada dalam pelbagai peringkat pembangunan. Kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan produktivi t i , menjana sumber pertumbuhan baru dan memperluas pasaran baru adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 1-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 26 Kotak 1-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Perkhidmatan Pelancongan .. Mempergiat aktiviti pemasaran dan promosi .. Ketibaan pelancong mencecah 21 juta orang pada tahun 2007 dengan pendapatan RM46.1 bilion berbanding 16.4 juta orang dengan pendapatan RM31.9 bilion pada tahun 2005 .. Perbelanjaan per kapita pelancong meningkat daripada RM1,945 pada tahun 2005 kepada RM2,198 pada tahun 2007 .. Kadar purata penginapan hotel meningkat kepada 70.0% pada tahun 2007 daripada 63.5% pada tahun 2005 .. Membangunkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif .. 637,975 pesakit dari luar negara mendapat rawatan dan menyumbang RM457.5 juta kepada pendapatan tukaran asing .. Enrolmen pelajar asing di peringkat tertiari berjumlah 92,318 orang dengan pendapatan tukaran asing sebanyak RM1.4 bilion .. 2.8 juta orang menyertai persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) dengan perolehan pendapatan sebanyak RM5.9 bilion .. 1,503 rakyat asing menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku pada tahun 2007 dengan nilai perolehan hartanah kediaman berjumlah RM43.8 juta Kewangan .. Membangunkan sektor kewangan berdaya saing di peringkat antarabangsa .. Kewujudan 6 kumpulan perbankan domestik yang beroperasi di pasaran luar negara meningkat daripada 12 negara pada tahun 2005 kepada 19 negara pada tahun 2007 .. Jumlah aset kumpulan perbankan domestik di luar negara meningkat daripada RM88.8 bilion pada tahun 2005 kepada RM111.6 bilion pada tahun 2007 .. 16 bank asing, termasuk 3 bank Islam, beroperasi di Malaysia pada tahun 2007 .. Menggalakkan institusi kewangan tempatan yang berdaya saing .. Keuntungan sebelum cukai institusi perbankan meningkat daripada RM12.4 bilion pada tahun 2005 kepada RM17.7 bilion pada tahun 2007 .. Aset institusi perbankan meningkat daripada RM958.8 bilion pada tahun 2005 kepada RM1,221.5 bilion pada tahun 2007 .. Produktiviti yang diukur berdasarkan keuntungan sebelum cukai bagi setiap pekerja meningkat daripada RM130,297 pada tahun 2005 kepada RM168,094 pada tahun 2007 Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 27 Komitmen Output .. Membangunkan Malaysia sebagai pusat antarabangsa bagi perbankan dan kewangan Islam serta memulakan pengkhususan terpilih bagi pasaran modal di peringkat serantau dan global .. Malaysia menguasai 27% atau US$1.7 bilion daripada premium takaful global pada tahun 2006 .. Pada akhir tahun 2007, 68.9% daripada sukuk terkumpul global telah diterbitkan di Malaysia .. Pemodalan pasaran Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) Islam meningkat sebanyak 192.7% kepada RM995.3 juta pada akhir tahun 2007 Perdagangan pengedaran .. Memperkukuh kaedah pengedaran .. Jumlah pulangan jualan mencecah RM293.9 bilion pada tahun 2007 daripada RM198.1 bilion pada tahun 2005 .. Francaisor meningkat daripada 206 pada tahun 2005 kepada 267 pada tahun 2007 .. Pulangan jualan langsung meningkat kepada RM8.8 bilion pada tahun 2007 daripada RM6.6 bilion pada tahun 2005 .. Mempercepat pertumbuhan e-dagang .. Anggaran nilai transaksi e-dagang meningkat daripada US$8.8 bilion pada tahun 2005 kepada US$20.9 bilion pada tahun 2007 Perkhidmatan profesional .. Mempromosi pelaburan merentasi sempadan .. Pada akhir tahun 2007: y y 111 firma mengeksport perkhidmatan ke 33 negara y y Kontraktor Malaysia memperoleh 76 projek bernilai RM45.1 bilion y y 333 projek di 23 negara yang bernilai RM23 bilion telah disiapkan Pembuatan .. Menggalakkan sumber pertumbuhan baru industri .. 51 syarikat mendapat status BioNexus dengan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1 bilion .. 65 hasil penemuan R&D dikomersil dan 13,732 paten diluluskan .. RM2.3 bilion dibelanjakan untuk R&D dalam aktiviti pembuatan pada tahun 2006 .. 10 projek dengan aktiviti R&D berteknologi tinggi melibatkan pelaburan RM588.4 juta dilaksanakan dalam bidang seperti fabrikasi wafer bersepadu, pembungkusan litar bersepadu termaju serta peralatan pengujian dan pengukuran ketepatan .. 4 projek baru petrokimia dengan pelaburan berjumlah RM4 bilion telah dilaksanakan .. Menyediakan insentif yang lebih khusus untuk industri bernilai ditambah tinggi .. 66 projek melibatkan pelaburan langsung asing bernilai RM33.3 bilion diluluskan terutamanya dalam industri elektrikal dan elektronik (E&E), produk petroleum, ICT dan mesin dan kelengkapan (M&K) .. Nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja dalam projek yang diluluskan meningkat daripada RM278,126 pada tahun 2005 kepada RM613,600 pada tahun 2007 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 28 Komitmen Output .. Membangunkan enterpris kecil dan sederhana (EKS) berorientasi inovasi .. 532 EKS berdaftar di bawah Program Rantaian Industri dihubungkan dengan syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar pada tahun 2006 .. 528 EKS dinilai di bawah program Penggredan Daya Saing untuk Peningkatan EKS (SCORE)1 Pertanian .. Meneroka sumber pertumbuhan baru .. Peningkatan dalam pengeluaran y y Kenaf – daripada 1,163 tan metrik pada tahun 2005 kepada 4,185 tan metrik pada tahun 2007 y y Perikanan laut dalam – daripada 221,228 tan metrik pada tahun 2005 kepada 264,000 tan metrik pada tahun 2007 y y Ikan hiasan – daripada 458 juta ekor pada tahun 2005 kepada 679 juta ekor pada tahun 2007 y y Ternakan – daripada 1.7 juta tan metrik pada tahun 2005 kepada 1.9 juta tan metrik pada tahun 2007 y y Rumpai laut – daripada 46,000 tan metrik pada tahun 2005 kepada 68,000 tan metrik pada tahun 2007 y y Herba dan rempah – daripada 7,098 tan metrik pada tahun 2005 kepada 13,251 tan metrik pada tahun 2007 .. Mengembangkan aktiviti pemprosesan asas tani .. Pelaburan dalam pemprosesan makanan berjumlah RM2 billion .. Pelaburan dalam pembuatan produk getah berjumlah RM918 juta .. Pelaburan dalam pembuatan perabot dan kelengkapan berjumlah RM596 juta .. Memperkukuh pemasaran dan rangkaian global .. Jumlah nilai eksport komoditi pertanian meningkat daripada RM37.5 bilion pada tahun 2005 kepada RM52.4 bilion pada tahun 2007 .. Jumlah nilai eksport produk asas tani meningkat daripada RM35.6 bilion pada tahun 2005 kepada RM45.3 bilion pada tahun 2007 ICT .. Memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global .. 6 pusat siber Koridor Raya Multimedia (MSC) baru dibangunkan .. Syarikat berstatus MSC meningkat daripada 1,421 syarikat pada tahun 2005 kepada 1,994 pada tahun 2007 .. Bilangan pekerjaan dalam MSC meningkat daripada 33,851 pada tahun 2005 kepada 50,821 pada tahun 2006 1 score ialah kaedah penilaian untuk mengukur tahap pencapaian enterpris dari segi inovasi, keupayaan teknikal, kapasiti pengeluaran, prestasi kewangan dan perniagaan, sistem berkualiti dan keupayaan pengurusan serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan EKS. Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 29 Komitmen Output .. Memperluas rangkaian komunikasi .. Kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 isi rumah meningkat daripada 11.0% pada tahun 2005 kepada 15.5% pada tahun 2007 .. Kadar penembusan Internet bagi setiap 100 isi rumah meningkat daripada 7.0% pada tahun 2005 kepada 19.3% pada tahun 2007 .. Langganan telefon selular bagi setiap 100 penduduk meningkat daripada 74.1 penduduk pada tahun 2005 kepada 85.1 pada tahun 2007 Tenaga .. Menambah keupayaan penjanaan elektrik .. Loji berasaskan arang batu di Johor (2,100 megawatt (MW)) mula beroperasi pada tahun 2007 dan projek Hidroelektrik Bakun di Sarawak (2,400 MW) diteruskan pembinaannya .. Memperkukuh sistem penghantaran dan pengagihan .. Grid Sambungtara Timur-Barat di Sabah telah siap dibina .. Peningkatan sistem penghantaran telah dimulakan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah .. Pemulihan rangkaian pengagihan di Perak, pembinaan beberapa pusat kawalan wilayah dan penggantian aset di beberapa pencawang telah dimulakan .. Pengukuhan sistem pengagihan telah dimulakan di beberapa bandar utama di Sabah .. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan sistem bekalan elektrik .. Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (minit/pelanggan/ tahun) bertambah baik: y y Semenanjung Malaysia: 147 pada tahun 2005 kepada 88 pada tahun 2007 y y Sabah: 4,109 pada tahun 2005 kepada 2,717 pada tahun 2007 y y Sarawak: 310 pada tahun 2005 kepada 286 pada tahun 2007 Infrastruktur .. Meningkatkan kapasiti dan kecekapan infrastruktur pengangkutan .. Jalan raya sepanjang 32,964 kilometer (km) dinaik taraf/dibina termasuk 4,824 km di Sabah dan 7,258 km di Sarawak .. Jalan Lingkaran Luar Butterworth (12.1 km) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (26 km) siap dibina .. Projek landasan kereta api berkembar elektrik Rawang–Ipoh (179 km) siap dibina .. Trafik pengangkutan barang menggunakan kereta api meningkat daripada 4.0 juta tan pada tahun 2005 kepada 4.7 juta tan pada tahun 2007 .. Jumlah kendalian kontena menggunakan kereta api meningkat daripada 310,011 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada tahun 2005 kepada 333,688 TEU pada tahun 2007 .. Lapangan Terbang Alor Setar dinaik taraf dan terminal penerbangan tambang murah di KLIA siap dibina .. Jumlah kendalian kontena pelabuhan di Malaysia meningkat daripada 12.0 juta TEU pada tahun 2005 kepada 15.3 juta TEU pada tahun 2007 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 30 II . MELANGKAH KE HADAPAN , 2008-2010 Arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan persaingan di peringkat global dan memerlukan Malaysia menyusun semula struktur ekonomi serta memperkukuh kapasiti pengeluarannya. Penggunaan sumber secara cekap terutamanya dalam aktiviti baru berintensif pengetahuan berteknologi tinggi yang menghasilkan nilai ditambah lebih tinggi adalah amat penting bagi menganjak ekonomi dalam rantaian nilai. Tiga tunggak utama yang memacu teras ini adalah peningkatan produktiviti dan daya saing, penjanaan sumber pertumbuhan baru dan peluasan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia. Pengagihan dan penggunaan sumber secara cekap serta ditumpu kepada aktiviti nilai ditambah lebih tinggi yang negara mempunyai faedah berbanding serta penggunaan amalan baik dan teknologi termaju akan meningkatkan produktiviti dan daya saing secara lebih ketara. Penjanaan sumber pertumbuhan baru akan meningkat dan mengekalkan momentum pertumbuhan ke arah mencapai status berpendapatan tinggi. Keadaan ini akan menjadikan ekonomi lebih dinamik dan berdaya tahan bagi Malaysia menghadapi cabaran global. Liberalisasi yang lebih luas dalam ekonomi dunia akan mendorong kepada peluasan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia. Pelbagai langkah akan diperkenal untuk meletakkan Malaysia secara strategik dalam rantaian penawaran global. Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing Modal Insan Penawaran tenaga kerja yang kompeten dengan kemahiran yang diperlukan dalam sektor utama ekonomi terutamanya dalam perbankan dan kewangan Islam, peruncitan bernilai tinggi, pembangunan kandungan multimedia kreatif, bahan termaju, bioteknologi, mekatronik dan per tanian akan diper tingkat selaras dengan keperluan industri. Pengambilan pegawai dagang dalam bidang khusus tersebut akan dipermudah. Di samping itu, pengambilan pelajar oleh institusi latihan kemahiran dan institusi pengajian tinggi serta penawaran program latihan yang khusus akan ditambah. Kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti program pembangunan kemahiran pekerja berpengetahuan dalam bidang khusus akan digalak. Kerjasama dan jalinan antara universiti dan industri akan dipertingkat bagi menambah baik pembangunan kurikulum untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri. Persatuan dan syarikat dalam sektor perkhidmatan akan digalak untuk mempertingkat profesionalisme dengan Rajah 1-1 Meningkatkan Ekonomi Dalam Rantaian Nilai PENINGKATAN RANTAIAN NILAI LEBIH TINGGI Peningkatan Produktiviti & Daya Saing Penjanaan Sumber Pertumbuhan Baru Sektor Swasta sebagai Jentera Pertumbuhan Peluasan Pasaran bagi Barangan & Perkhidmatan Malaysia Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 31 menyediakan latihan kepada pekerja dan ahli dalam bidang seperti hubungan perkhidmatan pelanggan, hospitaliti dan etika perniagaan. Bagi subsektor kewangan Islam, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa akan memberi penekanan kepada peningkatan bagi penawaran tenaga kerja yang berkelayakan. Bagi memupuk semula minat di dalam pertanian, peruntukan yang lebih besar bagi biasiswa dan pinjaman pendidikan akan disediakan dan bilangan kursus dan program latihan di institusi pengajian tinggi akan ditambah. Kesedaran terhadap peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian akan dipertingkat melalui kempen di seluruh negara. Program peningkatan kemahiran untuk EKS yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dengan kerjasama agensi lain akan terus dipergiat. Kerjasama antara MNC dan syarikat besar dengan EKS akan dimanfaat bagi membolehkan EKS menjadi pengeluar reka bentuk dan jenama sendiri. Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan memperkukuh kemahiran perniagaan dan pembangunan enterpris EKS berkaitan ICT dan menambah bilangan profesional dan pengurus perniagaan ICT yang kompeten melalui program pembangunan usahawan tekno. Penyelidikan dan Pembangunan Menyeda r i k epent ingan pe r ana n R&D, Kerajaan akan terus menyokong penyelidikan asas dan gunaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bidang penyelidikan yang berpotensi dan produk teknologi generasi baru untuk dikomersil akan dikenal pasti. Dana bagi R&D dan pengkomersilan hasil penemuannya akan disusun semula untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum. Kerajaan juga akan menggalak perolehan teknologi untuk mempercepat inovasi berorientasi pasaran. Usaha akan dilaksana untuk mempermudah pengkomersilan penemuan penyelidikan termasuk melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam penyelidikan berorientasi pasaran. Antara inisiatif tersebut ialah perkongsian kemudahan dan inf ras t ruktur, terutama dalam membangunkan produk baru bernilai ditambah tinggi; program pengantara makmal-ke-pasaran yang kukuh; dan memantapkan pejabat pelesenan teknologi di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, pangkalan data sedia ada bagi hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan akan dipertingkat dan dapat dicapai oleh pelabur. Lebih banyak kajian keperluan teknologi masa hadapan (technology-foresight) dalam bidang terpilih akan dilaksana untuk menyediakan maklumat terkini kepada EKS mengenai teknologi terbaik dan paling sesuai yang terdapat dalam pelbagai subsektor. Inovasi berorientasi pasaran… 3.2 3.0 2.5 Jepun Korea Selatan Taiwan Singapura Republik Rakyat China India Malaysia Thailand 2.4 1.3 0.8 0.6 0 .3 Carta 1-1 Perbelanjaan Kasar R&D, 2007 (% daripada KDNK) Sumber: World Competitiveness Yearbook 2007 dan National R&D Survey Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 32 Infrastruktur ICT Infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi terutama di bandar dan pusat perindustrian adalah penentu utama dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menjadikan Malaysia pilihan utama pelaburan swasta dan aktiviti berintensif pengetahuan. Peluasan infrastruktur jalur lebar akan dipercepat menerusi inisiatif perkongsian awam dan swasta untuk mencapai kadar 50% sasaran penembusan jalur lebar isi rumah menjelang tahun 2010. Permintaan bagi jalur lebar akan dirangsang melalui peluasan aplikasi e-Kerajaan, pembangunan kandungan dan aplikasi tempatan dengan penyertaan sektor swasta dan penggiatan kempen kesedaran. Peralihan daripada alamat protokol Internet berasaskan teknologi Internet Protocol version 4 (IPv4) sedia ada yang akan mencapai tahap kapasiti maksimum dalam tempoh 5-10 tahun kepada teknologi IPv6 akan dilaksana secara beransur-ansur. Peralihan ini adalah juga untuk menyokong peningkatan keperluan masa hadapan bagi perkakasan berasaskan Internet, aplikasi dan peranti elektronik. Sumber: Malaysian ICT 2007 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Carta 1-2 Kadar Penembusan Jalur Lebar (setiap 100 Isi Rumah) 2005 2006 2007 2008 Tahun Kadar penembusan (%) 2009 2010 60.0 50.0 40.0 30.0 20.0 10.0 0 7.0 11.0 15.5 20.0 30.0 50.0 Rangkaian Infrastruktur dan Sistem Pengangkutan Bagi mempercepat dan menyokong per tumbuhan ser ta menambah baik perhubungan, usaha akan diambil untuk meningkatkan liputan dan rangkaian infrastruktur. Sehubungan ini, pelan induk pengangkutan akan dirangka sebagai panduan kepada pembangunan rangkaian infrastruktur yang lebih komprehensif dan sistem pengangkutan pelbagai mod yang bersepadu. Lebih banyak terminal pengangkutan bersepadu akan dibangunkan, terutamanya di bandar utama untuk meningkatkan integrasi antara pelbagai mod pengangkutan dan memperbaiki kecekapan rangkaian. Usaha juga ak an di tumpu untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan kemudahan infrastruktur termasuk menaik taraf pelabuhan dan lapangan terbang, membina dan menaik taraf jalan raya serta melaksana projek landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar dan Mempercepat peluasan jalur lebar... THAILAND Padang Besar Tumpat Pasir Mas Rantau Alor Setar Panjang Butterworth Sungai Petani Bukit Mertajam Gua Musang Kuala Lipis Tanjung Malim Batu Caves Mentakab Sentul Pelabuhan Klang Port Dickson SELAT MELAKA LAUT CHINA SELATAN IPOH Gemas Kluang Landasan berkembar Landasan berkembar (dalam pembinaan) Landasan tunggal Pelabuhan Tanjung Pelepas Tanjung Pagar Pasir Gudang Seremban KUALA LUMPUR Johor Bahru Rawang PETUNJUK: Rajah 1-2 Rangkaian Landasan Kereta Api Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 33 Seremban-Gemas bagi menampung jumlah trafik dan perdagangan antarabangsa yang semakin meningkat. Kerjasama strategik antara penyedia perkhidmatan pengangkutan domestik dan antarabangsa akan digalak untuk memanfaat kepakaran dan rangkaian antarabangsa. Bekalan Tenaga yang Mampan Bekalan tenaga yang mampan dan berkualiti adalah penting bagi memastikan daya saing Malaysia. Isu ini perlu ditangani dalam konteks peningkatan harga tenaga dan keperluan memulihara sumber tenaga yang semakin menyusut. Pembangunan sektor tenaga yang mampan akan diberi penekanan bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin dalam jangka panjang. Langkah ini termasuk menambah keupayaan penjanaan serta memperkukuh sistem penghantaran dan rangkaian pengagihan elektrik di Sabah dan Sarawak. Inisiatif kecekapan tenaga akan dipergiat bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara produktif dan berhemah. Harga tenaga dan skim subsidi akan dikaji semula secara berterusan berikutan sumber tenaga yang semakin menyusut dan kos pengeluaran yang semakin meningkat serta keperluan menggalak pengagihan sumber yang optimum. Usaha akan dilaksana untuk mempergiat aktiviti R&D dalam teknologi tempatan berasaskan tenaga boleh diperbaharu yang mesra alam dan berkesan kos untuk memesatkan pembangunan sumber tenaga alternatif bagi meningkatkan jaminan bekalan tenaga. Kajian juga akan dilaksana bagi merangka dasar dan strategi tenaga yang baru termasuk jaminan bekalan bahan api, tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga. Rangka Kerja Institusi dan Kawal Selia Rangka kerja institusi dan kawal selia akan diperkemas bagi menyokong pembangunan aktiviti yang digalakkan. Dasar dan peraturan komprehensif berasaskan pasaran termasuk memastikan keselamatan dan kualiti produk dan perkhidmatan akan dilaksana untuk membantu usahawan dan penyedia perkhidmatan memasar produk mereka dengan lebih berkesan. Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), 1965 akan dipinda untuk membolehkan pendaftaran pengusaha yang terlibat dalam pengendalian aktiviti lepastuai dan pemasaran produk pertanian terutama buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasukan Petugas Statistik Perkhidmatan (TFSS) akan menjalankan kajian untuk menambah baik pengumpulan statistik dan membangunkan profil industri bagi sektor perkhidmatan. Penyebaran maklumat terkini bagi memudahkan perdagangan akan dipertingkat melalui sistem Pertukaran Maklumat Perdagangan dan Industri antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Agensi (MATRIIX). Akta Amalan Perdagangan Adil akan diperkenal untuk mewujudkan persekitaran Carta 1-3 Bekalan dan Permintaan Gas di Semenanjung Malaysia 4,400 4,000 3,600 3,200 2,800 2,400 2,000 1,600 1,200 800 400 0 2007 2009 2011 2013 2015 2017 Tahun 2019 2021 2023 2025 2027 Jangkaan permintaan gas Keperluan import Cadangan pembangunan medan baru Bekalan gas dari medan sedia ada Juta kaki padu sehari Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 34 pasaran yang kondusif dan meningkatkan daya saing Malaysia. Liberalisasi secara progresif dalam bidang yang kritikal bagi pembangunan operasi pasaran yang sihat dan adil akan diteruskan. Untuk menambah baik perlindungan har ta intelek, lebih banyak mahkamah harta intelek akan ditubuh dan keupayaan serta kapasiti pengamal harta intelek akan dipertingkat. Penyertaan Sektor Swasta Penyertaan lebih tinggi sektor swasta amat penting untuk menganjak ekonomi lebih tinggi dalam rantaian nilai. Dasar dan peraturan akan terus diliberalisasikan untuk memudah dan menarik lebih banyak pelaburan swasta dalam sektor utama ekonomi. Bagi mempertingkat penembusan pasaran tempatan untuk takaful dan takaful semula, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan membantu pengendali takaful menjalankan program promosi yang dapat meningkatkan saiz penyertaan takaful, khususnya dalam projek mega. Di samping itu, institusi pengajian tinggi swasta dan penyedia perkhidmatan kesihatan akan digalak untuk mempertingkat kemudahan dan perkhidmatan mereka bagi memastikan kejayaan perkhidmatan pelancongan pendidikan dan kesihatan. Untuk memperbaiki produktiviti dan daya saing dalam sektor pembuatan, EKS akan digalak untuk mengukuhkan kerjasama dengan MNC bagi menjadi pembekal alatan dan komponen. EKS berintensif pengetahuan yang mensasar pasaran global akan dipupuk. Pelbagai skim insentif termasuk geran akan diperkemas dan proses permohonan dipermudah untuk menarik pelaburan baru dalam projek berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Pelaburan sektor swasta dalam bidang keutamaan akan digalak dengan menyediakan persekitaran kondusif termasuk melalui penambahbaikan keselamatan awam dan infrastruktur sosial serta insentif khusus. Perkhidmatan sokongan yang lebih baik akan disediakan dan tempoh kelulusan paten dipendekkan. Pelaburan sektor swasta dalam aktiviti pertanian berskala besar, terutamanya tanaman makanan, akan terus digalakkan untuk menyokong usaha jaminan makanan negara, antara lain melalui penyediaan insentif dan infrastruktur pertanian yang mencukupi bagi kawasan pengeluaran makanan yang telah dikenal pasti. Langkah pengurusan dan pengurangan risiko akan juga dilaksana bagi tanaman makanan terpilih. Di samping itu, usaha akan diambil untuk menubuhkan sistem maklumat berpusat mengenai tanah yang sesuai untuk pertanian dengan kerjasama kerajaan negeri dan pemilik tanah. Mengenal pasti dan Mempercepat Sumber Pertumbuhan Baru Sumber pertumbuhan baru dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian akan dikenal pasti dan sumber akan disalurkan dari peringkat penyelidikan di makmal hingga ke pasaran. Di samping itu, infrastruktur sokongan, rejim kawal selia dan insentif yang bersesuaian akan disediakan untuk memacu pertumbuhan aktiviti baru tersebut. Dalam sektor perkhidmatan, tiga subsektor utama telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan baru, iaitu pelancongan, kewangan Islam dan perkhidmatan profesional. Pakej pelancongan mengikut kehendak pelanggan berdasarkan produk dan lokasi yang khusus, termasuk pendidikan dan kesihatan akan dibangun Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 35 dan digalakkan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Pakej tersebut akan disasarkan kepada golongan kelas pertengahan yang semakin berkembang dalam ekonomi baru muncul. Produk dan perkhidmatan kewangan Islam, terutamanya takaful dan takaful semula, akan terus digalakkan manakala peranan MIFC akan dipertingkat bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam yang diiktiraf dunia. Perkhidmatan pembinaan dan profesional telah dikenal pasti sebagai punca pendapatan eksport yang berpotensi berikutan liberalisasi sektor perkhidmatan dan pemeteraian peraturan pengiktirafan bersama. Sehubungan itu, penyedia perkhidmatan akan digalak mempertingkat keupayaan dan kemahiran profesional mereka bagi memanfaat peluang tersebut. Da l am sek tor pembua t an, us aha akan dipergiat untuk menggalakkan pembangunan k elompok indus t r i domestik dan serantau yang dikenal pasti di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga sebagai sumber pertumbuhan baru seper ti E&E, peranti perubatan dan petrokimia. Perkhidmatan sokongan yang menggunakan teknologi termaju seperti nanoteknologi, fotonik, laser dan sel bahan api akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan kelompok industri tersebut. Insentif khusus akan terus ditawarkan kepada MNC bagi menubuh dan mengembangkan operasi dalam taman perindustrian khusus dalam bidang yang dikenal pasti. Untuk memanfaat potensi bioteknologi sebagai sumber pertumbuhan baru dan penjana kekayaan, syarikat bioteknologi Malaysia akan digalak untuk mengenal pasti dan membangunkan produk dan perkhidmatan terpilih. Aplikasi bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan dan kegunaan industri akan diperluas melalui perolehan teknologi pelantar, penggiatan R&D dan pemakaian amalan makmal baik untuk meningkatkan nilai ditambah produk. Pembangunan sumber pertumbuhan baru dalam pertanian akan dilaksana secara terpilih untuk memastikan usaha yang lebih fokus dan pengagihan sumber secara cekap. Pelan Induk Pembangunan Industri Halal akan dijadikan panduan untuk memajukan Malaysia sebagai hab halal global dan peneraju pembangunan produk halal. Insentif khusus akan disediakan untuk menarik pelaburan swasta dalam pengeluaran produk halal termasuk makanan khusus yang diproses, kosmetik, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan. Penanaman kenaf akan digalakkan sebagai sumber bekalan penting untuk menghasilkan gentian berkualiti tinggi, bahan mentah bagi produk biokomposit dan makanan ternakan. Sokongan lebih padu akan disedia untuk menggalakkan aktiviti hiliran komoditi utama pertanian yang menghasi lkan ni lai di tambah lebih tinggi seperti derivatif oleokimia berasaskan minyak sawit dan bahan getah termaju. Sumber pertumbuhan baru yang lain dalam sektor pertanian seperti industri perikanan laut dalam, rumpai laut, ikan hiasan serta herba dan rempah akan dimaju dan digalakkan lagi. Untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab multimedia dan ICT, tiga bidang teknologi telah dikenal pasti iaitu rangkaian sensor tanpa wayar untuk aplikasi, terutamanya dalam pertanian dan pengurusan bencana; teknologi analisis ramalan bagi aplikasi perisian, khususnya dalam kewangan Islam, industri peruncitan dan logistik; dan teknologi Internet 3-Dimensi untuk pembangunan kandungan multimedia digital termasuk dalam bidang pendidikan, permainan dan hiburan. Kerajaan akan terus mempromosi Malaysia Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 36 sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti SSO dan menarik syarikat peneraju ICT bertaraf global dan pelaburan MNC dalam bidang pertumbuhan baru tersebut. Strategi dan inisiatif akan dilaksana untuk mendorong pembiayaan modal teroka swasta dalam bidang per tumbuhan baru. Di samping itu, institusi kewangan pembangunan akan digalak untuk menawarkan terma dan syarat pembiayaan yang lebih menarik, terutamanya bagi menceburi bidang pertanian baru dan bioteknologi. Program khidmat nasihat kewangan di bawah Bank Negara Malaysia akan memberi lebih penekanan terhadap pertanian bagi memudahkan pembiayaan dalam usaha sama pertanian. Institusi kewangan dan syarikat modal teroka akan digalak untuk mengadakan perkongsian strategik dengan pihak yang mempunyai pengetahuan teknikal dan perniagaan yang mendalam berkai tan bidang pertumbuhan baru bagi memastikan penilaian dilaksanakan sewajarnya. Peluasan Pasaran bagi Barangan dan Perkhidmatan Malaysia Produk dan perkhidmatan Malaysia akan dipromosi secara intensif ke pasaran baru di Afrika, Asia Barat dan Asia selatan serta Kesatuan Eropah dan ASEAN. Misi perdagangan akan diperhebat dan rangkaian pemasaran baru di rantau tersebut diperkukuh. Selaras dengan integrasi ekonomi ASEAN yang lebih mantap, tumpuan akan diberi kepada membuka peluang potensi sinergi merentasi sempadan. Sistem maklumat pasaran di pelbagai agensi seper ti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), FAMA dan MDeC akan dinaik taraf dan disepadukan bagi memudahkan akses kepada maklumat oleh pedagang. Program pembangunan imej dalam penjenamaan Malaysia dan produk jenama Malaysia akan terus dipergiat. Institusi kewangan akan digalak untuk menyokong syarikat Malaysia meneroka pasaran di luar negara. Bantuan juga akan disedia kepada ahli persatuan perdagangan dan industri bagi menjalankan program penggalakan eksport serta menyediakan sokongan logistik dan pergudangan. Insent i f berasas pencapaian ak an disediakan kepada sektor swasta bagi menjalankan aktiviti promosi eksport. Akses bagi produk dan perkhidmatan Malays ia ke pasaran global ak an dipermudah melalui peraturan pengiktirafan bersama, perjanjian perdagangan bebas dan peraturan pelbagai hala. Pakatan strategik dan usaha sama antara syarikat tempatan dengan MNC yang terkemuka akan digalak meluaskan rangkaian pasaran untuk produk dan perkhidmatan asas tani, pembuatan dan ICT. Di samping itu, standard dan peraturan teknikal Malaysia akan diseragamkan dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi memastikan lebih banyak akses ke dalam pasaran global. Pensijilan halal Malaysia akan terus dipromosikan sebagai standard halal yang diiktiraf dunia bagi memastikan akses yang meluas untuk produk halal buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa. Di samping itu, kerjasama dengan International Halal Integrity Alliance akan dijalin bagi mempromosikan pensijilan halal yang berdasarkan standard Malaysia termasuk MS 1500:20042. Insentif yang pro-pasaran akan diperluas bagi menggalakkan EKS menambah baik kualiti dan mengaplikasi teknologi termaju. Penembusan pasaran baru... 2 ‘Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum’ (MS 1500:2004). Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 37 IV. PENCAPAIAN , 2010 Pencapaian utama pelbagai sektor adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 1-2. Kotak 1-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing .. Meningkatkan nilai ditambah sektor perkhidmatan sebanyak 7.9% kepada RM948 bilion .. Meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK kepada 55.7% .. Peningkatan nilai ditambah dan sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK .. Mensasarkan ketibaan pelancong asing seramai 24.6 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM59.4 bilion .. Meningkatkan perbelanjaan per kapita pelancong kepada RM2,417 .. Peningkatan sumbangan industri pelancongan kepada pendapatan tukaran asing .. Meningkatkan nilai ditambah sektor pembuatan sebanyak 3.5% kepada RM168.9 bilion y y Sasaran nilai ditambah subsektor utama: - E&E RM32.9 bilion - M&K RM19.2 bilion - Petrokimia RM20.5 bilion - Kelengkapan pengangkutan RM16.2 bilion y y Mensasarkan purata tahap pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion. Sasaran subsektor utama: - E&E RM14.0 bilion - M&K RM1.7 bilion - Petrokimia RM1.7 bilion - Kelengkapan pengangkutan RM2.1 bilion - Peranti perubatan RM0.8 bilion .. Peningkatan nilai ditambah dan pelaburan dalam sektor pembuatan .. Meningkatkan bahagian perbelanjaan sektor swasta dalam R&D kepada 1.1% daripada KDNK .. Peningkatan perbelanjaan sektor swasta dalam R&D .. Meningkatkan bilangan EKS bertaraf 4 bintang serta mewujudkan EKS bertaraf 5 bintang dalam program penarafan SCORE .. Peningkatan penyertaan EKS dalam pasaran global Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 38 Komitmen Pencapaian .. Meningkatkan pengeluaran dan pemprosesan tempatan komoditi industri P engeluaran P emprosesan tempatan Minyak 16.5% kepada 18.4 juta 0.1% kepada 1.5 juta tan Sawit tan metrik metrik Getah 8.3% kepada 1.3 juta 3.5% kepada 437,000 tan tan metrik metrik Koko 34.3% kepada 47,000 30.4% kepada 30,000 tan tan metrik metrik .. Peningkatan pengeluaran dan pemprosesan tempatan komoditi industri .. Meningkatkan pengeluaran makanan dan tahap sara diri P engeluaran % tahap sara diri Beras 27.4% kepada 2.9 juta tan metrik 86 Perikanan 33.4% kepada 1.8 juta tan metrik 103 Daging Lembu 31.2% kepada 45,000 tan metrik 28 Daging Ayam Itik 18.2% kepada 1.3 juta tan metrik 122 .. Peningkatan pengeluaran makanan dan tahap sara diri tercapai .. Meningkatkan nilai ditambah ICT kepada RM30 bilion .. Meningkatkan pekerjaan berkaitan ICT kepada 500,000 .. Peningkatan nilai ditambah dan pekerjaan dalam sektor ICT .. Membina Lebuhraya Pantai Timur Fasa II Kuantan-Kuala Terengganu, Senai-Desaru dan Kemuning-Shah Alam .. Membina jalan menghubungkan kawasan penempatan semula dengan kawasan perindustrian luar bandar dan estet terutama di Sabah dan Sarawak .. Menaik taraf lapangan terbang Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Labuan .. Membina landasan kereta api berkembar elektrik Seremban-Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013 .. Peningkatan kapasiti, kecekapan dan liputan rangkaian infrastruktur pengangkutan Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 39 Komitmen Pencapaian Menjana Sumber Pertumbuhan Baru .. Meningkatkan pendapatan industri pelancongan kesihatan kepada RM1 bilion .. Meningkatkan pendapatan industri pelancongan pendidikan kepada RM2 bilion .. Pembangunan industri pelancongan kesihatan dan pendidikan sebagai produk pelancongan utama .. Meningkatkan penembusan pasaran takaful kepada 20% daripada jumlah aset industri insurans dan takaful .. Meningkatkan penembusan pasaran perbankan Islam kepada 20% daripada jumlah aset sistem perbankan .. Membangunkan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang muamalat .. Malaysia sebagai hab perbankan dan kewangan Islam n .. Meningkatkan bilangan syarikat berstatus Bio exus kepada 200 syarikat .. Pencapaian sasaran bilangan syarikat berstatus Bionexus .. Meningkatkan pengeluaran Komoditi Sasaran pengeluaran Kenaf 45,000 tan metrik Perikanan laut dalam 380,800 tan metrik Rumpai laut 95,000 tan metrik Ikan hiasan 860 juta ekor Herba dan rempah 103,000 tan metrik .. Peningkatan pengeluaran sumber pertumbuhan baru .. Meningkatkan eksport syarikat berstatus MSC kepada RM4.9 bilion .. Meningkatkan bilangan syarikat berstatus MSC kepada 2,500 syarikat .. Menambah pelaburan pengusaha ICT global dalam penyumberan luar bernilai tinggi .. Malaysia sebagai hab multimedia dan ICT serta destinasi menarik untuk aktiviti SSO Meluaskan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Malaysia .. Menambah bilangan profesional Malaysia di Afrika, Asia Barat dan ekonomi baru muncul .. Peningkatan eksport perkhidmatan profesional .. Meningkatkan bilangan produk kewangan Islam Malaysia yang ditawarkan kepada Afrika, ASEAN dan Asia .. Peluasan produk kewangan Islam Malaysia di peringkat global .. Meningkatkan peratusan ketibaan pelancong dari negara bukan ASEAN kepada 30% .. Pertambahan ketibaan pelancong dari pasaran bukan ASEAN Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 40 Komitmen Pencapaian .. Mensasarkan pasaran baru yang mempunyai pertumbuhan tinggi di Asia Timur Laut dan pasaran baru muncul di Asia Selatan, Asia Barat dan Eropah Timur .. Meningkatkan nilai eksport dalam subsektor pembuatan terpilih: • • E&E RM960.1 bilion • • Produk kimia RM127.0 bilion • • Produk logam RM90.3 bilion • • Produk petroleum RM75.7 bilion .. Peningkatan bahagian eksport ke pasaran baru dan nilai eksport .. Meningkatkan nilai eksport pertanian kepada RM72 bilion .. Meningkatkan nilai eksport produk berasaskan pertanian kepada RM58.7 bilion .. Meluaskan pasaran makanan sejuk beku ke Australia dan Belanda .. Meluaskan pasaran makanan diproses ke Republik Rakyat China, Jepun, Belanda dan Arab Saudi .. Peningkatan eksport pertanian dan produk berasaskan pertanian .. Menembusi pasaran baru di Republik Rakyat China, India dan Asia Barat bagi kandungan multimedia digital untuk pendidikan dan hiburan .. Penembusan pasaran baru bagi produk dan perkhidmatan ICT V. Penutup Pertumbuhan dalam sektor utama ekonomi bagi tempoh separuh penggal pertama RMKe-9 disokong oleh penggunaan teknologi baru dan amalan terbaik serta peningkatan R&D. Persekitaran global yang semakin kompetitif memerlukan Malaysia menstruktur semula dan memperkukuh daya tahan ekonomi melalui usaha bersepadu dengan peningkatan penyertaan sektor swasta. Bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha yang lebih bersinergi dan tertumpu akan dilaksana untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, menjana sumber pertumbuhan baru serta memperluas pasaran baru. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 41 2 teras meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Teras Dua 43 MENINGKATKAN KEUPAYAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK ‘MINDA KELAS PERTAMA ’ I. PENDAHULUAN Selaras dengan pertumbuhan ekonomi, guna tenaga telah berkembang terutama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Ekonomi mengekalkan tahap guna tenaga penuh dan mencatat peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti buruh. Kualiti tenaga buruh meningkat berikutan peningkatan penawaran modal insan mahir dan berpendidikan. Pelbagai inisiatif diambil untuk meningkatkan akses dan menambah baik kualiti pendidikan dan latihan termasuk menggubal dua pelan induk utama pendidikan dan latihan, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi. Peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan penggalakan sumber pertumbuhan baru serta pembangunan k o r i d o r p e r t umb u h a n wi l a y a h meningkatkan permintaan bagi pekerja mahir dan berpengetahuan khususnya pengurus, profesional dan juruteknik. Bagi memenuhi peningkatan permintaan guna tenaga ini, institusi latihan awam dan swasta akan meningkatkan kapasiti dan menambah baik kandungan latihan melalui kerjasama yang lebih besar dengan industri. Di samping itu, usaha akan dipergiat untuk mengeluarkan modal insan berkualiti secara holistik bukan sahaja memadankan permintaan dan penawaran modal insan tetapi juga menyemai perspektif progresif dengan nilai moral yang kukuh seperti yang ditekankan dalam Islam Hadhari. Usaha ini penting bagi memastikan kelancaran peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri produktiviti dan daya saing yang tinggi seperti digariskan dalam Misi Nasional. II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Usaha membangun modal insan adalah berasas kepada lima teras strategik utama, iaitu meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan, menjadikan sekolah kebangsaaan sebagai sekolah pilihan utama, mewujudkan institusi pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa, memupuk penyelidikan dan pembangunan yang berkualiti, mempertingkat keupayaan saintifik dan inovasi serta menyemai nilai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik di kalangan masyarakat. Pencapaian utama strategi pembangunan modal insan adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 2-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 44 Komitmen Output Meningkatkan Kualiti dan Akses kepada Pendidikan .. Menyedia akses yang lebih besar di peringkat tertiari1 – bagi mencapai sasaran 40% kadar penyertaan bagi kumpulan umur 17-23 tahun pada tahun 2010 .. Menggiatkan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Sasaran 2007: 400 syarikat dan 2,000 pelatih .. Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar: menambah baik infrastruktur sekolah di luar bandar .. Memper luas program pendidikan prasekolah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dalam kumpulan umur lima hingga enam tahun .. Melaksana program pembangunan awal kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) .. Kadar penyertaan meningkat daripada 17.6% pada tahun 2005 kepada 21.9% pada tahun 2007 .. Enrolmen di institusi awam meningkat daripada 390,828 pada tahun 2005 kepada 465,094 pada tahun 2007 dan institusi swasta bertambah daripada 258,825 kepada 364,737 .. Sebanyak 574 syarikat menyertai SLDN yang melibatkan 3,060 pelatih .. Liputan sasaran SLDN diperluas meliputi pelajar tercicir .. Air bersih dibekalkan di 300 sekolah di luar bandar yang memberi manfaat kepada 120,000 pelajar .. Semua sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak dan 72% di Sabah disediakan dengan bekalan elektrik yang mencukupi .. Projek perintis bagi tenaga solar dilaksana di 12 sekolah di kawasan pedalaman Sabah .. Peningkatan enrolmen di prasekolah awam dan swasta daripada 702,897 pada tahun 2005 kepada 753,027 pada tahun 2007 telah meningkatkan liputan daripada 63.7% pada tahun 2005 kepada 67.8% pada tahun 2007 .. Pelaksanaan 15 projek perintis PERMATA Menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai Sekolah Pilihan Utama .. Meningkatkan kadar enrolmen pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan .. Mencapai sasaran 25% guru di sekolah rendah dan 100% guru di sekolah menengah mempunyai kelayakan ijazah menjelang tahun 2010 .. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestar i ’ melalui Program Pembestarian Sekolah .. Kadar enrolmen pelajar Cina di sekolah kebangsaan pada tahun 2007 adalah 6% dan pelajar India 40% .. Peratusan guru berijazah di sekolah rendah meningkat daripada 6.1% pada tahun 2005 kepada 13.7% pada tahun 2007 dan di sekolah menengah meningkat daripada 82.4% kepada 87.1% .. Sebanyak 40% atau 3,025 sekolah rendah telah ditubuhkan pusat akses Internet Kotak 2-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 1 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 45 Komitmen Output Mewujudkan Institusi Pendidikan Tertiari Bertaraf Antarabangsa Mencapai 60% daripada .. jumlah staf akademik di universiti awam berkelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) menjelang tahun 2010 .. Meningkatkan enrolmen di peringkat lepasan ijazah kepada 25% daripada jumlah enrolmen di peringkat ijazah menjelang tahun 2010 .. Staf akademik yang mempunyai kelayakan Ph.D meningkat daripada 26.6% pada tahun 2005 kepada 31.6% pada tahun 2007. (Universiti Putra Malaysia telah mencapai 64%, Universiti Malaya 51% dan Universiti Sains Malaysia 50% pada tahun 2007) .. Enrolmen lepasan ijazah adalah 12% pada tahun 2007 (enrolmen lepasan ijazah di institusi awam meningkat daripada 36,516 pada tahun 2005 kepada 40,573 pada tahun 2007 dan di institusi swasta menurun daripada 5,447 kepada 5,338) Memupuk Penyelidikan dan Pembangunan Berkualiti serta Mempertingkat Keupayaan Saintifik dan Inovatif .. Menyasarkan 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh menjelang tahun 2010 .. Nisbah RSE adalah 17.9 pada tahun 2006 Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat .. Menyemai ni lai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik dalam masyarakat .. 195,000 belia mendapat manfaat daripada Program Latihan Khidmat Negara dan 1,016,749 peserta daripada program Biro Tatanegara Pasaran Buruh dan Guna Tenaga Dengan pertambahan penduduk daripada 26.45 juta pada tahun 2005 kepada 27.23 juta pada tahun 2007, tenaga buruh meningkat kepada 11.8 juta, iaitu pada kadar purata 2.1% setahun. Kualiti tenaga buruh meningkat berdasarkan pertambahan peratusan tenaga buruh yang berpendidikan tertiari daripada 20.0% pada tahun 2005 kepada 22.5% pada tahun 2007 manakala yang berpendidikan menengah daripada 57.6% kepada 58.6%. 2005 26.45 juta 2007 27.23 juta 2010a Jumlah 28.24 juta 0.29 0.29 0.29 2.46 1.82 6.09 15.79 2.53 1.86 6.20 16.35 2.47 1.92 6.35 17.21 Bukan Warganegara Lain-lain India Cina Bumiputera Carta 2-1 Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2005-2010 (juta orang) Sumber: Jabatan Perangkaan Nota: a anggaran Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 46 Dalam tempoh kajian semula, semua sektor ekonomi mewujudkan tambahan guna tenaga dengan sektor perkhidmatan mencatat kadar pertumbuhan purata guna tenaga tertinggi, iaitu 3.0% setahun. Jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan meningkat daripada 5.56 juta pada tahun 2005 kepada 5.89 juta pada tahun 2007. Sebanyak 505,100 peluang pekerjaan diwujudkan. Daripada jumlah ini, 46.7% adalah pekerja berpengetahuan yang terdiri daripada pengurus, profesional dan juruteknik. Kadar pengangguran terus berkurangan daripada 3.5% pada tahun 2005 kepada 3.2% pada tahun 2007. Keadaan ini menunjukkan pasaran buruh mengalami kekurangan penawaran tenaga buruh yang semakin meruncing dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2006, seramai 785,000 warganegara Malaysia yang berkemahiran bekerja di pelbagai negara terutama di Singapura dan negara maju. Penggajian pekerja asing meningkat daripada 1.80 juta pada tahun 2005 kepada 2.04 juta pada tahun 2007. Pekerjaan bagi pekerja berpengetahuan… I KH M I . AEGHKLN E ADNP , 2008-2010 Pasaran Buruh dan Guna Tenaga Dalam tempoh akhir Rancangan, penduduk dianggarkan seramai 28.24 juta pada tahun 2010 ber tambah pada kadar yang perlahan, iaitu 1.2% setahun. Kadar pertambahan penduduk dijangka terus berkurangan berikutan kadar kesuburan yang semakin rendah daripada 2.23 pada tahun 2008 kepada 2.07 pada tahun 2010. Pengurangan kadar kesuburan ini, antara lain, disebabkan oleh perkahwinan lewat dan kecenderungan mempunyai saiz keluarga yang kecil. Tenaga buruh dijangka berkembang pada kadar yang perlahan, iaitu 1.76% setahun dan guna tenaga bertambah lebih tinggi sedikit, iaitu 1.79% setahun. Perkembangan ini akan menyebabkan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.1% pada tahun 2010. Peratusan tenaga buruh berpendidikan tertiari dijangka meningkat kepada 26.7% pada tahun 2010 802.3 Tenaga Buruh Perlombongan, Kuari & Pembinaan Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan Pembuatan Perkhidmatan Guna Tenaga Kadar Pengangguran (%) 11,290.5 11,775.1 12,406.8 10,892.8 11,398.0 12,022.7 3.5 Jumlah 2005 2007 2010a 3.2 3.1 1,401.3 3,133.2 5,556.0 800.2 1,386.3 3,317.1 5,894.4 811.7 1,375.8 3,520.7 6,314.5 Carta 2-2 Guna Tenaga mengikut Sektor, 2005-2010 (‘000 orang) Nota: a anggaran Pengurus, Profesional dan Juruteknik Pekerja Perkeranian & Perkhidmatan Pekerja Berkaitan Ketukangan & Loji Pekerja Per tanian & Perikanan Pekerjaan Asas 2005 2,818.6 2,684.9 2,928.9 1,375.7 1,084.7 1,095.3 1,402.0 3,003.4 2,842.7 3,054.7 3,348.3 2,957.6 3,162.0 1,430.7 1,124.1 2007 2010a Jumlah 10,892.8 11,398.0 12,022.7 Carta 2-3 Guna Tenaga mengikut Kumpulan Pekerjaan utama, 2005-2010 (‘000 orang) Nota: a anggaran Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 47 manakala yang berpendidikan menengah kepada 60.1%. Dalam tempoh akh i r Rancangan, sebanyak 625,000 peker jaan bar u akan diwujudkan termasuk pekerjaan dalam koridor pertumbuhan wilayah. Permintaan bagi pekerja berpengetahuan dijangka berkembang pada kadar purata 3.1% setahun dan menyumbang 47% daripada jumlah pekerjaan diwujudkan. Pertambahan permintaan bagi modal insan berkemahiran akan dipenuhi melalui pertambahan keupayaan dan peningkatan kualiti institusi pendidikan dan latihan di semua peringkat dengan penekanan kepada budaya kerja berprestasi tinggi dan sikap positif. Pelbagai langkah akan diambil untuk mengurangkan bilangan pekerja asing berkemahiran rendah kepada 1.80 juta pada tahun 2010. Pengurangan ini akan dicapai melalui gabungan langkah jangka pendek dan panjang termasuk memperkemas pengambilan pekerja asing dan sistem levi, menetapkan siling penggajian buruh asing mengikut sektor kecil, mengkaji semula sistem gaji, menyediakan kemudahan dan faedah yang lebih baik bagi mengekalkan pekerja tempatan dalam sektor terpilih dan mengurangkan industri berintensif buruh secara berperingkat. Di samping itu, penyertaan wanita dalam pasaran buruh akan dipertingkat daripada 46.1% pada tahun 2007 kepada 50.0% pada tahun 2010. Kerajaan akan mengkaji semula dasar, strategi, undang-undang perburuhan dan prosedur berkaitan penggajian tenaga pakar dan buruh asing berkemahiran tinggi dalam pekerjaan yang khusus. Program Brain Gain akan diperkukuh untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi menarik pakar daripada luar negara untuk memenuhi kekurangan dalam bidang kritikal dan meningkatkan pemindahan kemahiran serta pengetahuan. Bagi membantu pemerolehan pengetahuan dan teknologi, pengetahuan dan kepakaran warganegara Malaysia di luar negara akan dimanfaatkan dengan menjalin hubungan rapat antara mereka dengan ahli akademik serta sektor awam dan swasta. Program Pendidikan Pendidikan Rendah dan Menengah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010 menyediakan rangka kerja bagi meningkatkan lagi kualiti dan akses kepada pendidikan. Pelan induk ini memberi tumpuan kepada pembinaan negara bangsa, pembangunan modal insan, pengukuhan sekolah kebangsaan, pengurangan j u rang pendidik an, pemartabatan profesion perguruan dan pengukuhan institusi pendidikan. Bagi mengatasi masalah kesesakan bilik darjah sekolah di bandar, tambahan bilik darjah akan dibina dan sistem pendidikan akan diperkukuh. Enrolmen sekolah rendah dijangka meningkat daripada 3.07 juta pada 2007 kepada 3.20 juta pada tahun 2010 dan sekolah menengah daripada 2.24 juta kepada 2.38 juta. Sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk dan membina asas sains dan teknologi yang kukuh untuk mengeluarkan penyelidik dan pereka cipta pada masa hadapan. Bagi meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan, sekolah menengah yang mengkhusus dalam bidang sains dan teknologi akan ditubuh. Sekolah ini akan mendedah pelajar dengan pelbagai mata pelajaran baru dan melaksana program memperkaya pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Program ini akan dilaksana dengan kerjasama universiti penyelidikan dan sektor swasta. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 48 2005 2007 2010e 63.7 67.8 68.8 98.1 95.8 98.4 86.8 88.4 91.9 Prasekolah Rendah Menengah Carta 2-4 Enrolmen Pelajar di Institusi Pendidikan, 2005-2010 (%) Sumber: Kementerian Pelajaran Nota: a anggaran Jurang pencapaian akademik masih wujud antara sekolah di luar bandar dengan bandar terutama dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris. Masalah ini akan diatasi dengan penyediaan insentif dan pelaksanaan latihan khusus kepada guru untuk meningkatkan bilangan guru berkhidmat di sekolah luar bandar. Di samping itu, bagi meningkatkan prestasi pelajar, pelaksanaan program intervensi awal yang telah dibuat penambahbaikan, iaitu Program Pemulihan untuk Tahun 1 dan Program Penguasaan 3M untuk Tahun 4 dan Tahun 6 akan dipergiat. Penyediaan bekalan elektrik di sekolah luar bandar dan projek pengkomputeran akan dipertingkat bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif. Daya tarikan sekolah kebangsaan akan dipertingkat bagi menambah enrolmen pelajar daripada pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Bagi tujuan ini, kualiti dan kemudahan di sekolah kebangsaan akan diperkukuh. Semua sekolah kebangsaan Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar... akan dilengkapkan dengan kemudahan ICT yang mencukupi melalui penerusan Program Pembestarian Sekolah seperti SchoolNet, TV Pendidikan melalui Internet dan latihan ICT untuk guru. Di samping itu, pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil serta j-QAF akan diperluas dengan menambah bilangan guru berkelayakan. Sistem penilaian baru yang komprehensif yang memberi tumpuan kepada penilaian berterusan dan kreativiti bagi memupuk budaya inovasi akan dilaksana melalui projek perintis di 50 sekolah. Bagi menangani masalah keciciran dan memastikan pelajar kekal dalam sistem persekolahan, pengambilan pelajar dalam aliran vokasional dan kemahiran akan ditambah. Pendidikan vokasional dan latihan kemahiran sedia ada di sekolah menengah teknik akan dikaji semula bagi menjadikannya lebih menarik kepada pelajar sekolah menengah. Peluang pendidikan kepada kanakkanak istimewa akan ditambah melalui penyediaan kelas khas di sekolah harian bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Dalam tempoh akhir Rancangan, sejumlah 96 kelas khas di sekolah harian akan disediakan dan dinaik taraf. Kemudahan di semua sekolah di Sabah dan Sarawak akan dipertingkat melalui penyediaan asrama, kuarters guru, makmal komputer, akses kepada Internet, bekalan elektrik dan kemudahan asas lain yang mencukupi. Pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Baucar Tuisyen, Bantuan Makanan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin akan diperluas bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT juga akan dipertingkat. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 49 Pendidikan Prasekolah Kur ikulum Prasekolah Kebangsaan akan dikaji semula bagi meningkatkan kualiti prasekolah melalui penyediaan kurikulum prasekolah yang lebih berkualiti dan pengukuhan penyelarasan antara agensi yang terlibat. Di samping itu, semua guru dan pembantu guru akan diwajibkan menjalani program latihan yang standard. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, program prasekolah akan diselaras di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Selain daripada itu, program pembangunan awal kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diperluas selepas kajian impak ke atas 15 projek perintis PERMATA dilaksana. Pendidikan Tinggi Peningkatan Akses. Pelan Strategik Pengajian Tinggi, 2020 menyediakan hala tuju jangka panjang ke arah pembangunan pendidikan yang berkualiti dan peningkatan akses kepada pendidikan tinggi. Enrolmen pelajar di institusi pendidikan tinggi awam akan meningkat terutama dengan siapnya pembinaan tiga universiti baru, iaitu Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Per tahanan Nasional Malaysia ser ta pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan perluasan program francais UiTM. Enrolmen di institusi pendidikan tinggi dijangka meningkat daripada 829,831 pada tahun 2007 kepada 1,349,978 pada tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, 35% di peringkat diploma dan 33% di peringkat ijazah pertama. Dengan pengiktirafan empat universiti sebagai universiti penyelidikan, enrolmen di peringkat lepasan ijazah terutama Ph.D akan meningkat. Peningkatan Kualiti. Sistem penarafan akan dilaksana di institusi pendidikan tinggi awam sebagai instrumen untuk mengukur kualiti dan daya saing institusi berkenaan. Di samping itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan diperkukuh bagi memperkemas pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia dan jaminan kualiti. Institusi pendidikan tinggi awam akan memperkukuh unit jaminan kualiti untuk mengendalikan penilaian kendiri dan memupuk budaya berprestasi tinggi. Kelulusan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang baru hanya diberi kepada institusi yang akan menawarkan kursus yang dapat memenuhi keperluan pasaran. Di samping itu, aktiviti pengauditan akan dilaksana secara kerap untuk memastikan pendidikan yang berkualiti. Institusi pendidikan tinggi swasta akan digalak bergabung supaya mereka lebih berdaya maju dan berdaya saing. Sijil Diploma Ijazah Sarjana Muda Sarjana Ph.D 0 2005 2007 2010a Enrolmen 649,653 829,831 1,349,978 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000 300,000 350,000 400,000 450,000 500,000 Carta 2-5 Enrolmen di Institusi Pendidikan Tertiari1 mengikut Peringkat Pengajian, 2005-2010 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Nota: 1 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta a anggaran Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 50 Institusi pendidikan tinggi awam akan memberi tumpuan kepada membangunkan kandungan kursus yang berkualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan memenuhi keperluan industri. Semua institusi pendidikan tinggi awam diwajib membuat analisis pasaran secara komprehensif bagi mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi untuk menawarkan program baru dan mengkaji semula program sedia ada. Lebih ramai profesional daripada universiti terkemuka luar negara, industri dan badan profesional akan dilantik sebagai penilai program akademik yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta bagi membantu mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kerajaan juga akan memberi subsidi hanya kepada program akademik terpilih selaras dengan keperluan pasaran semasa. Di samping itu, pelajar cemerlang akan ditaja untuk melanjutkan pendidikan di universiti tempatan dan kajian pengesanan susulan akan dilaksana setahun selepas graduan menerima ijazah untuk menilai kebolehpasaran dan laluan kerjaya mereka serta menyediakan input untuk menilai kesesuaian program akademik yang dilaksana. Pelaksanaan Skim Latihan Akademik bagi Institusi Pendidikan Tinggi Awam akan dipergiat dan strategi baru akan digubal bagi mencapai sasaran 60% staf akademik berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2010. Sejumlah 3,700 staf akademik akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D di bawah program ini dan 70% daripadanya dalam bidang S&T. Staf akademik yang baru dilantik perlu melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam tempoh tiga tahun dari tarikh lantikan sebagai syarat pelantikan tetap. Di samping itu, staf akademik perlu mengikuti program penempatan industri dan internship di syarikat multinasional untuk tempoh maksimum satu semester bagi setiap tiga hingga lima tahun. Sebagai langkah sementara untuk menambah staf akademik yang berkelayakan, institusi pendidikan tinggi awam akan diberi kebenaran membuat pengambilan pakar secara kontrak daripada luar negara terutama dalam bidang pengajian yang kritikal. Perkhidmatan secara kontrak dan pelantikan staf secara terus akan dilaksana untuk menggalakkan mereka yang mempunyai kelayakan cemerlang berkhidmat di institusi pendidikan tinggi awam. S e b a g a i l a n g k a h me n i n g k a t k a n kebolehpasaran graduan, semua universiti awam akan melaksana program internship jangka pendek, penempatan industri dan pemantapan keterampilan dengan kerjasama syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat besar tempatan serta persatuan industri. Program ini akan diterap dalam kurikulum sedia ada dan dilaksana secara berstruktur. Kemahiran keusahawanan akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum bidang pendidikan teknikal utama khususnya yang mengeluarkan penyelidik, ahli sains, jurutera prototaip dan pereka bentuk. Program khusus berkaitan keusahawanan, inovasi, pengurusan risiko dan anjakan minda akan dilaksana. Peningkatan Keupayaan dalam Sains dan Teknologi. Bagi mencapai sasaran nisbah 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2010, lebih banyak biasiswa di peringkat lepasan ijazah akan ditawar untuk membolehkan lebih ramai pelajar meneruskan pengajian dalam bidang S&T. Sebagai langkah menangani masalah kekurangan personel R&D, kajian yang komprehensif akan dilaksana untuk mengenal pas t i bidang S&T dan bilangan RSE yang diperlukan. Sektor swasta akan digalak menyediakan lebih Meningkatkan kualiti staf akademik... Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 51 banyak biasiswa dan bantuan kewangan kepada penyelidikan yang strategik dan pengkomersilan. Program lepasan ijazah kedoktoran akan diperluas kepada penyelidikan yang melibatkan pelbagai bidang S&T. Di samping itu, pelajar di peringkat ijazah per tama dalam bidang S&T digalak melaksana penyelidikan bersama dengan staf fakulti bagi meningkatkan kemahiran penyelidikan. Sebagai langkah mempergiat aktiviti R&D dan pengkomersilan (R&D&C) di institusi pendidikan tinggi awam, keupayaan dan kerjasama institusi ini dengan industri akan diperkukuh. Institut Penyelidikan Malaysia akan ditubuh untuk menggalak dan meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan dengan universiti terkemuka antarabangsa. Pembangunan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau akan dipergiat melalui perkongsian pintar antara institusi pendidikan tinggi awam dengan swasta serta universiti luar negara yang terkemuka. Institusi pendidikan tinggi swasta digalakkan untuk memperbanyak program berkembar dan ijazah anugerah bersama terutama di peringkat lepasan ijazah. Kualiti program akademik yang ditawarkan di universiti awam dan swasta perlu setaraf dengan program akademik di universiti terkemuka luar negara. Usaha bersepadu akan diambil untuk menarik pelajar asing melalui program promosi yang khusus. Di samping itu, lebih ramai profesor terkemuka akan dilantik untuk berkhidmat di universiti tempatan serta universiti terkemuka luar negara akan dipelawa menubuhkan kampus cawangan di Malaysia. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan peranannya dalam menyediakan pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. PTPTN akan meningkatkan kemampanan dan keupayaan penyediaan pinjaman melalui pakatan strategik dengan institusi kewangan. Pengukuhan Universiti Penyelidikan. Universiti yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan akan diperkukuh dari segi sistem tadbir urus, mekanisme pembiayaan dan pengambilan staf akademik. Universiti ini akan diberi lebih autonomi dan kelonggaran dalam pengurusan untuk menjana sumber pendapatan. Di samping itu, universiti ini akan diberi kebenaran melantik staf akademik dan penyelidik serta mengambil pelajar daripada luar negara. Peratusan pelajar lepasan ijazah di universiti ini terutama dalam kursus berkaitan S&T dijangka meningkat kepada 50% daripada jumlah enrolmen. 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 0 2005 76,027 2007 83,202 2010a 112,745 Kejuruteraan Jumlah Ketukangan Bangunan ICT Hospitaliti Lain-lain 43.6% 56.4% 56.2% 43.8% 55.5% 44.5% Awam Swasta Awam Swasta Awam Swasta Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Nota: a anggaran Carta 2-6 Modal Insan Mahir, 2005-2010 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 52 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Dalam tempoh akhir Rancangan, seramai 305,930 pekerja mahir akan dilatih dan bilangan ini dijangka memenuhi 80% permintaan terhadap tenaga kerja mahir. Daripada jumlah ini, institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) awam akan menyumbang sebanyak 55.7% dan bakinya oleh TEVT swasta. Sistem penyampaian TEVT akan diperkukuh selaras dengan perubahan permintaan pasaran bagi pekerja mahir. Peningkatan Kualiti. Kualiti TEVT akan dipertingkat melalui penambahan bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan pencepatan pelantikan tenaga pengajar bagi institusi yang baru ditubuh. Skim perkhidmatan tenaga pengajar khusus akan diperkenal bagi menarik personel berkelayakan daripada industri menyertai perkhidmatan tenaga pengajar. Jawatan kenaikan pangkat tenaga pengajar yang fleksibel akan diwujudkan untuk memastikan tenaga pengajar terus kekal dalam bidang pengkhususan mereka. Agensi latihan akan juga diberi kebenaran untuk melantik staf secara kontrak. Kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran akan diseragamkan. Kualiti Standard Kemahi ran Peker jaan Kebangsaan (NOSS) akan dipertingkat melalui proses pengesahan oleh majikan daripada pelbagai industri dan memperkenal templat yang standard bagi menyediakan proses dan format yang jelas untuk membangunkan NOSS yang berkualiti. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan diperkukuh dengan membangunkan program ‘Pro3-Based Learning’ yang merangkumi Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran. Pembangunan pendekatan ini dijangka siap pada tahun 2009 dan akan dilaksana sebagai projek perintis di German-Malaysian Institute sebelum diperluas kepada semua institusi TEVT. Pelaksanaan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia, 2008-2020 akan menyediakan hala tuju dan strategi bagi pembangunan TEVT. Pelan induk ini akan disokong oleh pelan tindakan strategik sebagai garis panduan pelaksanaannya dan agensi TEVT perlu menggubal pelan latihan jangka panjang dan petunjuk prestasi utama. Institusi TEVT swasta yang kecil akan digalak bergabung bagi meningkatkan kualiti latihan yang disediakan dan keupayaan kewangan dan pemasaran serta kemampuan menarik pelajar. Sebagai langkah menggalakkan penggabungan dan pengendalian hard-courses, pinjaman mudah akan disediakan kepada institusi TEVT swasta yang memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan seperti kapasiti enrolmen, nisbah pelatih bagi setiap tenaga pengajar dan kualiti tenaga pengajar. Di samping itu, penguatkuasaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, 2006 akan dipergiat bagi memastikan pusat latihan bertauliah mematuhi peraturan dan prosedur pentauliahan. Peningkatan Akses. Usaha akan diambil untuk meningkatkan akses kepada TEVT dengan memaksimumkan penggunaan kapasiti institusi TEVT sedia ada. Pembiayaan pelajar bagi mengikuti kursus di institusi latihan swasta dan pelaksanaan program dua syif di institusi TEVT awam akan diperluas dan dipergiat. Peruntukan tambahan akan disediakan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan pinjaman kepada lebih ramai pelatih. Di samping itu, pengambilan pelatih oleh institusi TEVT termasuk politeknik dan kolej komuniti akan dibuat secara berpusat bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengambilan. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 53 Institusi TEVT juga akan melatih pelajar tercicir bagi meningkatkan penawaran pekerja mahir dan separa mahir serta mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing. Institusi TEVT sedia ada hanya mampu menampung 10% daripada 80,000 pelajar tercicir setahun di peringkat sekolah menengah. Penubuhan Pusat GiatMARA yang baru akan dipercepat dan kuota pengambilan pelajar tercicir di Pusat GiatMARA akan ditetapkan pada 80%. Pelaksanaan SLDN akan dipergiat dan kumpulan sasar sistem ini akan diperluas meliputi pelajar tercicir. Langkah ini akan membantu meningkatkan pengambilan pelajar tercicir seramai 4,000 dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia termasuk pekerja seramai 12,000 pada tahun 2010. Pembelajaran Sepanjang Hayat Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Pendidikan dan Latihan akan menggubal pelan yang komprehensif bagi program pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran jarak jauh, kursus separuh masa dan peningkatan kemahiran yang dilaksana oleh pelbagai kementerian dan institusi swasta. Enrolmen bagi program pembelajaran sepanjang hayat di institusi pendidikan tinggi awam akan dipertingkat kepada 10%. Syarat kemasukan yang lebih fleksibel seperti pengalaman kerja dan kelayakan yang diiktiraf oleh MQA akan dilaksana. Tabung Pembangunan Sumber Manusia di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad yang boleh digunakan oleh majikan untuk membiayai pembelajaran sepanjang hayat, iaitu peningkatan kemahiran di kalangan pekerja akan diperluas bagi merangkumi firma yang terlibat dalam francais, penyiaran, penyumberan luar serta pembaikpulih dan penyelenggaraan kenderaan bermotor. Program pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti akan terus diperkukuh dengan pelaksanaan e-pembelajaran. Dalam tempoh akhir Rancangan, sejumlah 584,500 tempat latihan bagi kursus jangka pendek akan ditawarkan oleh kolej komuniti. Sebagai langkah meningkatkan penyertaan industri, galakan pengecualian cukai ke atas perbelanjaan latihan akan diberi kepada syarikat yang mengendalikan latihan kepada pelajar kolej komuniti di peringkat diploma di premis mereka. Pembangunan Moral dan Nilai Etika yang Kukuh Program bagi meningkatkan nilai dan etika seperti pengukuhan tadbir urus korporat, peningkatan tanggungjawab sos ial korporat dan pembentukan warganegara yang bertanggungjawab di kalangan masyarakat akan terus diberi penekanan selaras dengan prinsip Islam Hadhari. Penglibatan institusi kekeluargaan dan keagamaan, institusi pendidikan dan latihan, majikan dan pekerja serta komuniti akan digalak menganjurkan program bagi menyemai nilai moral dan etika yang kukuh. Media juga digalak memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam menyebar dan menyemai nilai moral dan etika di kalangan masyarakat dengan menyiarkan lebih banyak bahan dan program mengenai adab kesopanan, nilai dan gaya hidup yang positif. Di samping itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mengenal pasti punca permasalahan sosial dan kaedah penyelesaian yang sesuai ke arah membina masyarakat yang bermoral dan beretika. Nilai dan etika akan diterap dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum di peringkat pendidikan rendah dan menengah. Program j-QAF akan diperluas kepada pelajar Islam sementara pendidikan moral kepada pelajar bukan Islam di semua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 54 sekolah rendah. Pengajaran mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas kepada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah dan diperkenalkan di sekolah menengah. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai perbezaan budaya dan tamadun ser ta menanam sikap bertolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum, Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik akan dikekalkan sebagai subjek wajib kepada semua pelajar di institusi pendidikan tinggi. Pelaksanaan program bercorak mesra keluarga yang dapat membina sikap dan memupuk nilai kekeluargaan akan diperluas. Di peringkat komuniti, Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara akan terus diperkukuh. Usaha akan dipergiat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam Program Rukun Tetangga yang dapat memupuk kehidupan harmoni. Di samping itu, pelaksanaan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni akan terus dipergiat. Sektor awam akan melaksana lebih banyak program termasuk program latihan bagi menyemai nilai dan etika kerja yang positif di kalangan kakitangannya. Sektor swasta pula digalak memperluas tanggungjawab sosial korporat yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar dan masyarakat secara keseluruhannya. Syarikat juga digalak menerap nilai positif dan etika di semua peringkat pengurusan dan urusan perniagaan. Usaha akan dipergiat bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan tentang Islam Hadhari di kalangan masyarakat. Dua indeks, iaitu Indeks Pembangunan Ummah Malaysia dan Indeks Keadilan dan Kebolehpercayaan Kerajaan akan dibangunkan bagi mengukur kemajuan masyarakat Islam dan kebolehpercayaan terhadap Kerajaan. Pengukuhan Integriti. Institut Integriti Malaysia dan agensi yang berkaitan akan mempergiat pelaksanaan Pelan Integriti Nasional. Badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat juga digalak melibatkan diri dalam program pengukuhan integriti. Tadbir urus korporat dan etika perniagaan dalam sektor swasta akan diperkukuh dengan mempertingkat pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Rukuniaga Malaysia. Pembasmian Rasuah. Usaha menangani gejala rasuah akan dipertingkat dengan melaksana langkah pencegahan secara ber terusan, inisiatif pendidikan dan penguatkuasaan yang tegas. Di samping itu, sistem penyampaian perkhidmatan awam akan diperkemas untuk menghapuskan peluang melakukan rasuah. Kerajaan akan menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan bebas bagi membolehkannya memainkan peranan dengan lebih efektif. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 55 IV . pencapaian, 2010 Kotak 2-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Meningkatkan Kualiti dan Akses kepada Pendidikan . . Menyedia akses yang lebih besar di peringkat tertiari2 – bagi mencapai sasaran 40% kadar penyertaan bagi kumpulan umur 17-23 tahun pada tahun 2010 . . Menggiatkan Pelaksanaan SLDN. Sasaran 2010: 3,200 syarikat dan 16,000 pelatih . . Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar: menambah baik infrastruktur sekolah di luar bandar . . Memperluas program pendidikan prasekolah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanakkanak dalam kumpulan umur lima hingga enam tahun .. Pencapaian pendidikan tenaga buruh yang tinggi untuk produktiviti dan kualiti yang lebih baik .. Peningkatan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi memenuhi keperluan industri .. Penglibatan sektor swasta yang lebih besar dalam latihan .. Peningkatan tahap kemahiran tenaga kerja dalam rantaian nilai pekerjaan yang berkualiti .. Peluang yang saksama kepada pendidikan berkualiti .. Kanak-kanak boleh membaca dan mengira sebelum memasuki pendidikan formal Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sebagai Sekolah Pilihan Utama . . Meningkatkan kadar enrolmen pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan . . Mencapai sasaran 25% guru di sekolah rendah dan 100% guru di sekolah menengah mempunyai kelayakan ijazah menjelang tahun 2010 . . Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestari’ melalui Program Pembestarian Sekolah .. Pengukuhan perpaduan nasional .. Guru berkualiti yang akan menjadikan sekolah kebangsaan lebih menarik .. Penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan Mewujudkan Institusi Pendidikan Tertiari Bertaraf Antarabangsa . . Mencapai 60% daripada jumlah staf akademik di universiti awam berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2010 . . Meningkatkan enrolmen di peringkat lepasan ijazah kepada 25% daripada jumlah enrolmen di peringkat ijazah menjelang tahun 2010 .. Malaysia sebagai hab pendidikan serantau .. Sekurang-kurangnya sebuah universiti tempatan tersenarai di kalangan seratus universiti terkemuka .. Program akademik bertaraf dunia dalam bidang pengajian kewangan Islam, bioteknologi, penyakit tropika dan biodiversiti .. Penambahan bilangan penyelidik dan peningkatan keupayaan R&D&C 2 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 56 Komitmen Pencapaian Memupuk Penyelidikan dan Pembangunan Berkualiti serta Mempertingkat Keupayaan Saintifik dan Inovatif . . Mencapai sasaran 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh menjelang tahun 2010 .. Peningkatan keupayaan R&D saintifik dan inovasi untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat . . Menyemai nilai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik dalam masyarakat . . Mengukuhkan integriti dan membasmi gejala rasuah .. Masyarakat yang bersatu dengan semangat patriotik .. Budaya kerja yang berprestasi tinggi .. Masyarakat yang berintegriti tinggi V. penutup Dalam tempoh akhir Rancangan, sistem penyampaian pendidikan dan TEVT akan terus memberi keutamaan kepada menghasilkan modal insan berkualiti yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi. Pelaksanaan pelbagai program oleh sektor awam dan swasta dijangka dapat memenuhi keperluan pasaran bagi pekerja berpengetahuan yang dapat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai. Pemupukan nilai positif dan etika yang kukuh serta integriti akan terus diberi penekanan dalam membangunkan modal insan yang holistik dan meningkatkan tadbir urus sektor awam dan swasta. Semua usaha ini akan membantu Malaysia menghadapi cabaran yang muncul daripada globalisasi dan peningkatan persaingan dalam pasaran dunia. Dengan adanya modal insan berkualiti dan sistem tadbir urus yang baik akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 41 2 teras meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Teras Dua 43 MENINGKATKAN KEUPAYAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK ‘MINDA KELAS PERTAMA ’ I. PENDAHULUAN Selaras dengan pertumbuhan ekonomi, guna tenaga telah berkembang terutama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Ekonomi mengekalkan tahap guna tenaga penuh dan mencatat peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti buruh. Kualiti tenaga buruh meningkat berikutan peningkatan penawaran modal insan mahir dan berpendidikan. Pelbagai inisiatif diambil untuk meningkatkan akses dan menambah baik kualiti pendidikan dan latihan termasuk menggubal dua pelan induk utama pendidikan dan latihan, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi. Peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan penggalakan sumber pertumbuhan baru serta pembangunan k o r i d o r p e r t umb u h a n wi l a y a h meningkatkan permintaan bagi pekerja mahir dan berpengetahuan khususnya pengurus, profesional dan juruteknik. Bagi memenuhi peningkatan permintaan guna tenaga ini, institusi latihan awam dan swasta akan meningkatkan kapasiti dan menambah baik kandungan latihan melalui kerjasama yang lebih besar dengan industri. Di samping itu, usaha akan dipergiat untuk mengeluarkan modal insan berkualiti secara holistik bukan sahaja memadankan permintaan dan penawaran modal insan tetapi juga menyemai perspektif progresif dengan nilai moral yang kukuh seperti yang ditekankan dalam Islam Hadhari. Usaha ini penting bagi memastikan kelancaran peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri produktiviti dan daya saing yang tinggi seperti digariskan dalam Misi Nasional. II . PENCAPAIAN UTAMA , 2006-2007 Usaha membangun modal insan adalah berasas kepada lima teras strategik utama, iaitu meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan, menjadikan sekolah kebangsaaan sebagai sekolah pilihan utama, mewujudkan institusi pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa, memupuk penyelidikan dan pembangunan yang berkualiti, mempertingkat keupayaan saintifik dan inovasi serta menyemai nilai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik di kalangan masyarakat. Pencapaian utama strategi pembangunan modal insan adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 2-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 44 Komitmen Output Meningkatkan Kualiti dan Akses kepada Pendidikan .. Menyedia akses yang lebih besar di peringkat tertiari1 – bagi mencapai sasaran 40% kadar penyertaan bagi kumpulan umur 17-23 tahun pada tahun 2010 .. Menggiatkan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Sasaran 2007: 400 syarikat dan 2,000 pelatih .. Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar: menambah baik infrastruktur sekolah di luar bandar .. Memper luas program pendidikan prasekolah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dalam kumpulan umur lima hingga enam tahun .. Melaksana program pembangunan awal kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) .. Kadar penyertaan meningkat daripada 17.6% pada tahun 2005 kepada 21.9% pada tahun 2007 .. Enrolmen di institusi awam meningkat daripada 390,828 pada tahun 2005 kepada 465,094 pada tahun 2007 dan institusi swasta bertambah daripada 258,825 kepada 364,737 .. Sebanyak 574 syarikat menyertai SLDN yang melibatkan 3,060 pelatih .. Liputan sasaran SLDN diperluas meliputi pelajar tercicir .. Air bersih dibekalkan di 300 sekolah di luar bandar yang memberi manfaat kepada 120,000 pelajar .. Semua sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak dan 72% di Sabah disediakan dengan bekalan elektrik yang mencukupi .. Projek perintis bagi tenaga solar dilaksana di 12 sekolah di kawasan pedalaman Sabah .. Peningkatan enrolmen di prasekolah awam dan swasta daripada 702,897 pada tahun 2005 kepada 753,027 pada tahun 2007 telah meningkatkan liputan daripada 63.7% pada tahun 2005 kepada 67.8% pada tahun 2007 .. Pelaksanaan 15 projek perintis PERMATA Menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai Sekolah Pilihan Utama .. Meningkatkan kadar enrolmen pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan .. Mencapai sasaran 25% guru di sekolah rendah dan 100% guru di sekolah menengah mempunyai kelayakan ijazah menjelang tahun 2010 .. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestar i ’ melalui Program Pembestarian Sekolah .. Kadar enrolmen pelajar Cina di sekolah kebangsaan pada tahun 2007 adalah 6% dan pelajar India 40% .. Peratusan guru berijazah di sekolah rendah meningkat daripada 6.1% pada tahun 2005 kepada 13.7% pada tahun 2007 dan di sekolah menengah meningkat daripada 82.4% kepada 87.1% .. Sebanyak 40% atau 3,025 sekolah rendah telah ditubuhkan pusat akses Internet Kotak 2-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 1 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 45 Komitmen Output Mewujudkan Institusi Pendidikan Tertiari Bertaraf Antarabangsa Mencapai 60% daripada .. jumlah staf akademik di universiti awam berkelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) menjelang tahun 2010 .. Meningkatkan enrolmen di peringkat lepasan ijazah kepada 25% daripada jumlah enrolmen di peringkat ijazah menjelang tahun 2010 .. Staf akademik yang mempunyai kelayakan Ph.D meningkat daripada 26.6% pada tahun 2005 kepada 31.6% pada tahun 2007. (Universiti Putra Malaysia telah mencapai 64%, Universiti Malaya 51% dan Universiti Sains Malaysia 50% pada tahun 2007) .. Enrolmen lepasan ijazah adalah 12% pada tahun 2007 (enrolmen lepasan ijazah di institusi awam meningkat daripada 36,516 pada tahun 2005 kepada 40,573 pada tahun 2007 dan di institusi swasta menurun daripada 5,447 kepada 5,338) Memupuk Penyelidikan dan Pembangunan Berkualiti serta Mempertingkat Keupayaan Saintifik dan Inovatif .. Menyasarkan 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh menjelang tahun 2010 .. Nisbah RSE adalah 17.9 pada tahun 2006 Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat .. Menyemai ni lai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik dalam masyarakat .. 195,000 belia mendapat manfaat daripada Program Latihan Khidmat Negara dan 1,016,749 peserta daripada program Biro Tatanegara Pasaran Buruh dan Guna Tenaga Dengan pertambahan penduduk daripada 26.45 juta pada tahun 2005 kepada 27.23 juta pada tahun 2007, tenaga buruh meningkat kepada 11.8 juta, iaitu pada kadar purata 2.1% setahun. Kualiti tenaga buruh meningkat berdasarkan pertambahan peratusan tenaga buruh yang berpendidikan tertiari daripada 20.0% pada tahun 2005 kepada 22.5% pada tahun 2007 manakala yang berpendidikan menengah daripada 57.6% kepada 58.6%. 2005 26.45 juta 2007 27.23 juta 2010a Jumlah 28.24 juta 0.29 0.29 0.29 2.46 1.82 6.09 15.79 2.53 1.86 6.20 16.35 2.47 1.92 6.35 17.21 Bukan Warganegara Lain-lain India Cina Bumiputera Carta 2-1 Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2005-2010 (juta orang) Sumber: Jabatan Perangkaan Nota: a anggaran Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 46 Dalam tempoh kajian semula, semua sektor ekonomi mewujudkan tambahan guna tenaga dengan sektor perkhidmatan mencatat kadar pertumbuhan purata guna tenaga tertinggi, iaitu 3.0% setahun. Jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan meningkat daripada 5.56 juta pada tahun 2005 kepada 5.89 juta pada tahun 2007. Sebanyak 505,100 peluang pekerjaan diwujudkan. Daripada jumlah ini, 46.7% adalah pekerja berpengetahuan yang terdiri daripada pengurus, profesional dan juruteknik. Kadar pengangguran terus berkurangan daripada 3.5% pada tahun 2005 kepada 3.2% pada tahun 2007. Keadaan ini menunjukkan pasaran buruh mengalami kekurangan penawaran tenaga buruh yang semakin meruncing dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2006, seramai 785,000 warganegara Malaysia yang berkemahiran bekerja di pelbagai negara terutama di Singapura dan negara maju. Penggajian pekerja asing meningkat daripada 1.80 juta pada tahun 2005 kepada 2.04 juta pada tahun 2007. Pekerjaan bagi pekerja berpengetahuan… I KH M I . AEGHKLN E ADNP , 2008-2010 Pasaran Buruh dan Guna Tenaga Dalam tempoh akhir Rancangan, penduduk dianggarkan seramai 28.24 juta pada tahun 2010 ber tambah pada kadar yang perlahan, iaitu 1.2% setahun. Kadar pertambahan penduduk dijangka terus berkurangan berikutan kadar kesuburan yang semakin rendah daripada 2.23 pada tahun 2008 kepada 2.07 pada tahun 2010. Pengurangan kadar kesuburan ini, antara lain, disebabkan oleh perkahwinan lewat dan kecenderungan mempunyai saiz keluarga yang kecil. Tenaga buruh dijangka berkembang pada kadar yang perlahan, iaitu 1.76% setahun dan guna tenaga bertambah lebih tinggi sedikit, iaitu 1.79% setahun. Perkembangan ini akan menyebabkan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.1% pada tahun 2010. Peratusan tenaga buruh berpendidikan tertiari dijangka meningkat kepada 26.7% pada tahun 2010 802.3 Tenaga Buruh Perlombongan, Kuari & Pembinaan Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan Pembuatan Perkhidmatan Guna Tenaga Kadar Pengangguran (%) 11,290.5 11,775.1 12,406.8 10,892.8 11,398.0 12,022.7 3.5 Jumlah 2005 2007 2010a 3.2 3.1 1,401.3 3,133.2 5,556.0 800.2 1,386.3 3,317.1 5,894.4 811.7 1,375.8 3,520.7 6,314.5 Carta 2-2 Guna Tenaga mengikut Sektor, 2005-2010 (‘000 orang) Nota: a anggaran Pengurus, Profesional dan Juruteknik Pekerja Perkeranian & Perkhidmatan Pekerja Berkaitan Ketukangan & Loji Pekerja Per tanian & Perikanan Pekerjaan Asas 2005 2,818.6 2,684.9 2,928.9 1,375.7 1,084.7 1,095.3 1,402.0 3,003.4 2,842.7 3,054.7 3,348.3 2,957.6 3,162.0 1,430.7 1,124.1 2007 2010a Jumlah 10,892.8 11,398.0 12,022.7 Carta 2-3 Guna Tenaga mengikut Kumpulan Pekerjaan utama, 2005-2010 (‘000 orang) Nota: a anggaran Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 47 manakala yang berpendidikan menengah kepada 60.1%. Dalam tempoh akh i r Rancangan, sebanyak 625,000 peker jaan bar u akan diwujudkan termasuk pekerjaan dalam koridor pertumbuhan wilayah. Permintaan bagi pekerja berpengetahuan dijangka berkembang pada kadar purata 3.1% setahun dan menyumbang 47% daripada jumlah pekerjaan diwujudkan. Pertambahan permintaan bagi modal insan berkemahiran akan dipenuhi melalui pertambahan keupayaan dan peningkatan kualiti institusi pendidikan dan latihan di semua peringkat dengan penekanan kepada budaya kerja berprestasi tinggi dan sikap positif. Pelbagai langkah akan diambil untuk mengurangkan bilangan pekerja asing berkemahiran rendah kepada 1.80 juta pada tahun 2010. Pengurangan ini akan dicapai melalui gabungan langkah jangka pendek dan panjang termasuk memperkemas pengambilan pekerja asing dan sistem levi, menetapkan siling penggajian buruh asing mengikut sektor kecil, mengkaji semula sistem gaji, menyediakan kemudahan dan faedah yang lebih baik bagi mengekalkan pekerja tempatan dalam sektor terpilih dan mengurangkan industri berintensif buruh secara berperingkat. Di samping itu, penyertaan wanita dalam pasaran buruh akan dipertingkat daripada 46.1% pada tahun 2007 kepada 50.0% pada tahun 2010. Kerajaan akan mengkaji semula dasar, strategi, undang-undang perburuhan dan prosedur berkaitan penggajian tenaga pakar dan buruh asing berkemahiran tinggi dalam pekerjaan yang khusus. Program Brain Gain akan diperkukuh untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi menarik pakar daripada luar negara untuk memenuhi kekurangan dalam bidang kritikal dan meningkatkan pemindahan kemahiran serta pengetahuan. Bagi membantu pemerolehan pengetahuan dan teknologi, pengetahuan dan kepakaran warganegara Malaysia di luar negara akan dimanfaatkan dengan menjalin hubungan rapat antara mereka dengan ahli akademik serta sektor awam dan swasta. Program Pendidikan Pendidikan Rendah dan Menengah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010 menyediakan rangka kerja bagi meningkatkan lagi kualiti dan akses kepada pendidikan. Pelan induk ini memberi tumpuan kepada pembinaan negara bangsa, pembangunan modal insan, pengukuhan sekolah kebangsaan, pengurangan j u rang pendidik an, pemartabatan profesion perguruan dan pengukuhan institusi pendidikan. Bagi mengatasi masalah kesesakan bilik darjah sekolah di bandar, tambahan bilik darjah akan dibina dan sistem pendidikan akan diperkukuh. Enrolmen sekolah rendah dijangka meningkat daripada 3.07 juta pada 2007 kepada 3.20 juta pada tahun 2010 dan sekolah menengah daripada 2.24 juta kepada 2.38 juta. Sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk dan membina asas sains dan teknologi yang kukuh untuk mengeluarkan penyelidik dan pereka cipta pada masa hadapan. Bagi meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan, sekolah menengah yang mengkhusus dalam bidang sains dan teknologi akan ditubuh. Sekolah ini akan mendedah pelajar dengan pelbagai mata pelajaran baru dan melaksana program memperkaya pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Program ini akan dilaksana dengan kerjasama universiti penyelidikan dan sektor swasta. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 48 2005 2007 2010e 63.7 67.8 68.8 98.1 95.8 98.4 86.8 88.4 91.9 Prasekolah Rendah Menengah Carta 2-4 Enrolmen Pelajar di Institusi Pendidikan, 2005-2010 (%) Sumber: Kementerian Pelajaran Nota: a anggaran Jurang pencapaian akademik masih wujud antara sekolah di luar bandar dengan bandar terutama dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris. Masalah ini akan diatasi dengan penyediaan insentif dan pelaksanaan latihan khusus kepada guru untuk meningkatkan bilangan guru berkhidmat di sekolah luar bandar. Di samping itu, bagi meningkatkan prestasi pelajar, pelaksanaan program intervensi awal yang telah dibuat penambahbaikan, iaitu Program Pemulihan untuk Tahun 1 dan Program Penguasaan 3M untuk Tahun 4 dan Tahun 6 akan dipergiat. Penyediaan bekalan elektrik di sekolah luar bandar dan projek pengkomputeran akan dipertingkat bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif. Daya tarikan sekolah kebangsaan akan dipertingkat bagi menambah enrolmen pelajar daripada pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Bagi tujuan ini, kualiti dan kemudahan di sekolah kebangsaan akan diperkukuh. Semua sekolah kebangsaan Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar... akan dilengkapkan dengan kemudahan ICT yang mencukupi melalui penerusan Program Pembestarian Sekolah seperti SchoolNet, TV Pendidikan melalui Internet dan latihan ICT untuk guru. Di samping itu, pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil serta j-QAF akan diperluas dengan menambah bilangan guru berkelayakan. Sistem penilaian baru yang komprehensif yang memberi tumpuan kepada penilaian berterusan dan kreativiti bagi memupuk budaya inovasi akan dilaksana melalui projek perintis di 50 sekolah. Bagi menangani masalah keciciran dan memastikan pelajar kekal dalam sistem persekolahan, pengambilan pelajar dalam aliran vokasional dan kemahiran akan ditambah. Pendidikan vokasional dan latihan kemahiran sedia ada di sekolah menengah teknik akan dikaji semula bagi menjadikannya lebih menarik kepada pelajar sekolah menengah. Peluang pendidikan kepada kanakkanak istimewa akan ditambah melalui penyediaan kelas khas di sekolah harian bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Dalam tempoh akhir Rancangan, sejumlah 96 kelas khas di sekolah harian akan disediakan dan dinaik taraf. Kemudahan di semua sekolah di Sabah dan Sarawak akan dipertingkat melalui penyediaan asrama, kuarters guru, makmal komputer, akses kepada Internet, bekalan elektrik dan kemudahan asas lain yang mencukupi. Pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Baucar Tuisyen, Bantuan Makanan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin akan diperluas bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT juga akan dipertingkat. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 49 Pendidikan Prasekolah Kur ikulum Prasekolah Kebangsaan akan dikaji semula bagi meningkatkan kualiti prasekolah melalui penyediaan kurikulum prasekolah yang lebih berkualiti dan pengukuhan penyelarasan antara agensi yang terlibat. Di samping itu, semua guru dan pembantu guru akan diwajibkan menjalani program latihan yang standard. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, program prasekolah akan diselaras di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Selain daripada itu, program pembangunan awal kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diperluas selepas kajian impak ke atas 15 projek perintis PERMATA dilaksana. Pendidikan Tinggi Peningkatan Akses. Pelan Strategik Pengajian Tinggi, 2020 menyediakan hala tuju jangka panjang ke arah pembangunan pendidikan yang berkualiti dan peningkatan akses kepada pendidikan tinggi. Enrolmen pelajar di institusi pendidikan tinggi awam akan meningkat terutama dengan siapnya pembinaan tiga universiti baru, iaitu Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Per tahanan Nasional Malaysia ser ta pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan perluasan program francais UiTM. Enrolmen di institusi pendidikan tinggi dijangka meningkat daripada 829,831 pada tahun 2007 kepada 1,349,978 pada tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, 35% di peringkat diploma dan 33% di peringkat ijazah pertama. Dengan pengiktirafan empat universiti sebagai universiti penyelidikan, enrolmen di peringkat lepasan ijazah terutama Ph.D akan meningkat. Peningkatan Kualiti. Sistem penarafan akan dilaksana di institusi pendidikan tinggi awam sebagai instrumen untuk mengukur kualiti dan daya saing institusi berkenaan. Di samping itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan diperkukuh bagi memperkemas pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia dan jaminan kualiti. Institusi pendidikan tinggi awam akan memperkukuh unit jaminan kualiti untuk mengendalikan penilaian kendiri dan memupuk budaya berprestasi tinggi. Kelulusan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang baru hanya diberi kepada institusi yang akan menawarkan kursus yang dapat memenuhi keperluan pasaran. Di samping itu, aktiviti pengauditan akan dilaksana secara kerap untuk memastikan pendidikan yang berkualiti. Institusi pendidikan tinggi swasta akan digalak bergabung supaya mereka lebih berdaya maju dan berdaya saing. Sijil Diploma Ijazah Sarjana Muda Sarjana Ph.D 0 2005 2007 2010a Enrolmen 649,653 829,831 1,349,978 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000 300,000 350,000 400,000 450,000 500,000 Carta 2-5 Enrolmen di Institusi Pendidikan Tertiari1 mengikut Peringkat Pengajian, 2005-2010 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Nota: 1 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta a anggaran Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 50 Institusi pendidikan tinggi awam akan memberi tumpuan kepada membangunkan kandungan kursus yang berkualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan memenuhi keperluan industri. Semua institusi pendidikan tinggi awam diwajib membuat analisis pasaran secara komprehensif bagi mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi untuk menawarkan program baru dan mengkaji semula program sedia ada. Lebih ramai profesional daripada universiti terkemuka luar negara, industri dan badan profesional akan dilantik sebagai penilai program akademik yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta bagi membantu mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kerajaan juga akan memberi subsidi hanya kepada program akademik terpilih selaras dengan keperluan pasaran semasa. Di samping itu, pelajar cemerlang akan ditaja untuk melanjutkan pendidikan di universiti tempatan dan kajian pengesanan susulan akan dilaksana setahun selepas graduan menerima ijazah untuk menilai kebolehpasaran dan laluan kerjaya mereka serta menyediakan input untuk menilai kesesuaian program akademik yang dilaksana. Pelaksanaan Skim Latihan Akademik bagi Institusi Pendidikan Tinggi Awam akan dipergiat dan strategi baru akan digubal bagi mencapai sasaran 60% staf akademik berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2010. Sejumlah 3,700 staf akademik akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D di bawah program ini dan 70% daripadanya dalam bidang S&T. Staf akademik yang baru dilantik perlu melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam tempoh tiga tahun dari tarikh lantikan sebagai syarat pelantikan tetap. Di samping itu, staf akademik perlu mengikuti program penempatan industri dan internship di syarikat multinasional untuk tempoh maksimum satu semester bagi setiap tiga hingga lima tahun. Sebagai langkah sementara untuk menambah staf akademik yang berkelayakan, institusi pendidikan tinggi awam akan diberi kebenaran membuat pengambilan pakar secara kontrak daripada luar negara terutama dalam bidang pengajian yang kritikal. Perkhidmatan secara kontrak dan pelantikan staf secara terus akan dilaksana untuk menggalakkan mereka yang mempunyai kelayakan cemerlang berkhidmat di institusi pendidikan tinggi awam. S e b a g a i l a n g k a h me n i n g k a t k a n kebolehpasaran graduan, semua universiti awam akan melaksana program internship jangka pendek, penempatan industri dan pemantapan keterampilan dengan kerjasama syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat besar tempatan serta persatuan industri. Program ini akan diterap dalam kurikulum sedia ada dan dilaksana secara berstruktur. Kemahiran keusahawanan akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum bidang pendidikan teknikal utama khususnya yang mengeluarkan penyelidik, ahli sains, jurutera prototaip dan pereka bentuk. Program khusus berkaitan keusahawanan, inovasi, pengurusan risiko dan anjakan minda akan dilaksana. Peningkatan Keupayaan dalam Sains dan Teknologi. Bagi mencapai sasaran nisbah 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2010, lebih banyak biasiswa di peringkat lepasan ijazah akan ditawar untuk membolehkan lebih ramai pelajar meneruskan pengajian dalam bidang S&T. Sebagai langkah menangani masalah kekurangan personel R&D, kajian yang komprehensif akan dilaksana untuk mengenal pas t i bidang S&T dan bilangan RSE yang diperlukan. Sektor swasta akan digalak menyediakan lebih Meningkatkan kualiti staf akademik... Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 51 banyak biasiswa dan bantuan kewangan kepada penyelidikan yang strategik dan pengkomersilan. Program lepasan ijazah kedoktoran akan diperluas kepada penyelidikan yang melibatkan pelbagai bidang S&T. Di samping itu, pelajar di peringkat ijazah per tama dalam bidang S&T digalak melaksana penyelidikan bersama dengan staf fakulti bagi meningkatkan kemahiran penyelidikan. Sebagai langkah mempergiat aktiviti R&D dan pengkomersilan (R&D&C) di institusi pendidikan tinggi awam, keupayaan dan kerjasama institusi ini dengan industri akan diperkukuh. Institut Penyelidikan Malaysia akan ditubuh untuk menggalak dan meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan dengan universiti terkemuka antarabangsa. Pembangunan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau akan dipergiat melalui perkongsian pintar antara institusi pendidikan tinggi awam dengan swasta serta universiti luar negara yang terkemuka. Institusi pendidikan tinggi swasta digalakkan untuk memperbanyak program berkembar dan ijazah anugerah bersama terutama di peringkat lepasan ijazah. Kualiti program akademik yang ditawarkan di universiti awam dan swasta perlu setaraf dengan program akademik di universiti terkemuka luar negara. Usaha bersepadu akan diambil untuk menarik pelajar asing melalui program promosi yang khusus. Di samping itu, lebih ramai profesor terkemuka akan dilantik untuk berkhidmat di universiti tempatan serta universiti terkemuka luar negara akan dipelawa menubuhkan kampus cawangan di Malaysia. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan peranannya dalam menyediakan pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. PTPTN akan meningkatkan kemampanan dan keupayaan penyediaan pinjaman melalui pakatan strategik dengan institusi kewangan. Pengukuhan Universiti Penyelidikan. Universiti yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan akan diperkukuh dari segi sistem tadbir urus, mekanisme pembiayaan dan pengambilan staf akademik. Universiti ini akan diberi lebih autonomi dan kelonggaran dalam pengurusan untuk menjana sumber pendapatan. Di samping itu, universiti ini akan diberi kebenaran melantik staf akademik dan penyelidik serta mengambil pelajar daripada luar negara. Peratusan pelajar lepasan ijazah di universiti ini terutama dalam kursus berkaitan S&T dijangka meningkat kepada 50% daripada jumlah enrolmen. 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 0 2005 76,027 2007 83,202 2010a 112,745 Kejuruteraan Jumlah Ketukangan Bangunan ICT Hospitaliti Lain-lain 43.6% 56.4% 56.2% 43.8% 55.5% 44.5% Awam Swasta Awam Swasta Awam Swasta Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Nota: a anggaran Carta 2-6 Modal Insan Mahir, 2005-2010 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 52 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Dalam tempoh akhir Rancangan, seramai 305,930 pekerja mahir akan dilatih dan bilangan ini dijangka memenuhi 80% permintaan terhadap tenaga kerja mahir. Daripada jumlah ini, institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) awam akan menyumbang sebanyak 55.7% dan bakinya oleh TEVT swasta. Sistem penyampaian TEVT akan diperkukuh selaras dengan perubahan permintaan pasaran bagi pekerja mahir. Peningkatan Kualiti. Kualiti TEVT akan dipertingkat melalui penambahan bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan pencepatan pelantikan tenaga pengajar bagi institusi yang baru ditubuh. Skim perkhidmatan tenaga pengajar khusus akan diperkenal bagi menarik personel berkelayakan daripada industri menyertai perkhidmatan tenaga pengajar. Jawatan kenaikan pangkat tenaga pengajar yang fleksibel akan diwujudkan untuk memastikan tenaga pengajar terus kekal dalam bidang pengkhususan mereka. Agensi latihan akan juga diberi kebenaran untuk melantik staf secara kontrak. Kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran akan diseragamkan. Kualiti Standard Kemahi ran Peker jaan Kebangsaan (NOSS) akan dipertingkat melalui proses pengesahan oleh majikan daripada pelbagai industri dan memperkenal templat yang standard bagi menyediakan proses dan format yang jelas untuk membangunkan NOSS yang berkualiti. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan diperkukuh dengan membangunkan program ‘Pro3-Based Learning’ yang merangkumi Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran. Pembangunan pendekatan ini dijangka siap pada tahun 2009 dan akan dilaksana sebagai projek perintis di German-Malaysian Institute sebelum diperluas kepada semua institusi TEVT. Pelaksanaan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia, 2008-2020 akan menyediakan hala tuju dan strategi bagi pembangunan TEVT. Pelan induk ini akan disokong oleh pelan tindakan strategik sebagai garis panduan pelaksanaannya dan agensi TEVT perlu menggubal pelan latihan jangka panjang dan petunjuk prestasi utama. Institusi TEVT swasta yang kecil akan digalak bergabung bagi meningkatkan kualiti latihan yang disediakan dan keupayaan kewangan dan pemasaran serta kemampuan menarik pelajar. Sebagai langkah menggalakkan penggabungan dan pengendalian hard-courses, pinjaman mudah akan disediakan kepada institusi TEVT swasta yang memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan seperti kapasiti enrolmen, nisbah pelatih bagi setiap tenaga pengajar dan kualiti tenaga pengajar. Di samping itu, penguatkuasaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, 2006 akan dipergiat bagi memastikan pusat latihan bertauliah mematuhi peraturan dan prosedur pentauliahan. Peningkatan Akses. Usaha akan diambil untuk meningkatkan akses kepada TEVT dengan memaksimumkan penggunaan kapasiti institusi TEVT sedia ada. Pembiayaan pelajar bagi mengikuti kursus di institusi latihan swasta dan pelaksanaan program dua syif di institusi TEVT awam akan diperluas dan dipergiat. Peruntukan tambahan akan disediakan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan pinjaman kepada lebih ramai pelatih. Di samping itu, pengambilan pelatih oleh institusi TEVT termasuk politeknik dan kolej komuniti akan dibuat secara berpusat bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengambilan. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 53 Institusi TEVT juga akan melatih pelajar tercicir bagi meningkatkan penawaran pekerja mahir dan separa mahir serta mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing. Institusi TEVT sedia ada hanya mampu menampung 10% daripada 80,000 pelajar tercicir setahun di peringkat sekolah menengah. Penubuhan Pusat GiatMARA yang baru akan dipercepat dan kuota pengambilan pelajar tercicir di Pusat GiatMARA akan ditetapkan pada 80%. Pelaksanaan SLDN akan dipergiat dan kumpulan sasar sistem ini akan diperluas meliputi pelajar tercicir. Langkah ini akan membantu meningkatkan pengambilan pelajar tercicir seramai 4,000 dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia termasuk pekerja seramai 12,000 pada tahun 2010. Pembelajaran Sepanjang Hayat Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Pendidikan dan Latihan akan menggubal pelan yang komprehensif bagi program pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran jarak jauh, kursus separuh masa dan peningkatan kemahiran yang dilaksana oleh pelbagai kementerian dan institusi swasta. Enrolmen bagi program pembelajaran sepanjang hayat di institusi pendidikan tinggi awam akan dipertingkat kepada 10%. Syarat kemasukan yang lebih fleksibel seperti pengalaman kerja dan kelayakan yang diiktiraf oleh MQA akan dilaksana. Tabung Pembangunan Sumber Manusia di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad yang boleh digunakan oleh majikan untuk membiayai pembelajaran sepanjang hayat, iaitu peningkatan kemahiran di kalangan pekerja akan diperluas bagi merangkumi firma yang terlibat dalam francais, penyiaran, penyumberan luar serta pembaikpulih dan penyelenggaraan kenderaan bermotor. Program pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti akan terus diperkukuh dengan pelaksanaan e-pembelajaran. Dalam tempoh akhir Rancangan, sejumlah 584,500 tempat latihan bagi kursus jangka pendek akan ditawarkan oleh kolej komuniti. Sebagai langkah meningkatkan penyertaan industri, galakan pengecualian cukai ke atas perbelanjaan latihan akan diberi kepada syarikat yang mengendalikan latihan kepada pelajar kolej komuniti di peringkat diploma di premis mereka. Pembangunan Moral dan Nilai Etika yang Kukuh Program bagi meningkatkan nilai dan etika seperti pengukuhan tadbir urus korporat, peningkatan tanggungjawab sos ial korporat dan pembentukan warganegara yang bertanggungjawab di kalangan masyarakat akan terus diberi penekanan selaras dengan prinsip Islam Hadhari. Penglibatan institusi kekeluargaan dan keagamaan, institusi pendidikan dan latihan, majikan dan pekerja serta komuniti akan digalak menganjurkan program bagi menyemai nilai moral dan etika yang kukuh. Media juga digalak memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam menyebar dan menyemai nilai moral dan etika di kalangan masyarakat dengan menyiarkan lebih banyak bahan dan program mengenai adab kesopanan, nilai dan gaya hidup yang positif. Di samping itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mengenal pasti punca permasalahan sosial dan kaedah penyelesaian yang sesuai ke arah membina masyarakat yang bermoral dan beretika. Nilai dan etika akan diterap dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum di peringkat pendidikan rendah dan menengah. Program j-QAF akan diperluas kepada pelajar Islam sementara pendidikan moral kepada pelajar bukan Islam di semua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 54 sekolah rendah. Pengajaran mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas kepada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah dan diperkenalkan di sekolah menengah. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai perbezaan budaya dan tamadun ser ta menanam sikap bertolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum, Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik akan dikekalkan sebagai subjek wajib kepada semua pelajar di institusi pendidikan tinggi. Pelaksanaan program bercorak mesra keluarga yang dapat membina sikap dan memupuk nilai kekeluargaan akan diperluas. Di peringkat komuniti, Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara akan terus diperkukuh. Usaha akan dipergiat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam Program Rukun Tetangga yang dapat memupuk kehidupan harmoni. Di samping itu, pelaksanaan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni akan terus dipergiat. Sektor awam akan melaksana lebih banyak program termasuk program latihan bagi menyemai nilai dan etika kerja yang positif di kalangan kakitangannya. Sektor swasta pula digalak memperluas tanggungjawab sosial korporat yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar dan masyarakat secara keseluruhannya. Syarikat juga digalak menerap nilai positif dan etika di semua peringkat pengurusan dan urusan perniagaan. Usaha akan dipergiat bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan tentang Islam Hadhari di kalangan masyarakat. Dua indeks, iaitu Indeks Pembangunan Ummah Malaysia dan Indeks Keadilan dan Kebolehpercayaan Kerajaan akan dibangunkan bagi mengukur kemajuan masyarakat Islam dan kebolehpercayaan terhadap Kerajaan. Pengukuhan Integriti. Institut Integriti Malaysia dan agensi yang berkaitan akan mempergiat pelaksanaan Pelan Integriti Nasional. Badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat juga digalak melibatkan diri dalam program pengukuhan integriti. Tadbir urus korporat dan etika perniagaan dalam sektor swasta akan diperkukuh dengan mempertingkat pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Rukuniaga Malaysia. Pembasmian Rasuah. Usaha menangani gejala rasuah akan dipertingkat dengan melaksana langkah pencegahan secara ber terusan, inisiatif pendidikan dan penguatkuasaan yang tegas. Di samping itu, sistem penyampaian perkhidmatan awam akan diperkemas untuk menghapuskan peluang melakukan rasuah. Kerajaan akan menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan bebas bagi membolehkannya memainkan peranan dengan lebih efektif. Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara 55 IV . pencapaian, 2010 Kotak 2-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Meningkatkan Kualiti dan Akses kepada Pendidikan . . Menyedia akses yang lebih besar di peringkat tertiari2 – bagi mencapai sasaran 40% kadar penyertaan bagi kumpulan umur 17-23 tahun pada tahun 2010 . . Menggiatkan Pelaksanaan SLDN. Sasaran 2010: 3,200 syarikat dan 16,000 pelatih . . Mengurangkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar: menambah baik infrastruktur sekolah di luar bandar . . Memperluas program pendidikan prasekolah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanakkanak dalam kumpulan umur lima hingga enam tahun .. Pencapaian pendidikan tenaga buruh yang tinggi untuk produktiviti dan kualiti yang lebih baik .. Peningkatan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi memenuhi keperluan industri .. Penglibatan sektor swasta yang lebih besar dalam latihan .. Peningkatan tahap kemahiran tenaga kerja dalam rantaian nilai pekerjaan yang berkualiti .. Peluang yang saksama kepada pendidikan berkualiti .. Kanak-kanak boleh membaca dan mengira sebelum memasuki pendidikan formal Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sebagai Sekolah Pilihan Utama . . Meningkatkan kadar enrolmen pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan . . Mencapai sasaran 25% guru di sekolah rendah dan 100% guru di sekolah menengah mempunyai kelayakan ijazah menjelang tahun 2010 . . Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestari’ melalui Program Pembestarian Sekolah .. Pengukuhan perpaduan nasional .. Guru berkualiti yang akan menjadikan sekolah kebangsaan lebih menarik .. Penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan Mewujudkan Institusi Pendidikan Tertiari Bertaraf Antarabangsa . . Mencapai 60% daripada jumlah staf akademik di universiti awam berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2010 . . Meningkatkan enrolmen di peringkat lepasan ijazah kepada 25% daripada jumlah enrolmen di peringkat ijazah menjelang tahun 2010 .. Malaysia sebagai hab pendidikan serantau .. Sekurang-kurangnya sebuah universiti tempatan tersenarai di kalangan seratus universiti terkemuka .. Program akademik bertaraf dunia dalam bidang pengajian kewangan Islam, bioteknologi, penyakit tropika dan biodiversiti .. Penambahan bilangan penyelidik dan peningkatan keupayaan R&D&C 2 Merujuk kepada universiti, kolej universiti, kampus cawangan, kolej, politeknik dan kolej komuniti awam dan swasta. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 56 Komitmen Pencapaian Memupuk Penyelidikan dan Pembangunan Berkualiti serta Mempertingkat Keupayaan Saintifik dan Inovatif . . Mencapai sasaran 50 ahli sains dan jurutera penyelidik (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga buruh menjelang tahun 2010 .. Peningkatan keupayaan R&D saintifik dan inovasi untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat . . Menyemai nilai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik dalam masyarakat . . Mengukuhkan integriti dan membasmi gejala rasuah .. Masyarakat yang bersatu dengan semangat patriotik .. Budaya kerja yang berprestasi tinggi .. Masyarakat yang berintegriti tinggi V. penutup Dalam tempoh akhir Rancangan, sistem penyampaian pendidikan dan TEVT akan terus memberi keutamaan kepada menghasilkan modal insan berkualiti yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi. Pelaksanaan pelbagai program oleh sektor awam dan swasta dijangka dapat memenuhi keperluan pasaran bagi pekerja berpengetahuan yang dapat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai. Pemupukan nilai positif dan etika yang kukuh serta integriti akan terus diberi penekanan dalam membangunkan modal insan yang holistik dan meningkatkan tadbir urus sektor awam dan swasta. Semua usaha ini akan membantu Malaysia menghadapi cabaran yang muncul daripada globalisasi dan peningkatan persaingan dalam pasaran dunia. Dengan adanya modal insan berkualiti dan sistem tadbir urus yang baik akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 57 3 teras menangani ketidakSAMAN sosioekonomi yang berterusan SE CARA MEMBINA DAN PRODUKTI F Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Menangani Ketidakseimbangan Sosioekonomi yang Berterusan 59 menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan PENDAHULUAN I. Komitmen ke arah falsafah pembangunan yang menitikberatkan per tumbuhan ekonomi dengan pengagihan diberi penekanan semula dalam Misi Nasional. Ket idaksamaan sosioekonomi yang berterusan dari segi pendapatan, guna tenaga dan hak milik akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan, menggugat perpaduan negara dan kestabilan sosial. Dalam tempoh 2006–2007, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan turut diikuti dengan pengagihan yang lebih baik dan lebih banyak peluang ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat peningkatan pendapatan purata semua rakyat Malaysia, pengurangan kadar kemiskinan dan penambahbaikan penyusunan semula pola guna tenaga dan hak milik ekuiti korporat. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah mewujudkan penyertaan yang lebih besar usahawan dan enterpris Bumiputera dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Dalam tempoh akhir Rancangan, langkah yang diambil akan terus dipertingkatkan bagi memastikan pengagihan peluang ekonomi dan sosial yang lebih saksama dalam mengukuhkan penyertaan pelbagai kumpulan etnik dalam aktiviti ekonomi moden. Usaha pembasmian kemiskinan ak an di terusk an untuk mencapai sasaran Rancangan bagi membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% pada akhir tempoh Rancangan. Bagi menambahbaik lagi pengagihan pendapatan, langkah berterusan akan diambil untuk mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar dan antara wilayah. Usaha khusus akan dilaksana untuk meningkatkan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan. Dalam konteks keseimbangan wilayah, Kerajaan akan menerajui pembangunan koridor di lima wilayah berdasarkan kesediaan sumber asli dan potensi ekonomi. Penyusunan semula guna tenaga dan hak milik ekuiti akan diterus bagi memastikan penyertaan yang adil dan seimbang di kalangan semua kumpulan etnik dalam ekonomi. Dari segi pembangunan MPPB, usaha akan diambil untuk membangun usahawan dan enterpr is keci l dan sederhana Bumiputera yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Usaha ini akan dilaksanakan melalui inisiatif pembangunan MPPB yang lebih giat oleh sektor awam dan swasta. Dengan mengambil kira pencapaian objektif pengagihan sehingga kini serta kekangannya, Kerajaan akan menjalankan kajian untuk menilai semula instrumen sedia ada bagi penyusunan semula masyarakat selaras dengan cabaran dan peluang ekonomi semasa. I A E AU I . PN C PAIN AMT , 2006-2007 Prestasi pelaksanaan pelbagai strategi dan program bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi adalah seperti dalam Kotak 3-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 60 Kotak 3-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Pembasmian Kemiskinan Memb a smi k .. emi s k i n a n t e g a r d a n mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% pada akhir tahun 2010 .. Meningkatkan akses kepada kemudahan kredit .. Menyediakan bantuan kewangan dan latihan kepada belia India 2004 (%) 2007 (%) Kadar Kemiskinan Tegar Semenanjung Malaysia 0.7 0.3 Sabah 6.5 3.7 Sarawak 1.1 0.7 Malaysia 1.2 0.7 Bandar 0.4 0.3 Luar Bandar 2.9 1.4 Kadar Kemiskinan Keseluruhan Semenanjung Malaysia 3.6 2.3 Sabah 23.0 16.0 Sarawak 7.5 4.2 M alaysia 5.7 3.6 Bandar 2.5 2.0 Luar Bandar 11.9 7.1 Nota: Pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata bagi tahun 2007: RM720 di Semenanjung Malaysia, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. Bagi kemiskinan tegar, PGK adalah RM430, RM540 dan RM520. PGK yang berlainan diguna untuk kawasan bandar dan luar bandar .. Kemudahan kredit mikro diperluaskan kepada 162,701 ahli oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan 2,160 ahli oleh Yayasan Usaha Maju (YUM) Sabah .. Bantuan kewangan diperluaskan melalui Skim Pembangunan Usahawan Muda India (YEIDS) di bawah TEKUN Nasional berjumlah RM3 juta .. Seramai 6,260 belia India telah dilatih Pengagihan Pendapatan .. Mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan etnik serta antara kawasan luar bandar dengan bandar Malaysia/Kumpulan Etnik dan Strata Pendapatan Purata (Pada Harga Semasa, RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) 2004 2007 Bumiputera 2,711 3,156 5.2 Cina 4,437 4,853 3.0 India 3,456 3,799 3.2 Lain-lain 2,312 3,651 15.5 M alaysia 3,249 3,686 4.3 Bandar 3,956 4,356 3.3 Luar Bandar 1,875 2,283 6.8 Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 61 Komitmen Output Nisbah Ketidaksamaan Bumiputera:Cina 1:1.64 1:1.54 Bumiputera:India 1:1.27 1:1.20 Luar Bandar:Bandar 1:2.11 1:1.91 Pekali Gini Bumiputera 0.452 0.430 Cina 0.446 0.432 India 0.425 0.414 Lain-lain 0.462 0.545 Malaysia 0.462 0.441 Bandar 0.444 0.427 Luar Bandar 0.397 0.388 Sabah/ Kumpulan Etnik Pendapatan Purata (RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) Sarawak/ Kumpulan Etnik Pendapatan Purata (RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) 2004 2007 2004 2007 Melayu 2,779 3,089 3.6 Melayu 2,717 3,503 8.8 Kadazandusun 2,037 2,401 5.6 Iban 1,725 2,243 9.2 Bajau 1,824 2,250 7.2 Bidayuh 1,769 2,723 15.5 Murut 1,638 2,063 8.0 Melanau 2,341 2,858 6.9 Bumiputera lain 1,707 2,259 9.8 Bumiputera lain 2,146 2,564 6.1 Cina 4,248 4,745 3.8 Cina 4,254 4,768 3.9 Lain-lain 3,665 3,133 -5.1 Lain-lain 2,819 4,996 21.0 Penyusunan Semula Hak Milik .. Mencapai hak milik ekuiti Bumiputera antara 20% hingga 25% pada akhir tahun 2010 Kumpulan Hak Milik 2004 2006 RM juta (%) RM juta (%) Bumiputera 100,037.2 18.9 120,387.6 19.4 Individu 79,449.9 15.0 93,982.2 15.1 Institusi 11,890.7 2.2 16,039.6 2.6 Agensi Amanah 8,696.6 1.7 10,365.8 1.7 Bukan Bumiputera 214,972.8 40.6 273,214.4 43.9 Cina 206,682.9 39.0 263,637.8 42.4 India 6,392.6 1.2 6,967.8 1.1 Lain-lain 1,897.3 0.4 2,608.8 0.4 Nomini 42,479.1 8.0 41,185.7 6.6 Warga Asing 172,279.6 32.5 187,045.8 30.1 J umlah 529,768.7 100.0 621,833.5 100.0 Nota: Anggaran hak milik meliputi lebih kurang 680,000 syarikat yang aktif daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dalam menganggarkan pemilikan ekuiti, nilai par digunakan kerana ia merangkumi kesemua syarikat tersenarai dan tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM berbanding nilai pasaran yang hanya diperoleh untuk syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Anggaran tidak mengambil kira saham Kerajaan dalam syarikat, termasuk syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 62 Komitmen Output .. Meningkatkan penyertaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam skim unit amanah .. Menyediakan peluang untuk menyertai skim unit amanah terpilih kepada komuniti India .. Memperluas pemilikan dalam aset bukan kewangan Negeri 2004 2007 Bil. Pelabur (’000) RM juta Bil. Pelabur (’000) RM juta Sabah 808 3,551.5 861 5,179.0 Sarawak 694 3,862.3 753 5,431.6 .. Pelaburan komuniti India dalam Pemodalan Nasional Berhad (PNB) meningkat sebanyak 128% daripada RM262.4 juta pada tahun 2004 kepada RM598.9 juta pada tahun 2007 Jenis Bangunan 2007 (%) Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah Bangunan 15.7 75.7 4.3 4.3 100.0 Satu Tingkat 24.9 69.0 3.8 2.3 100.0 Dua Tingkat 13.8 78.5 4.2 3.5 100.0 Tiga Tingkat 14.3 75.8 3.6 6.3 100.0 Melebihi Tiga Tingkat 8.6 79.2 5.7 6.5 100.0 Kompleks Perniagaan 29.2 61.9 2.9 6.0 100.0 Premis Perindustrian 3.5 87.2 1.5 7.8 100.0 Hotel 20.8 54.0 2.7 22.5 100.0 J umlah 15.0 76.1 3.8 5.1 100.0 Penyusunan Semula Guna Tenaga .. Menyusun semula pola guna tenaga bagi menggambarkan komposisi etnik dalam kependudukan Profesion 2005 (%) 2007 (%) Bumiputera Cina India Bumiputera Cina India Akauntan 21.5 73.0 4.9 23.5 71.4 4.9 Arkitek 45.3 53.1 1.4 46.2 52.1 1.5 Doktor 38.1 31.2 27.4 43.8 28.2 20.2 Doktor Gigi 44.4 35.3 18.4 46.5 34.5 16.9 Jurutera 46.0 47.6 5.4 46.2 46.0 5.3 Peguam 38.0 37.1 24.1 39.0 36.5 23.5 Juruukur 48.2 47.0 3.2 50.5 44.7 3.2 Doktor Veterinar 39.0 32.2 24.8 43.3 34.1 22.5 Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 63 Komitmen Output Keseimbangan Wilayah .. Menubuhkan koridor pertumbuhan di kawasan merentasi sempadan melibatkan dua negeri atau lebih .. Merapatkan jurang digital .. Lima koridor pertumbuhan ditubuhkan iaitu Iskandar Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak (SCORE) .. 108 Medan Info Desa dibina di kawasan luar bandar dan sejumlah 19,330 penduduk luar bandar mendapat latihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) .. 387 telecentre ditubuhkan .. 42 Pusat Internet Desa dinaik taraf Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Inisiatif Diterajui Sektor Awam .. Mewujudkan usahawan melalui pelbagai program .. Menaik taraf dan mengukuhkan enterpris sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi .. Menyediakan premis perniagaan baru .. Mewujudkan perniagaan mikro .. Menyediakan latihan keusahawanan dan kemahiran kepada usahawan sedia ada dan berpotensi Inisiatif Diterajui Sektor Swasta .. Meningkatkan penyertaan Bumiputera menerusi Inisiatif Pembangunan Kluster .. 67,533 usahawan baru diwujudkan • 173 vendor diwujudkan dan 8 syarikat peneraju mengambil bahagian di bawah Program Pembangunan Vendor • 153 francaisi diwujudkan dan 6 francaisor mengambil bahagian di bawah Program Pembangunan Francais • 423 koperasi diwujudkan dalam aktiviti berkaitan perniagaan • 304 teknousahawan diwujudkan • 358 usahawan dibangunkan di bawah program Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development Strategic and Target Industry (MESTI) • 886 usahawan dibangunkan di bawah Program Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) • 63 usahawan terlibat dalam industri kraf .. 10,618 enterpris bersaiz mikro, kecil dan sederhana dinaik taraf termasuk di bawah Program Groom Big .. 1,524 premis perniagaan baru disediakan .. 24,449 perniagaan mikro diwujudkan di bawah TEKUN Nasional .. 120,720 peserta dilatih .. 11 kluster telah diwujudkan (Bangunan & Pembinaan, ICT & Telekomunikasi, Pertahanan & Aero-angkasa, Pelancongan, Logistik & Pengangkutan, Perbankan & Kewangan, Industri Automotif, Pendidikan & Sumber Manusia, Perniagaan Tani, Bioteknologi & Bio- Industri dan Minyak, Gas & Petrokimia) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 64 Komitmen Output .. Pencapaian utama termasuk: y y Pelaksanaan inisiatif sistem peneraju dan tiering untuk kontraktor Bumiputera dalam pelbagai projek Kerajaan y y Penubuhan Malaysian Virtual Trading Corporation (MAVTRAC) sebagai pusat pembekalan bahan utama bangunan dan pembinaan y y Penubuhan National Content Development Corporation (NCDC) untuk memacu pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri kandungan digital y y Pelantikan tiga pelopor edupreneur di bawah Collegiate Franchise Model di peringkat tertiari y y Pelaksanaan Perkhidmatan Pengurusan Portal Kerajaan (MPS) untuk menyediakan peluang menjadi teknousahawan kepada enterpris dan graduan Bumiputera yang menganggur MELANGKAH KE HADA PAN , II . 2008-2010 Kerajaan akan terus memberi penekanan yang lebih dalam usaha menangani ket idaksamaan sos ioekonomi dan melaksana langkah-langkah berkesan MISI NASIONAL Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan Secara Membina dan Produktif TERAS BIDANG UTAMA INSTITUSI SOKONGAN Kerajaan (Pusat dan Negeri), GLC, Sektor Swasta dan NGO Pembasmian Kemiskinan Keseimbangan Wilayah MPPB Pengagihan Pendapatan Penyusunan Semula Hak Milik Penyusunan Semula Guna Tenaga Membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 Mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang tahun 2010 Meningkatkan ekuiti Bumiputera kepada 20%-25% menjelang tahun 2010 Meningkatkan ekuiti etnik India kepada 1.5% menjelang 2010 Menghapuskan identiti etnik dengan fungsi ekonomi Membangunkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB) Mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah, negeri serta antara kawasan luar bandar dengan bandar Mewujud dan membentuk lebih ramai usahawan dan enterpris kecil dan sederhana Bumiputera Merapatkan jurang pendapatan di antara kumpulan etnik dan strata Mewujudkan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar Rajah 3-1 Strategi Utama Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi bagi mencapai objektif pengagihan di bawah Rancangan menerusi strategi utama dalam Rajah 3-1. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 65 Pembasmian Kemiskinan Program pembasmian kemi sk inan akan dirangka berasaskan pendekatan bersepadu bagi membolehkan sasaran secara mikro dibuat untuk meningkatkan liputan kumpulan sasar dan memastikan program terus kekal dan berkesan. Program akan dibentuk untuk memenuhi keperluan khusus isi rumah termasuk menyediakan bantuan pendapatan dan kemudahan asas dengan penekanan kepada pendidikan, latihan kemahiran dan aktiviti menjana pendapatan. Bagi melengkapi usaha Kerajaan membasmi kemiskinan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) akan memainkan peranan yang lebih aktif melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Aktiviti penjanaan pendapatan dan penyediaan kemudahan asas terutamanya perumahan akan terus diberi penekanan sebagai unsur kritikal dalam program pembasmian kemiskinan. Skop program perumahan turut merangkumi pembinaan rumah panjang di Sabah dan Sarawak untuk mengambil kira amalan sosiobudaya masyarakat tempatan. Di samping itu, projek agropolitan iaitu pembangunan tanah bersepadu berskala kecil akan dilaksana di Johor, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan taraf hidup golongan miskin tegar di kawasan luar bandar. Tiga komponen utama projek agropolitan ialah penyediaan infrastruktur asas, projek penjanaan pendapatan dan pembangunan modal insan. Bagi pembasmian kemiskinan di Sabah, Sabah akan menerima peruntukan khas bagi melaksanakan projek berteraskan rakyat seperti jalan luar bandar, bekalan air dan elektrik serta ameniti sosial lain. Di samping itu, Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu melaksana pelbagai projek termasuk Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS), aktiviti penjanaan pendapatan dan latihan serta kemudahan kredit mikro. Program pembasmian kemiskinan untuk kumpulan minoriti akan dirangka dengan mengambil kira perbezaan keperluan dan tahap pembangunan mereka. Seluas 5,000 hektar tanah akan dibangunkan untuk memberi faedah kepada lebih daripada 10,000 keluarga Orang Asli. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan enrolmen sekolah dan pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli akan diberi tumpuan. Taraf hidup kumpulan minoriti seperti masyarakat Rungus, Suluk, Orang Sungei dan Tidong di Sabah serta Penan, Kenyah, Kajang dan Kedayan di Sarawak akan ditingkatkan melalui penyediaan akses pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik. Bagi penduduk miskin bandar, fokus akan diberikan kepada usaha mewujudkan program penjanaan pendapatan , penyediaan kemudahan keperluan asas seperti perumahan dan kemudahan sosial. Liputan program pembasmian kemiskinan bandar akan diperluas bagi merangkumi program latihan teknikal dan bukan teknikal, pembangunan keusahawanan dan program bantuan keluarga. Di samping itu, seramai 20,000 penduduk miskin dan miskin tegar di bandar dijangka mendapat faedah daripada skim saham khas Amanah Saham Wawasan (ASW) bernilai RM100 juta. Bagi terus membantu penduduk miskin bandar mendapat pekerjaan, program pemadanan kerja akan dilaksana. K e r a j a a n j u g a a k a n me n a n g a n i kemiskinan relatif melalui peningkatan akses kepada peluang ekonomi dan pendidikan, peningkatan pemilikan rumah dan penyediaan infrastruktur asas terutamanya di kawasan bandar. Langkah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 66 akan diperkenal untuk menampung kesan kenaikan harga kepada kumpulan berpendapatan rendah dan menengah. Dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan, tumpuan akan diberi kepada usaha meningkatkan keberkesanan mek ani sme penyampa i an mel a lui Kumpulan Fokus mengenai Kemiskinan di per ingkat nasional , neger i dan daerah. Semua Kumpulan Fokus akan bertanggungjawab menyelia perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program dan projek pembasmian kemiskinan serta penyaluran peruntukan. Bagi tujuan ini, sistem pangkalan data eKasih akan dijadikan sebagai pusat rujukan utama yang menyediakan profil komprehensif golongan miskin dan miskin tegar. Pengagihan Pendapatan Usaha bersepadu akan terus diambil untuk mengurangkan lagi jurang pendapatan dan ekonomi antara strata dan kumpulan etnik. Nisbah ketidaksamaan luar bandar dengan bandar disasarkan bertambah baik kepada 1:1.7 pada akhir tahun 2010. Tumpuan yang lebih akan diberi untuk meningkatkan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah bagi mewujudkan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar dan makmur. Kumpulan ini yang didefinisikan sebagai mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dijangka akan meningkat dari segi saiz dan mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih pesat. Bagi mengurangkan ketidaksamaan pendapatan antara etnik, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan modal insan melalui peningkatan kemahiran serta penyemaian sikap dan budaya kerja yang positif. Ini akan mengukuhkan keupayaan mereka untuk meningkatkan pendapatan dan menjana kekayaan melalui perniagaan, pelaburan dan aktiviti keusahawanan. Pembangunan MPPB dan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB) akan dipertingkat melalui integrasi dan hubungan perniagaan serta menerusi penggunaan lebih meluas pengetahuan dan inovasi bagi menjana perniagaan bernilai tambah. Pada masa yang sama, program berkaitan penyusunan semula guna tenaga dan hak milik khususnya untuk Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak, komuniti India dan kumpulan minoriti akan dipercepat untuk memastikan semua kumpulan etnik mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah pembangunan koridor akan menyumbang secara langsung kepada pengurangan jurang pendapatan antara strata dan wilayah. Inisiatif ini akan menjana peluang pekerjaan dan pemilikan kekayaan di kalangan penduduk tempatan terutamanya di kawasan yang kurang membangun. Di samping itu, jurang digital akan dikurangkan menerusi penyediaan akses Internet kepada komuniti kurang mendapat kemudahan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat mengenai peluang menjana pendapatan. Penyusunan Semula Hak Milik Bagi mencapai objektif penyusunan semula hak milik dalam sektor korporat serta aset bukan kewangan, usaha akan diambil untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Langkah akan diperkenal bagi memastikan kekayaan yang dijana kekal berterusan dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, satu program pakej khas akan diwujud bagi memudahkan penyer taan lebih ramai Bumiputera dalam ekonomi terutama dalam sektor pertumbuhan baru dan sektor bernilai Mengurangkan jurang pendapatan... Meningkatkan keupayaan mekanisme penyampaian... Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 67 tambah yang tinggi. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kekayaan korporat komuniti India dan menggalakkan lebih ramai mereka menceburi perniagaan. Pemilikan ekuiti di kalangan komuniti India disasarkan mencapai 1.5% menjelang akhir tahun 2010. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, beberapa langkah akan dilaksana dalam tempoh akhir Rancangan. Pertama, penekanan yang lebih akan diberi bagi memastikan Bumiputera mempunyai kawalan kepentingan dalam syarikat swasta. Bumiputera akan digalak untuk melabur dalam sektor pertumbuhan baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, fotonik, nanoteknologi, pembuatan termaju dan kejuruteraan kepersisan. Kedua, peranan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji akan diperkukuh bagi menggabungkan dana individu Bumiputera. Pengumpulan dana Bumiputera melalui institusi ini akan membolehkan institusi Bumiputera mempunyai sumber kewangan yang l ebi h t e g u h da n mampa n ba g i melaksanakan projek yang lebih besar serta mempelbagaikan pelaburannya. Ketiga, graduan Bumiputera yang berbakat dan mempunyai idea kreatif dan inovatif akan diberi modal bagi mengkomersilkan idea mereka. Bagi tujuan ini, satu dana khas akan diwujud untuk membantu usahawan berpotensi di kalangan graduan Bumiputera memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka. Keempat, satu pangkalan data yang komprehensif bagi memantau kemajuan Bumiputera dalam sektor korporat akan dibangunkan. Pemilikan kekayaan Bumiputera dalam aset bukan kewangan seperti pemilikan bangunan komersil dan kediaman akan dijadikan sebagai pengukur tambahan bagi menilai pencapaian Bumiputera. Instrumen penyusunan semula sedia ada bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi akan dikaji semula. Ini termasuk Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing, prosedur perolehan awam dan Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975. Pembangunan aset komersil seperti hotel dan premis perniagaan di atas tanah wakaf akan diperluas bagi meningkatkan pemi l i k an a set buk an k ewanga n Bumiputera. Satu pelan strategik akan dirangka bagi memastikan pendapatan yang dijana daripada pembangunan tanah wakaf boleh menjadikan pihak berkuasa agama negeri lebih berdikari untuk membangunkan tanah wakaf baru. Di samping itu, pemilikan hartanah kediaman dan komersil Bumiputera akan dipertingkat lagi melalui agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di Sabah dan Sarawak, program seperti skim unit amanah dan pembangunan keusahawanan serta latihan kemahiran akan terus dipertingkatkan. Bagi meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera di Sarawak, tanah pribumi dan tanah adat akan terus dimajukan. Penglibatan komuniti India dalam sektor ekonomi moden akan digalak melalui program latihan dan pembangunan keusahawanan terutamanya di kalangan belia. Seramai 3,000 belia India dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai program latihan kemahiran dan perniagaan. Di samping itu, bantuan khas akan diberikan kepada komuniti India bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka melalui skim unit amanah. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 68 Penyusunan Semula Guna Tenaga Ketidakseimbangan guna tenaga di kalangan kumpulan etnik akan dikurangkan dalam pelbagai sektor dan pekerjaan dengan meningk atk an penyer taan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam sektor yang masih kurang penyertaan mereka. Pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan teknousahawan akan terus menjadi inisiatif penting ke arah mencapai matlamat penyusunan semula guna tenaga. Bagi menambah bilangan profesional dan separa profesional Bumiputera, enrolmen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dipertingkat menerusi program francais dengan institusi pendidikan tinggi swasta Bumiputera. Di samping itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan terus menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah dalam bidang sains dan teknologi termasuk kejuruteraan perubatan dan komputer untuk melengkapi usaha UiTM. Kualiti ahli dan kemudahan fakulti akan dipertingkat bagi memastikan universiti mengeluarkan graduan yang berkualiti. Pembangunan MSTB yang berdaya maju dan inovatif adalah penting ke arah mencapai penyusunan semula guna tenaga yang lebih seimbang dan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Bagi mempercepatkan pewujudan MSTB, rangka kerja pembangunan yang komprehensif untuk menggariskan pelan tindakan strategik akan disediakan. Langkah akan diambil bagi memastikan sektor swasta mengambil lebih ramai Bumiputera, komuniti India dan kumpulan minoriti di peringkat profesional dan pengurusan. Bagi tujuan pemantauan, semua syarikat awam yang tersenarai akan dikehendaki melaporkan maklumat mengenai komposisi sumber manusia mengikut kumpulan etnik bagi semua peringkat pekerjaan. Di samping itu, lebih ramai bukan Bumiputera akan digalak untuk bekerja dalam sektor awam. Keseimbangan Wilayah Fokus pembangunan wilayah akan terus memberi penekanan kepada peningkatan taraf hidup serta pencapaian pembangunan sosial dan ekonomi yang seimbang di semua wilayah dan negeri. Pusat pertumbuhan dan koridor pertumbuhan merentasi sempadan negeri akan dibangunkan, asas ekonomi negeri kurang membangun akan dimoden dan dipelbagaikan serta jurang digital antara bandar dengan luar bandar akan dikurangkan. Pembangunan Koridor Pembangunan koridor akan mengurangkan ketidakseimbangan wilayah dan menjana peluang pertumbuhan, pelaburan dan guna tenaga yang saksama di seluruh negeri di Malaysia. Pendekatan baru ini bertujuan mewujudkan sumber pertumbuhan baru dan memastikan pembangunan ekonomi yang komprehensif dan meluas secara lebih tersusun dan bersepadu. Penjanaan pendapatan tambahan di wilayah akan lebih mempercepatkan lagi pembasmian k emi s k inan, penyusunan s emul a masyarakat dan penjanaan kekayaan keseluruhannya. Pihak berkuasa koridor akan meneraju usaha untuk memudah dan mempercepatkan pelaksanaan program dan projek yang telah dikenal pasti dalam setiap Pelan Induk koridor pertumbuhan. Membangunkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera... Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 69 Kotak 3-2 Koridor Pertumbuhan Wilayah Iskandar Malaysia Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pantai Timur Koridor Pembangunan Sabah Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak Tempoh Pembangunan 2006 - 2025 2007 – 2025 2007 - 2020 2008 - 2025 2008 - 2030 Visi Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Berdaya Tahan Wilayah Ekonomi Bertaraf Dunia Menjelang 2025 Sebuah Wilayah Maju – Berasaskan Ciri-Ciri Tersendiri, Dinamik dan Kompetitif Menggalakkan Perpaduan dalam Kepelbagaian untuk Penjanaan Kekayaan dan Kesejahteraan Sosial Negeri Maju dan Berasaskan Perindustrian Keluasan Kawasan 2,216 kilometer per segi (daerah Johor Bahru dan sebahagian daerah Pontian - Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup) 17,816 kilometer per segi (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara - daerahdaerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama) 66,736 kilometer per segi (Pahang, Kelantan, Terengganu dan daerah Mersing, Johor) 73,997 kilometer per segi (seluruh negeri Sabah) 70,708 kilometer per segi (Tanjung Manis-Similajau dan kawasan pedalamannya) Sektor/Industri Tumpuan 1. Pendidikan 2. Kewangan 3. Penjagaan Kesihatan 4. ICT dan Industri Kreatif 5. Logistik 6. Pelancongan 1. Pertanian 2. Modal Insan 3. Infrastruktur 4. Pembuatan 5. Pelancongan 1. Pertanian 2. Pendidikan 3. Pembuatan 4. Minyak, Gas & Petrokimia 5. Pelancongan 1. Pertanian 2. Alam Sekitar 3. Modal Insan 4. Infrastruktur 5. Pembuatan 6. Pelancongan 1. Aluminium 2. Kaca 3. Kejuruteraan Marin 4. Industri Berasaskan Logam 5. Industri Berasaskan Petroleum 6. Industri Berasaskan Kayu 7. Akuakultur 8. Penternakan 9. Minyak Sawit 10. Pelancongan Pihak Berkuasa Koridor Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 70 Iskandar Malaysia Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pantai Timur Koridor Pembangunan Sabah Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak Jangkaan Guna Tenaga1 (juta) 1.4 3.1 1.9 2.1 3.0 Jangkaan Pelaburan1 (RM bilion) 382 178 112 113 334 Nota: 1 Sehingga akhir tempoh pembangunan. Penyertaan sektor swasta adalah penting bagi memacu pembangunan koridor pertumbuhan. Kerajaan akan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menarik lebih banyak penglibatan sektor swasta bagi membangunkan koridor per tumbuhan ini dan menawarkan pakej insentif yang kompetitif. Bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menggalak pelaburan, pusat setempat juga akan ditubuhkan di semua koridor pertumbuhan. Merapatkan Jurang Digital Usaha merapatkan jurang digital akan dipergiat untuk memastikan semua rakyat Malaysia, terutamanya komuniti yang kurang mendapat kemudahan, berkongsi menikmati manfaat daripada ekonomi berasaskan pengetahuan. Lebih banyak Medan Info Desa dan Pusat Internet Desa akan dibina dan dinaik taraf di kawasan luar bandar. Bagi memastikan akses yang lebih saksama kepada ICT, Kerajaan menetapkan sasaran untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu telecentre bagi setiap mukim pada akhir tahun 2010. Usaha lain yang akan dilaksanakan termasuk penyediaan komputer peribadi mampu milik dan perkhidmatan dalam talian kepada orang awam. Langkah akan diambil untuk memperkenal amalan terbaik dan pemodelan semula telecentre bagi membolehkannya beroperasi sendiri. Pembangunan kandungan juga akan digalakkan manakala portal komuniti yang memenuhi keperluan dan minat pelbagai komuniti yang kurang mendapat kemudahan akan dibangunkan. Pembangunan MPPB Dalam tempoh akh i r Rancangan, pembangunan MPPB fasa kedua akan terus diberi penekanan melalui pelaksanaan inisiatif pembangunan kluster yang diterajui sektor swasta. Inisiatif ini akan terus dipergiat bagi membolehkan usahawan Bumiputera meningkat daripada rantaian nilai ekonomi rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Program khusus akan dilaksana untuk memacu penyertaan Bumiputera yang signifikan dalam keseluruhan rantaian nilai ekonomi seperti pembinaan, logistik, pendidikan, pelancongan dan perdagangan pengedaran. Kerajaan akan terus melaksana pelbagai program untuk memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih berkesan dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 71 Pelaksanaan program berpakej seperti pembangunan francais dan vendor, pembangunan teknousahawan, Groom Big dan peruncitan di kompleks perniagaan yang strategik akan diperkukuh. Langkah ak an diambi l untuk memudahk an peningkatan usahawan ke tahap yang lebih tinggi seperti penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia dan mengubah perniagaan sedia ada dengan mengguna pakai kaedah operasi termasuk francais dan peruncitan. Pengunaan kaedah bidaan kompetitif yang lebih luas akan membantu membangunkan usahawan Bumiputera yang kompeten dan berwibawa. Satu unit khusus MPPB akan ditubuhkan di setiap pihak berkuasa koridor bagi membantu usahawan Bumiputer a memanfaatkan peluang ekonomi yang diwujudkan di koridor tersebut. Pihak berkuasa koridor dengan kerjasama agensi pelaksana akan mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi untuk usahawan Bumiputera terlibat sebagai perintis. Di samping itu, Kerajaan akan terus memudahkan kemasukan dan pembangunan enterpris Bumiputera dalam bidang pertumbuhan baru khususnya pembuatan berasaskan teknologi tinggi, industri halal, bioteknologi dan bio-industri, pelancongan berasaskan kesihatan dan pendidikan serta industri kreatif. GLC akan mempergiat pelaksanaan pelbagai program yang mempunyai sasaran khusus. Bagi membangun, memupuk dan meningkatkan bilangan usahawan dan enterpris Bumiputera yang berpotensi dalam bidang terpilih di sepanjang rantaian nilai ekonomi, program seperti Management Buyout (MBO), perkongsian pintar dan penyertaan ekuiti akan terus diberi penekanan. Di samping itu, langkah juga akan diambil untuk mengelakkan GLC bersaing secara langsung merebut peluang perniagaan daripada enterpris Bumiputera. Usahawan Bumiputera perlu berfikiran global, berpengetahuan dan berkemahiran, mempunyai jaringan kerja di peringkat antarabangsa ser ta menguasai ICT untuk menghadapi perubahan ekonomi. Program pembangunan keusahawanan akan memberi tumpuan ke arah memacu perubahan minda, penerapan ni lai dan sikap positif serta budaya kerja berprestasi tinggi dan menarik lebih ramai golongan profesional Bumiputera menyertai perniagaan. Pendekatan perkongsian awam-swasta akan diperkukuh untuk meningkatkan kerjasama dalam dan antara jaringan perniagaan di k alangan enterpr i s Bumiputera; antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera; dan antara enterpris Bumiputera dengan Kerajaan. Usaha sama dan perkongsian pintar antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera serta rakan niaga asing akan diberi penekanan. Pemantauan program MPPB ak an dipergiat bagi memastikan pelaksanaan dan penyelarasan yang berkesan. Agensi pelaksana akan memperkukuh mekanisme pemantauan supaya objektif dan sasaran MPPB yang ditetapkan bagi setiap program dipatuhi. Keberkesanan program MPPB akan dinilai berdasarkan pelbagai kaedah pengukuran seperti sistem pengurusan prestasi dan audit. I V. pencapaian, 2010 Pencapaian yang dijangka daripada pelbagai program dan strategi bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi adalah seperti dalam Kotak 3-3. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 72 Kotak 3-3 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Pembasmian Kemiskinan .. Membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% .. Kemiskinan tegar dibasmi .. Kemiskinan keseluruhan dikurangkan kepada 2.8% Pengagihan Pendapatan .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan Bumiputera:Cina kepada 1:1.50 .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan Bumiputera:India kepada 1:1.15 .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan luar bandar-bandar kepada 1:1.80 .. Mengurangkan pekali Gini kepada 0.35 menjelang tahun 2020 .. Ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dengan Cina dikurangkan .. Ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dengan India dikurangkan .. Ketidaksamaan pendapatan antara luar bandar dengan bandar dikurangkan .. Pengagihan pendapatan bertambah baik Penyusunan Semula Hak Milik .. Meningkatkan hak milik ekuiti Bumiputera kepada 20%-25% .. Meningkatkan hak milik ekuiti etnik India kepada 1.5% .. Hak milik ekuiti Bumiputera ditingkatkan .. Hak milik ekuiti etnik India ditingkatkan Penyusunan Semula Guna Tenaga .. Menghapuskan pengenalan etnik mengikut pekerjaan .. Ke arah pola guna tenaga mengikut etnik yang seimbang Keseimbangan Wilayah .. Mengurangkan ketidakseimbangan wilayah menerusi pembangunan koridor .. Ke arah pembangunan wilayah yang seimbang Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Inisiatif Diterajui Sektor Awam .. Mewujudkan 150,000 usahawan melalui pelbagai program termasuk: y y 240 vendor dan 15 syarikat peneraju baru di bawah Program Pembangunan Vendor y y 500 francaisi dan 20 francaisor Bumiputera di bawah Program Pembangunan Francais y y 800 syarikat koperasi dalam sektor perniagaan y y 750 teknousahawan y y 800 usahawan di bawah program MESTI y y 1,500 usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan PUNB .. Penyertaan lebih ramai Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 73 Komitmen Pencapaian .. Menaik taraf dan mengukuhkan 25,000 enterpris .. Menyediakan 4,900 premis perniagaan baru .. Mewujudkan 40,000 perniagaan mikro melalui pembiayaan TEKUN Nasional .. Menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada 275,000 peserta Inisiatif Diterajui Sektor Swasta .. Mempergiat inisiatif pembangunan kluster MPPB .. Penyertaan Bumiputera yang signifikan dalam keseluruhan rantaian nilai ekonomi V. PENUTU P Kemajuan yang menggalakkan telah dicapai dalam tempoh kajian semula dari segi pengurangan kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan antara kumpulan etnik ser ta peningkatan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan dan sektor utama ekonomi. Dalam tempoh akhir Rancangan, strategi pengagihan akan diteruskan ke arah penyertaan yang lebih seimbang dan pengagihan peluang yang berkualiti secara saksama di k a l angan pe lbaga i kumpul a n etnik. Penekanan akan diberi kepada peningkatan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah, pewujudan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar dan pengurangan jurang perbezaan antara etnik dan antara wilayah. Langkah akan diambil untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan pembangunan MPPB dan MSTB. Pembangunan negeri dan wilayah yang kurang membangun akan dipercepat untuk mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Pelaksanaan strategi pengagihan ini akan menyumbang secara positif ke arah mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang saksama, menggalakkan pembangunan modal insan dan memperkukuh perpaduan nasional. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 57 3 teras menangani ketidakSAMAN sosioekonomi yang berterusan SE CARA MEMBINA DAN PRODUKTI F Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Menangani Ketidakseimbangan Sosioekonomi yang Berterusan 59 menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan PENDAHULUAN I. Komitmen ke arah falsafah pembangunan yang menitikberatkan per tumbuhan ekonomi dengan pengagihan diberi penekanan semula dalam Misi Nasional. Ket idaksamaan sosioekonomi yang berterusan dari segi pendapatan, guna tenaga dan hak milik akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan, menggugat perpaduan negara dan kestabilan sosial. Dalam tempoh 2006–2007, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan turut diikuti dengan pengagihan yang lebih baik dan lebih banyak peluang ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat peningkatan pendapatan purata semua rakyat Malaysia, pengurangan kadar kemiskinan dan penambahbaikan penyusunan semula pola guna tenaga dan hak milik ekuiti korporat. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah mewujudkan penyertaan yang lebih besar usahawan dan enterpris Bumiputera dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Dalam tempoh akhir Rancangan, langkah yang diambil akan terus dipertingkatkan bagi memastikan pengagihan peluang ekonomi dan sosial yang lebih saksama dalam mengukuhkan penyertaan pelbagai kumpulan etnik dalam aktiviti ekonomi moden. Usaha pembasmian kemiskinan ak an di terusk an untuk mencapai sasaran Rancangan bagi membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% pada akhir tempoh Rancangan. Bagi menambahbaik lagi pengagihan pendapatan, langkah berterusan akan diambil untuk mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar dan antara wilayah. Usaha khusus akan dilaksana untuk meningkatkan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan. Dalam konteks keseimbangan wilayah, Kerajaan akan menerajui pembangunan koridor di lima wilayah berdasarkan kesediaan sumber asli dan potensi ekonomi. Penyusunan semula guna tenaga dan hak milik ekuiti akan diterus bagi memastikan penyertaan yang adil dan seimbang di kalangan semua kumpulan etnik dalam ekonomi. Dari segi pembangunan MPPB, usaha akan diambil untuk membangun usahawan dan enterpr is keci l dan sederhana Bumiputera yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Usaha ini akan dilaksanakan melalui inisiatif pembangunan MPPB yang lebih giat oleh sektor awam dan swasta. Dengan mengambil kira pencapaian objektif pengagihan sehingga kini serta kekangannya, Kerajaan akan menjalankan kajian untuk menilai semula instrumen sedia ada bagi penyusunan semula masyarakat selaras dengan cabaran dan peluang ekonomi semasa. I A E AU I . PN C PAIN AMT , 2006-2007 Prestasi pelaksanaan pelbagai strategi dan program bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi adalah seperti dalam Kotak 3-1. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 60 Kotak 3-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Pembasmian Kemiskinan Memb a smi k .. emi s k i n a n t e g a r d a n mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% pada akhir tahun 2010 .. Meningkatkan akses kepada kemudahan kredit .. Menyediakan bantuan kewangan dan latihan kepada belia India 2004 (%) 2007 (%) Kadar Kemiskinan Tegar Semenanjung Malaysia 0.7 0.3 Sabah 6.5 3.7 Sarawak 1.1 0.7 Malaysia 1.2 0.7 Bandar 0.4 0.3 Luar Bandar 2.9 1.4 Kadar Kemiskinan Keseluruhan Semenanjung Malaysia 3.6 2.3 Sabah 23.0 16.0 Sarawak 7.5 4.2 M alaysia 5.7 3.6 Bandar 2.5 2.0 Luar Bandar 11.9 7.1 Nota: Pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata bagi tahun 2007: RM720 di Semenanjung Malaysia, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. Bagi kemiskinan tegar, PGK adalah RM430, RM540 dan RM520. PGK yang berlainan diguna untuk kawasan bandar dan luar bandar .. Kemudahan kredit mikro diperluaskan kepada 162,701 ahli oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan 2,160 ahli oleh Yayasan Usaha Maju (YUM) Sabah .. Bantuan kewangan diperluaskan melalui Skim Pembangunan Usahawan Muda India (YEIDS) di bawah TEKUN Nasional berjumlah RM3 juta .. Seramai 6,260 belia India telah dilatih Pengagihan Pendapatan .. Mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan etnik serta antara kawasan luar bandar dengan bandar Malaysia/Kumpulan Etnik dan Strata Pendapatan Purata (Pada Harga Semasa, RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) 2004 2007 Bumiputera 2,711 3,156 5.2 Cina 4,437 4,853 3.0 India 3,456 3,799 3.2 Lain-lain 2,312 3,651 15.5 M alaysia 3,249 3,686 4.3 Bandar 3,956 4,356 3.3 Luar Bandar 1,875 2,283 6.8 Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 61 Komitmen Output Nisbah Ketidaksamaan Bumiputera:Cina 1:1.64 1:1.54 Bumiputera:India 1:1.27 1:1.20 Luar Bandar:Bandar 1:2.11 1:1.91 Pekali Gini Bumiputera 0.452 0.430 Cina 0.446 0.432 India 0.425 0.414 Lain-lain 0.462 0.545 Malaysia 0.462 0.441 Bandar 0.444 0.427 Luar Bandar 0.397 0.388 Sabah/ Kumpulan Etnik Pendapatan Purata (RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) Sarawak/ Kumpulan Etnik Pendapatan Purata (RM) Kadar Pertumbuhan (% setahun) 2004 2007 2004 2007 Melayu 2,779 3,089 3.6 Melayu 2,717 3,503 8.8 Kadazandusun 2,037 2,401 5.6 Iban 1,725 2,243 9.2 Bajau 1,824 2,250 7.2 Bidayuh 1,769 2,723 15.5 Murut 1,638 2,063 8.0 Melanau 2,341 2,858 6.9 Bumiputera lain 1,707 2,259 9.8 Bumiputera lain 2,146 2,564 6.1 Cina 4,248 4,745 3.8 Cina 4,254 4,768 3.9 Lain-lain 3,665 3,133 -5.1 Lain-lain 2,819 4,996 21.0 Penyusunan Semula Hak Milik .. Mencapai hak milik ekuiti Bumiputera antara 20% hingga 25% pada akhir tahun 2010 Kumpulan Hak Milik 2004 2006 RM juta (%) RM juta (%) Bumiputera 100,037.2 18.9 120,387.6 19.4 Individu 79,449.9 15.0 93,982.2 15.1 Institusi 11,890.7 2.2 16,039.6 2.6 Agensi Amanah 8,696.6 1.7 10,365.8 1.7 Bukan Bumiputera 214,972.8 40.6 273,214.4 43.9 Cina 206,682.9 39.0 263,637.8 42.4 India 6,392.6 1.2 6,967.8 1.1 Lain-lain 1,897.3 0.4 2,608.8 0.4 Nomini 42,479.1 8.0 41,185.7 6.6 Warga Asing 172,279.6 32.5 187,045.8 30.1 J umlah 529,768.7 100.0 621,833.5 100.0 Nota: Anggaran hak milik meliputi lebih kurang 680,000 syarikat yang aktif daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dalam menganggarkan pemilikan ekuiti, nilai par digunakan kerana ia merangkumi kesemua syarikat tersenarai dan tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM berbanding nilai pasaran yang hanya diperoleh untuk syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Anggaran tidak mengambil kira saham Kerajaan dalam syarikat, termasuk syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 62 Komitmen Output .. Meningkatkan penyertaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam skim unit amanah .. Menyediakan peluang untuk menyertai skim unit amanah terpilih kepada komuniti India .. Memperluas pemilikan dalam aset bukan kewangan Negeri 2004 2007 Bil. Pelabur (’000) RM juta Bil. Pelabur (’000) RM juta Sabah 808 3,551.5 861 5,179.0 Sarawak 694 3,862.3 753 5,431.6 .. Pelaburan komuniti India dalam Pemodalan Nasional Berhad (PNB) meningkat sebanyak 128% daripada RM262.4 juta pada tahun 2004 kepada RM598.9 juta pada tahun 2007 Jenis Bangunan 2007 (%) Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah Bangunan 15.7 75.7 4.3 4.3 100.0 Satu Tingkat 24.9 69.0 3.8 2.3 100.0 Dua Tingkat 13.8 78.5 4.2 3.5 100.0 Tiga Tingkat 14.3 75.8 3.6 6.3 100.0 Melebihi Tiga Tingkat 8.6 79.2 5.7 6.5 100.0 Kompleks Perniagaan 29.2 61.9 2.9 6.0 100.0 Premis Perindustrian 3.5 87.2 1.5 7.8 100.0 Hotel 20.8 54.0 2.7 22.5 100.0 J umlah 15.0 76.1 3.8 5.1 100.0 Penyusunan Semula Guna Tenaga .. Menyusun semula pola guna tenaga bagi menggambarkan komposisi etnik dalam kependudukan Profesion 2005 (%) 2007 (%) Bumiputera Cina India Bumiputera Cina India Akauntan 21.5 73.0 4.9 23.5 71.4 4.9 Arkitek 45.3 53.1 1.4 46.2 52.1 1.5 Doktor 38.1 31.2 27.4 43.8 28.2 20.2 Doktor Gigi 44.4 35.3 18.4 46.5 34.5 16.9 Jurutera 46.0 47.6 5.4 46.2 46.0 5.3 Peguam 38.0 37.1 24.1 39.0 36.5 23.5 Juruukur 48.2 47.0 3.2 50.5 44.7 3.2 Doktor Veterinar 39.0 32.2 24.8 43.3 34.1 22.5 Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 63 Komitmen Output Keseimbangan Wilayah .. Menubuhkan koridor pertumbuhan di kawasan merentasi sempadan melibatkan dua negeri atau lebih .. Merapatkan jurang digital .. Lima koridor pertumbuhan ditubuhkan iaitu Iskandar Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak (SCORE) .. 108 Medan Info Desa dibina di kawasan luar bandar dan sejumlah 19,330 penduduk luar bandar mendapat latihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) .. 387 telecentre ditubuhkan .. 42 Pusat Internet Desa dinaik taraf Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Inisiatif Diterajui Sektor Awam .. Mewujudkan usahawan melalui pelbagai program .. Menaik taraf dan mengukuhkan enterpris sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi .. Menyediakan premis perniagaan baru .. Mewujudkan perniagaan mikro .. Menyediakan latihan keusahawanan dan kemahiran kepada usahawan sedia ada dan berpotensi Inisiatif Diterajui Sektor Swasta .. Meningkatkan penyertaan Bumiputera menerusi Inisiatif Pembangunan Kluster .. 67,533 usahawan baru diwujudkan • 173 vendor diwujudkan dan 8 syarikat peneraju mengambil bahagian di bawah Program Pembangunan Vendor • 153 francaisi diwujudkan dan 6 francaisor mengambil bahagian di bawah Program Pembangunan Francais • 423 koperasi diwujudkan dalam aktiviti berkaitan perniagaan • 304 teknousahawan diwujudkan • 358 usahawan dibangunkan di bawah program Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development Strategic and Target Industry (MESTI) • 886 usahawan dibangunkan di bawah Program Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) • 63 usahawan terlibat dalam industri kraf .. 10,618 enterpris bersaiz mikro, kecil dan sederhana dinaik taraf termasuk di bawah Program Groom Big .. 1,524 premis perniagaan baru disediakan .. 24,449 perniagaan mikro diwujudkan di bawah TEKUN Nasional .. 120,720 peserta dilatih .. 11 kluster telah diwujudkan (Bangunan & Pembinaan, ICT & Telekomunikasi, Pertahanan & Aero-angkasa, Pelancongan, Logistik & Pengangkutan, Perbankan & Kewangan, Industri Automotif, Pendidikan & Sumber Manusia, Perniagaan Tani, Bioteknologi & Bio- Industri dan Minyak, Gas & Petrokimia) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 64 Komitmen Output .. Pencapaian utama termasuk: y y Pelaksanaan inisiatif sistem peneraju dan tiering untuk kontraktor Bumiputera dalam pelbagai projek Kerajaan y y Penubuhan Malaysian Virtual Trading Corporation (MAVTRAC) sebagai pusat pembekalan bahan utama bangunan dan pembinaan y y Penubuhan National Content Development Corporation (NCDC) untuk memacu pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri kandungan digital y y Pelantikan tiga pelopor edupreneur di bawah Collegiate Franchise Model di peringkat tertiari y y Pelaksanaan Perkhidmatan Pengurusan Portal Kerajaan (MPS) untuk menyediakan peluang menjadi teknousahawan kepada enterpris dan graduan Bumiputera yang menganggur MELANGKAH KE HADA PAN , II . 2008-2010 Kerajaan akan terus memberi penekanan yang lebih dalam usaha menangani ket idaksamaan sos ioekonomi dan melaksana langkah-langkah berkesan MISI NASIONAL Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan Secara Membina dan Produktif TERAS BIDANG UTAMA INSTITUSI SOKONGAN Kerajaan (Pusat dan Negeri), GLC, Sektor Swasta dan NGO Pembasmian Kemiskinan Keseimbangan Wilayah MPPB Pengagihan Pendapatan Penyusunan Semula Hak Milik Penyusunan Semula Guna Tenaga Membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 Mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang tahun 2010 Meningkatkan ekuiti Bumiputera kepada 20%-25% menjelang tahun 2010 Meningkatkan ekuiti etnik India kepada 1.5% menjelang 2010 Menghapuskan identiti etnik dengan fungsi ekonomi Membangunkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB) Mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah, negeri serta antara kawasan luar bandar dengan bandar Mewujud dan membentuk lebih ramai usahawan dan enterpris kecil dan sederhana Bumiputera Merapatkan jurang pendapatan di antara kumpulan etnik dan strata Mewujudkan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar Rajah 3-1 Strategi Utama Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi bagi mencapai objektif pengagihan di bawah Rancangan menerusi strategi utama dalam Rajah 3-1. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 65 Pembasmian Kemiskinan Program pembasmian kemi sk inan akan dirangka berasaskan pendekatan bersepadu bagi membolehkan sasaran secara mikro dibuat untuk meningkatkan liputan kumpulan sasar dan memastikan program terus kekal dan berkesan. Program akan dibentuk untuk memenuhi keperluan khusus isi rumah termasuk menyediakan bantuan pendapatan dan kemudahan asas dengan penekanan kepada pendidikan, latihan kemahiran dan aktiviti menjana pendapatan. Bagi melengkapi usaha Kerajaan membasmi kemiskinan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) akan memainkan peranan yang lebih aktif melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Aktiviti penjanaan pendapatan dan penyediaan kemudahan asas terutamanya perumahan akan terus diberi penekanan sebagai unsur kritikal dalam program pembasmian kemiskinan. Skop program perumahan turut merangkumi pembinaan rumah panjang di Sabah dan Sarawak untuk mengambil kira amalan sosiobudaya masyarakat tempatan. Di samping itu, projek agropolitan iaitu pembangunan tanah bersepadu berskala kecil akan dilaksana di Johor, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan taraf hidup golongan miskin tegar di kawasan luar bandar. Tiga komponen utama projek agropolitan ialah penyediaan infrastruktur asas, projek penjanaan pendapatan dan pembangunan modal insan. Bagi pembasmian kemiskinan di Sabah, Sabah akan menerima peruntukan khas bagi melaksanakan projek berteraskan rakyat seperti jalan luar bandar, bekalan air dan elektrik serta ameniti sosial lain. Di samping itu, Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu melaksana pelbagai projek termasuk Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS), aktiviti penjanaan pendapatan dan latihan serta kemudahan kredit mikro. Program pembasmian kemiskinan untuk kumpulan minoriti akan dirangka dengan mengambil kira perbezaan keperluan dan tahap pembangunan mereka. Seluas 5,000 hektar tanah akan dibangunkan untuk memberi faedah kepada lebih daripada 10,000 keluarga Orang Asli. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan enrolmen sekolah dan pencapaian akademik di kalangan pelajar Orang Asli akan diberi tumpuan. Taraf hidup kumpulan minoriti seperti masyarakat Rungus, Suluk, Orang Sungei dan Tidong di Sabah serta Penan, Kenyah, Kajang dan Kedayan di Sarawak akan ditingkatkan melalui penyediaan akses pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik. Bagi penduduk miskin bandar, fokus akan diberikan kepada usaha mewujudkan program penjanaan pendapatan , penyediaan kemudahan keperluan asas seperti perumahan dan kemudahan sosial. Liputan program pembasmian kemiskinan bandar akan diperluas bagi merangkumi program latihan teknikal dan bukan teknikal, pembangunan keusahawanan dan program bantuan keluarga. Di samping itu, seramai 20,000 penduduk miskin dan miskin tegar di bandar dijangka mendapat faedah daripada skim saham khas Amanah Saham Wawasan (ASW) bernilai RM100 juta. Bagi terus membantu penduduk miskin bandar mendapat pekerjaan, program pemadanan kerja akan dilaksana. K e r a j a a n j u g a a k a n me n a n g a n i kemiskinan relatif melalui peningkatan akses kepada peluang ekonomi dan pendidikan, peningkatan pemilikan rumah dan penyediaan infrastruktur asas terutamanya di kawasan bandar. Langkah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 66 akan diperkenal untuk menampung kesan kenaikan harga kepada kumpulan berpendapatan rendah dan menengah. Dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan, tumpuan akan diberi kepada usaha meningkatkan keberkesanan mek ani sme penyampa i an mel a lui Kumpulan Fokus mengenai Kemiskinan di per ingkat nasional , neger i dan daerah. Semua Kumpulan Fokus akan bertanggungjawab menyelia perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program dan projek pembasmian kemiskinan serta penyaluran peruntukan. Bagi tujuan ini, sistem pangkalan data eKasih akan dijadikan sebagai pusat rujukan utama yang menyediakan profil komprehensif golongan miskin dan miskin tegar. Pengagihan Pendapatan Usaha bersepadu akan terus diambil untuk mengurangkan lagi jurang pendapatan dan ekonomi antara strata dan kumpulan etnik. Nisbah ketidaksamaan luar bandar dengan bandar disasarkan bertambah baik kepada 1:1.7 pada akhir tahun 2010. Tumpuan yang lebih akan diberi untuk meningkatkan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah bagi mewujudkan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar dan makmur. Kumpulan ini yang didefinisikan sebagai mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dijangka akan meningkat dari segi saiz dan mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih pesat. Bagi mengurangkan ketidaksamaan pendapatan antara etnik, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan modal insan melalui peningkatan kemahiran serta penyemaian sikap dan budaya kerja yang positif. Ini akan mengukuhkan keupayaan mereka untuk meningkatkan pendapatan dan menjana kekayaan melalui perniagaan, pelaburan dan aktiviti keusahawanan. Pembangunan MPPB dan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB) akan dipertingkat melalui integrasi dan hubungan perniagaan serta menerusi penggunaan lebih meluas pengetahuan dan inovasi bagi menjana perniagaan bernilai tambah. Pada masa yang sama, program berkaitan penyusunan semula guna tenaga dan hak milik khususnya untuk Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak, komuniti India dan kumpulan minoriti akan dipercepat untuk memastikan semua kumpulan etnik mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah pembangunan koridor akan menyumbang secara langsung kepada pengurangan jurang pendapatan antara strata dan wilayah. Inisiatif ini akan menjana peluang pekerjaan dan pemilikan kekayaan di kalangan penduduk tempatan terutamanya di kawasan yang kurang membangun. Di samping itu, jurang digital akan dikurangkan menerusi penyediaan akses Internet kepada komuniti kurang mendapat kemudahan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat mengenai peluang menjana pendapatan. Penyusunan Semula Hak Milik Bagi mencapai objektif penyusunan semula hak milik dalam sektor korporat serta aset bukan kewangan, usaha akan diambil untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Langkah akan diperkenal bagi memastikan kekayaan yang dijana kekal berterusan dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, satu program pakej khas akan diwujud bagi memudahkan penyer taan lebih ramai Bumiputera dalam ekonomi terutama dalam sektor pertumbuhan baru dan sektor bernilai Mengurangkan jurang pendapatan... Meningkatkan keupayaan mekanisme penyampaian... Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 67 tambah yang tinggi. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kekayaan korporat komuniti India dan menggalakkan lebih ramai mereka menceburi perniagaan. Pemilikan ekuiti di kalangan komuniti India disasarkan mencapai 1.5% menjelang akhir tahun 2010. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, beberapa langkah akan dilaksana dalam tempoh akhir Rancangan. Pertama, penekanan yang lebih akan diberi bagi memastikan Bumiputera mempunyai kawalan kepentingan dalam syarikat swasta. Bumiputera akan digalak untuk melabur dalam sektor pertumbuhan baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, fotonik, nanoteknologi, pembuatan termaju dan kejuruteraan kepersisan. Kedua, peranan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji akan diperkukuh bagi menggabungkan dana individu Bumiputera. Pengumpulan dana Bumiputera melalui institusi ini akan membolehkan institusi Bumiputera mempunyai sumber kewangan yang l ebi h t e g u h da n mampa n ba g i melaksanakan projek yang lebih besar serta mempelbagaikan pelaburannya. Ketiga, graduan Bumiputera yang berbakat dan mempunyai idea kreatif dan inovatif akan diberi modal bagi mengkomersilkan idea mereka. Bagi tujuan ini, satu dana khas akan diwujud untuk membantu usahawan berpotensi di kalangan graduan Bumiputera memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka. Keempat, satu pangkalan data yang komprehensif bagi memantau kemajuan Bumiputera dalam sektor korporat akan dibangunkan. Pemilikan kekayaan Bumiputera dalam aset bukan kewangan seperti pemilikan bangunan komersil dan kediaman akan dijadikan sebagai pengukur tambahan bagi menilai pencapaian Bumiputera. Instrumen penyusunan semula sedia ada bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi akan dikaji semula. Ini termasuk Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing, prosedur perolehan awam dan Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975. Pembangunan aset komersil seperti hotel dan premis perniagaan di atas tanah wakaf akan diperluas bagi meningkatkan pemi l i k an a set buk an k ewanga n Bumiputera. Satu pelan strategik akan dirangka bagi memastikan pendapatan yang dijana daripada pembangunan tanah wakaf boleh menjadikan pihak berkuasa agama negeri lebih berdikari untuk membangunkan tanah wakaf baru. Di samping itu, pemilikan hartanah kediaman dan komersil Bumiputera akan dipertingkat lagi melalui agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di Sabah dan Sarawak, program seperti skim unit amanah dan pembangunan keusahawanan serta latihan kemahiran akan terus dipertingkatkan. Bagi meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera di Sarawak, tanah pribumi dan tanah adat akan terus dimajukan. Penglibatan komuniti India dalam sektor ekonomi moden akan digalak melalui program latihan dan pembangunan keusahawanan terutamanya di kalangan belia. Seramai 3,000 belia India dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai program latihan kemahiran dan perniagaan. Di samping itu, bantuan khas akan diberikan kepada komuniti India bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka melalui skim unit amanah. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 68 Penyusunan Semula Guna Tenaga Ketidakseimbangan guna tenaga di kalangan kumpulan etnik akan dikurangkan dalam pelbagai sektor dan pekerjaan dengan meningk atk an penyer taan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam sektor yang masih kurang penyertaan mereka. Pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan teknousahawan akan terus menjadi inisiatif penting ke arah mencapai matlamat penyusunan semula guna tenaga. Bagi menambah bilangan profesional dan separa profesional Bumiputera, enrolmen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dipertingkat menerusi program francais dengan institusi pendidikan tinggi swasta Bumiputera. Di samping itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan terus menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah dalam bidang sains dan teknologi termasuk kejuruteraan perubatan dan komputer untuk melengkapi usaha UiTM. Kualiti ahli dan kemudahan fakulti akan dipertingkat bagi memastikan universiti mengeluarkan graduan yang berkualiti. Pembangunan MSTB yang berdaya maju dan inovatif adalah penting ke arah mencapai penyusunan semula guna tenaga yang lebih seimbang dan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Bagi mempercepatkan pewujudan MSTB, rangka kerja pembangunan yang komprehensif untuk menggariskan pelan tindakan strategik akan disediakan. Langkah akan diambil bagi memastikan sektor swasta mengambil lebih ramai Bumiputera, komuniti India dan kumpulan minoriti di peringkat profesional dan pengurusan. Bagi tujuan pemantauan, semua syarikat awam yang tersenarai akan dikehendaki melaporkan maklumat mengenai komposisi sumber manusia mengikut kumpulan etnik bagi semua peringkat pekerjaan. Di samping itu, lebih ramai bukan Bumiputera akan digalak untuk bekerja dalam sektor awam. Keseimbangan Wilayah Fokus pembangunan wilayah akan terus memberi penekanan kepada peningkatan taraf hidup serta pencapaian pembangunan sosial dan ekonomi yang seimbang di semua wilayah dan negeri. Pusat pertumbuhan dan koridor pertumbuhan merentasi sempadan negeri akan dibangunkan, asas ekonomi negeri kurang membangun akan dimoden dan dipelbagaikan serta jurang digital antara bandar dengan luar bandar akan dikurangkan. Pembangunan Koridor Pembangunan koridor akan mengurangkan ketidakseimbangan wilayah dan menjana peluang pertumbuhan, pelaburan dan guna tenaga yang saksama di seluruh negeri di Malaysia. Pendekatan baru ini bertujuan mewujudkan sumber pertumbuhan baru dan memastikan pembangunan ekonomi yang komprehensif dan meluas secara lebih tersusun dan bersepadu. Penjanaan pendapatan tambahan di wilayah akan lebih mempercepatkan lagi pembasmian k emi s k inan, penyusunan s emul a masyarakat dan penjanaan kekayaan keseluruhannya. Pihak berkuasa koridor akan meneraju usaha untuk memudah dan mempercepatkan pelaksanaan program dan projek yang telah dikenal pasti dalam setiap Pelan Induk koridor pertumbuhan. Membangunkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera... Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 69 Kotak 3-2 Koridor Pertumbuhan Wilayah Iskandar Malaysia Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pantai Timur Koridor Pembangunan Sabah Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak Tempoh Pembangunan 2006 - 2025 2007 – 2025 2007 - 2020 2008 - 2025 2008 - 2030 Visi Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Berdaya Tahan Wilayah Ekonomi Bertaraf Dunia Menjelang 2025 Sebuah Wilayah Maju – Berasaskan Ciri-Ciri Tersendiri, Dinamik dan Kompetitif Menggalakkan Perpaduan dalam Kepelbagaian untuk Penjanaan Kekayaan dan Kesejahteraan Sosial Negeri Maju dan Berasaskan Perindustrian Keluasan Kawasan 2,216 kilometer per segi (daerah Johor Bahru dan sebahagian daerah Pontian - Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup) 17,816 kilometer per segi (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara - daerahdaerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama) 66,736 kilometer per segi (Pahang, Kelantan, Terengganu dan daerah Mersing, Johor) 73,997 kilometer per segi (seluruh negeri Sabah) 70,708 kilometer per segi (Tanjung Manis-Similajau dan kawasan pedalamannya) Sektor/Industri Tumpuan 1. Pendidikan 2. Kewangan 3. Penjagaan Kesihatan 4. ICT dan Industri Kreatif 5. Logistik 6. Pelancongan 1. Pertanian 2. Modal Insan 3. Infrastruktur 4. Pembuatan 5. Pelancongan 1. Pertanian 2. Pendidikan 3. Pembuatan 4. Minyak, Gas & Petrokimia 5. Pelancongan 1. Pertanian 2. Alam Sekitar 3. Modal Insan 4. Infrastruktur 5. Pembuatan 6. Pelancongan 1. Aluminium 2. Kaca 3. Kejuruteraan Marin 4. Industri Berasaskan Logam 5. Industri Berasaskan Petroleum 6. Industri Berasaskan Kayu 7. Akuakultur 8. Penternakan 9. Minyak Sawit 10. Pelancongan Pihak Berkuasa Koridor Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 70 Iskandar Malaysia Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pantai Timur Koridor Pembangunan Sabah Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak Jangkaan Guna Tenaga1 (juta) 1.4 3.1 1.9 2.1 3.0 Jangkaan Pelaburan1 (RM bilion) 382 178 112 113 334 Nota: 1 Sehingga akhir tempoh pembangunan. Penyertaan sektor swasta adalah penting bagi memacu pembangunan koridor pertumbuhan. Kerajaan akan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menarik lebih banyak penglibatan sektor swasta bagi membangunkan koridor per tumbuhan ini dan menawarkan pakej insentif yang kompetitif. Bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menggalak pelaburan, pusat setempat juga akan ditubuhkan di semua koridor pertumbuhan. Merapatkan Jurang Digital Usaha merapatkan jurang digital akan dipergiat untuk memastikan semua rakyat Malaysia, terutamanya komuniti yang kurang mendapat kemudahan, berkongsi menikmati manfaat daripada ekonomi berasaskan pengetahuan. Lebih banyak Medan Info Desa dan Pusat Internet Desa akan dibina dan dinaik taraf di kawasan luar bandar. Bagi memastikan akses yang lebih saksama kepada ICT, Kerajaan menetapkan sasaran untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu telecentre bagi setiap mukim pada akhir tahun 2010. Usaha lain yang akan dilaksanakan termasuk penyediaan komputer peribadi mampu milik dan perkhidmatan dalam talian kepada orang awam. Langkah akan diambil untuk memperkenal amalan terbaik dan pemodelan semula telecentre bagi membolehkannya beroperasi sendiri. Pembangunan kandungan juga akan digalakkan manakala portal komuniti yang memenuhi keperluan dan minat pelbagai komuniti yang kurang mendapat kemudahan akan dibangunkan. Pembangunan MPPB Dalam tempoh akh i r Rancangan, pembangunan MPPB fasa kedua akan terus diberi penekanan melalui pelaksanaan inisiatif pembangunan kluster yang diterajui sektor swasta. Inisiatif ini akan terus dipergiat bagi membolehkan usahawan Bumiputera meningkat daripada rantaian nilai ekonomi rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Program khusus akan dilaksana untuk memacu penyertaan Bumiputera yang signifikan dalam keseluruhan rantaian nilai ekonomi seperti pembinaan, logistik, pendidikan, pelancongan dan perdagangan pengedaran. Kerajaan akan terus melaksana pelbagai program untuk memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih berkesan dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan. Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 71 Pelaksanaan program berpakej seperti pembangunan francais dan vendor, pembangunan teknousahawan, Groom Big dan peruncitan di kompleks perniagaan yang strategik akan diperkukuh. Langkah ak an diambi l untuk memudahk an peningkatan usahawan ke tahap yang lebih tinggi seperti penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia dan mengubah perniagaan sedia ada dengan mengguna pakai kaedah operasi termasuk francais dan peruncitan. Pengunaan kaedah bidaan kompetitif yang lebih luas akan membantu membangunkan usahawan Bumiputera yang kompeten dan berwibawa. Satu unit khusus MPPB akan ditubuhkan di setiap pihak berkuasa koridor bagi membantu usahawan Bumiputer a memanfaatkan peluang ekonomi yang diwujudkan di koridor tersebut. Pihak berkuasa koridor dengan kerjasama agensi pelaksana akan mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi untuk usahawan Bumiputera terlibat sebagai perintis. Di samping itu, Kerajaan akan terus memudahkan kemasukan dan pembangunan enterpris Bumiputera dalam bidang pertumbuhan baru khususnya pembuatan berasaskan teknologi tinggi, industri halal, bioteknologi dan bio-industri, pelancongan berasaskan kesihatan dan pendidikan serta industri kreatif. GLC akan mempergiat pelaksanaan pelbagai program yang mempunyai sasaran khusus. Bagi membangun, memupuk dan meningkatkan bilangan usahawan dan enterpris Bumiputera yang berpotensi dalam bidang terpilih di sepanjang rantaian nilai ekonomi, program seperti Management Buyout (MBO), perkongsian pintar dan penyertaan ekuiti akan terus diberi penekanan. Di samping itu, langkah juga akan diambil untuk mengelakkan GLC bersaing secara langsung merebut peluang perniagaan daripada enterpris Bumiputera. Usahawan Bumiputera perlu berfikiran global, berpengetahuan dan berkemahiran, mempunyai jaringan kerja di peringkat antarabangsa ser ta menguasai ICT untuk menghadapi perubahan ekonomi. Program pembangunan keusahawanan akan memberi tumpuan ke arah memacu perubahan minda, penerapan ni lai dan sikap positif serta budaya kerja berprestasi tinggi dan menarik lebih ramai golongan profesional Bumiputera menyertai perniagaan. Pendekatan perkongsian awam-swasta akan diperkukuh untuk meningkatkan kerjasama dalam dan antara jaringan perniagaan di k alangan enterpr i s Bumiputera; antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera; dan antara enterpris Bumiputera dengan Kerajaan. Usaha sama dan perkongsian pintar antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera serta rakan niaga asing akan diberi penekanan. Pemantauan program MPPB ak an dipergiat bagi memastikan pelaksanaan dan penyelarasan yang berkesan. Agensi pelaksana akan memperkukuh mekanisme pemantauan supaya objektif dan sasaran MPPB yang ditetapkan bagi setiap program dipatuhi. Keberkesanan program MPPB akan dinilai berdasarkan pelbagai kaedah pengukuran seperti sistem pengurusan prestasi dan audit. I V. pencapaian, 2010 Pencapaian yang dijangka daripada pelbagai program dan strategi bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi adalah seperti dalam Kotak 3-3. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 72 Kotak 3-3 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Pembasmian Kemiskinan .. Membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% .. Kemiskinan tegar dibasmi .. Kemiskinan keseluruhan dikurangkan kepada 2.8% Pengagihan Pendapatan .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan Bumiputera:Cina kepada 1:1.50 .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan Bumiputera:India kepada 1:1.15 .. Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan luar bandar-bandar kepada 1:1.80 .. Mengurangkan pekali Gini kepada 0.35 menjelang tahun 2020 .. Ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dengan Cina dikurangkan .. Ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dengan India dikurangkan .. Ketidaksamaan pendapatan antara luar bandar dengan bandar dikurangkan .. Pengagihan pendapatan bertambah baik Penyusunan Semula Hak Milik .. Meningkatkan hak milik ekuiti Bumiputera kepada 20%-25% .. Meningkatkan hak milik ekuiti etnik India kepada 1.5% .. Hak milik ekuiti Bumiputera ditingkatkan .. Hak milik ekuiti etnik India ditingkatkan Penyusunan Semula Guna Tenaga .. Menghapuskan pengenalan etnik mengikut pekerjaan .. Ke arah pola guna tenaga mengikut etnik yang seimbang Keseimbangan Wilayah .. Mengurangkan ketidakseimbangan wilayah menerusi pembangunan koridor .. Ke arah pembangunan wilayah yang seimbang Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Inisiatif Diterajui Sektor Awam .. Mewujudkan 150,000 usahawan melalui pelbagai program termasuk: y y 240 vendor dan 15 syarikat peneraju baru di bawah Program Pembangunan Vendor y y 500 francaisi dan 20 francaisor Bumiputera di bawah Program Pembangunan Francais y y 800 syarikat koperasi dalam sektor perniagaan y y 750 teknousahawan y y 800 usahawan di bawah program MESTI y y 1,500 usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan PUNB .. Penyertaan lebih ramai Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 73 Komitmen Pencapaian .. Menaik taraf dan mengukuhkan 25,000 enterpris .. Menyediakan 4,900 premis perniagaan baru .. Mewujudkan 40,000 perniagaan mikro melalui pembiayaan TEKUN Nasional .. Menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada 275,000 peserta Inisiatif Diterajui Sektor Swasta .. Mempergiat inisiatif pembangunan kluster MPPB .. Penyertaan Bumiputera yang signifikan dalam keseluruhan rantaian nilai ekonomi V. PENUTU P Kemajuan yang menggalakkan telah dicapai dalam tempoh kajian semula dari segi pengurangan kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan antara kumpulan etnik ser ta peningkatan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan dan sektor utama ekonomi. Dalam tempoh akhir Rancangan, strategi pengagihan akan diteruskan ke arah penyertaan yang lebih seimbang dan pengagihan peluang yang berkualiti secara saksama di k a l angan pe lbaga i kumpul a n etnik. Penekanan akan diberi kepada peningkatan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah, pewujudan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar dan pengurangan jurang perbezaan antara etnik dan antara wilayah. Langkah akan diambil untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan pembangunan MPPB dan MSTB. Pembangunan negeri dan wilayah yang kurang membangun akan dipercepat untuk mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Pelaksanaan strategi pengagihan ini akan menyumbang secara positif ke arah mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang saksama, menggalakkan pembangunan modal insan dan memperkukuh perpaduan nasional. Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 75 4 teras MENINGKAT KAN TA HAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP Kajian separuh peng al Rancang an malaysia kesembil an, 2006-2010 Teras Empat 77 MENINGKAT KAN TA HAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP I. PENDAHULUAN Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) memberi penekanan supaya pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, RMKe-9 telah merangka pelbagai strategi untuk memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan, kemudahan dan perumahan, memperluas jaringan jalan raya ke kawasan luar bandar, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya. Langkah juga diambil untuk memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin bagi rakyat. Berikutan cabaran daripada kepesatan pembangunan sosioekonomi dan kesannya kepada keluarga, pelbagai program dilaksana untuk meningkatkan kesejahteraan dan membina masyarakat yang lebih penyayang termasuk memperkasa wanita, melindungi kanak-kanak dan meningkatkan peranan belia dalam masyarakat. Aktiviti sukan dan rekreasi dipertingkat bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat serta mencapai kecemerlangan dalam sukan di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa. Di samping itu, langkah juga diambil untuk meningkatkan peranan kebudayaan, kesenian dan warisan bagi memperkukuh identiti dan perpaduan nasional. RMKe-9 juga menyedari kepentingan pengurusan alam sekitar dan sumber asli secara holistik dan bersepadu dalam membantu meningkatkan kualiti hidup. Dalam tempoh akhir Rancangan, penekanan yang lebih besar akan diberi kepada meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan akses serta penambahbaikan kualiti penjagaan kesihatan dan kemudahan sosial yang lain. Tumpuan akan diberi kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti, mampu dibeli atau disewa serta memperluas bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar serta untuk golongan miskin di bandar. Rangkaian kemudahan pengangkutan yang lebih meluas akan disedia untuk menyepadukan kawasan bandar dan luar bandar. Penyediaan kemudahan pengangkutan ini akan meningkatkan akses penduduk luar bandar kepada pasaran dan perkhidmatan perbandaran. Pembangunan sistem pengangkutan awam bersepadu akan mewujudkan perkhidmatan yang cekap. Keselamatan awam akan dipertingkat dengan menambah kapasiti dan keupayaan pasukan polis serta penglibatan masyarakat yang lebih besar. Program yang strategik akan dilaksana untuk memperkukuh institusi kekeluargaan bagi menghadapi cabaran urbanisasi dan gaya hidup moden. Aktiviti sukan dan rekreasi akan terus dipertingkat untuk menggalak masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif ser ta mencapai kecemerlangan dalam sukan. Penekanan yang lebih akan diberi terhadap penghayatan budaya, seni dan warisan kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kemampanan penggunaan sumber asli termasuk memberi keutamaan kepada kepentingan alam sekitar dalam rancangan pembangunan. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 78 II. PENCA PAIAN UTA MA, 2006-2007 Usaha bersepadu telah diambil untuk memenuhi keper luan hak ik i bagi meningkatkan kualiti hidup. Ini termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif dan projek ke arah mempertingkat akses dan kualiti penjagaan kesihatan serta kemudahan asas, menyedia perumahan yang mampu dimiliki dan perkhidmatan bandar yang lebih baik, mewujud persekitaran yang sihat dan selamat, meningkatkan kemudahan pengangkut an, dan mempromos i pengurusan sumber yang mampan. Inisiatif ini menyumbang ke arah mempertingkat kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, kestabilan sosial dikekalkan dalam persekitaran masyarakat penyayang yang terus menikmati keamanan, keselamatan dan keharmonian. Output bagi pelbagai inisiatif adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 4-1. Kotak 4-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Kesihatan . Memperluas perkhidmatan penjagaan primer . Meningkatkan promosi kesihatan dan aktiviti pendidikan . Melaksana dan mengukuhkan penyediaan penjagaan sekunder dan tertiari . Mengambil kira keperluan kesihatan bagi kumpulan sasar . Memenuhi keperluan sumber manusia di sektor perubatan . 34 klinik kesihatan dan 72 klinik desa dibina, menjadikan jumlah klinik kesihatan sebanyak 824 dan klinik desa 2,073 . Portal MyHealth dilancarkan sebagai saluran pendidikan kesihatan berasaskan internet. Saringan dan pengesanan awal faktor risiko diintegrasikan dalam perkhidmatan yang disediakan di klinik kesihatan . 21 hospital siap dibina, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 130, manakala 61 hospital menyediakan penjagaan sekunder dan perkhidmatan tertiari disediakan mengikut wilayah . Penjagaan kesihatan untuk warga emas disediakan di 600 klinik atau 73% daripada jumlah klinik, manakala penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak berasaskan keperluan khas disediakan di 214 klinik atau 26% daripada jumlah klinik . Jumlah doktor meningkat daripada 15,421 pada tahun 2005 kepada 18,140 pada tahun 2007. Jumlah pakar meningkat daripada 2,014 pada tahun 2005 kepada 2,413 pada tahun 2007 Perumahan dan Perkhidmatan Bandar . Membina rumah kos rendah . Meningkatkan keupayaan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) . 32,000 unit rumah kos rendah dibina . 3,702 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM129.6 juta . e-PBT, pusat setempat dan sistem penggredan PBT dilaksana Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 79 Komitmen Output Pembangunan Keluarga Memperkukuh institusi . kekeluargaan . Melindungi dan meningkatkan kebajikan kanakkanak . Membangunkan belia yang dinamik . Meningkatkan status dan kesejahteraan wanita . Meningkatkan penglibatan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat . Menggalak warga emas yang lebih aktif dan produktif . 4,000 peserta mendapat manfaat daripada program pembangunan keluarga termasuk SMARTSTART dan Keluarga@Kerja . 11,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada perkhidmatan sokongan krisis dan pendidikan, aktiviti pembangunan kanak-kanak dan kem motivasi . 13,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada 103 program yang dijalankan oleh jawatankuasa kebajikan kanak-kanak . 90,100 belia mendapat manfaat daripada program Youth to Youth . 738,000 belia mendapat manfaat daripada program Rakan Muda . 195,000 belia mendapat manfaat daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . Akta Belia Negara digubal pada tahun 2007 bagi menggalak dan melancarkan pembangunan belia . Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ditubuh untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan belia . 11,000 wanita menyertai latihan dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kraf tangan . 420 orang ibu tunggal dilatih di bawah program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) . 66 pusat pemulihan dibina, menjadikan jumlah keseluruhan 379 pusat . Akta Orang Kurang Upaya dan dasar negara untuk OKU digubal pada tahun 2007 . Pangkalan data pendaftaran OKU dibangunkan . 35 Unit Khidmat Penyayang bergerak disediakan . 3 pusat jagaan harian dibina, menjadikan jumlah keseluruhan 19 pusat . Pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat Bekalan Elektrik . Memperluas liputan elektrik luar bandar1 2005 2007 Semenanjung Malaysia 98.6% 98.7% Sabah 72.7% 74.7% Sarawak 80.8% 84.1% Malaysia 92.9% 93.5% . Program bekalan elektrik luar bandar telah memberi manfaat kepada 18,300 unit rumah di Malaysia yang merangkumi 4,900 unit rumah di Semenanjung Malaysia, 5,600 di Sabah dan 7,800 di Sarawak 1 Merujuk kepada unit rumah luar bandar yang menerima bekalan elektrik sebagai peratus keseluruhan unit rumah luar bandar. Angka ini dikira berasaskan Data Banci 2000 tidak termasuk unit rumah yang menggunakan unit penjanaan persendirian. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 80 Komitmen Output Bekalan Air . Memperluas liputan bekalan air luar bandar 2005 2007 Semenanjung Malaysia 92.0% 93.6% Sabah 61.0% 65.0% Sarawak 92.0% 92.0% Malaysia 92.9% 93.0% . Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) memberi manfaat kepada 117,465 isi rumah di Semenanjung Malaysia, 50,925 di Sabah dan 9,370 di Sarawak Pembetungan . Memperluas perkhidmatan pembetungan . Perkhidmatan diperluas kepada 650,000 penduduk setara (PE) . 308 loji rawatan pembetungan kecil diperbaiki dan dinaik taraf Alam Sekitar . Meningkatkan kualiti udara . Meningkatkan kualiti air sungai . Menguruskan bahan toksik dan berbahaya . Melindungi spesies flora dan fauna liar yang terancam . Pengurusan banjir . Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007 diwartakan pada 1 April 2007 bagi meningkatkan kualiti bahan api . 91 daripada 143 lembangan sungai dikategorikan sebagai bersih pada tahun 2007 berbanding 80 pada tahun 2005 . Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dipinda bagi membolehkan hukuman penjara mandatori atas kesalahan pelupusan sisa berjadual secara haram dan memastikan ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh syarikatnya . Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) diwartakan untuk mengawal perdagangan antarabangsa bagi spesies flora dan fauna liar yang terancam . Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Kedah disiapkan pada tahun 2007 dan Enakmen Sumber Air Kedah diwartakan . Terowong SMART mula beroperasi pada tahun 2007 Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 81 Komitmen Output Jalan Raya Membina jalan raya bagi menghubungkan . kawasan penempatan semula ke kawasan perindustrian luar bandar dan ladang terutama di Sabah dan Sarawak . Melaksana program keselamatan jalan raya . 317 km jalan dibina/dinaik taraf termasuk 98 km di Sabah dan 60 km di Sarawak . 988 kawasan yang sering berlaku kemalangan dibaik pulih . Kadar kemalangan maut di jalan raya berkurang daripada 4.2 setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2005 kepada 3.7 pada tahun 2007 Pengangkutan Bandar . Meningkatkan kecekapan dan keandalan perkhidmatan pengangkutan bandar . Stesen Kepong Sentral siap dibina dan 29 stesen Komuter dinaik taraf . Purata penumpang harian bagi perkhidmatan kereta api di bandar meningkat daripada 438,055 pada tahun 2005 kepada 478,300 pada tahun 2007 . Perkhidmatan Bas Rapid Penang di Pulau Pinang dimulakan pada bulan Julai 2007 Pengangkutan Udara . Meningkatkan kapasiti dan kemudahan lapangan terbang . Sebuah lapangan terbang dinaik taraf dan sebuah terminal penerbangan tambang murah dibina . Jumlah penumpang meningkat sebanyak 8.6% daripada 42.8 juta pada tahun 2005 kepada 46.5 juta pada tahun 2007 Pengangkutan Kereta Api . Mempertingkat liputan rangkaian/akses . Projek landasan kereta api berkembar elektrik Rawang- Ipoh siap pada tahun 2007 . Stesen Tampin dan Jerantut dibaik pulih dan dinaik taraf Keselamatan Awam . Meningkatkan keselamatan awam . Tambahan 5,202 anggota polis telah diambil pada tahun 2006 dan 5,342 pada tahun 2007 . 162 balai polis baru diwujudkan di premis persendirian terutama di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kebudayaan, Kesenian dan Warisan . Menyemai nilai-nilai budaya . Memperkukuh kebudayaan, kesenian dan warisan . 300,000 orang mendapat manfaat daripada 8 kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni di seluruh negara . 600,000 orang mendapat manfaat daripada 3,215 aktiviti kebudayaan dan kesenian . 569 tenaga pengajar kebudayaan dan kesenian menerima latihan lanjutan . 134 projek pemuliharaan dilaksana Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 82 Komitmen Output Sukan Menggalak gaya hidup aktif dan . sihat melalui sukan dan rekreasi . 2 juta orang mendapat manfaat daripada 800 program aerobik dan kecergasan yang dijalankan di seluruh negara . Membangunkan budaya kesukanan . 640,000 orang mendapat manfaat daripada 1,623 program sukan dan rekreasi . 2,737 persatuan sukan diberi bantuan kewangan dan bantuan lain ii . m elangk ah ke hadapan, 2008-2010 Kesihatan Mengekal dan meningkatkan status kesihatan rakyat Malaysia merupakan komponen penting pembangunan negara. Penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan akan terus diintegrasi dan kualiti penjagaan dipertingkat ke arah mencapai masyarakat yang lebih sihat. Penyampaian penjagaan kesihatan akan diperkukuh pada peringkat primer, sekunder dan tertiari. Tumpuan akan diberi terhadap perubahan corak penyakit, jurang perkhidmatan antara bandar dengan luar bandar serta memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat. Penjagaan kesihatan primer akan terus menjadi teras sistem penjagaan kesihatan. Walaupun status kesihatan penduduk secara keseluruhannya meningkat, beberapa cabaran baru telah wujud. Penyakit berjangkit seperti Virus Kurang Daya Tahan/Sindrom Kurang Daya Tahan (HIV/AIDS) meningkat sementara malaria dan tibi muncul semula. Penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan gangguan mental juga meningkat. Memandangkan penyakit tidak berjangkit boleh dikawal, pelaburan yang besar akan dibuat ke atas promosi kesihatan, pendidikan dan amalan gaya hidup sihat. Ini termasuk mempromosi aktiviti fizikal dan memperluas konsep gaya hidup sihat di sekolah dan tempat kerja. Pencegahan dan program kawalan HIV/AIDS akan diperkukuh, antara lain, dengan meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan penjagaan dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti dan yang menerima kesan akibat penyakit tersebut. Perkhidmatan pencegahan klinikal termasuk saringan serta pengesanan awal dan pengurusan pencegahan faktor berisiko akan disediakan di semua klinik kesihatan. Penyampaian penjagaan kes ihatan yang mampu diperoleh dan senang diakses akan memberi tumpuan kepada meningkatkan integrasi di semua peringkat penjagaan menerusi kerjasama yang lebih mantap antara sektor awam dan swasta serta menjadikan perkhidmatan Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 83 lebih berorientasikan pesakit. Kemudahan sedia ada akan dinaik taraf dan yang baru akan dibina ser ta dilengkapi dengan peralatan diagnostik moden untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dalam persekitaran yang lebih kondusif. Penyediaan penjagaan kes ihatan kepada kumpulan yang kurang mendapat akses seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dipertingkat. Lebih banyak klinik bergerak termasuk perkhidmatan doktor udara akan disediakan untuk kawasan terpencil. Respons dan pengawasan kesihatan akan terus diperkukuh untuk mencegah dan meminimumkan kesan penularan penyakit dan bencana. Penyampaian rawatan prahospital, kecemasan dan perkhidmatan penjagaan ambulatori akan dinaik taraf bagi mengurangkan bilangan kemasukan ke wad dan tempoh rawatan di hospi tal . Perawatan di rumah akan diperluas melalui kumpulan pelbagai disiplin yang berkeupayaan menyediakan nasihat farmaseutikal serta penjagaan paliatif dan pemulihan. Perkhidmatan teleperundingan akan diperluas ke seluruh negara dan portal MyHealth dipertingkat untuk membolehkan peni laian r i s iko kes ihatan secar a interaktif. Perkhidmatan penjagaan sekunder dan tertiari yang memberi fokus kepada penyembuhan dan pemulihan akan terus dipertingkat. Jaringan penjagaan klinikal, pusat kecemerlangan dan perkhidmatan penjagaan tertiari di peringkat wilayah akan diperluas untuk meningkatkan Penjagaan kesihatan yang mampu diperoleh dan berkualiti... akses. Penyepaduan perubatan tradisional dan komplementari (TCM) dalam sistem penyampaian kesihatan akan ditumpukan kepada penggunaan kaedah dan amalan seperti pengurusan kesakitan, pemakanan dan pemulihan. Penyelidikan kesihatan akan membantu dalam membuat keputusan berasaskan bukti dan meningkatkan pencapaian kesihatan. Senarai daftar pesakit diabetes, darah tinggi, penyakit mental dan kecederaan akan dibangunkan bagi membolehkan penyelidikan dilaksana untuk menyediakan asas intervensi yang luas bagi mengawal dan mencegah penyakit tersebut. Jaminan kualiti akan dipertingkat untuk menambah baik kualiti penjagaan dan memastikan keselamatan pesakit. Cabaran utama sektor kesihatan adalah memastikan personel kesihatan yang mencukupi di sektor awam. Walaupun nisbah profesional kesihatan kepada penduduk bertambah baik, perbezaan nisbah masih wujud. Memandangkan sumber manusia merupakan komponen utama dalam sistem penyampaian kesihatan, keupayaan profesional kesihatan akan terus diper t ingkat sei r ing dengan kemajuan kes ihatan terk ini untuk memenuhi pe rubahan k epe r lua n kesihatan penduduk. Inisiatif untuk mengatasi kekurangan personel akan meliputi per tambahan pengambilan p e l a j a r k e i n s t i t u s i p e n g a j i a n t inggi dan penurunan kuasa bagi penempatan personel. Pakej faedah baru untuk mengekalkan personel t e r l a t i h d i s e k t o r awam a k a n dipertimbang. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 84 Jadual 4-1 Nisbah Personel Kesihatan Kepada Penduduk, 2005 dan 2007 Kategori Personel Bilangan Nisbah kepada Penduduk 2005 2007 2005 2007 Doktor1 20,105 23,738 1 : 1,300 1 : 1,145 Doktor Gigi1 2,751 3,163 1 : 9,497 1 : 8,586 Ahli Farmasi1 4,012 5,730 1 : 6,512 1 : 4,742 Jururawat1 44,120 48,196 1 : 592 1 : 556 Pembantu Perubatan1 6,709 7,948 1 : 3,894 1 : 3,419 Juruteknik Pergigian2 655 684 1 : 39,889 1 : 39,728 Pembantu Pembedahan Pergigian2 2,355 2,632 1 : 11,094 1 : 10,324 Jururawat Masyarakat2 15,618 16,883 1 : 1,673 1 : 1,610 Jururawat Pergigian2 2,071 2,319 1 : 12,616 1 : 11,718 Jurupulih Carakerja2 301 405 1 : 86,802 1 : 67,096 Jurupulih Anggota2 468 576 1 : 55,828 1 : 47,177 Juru X-ray2 1,156 1,375 1 : 22,602 1 : 19,763 Juruteknologi Makmal Perubatan2 3,302 3,684 1 : 7,913 1 : 7,376 Nota: 1 Termasuk sektor awam dan swasta. 2 Merujuk kepada nisbah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerjasama antara penyedia penjagaan kesihatan di sektor awam dan swasta akan diperkukuh bagi menjamin penggunaan sumber secara optimum. Penyumberan luar perkhidmatan, penyewaan kemudahan kesihatan awam kepada pengamal swasta dan kerjasama dengan institusi perubatan swasta dalam melatih personel perubatan dan kesihatan bersekutu akan terus dilaksana. Penyedia swasta akan digalak untuk memberi penekanan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan. Peningkatan permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan perubahan corak penyakit menyumbang kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan. Sehubungan ini, Kerajaan akan mengkaji opsyen untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan bagi memastikan penjagaan kesihatan boleh diakses, mampu diperoleh dan sesuai dengan keperluan penduduk. Usaha ini akan menyumbang ke arah mencapai taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua. Perumahan dan Perkhidmatan Bandar Program perumahan sektor awam akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Pelaksanaan program Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 85 perumahan kos rendah akan dipercepat dengan pembinaan 18,500 unit rumah di bawah skim PPR Disewa. Di samping itu, sebanyak 12,300 unit di bawah program Rumah Mampu Milik akan dibina menjelang tahun 2010. Usaha akan terus diambil untuk menyediakan kawasan perumahan kos rendah dengan kemudahan dan keselesaan yang mencukupi bagi memastikan persekitaran tempat tinggal yang selesa. Bagi rumah panjang di Sabah dan Sarawak, skim PPR akan disesuaikan untuk menghasilkan reka bentuk rumah yang sesuai dengan mengambil kira amalan pemilikan rumah sedia ada. Langkah juga akan diambil untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan memperluas skim sewa-beli. Pengenalpastian pemohon yang layak untuk memiliki atau menyewa rumah kos rendah akan dipertingkat melalui penyepaduan pangkalan data pendaftaran dan pengagihan rumah kos rendah di peringkat Persekutuan dan negeri. Usaha akan terus diambil untuk menggalak penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan rumah yang mampu dimiliki. Proses pembandaran yang pesat terus meningkatkan permintaan terhadap perumahan, kemudahan awam dan infrastruktur yang memberikan cabaran kepada PBT. Sehubungan ini , PBT perlu berubah daripada penyediaan perkhidmatan secara rutin dan menambah ba i k peny ampa i an pe r k hidma t a n yang diperlukan. Langkah akan terus diambil untuk memperkukuh keupayaan dan kemampuan pengurusan PBT. Memandangkan penglibatan masyarakat adalah penting untuk memastikan tadbir urus yang baik di peringkat kerajaan tempatan, kerjasama antara PBT dengan masyarakat akan terus digalak termasuk melalui program Local Agenda 21. Dengan berkuatkuasanya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, antara lain, akan membolehkan Kerajaan melaksana skim kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal secara lebih kos efektif dan cekap. Program dan aktiviti akan dipergiat bagi menutup tapak pelupusan atau menaik taraf kepada tapak pelupusan sanitari. Di samping itu, pengurusan sisa pepejal akan dipertingkat melalui teknologi material recovery dan penekanan akan diberi kepada pelaksanaan konsep waste to wealth termasuk peluasan skim pengurangan sisa pepejal dan kitar semula. Insentif tambahan untuk menggalakkan pengurangan sisa pepejal dan aktiviti kitar semula akan diperkenal. Bekalan Elektrik Akses kepada bekalan elektrik, terutama kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak akan diperluas bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Kos membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar yang semakin meningkat akan ditangani dengan penggunaan kaedah yang berkesan kos, seperti hibrid solar, hidro-mikro dan turbin angin-mikro. Bagi membolehkan perancangan program dan penilaian pencapaian yang lebih baik, pangkalan data masyarakat luar bandar akan diperkemas. Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan akan diperkukuh lagi bagi mempercepat usaha membekal elektrik ke kawasan luar bandar. Penglibatan masyarakat akan juga dipertingkat bagi memastikan pelaksanaan program tersebut yang berterusan. Menjelang akhir tempoh Rancangan, liputan elektrik luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada 82.6% manakala Sarawak 93.2%. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 86 Bekalan Air dan Pembetungan Liputan bekalan air di luar bandar akan diperluas dengan pelaksanaan lebih banyak sistem aliran graviti, telaga tiub dan sistem penuaian air hujan melalui program BALB. Liputan bekalan air luar bandar dijangka meningkat kepada 70% di Sabah dan 95% di Sarawak. Perkhidmatan bekalan air akan memberi tumpuan kepada usaha memperluas dan menaik taraf sistem bekalan air serta melaksanakan program membaik pulih untuk mengurangkan air tidak terhasil. Penekanan juga akan diberi kepada usaha meningkatkan kualiti air bagi memenuhi piawaian antarabangsa. Selaras dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air, pengkorporatan bagi negeri-negeri yang belum melaksanakannya iaitu Kedah, Pahang, Perak, Perlis dan WP Labuan akan diteruskan, manakala penubuhan badan kawal selia air negeri akan dipercepatkan. Sistem pembetungan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terutama di Lembah Klang akan diperbaiki bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan awam, melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran air. Keutamaan akan diberi kepada usaha merasionalisasi dan memusatkan rangkaian pembetungan serta menaik taraf loji rawatan. Pelaksanaan sistem bil bersama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan dilaksanakan ke arah memperbaiki kutipan bil perkhidmatan pembetungan. Sistem Pengangkutan dan Keselamatan Jalan Raya Rangkaian jalan raya luar bandar akan terus diperluas bagi meningkatkan liputan yang masih tidak mencukupi terutama di Sabah dan Sarawak. Kajian sedang dijalankan untuk mengenal pasti keperluan jalan raya tambahan bagi memperluas rangkaian jalan raya dan meningkatkan akses di dua negeri tersebut. Pada masa yang sama, jalan raya lain yang akan dibina termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa II dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan Lebuhraya Senai-Desaru. Kesesakan lalu lintas terus menjadi masalah utama di bandar besar dan pusat bandar. Kapasiti jalan raya sedia ada yang tidak dapat menampung peningkatan penggunaan kenderaan persendirian ser ta perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akan ditangani secara sistematik. Usaha akan diambil termasuk memperluas liputan sistem rel transit bandar dan membina lebih banyak terminal pengangkutan bersepadu serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi bagi mencapai sasaran penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam pada nisbah 70:30 menjelang tahun 2010, khususnya di Lembah Klang. Pembangunan pelbagai infrastruktur pengangkutan juga akan mengambil kira keperluan meningkatkan akses dan keselesaan kepada OKU. Suruhanjaya pengangkutan awam akan ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras semua program dan inisiatif pembangunan sektor pengangkutan awam. Suruhanjaya tersebut juga bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan bersepadu. Liputan perkhidmatan komuter akan diperluas setelah projek landasan kereta api berkembar elektrik Sentul-Batu Caves siap dibina. Projek ini dijangka akan memberi faedah kepada 8,800 pengguna komuter sehari. Jajaran landasan transit aliran ringan laluan Kelana Jaya akan disambung dari Kelana Jaya ke Putra Sistem pengangkutan awam bersepadu... Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 87 Heights manakala laluan Ampang dari Sri Petaling ke Putra Heights. Kedua-dua jajaran tersebut akan dihubungkan di stesen pertukaran di Putra Heights. Kemalangan dan kematian di jalan raya masih tinggi walaupun kempen keselamatan jalan raya lebih giat dilaksanakan. Pelbagai langkah akan diambil bagi mengurangkan kadar kematian di jalan raya daripada 3.7 bagi setiap 10,000 kenderaan pada tahun 2007 kepada 3.0 menjelang tahun 2010. Ini termasuk membaik pulih kawasan yang sering berlaku kemalangan dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya. Per tumbuhan perkhidmatan udar a tambang murah telah meningkatkan peluang perjalanan udara dan mempergiat perjalanan udara dalam negara. Projek menaik taraf terminal penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL akan meningkatkan kapasiti terminal tersebut dan kecekapan perkhidmatan udara tambang murah. Perkhidmatan pengangkutan udara luar bandar akan diperluas untuk meningkatkan akses kepada penduduk di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Usaha menaik taraf terminal penerbangan tambang murah akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perjalanan tambang murah di kalangan lebih ramai penduduk. Pengangkutan sungai di k awasan pedalaman merupakan mod pengangkutan alternatif yang mempunyai keberkesanan kos dan mapan dari segi alam sekitar. Pelan induk akan digubal bagi meningkatkan sistem pengangkutan sungai dan pesisir pantai di Sarawak. Di samping itu, pembinaan jeti baru dan menaik taraf jeti sedia ada akan terus dilaksana untuk meningkatkan mobiliti penduduk luar bandar. Pembangunan Keluarga Institusi kekeluargaan perlu diperkukuh supaya nilai moral dan etika dapat diterap secara berkesan kepada generasi muda untuk berhadapan dengan pembangunan sosioekonomi yang pesat dan perubahan gaya hidup. Keluarga yang kukuh juga perlu untuk menyediakan penjagaan dan sokongan kepada ahli keluarga yang sakit, kurang upaya dan tua. Persekitaran keluarga yang kondusif akan menyediakan asas yang kukuh bagi kesejahteraan masyarakat. Dasar Keluarga Negara akan digubal untuk menyepadu usaha memperkukuh institusi kekeluargaan. Pengecilan saiz keluarga dan peningkatan jumlah warga emas memerlukan institusi formal untuk melengkapkan tanggungjawab tradisi keluarga. Lebih banyak pusat perkhidmatan keluarga setempat akan ditubuh untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang perlu termasuk kaunseling, latihan kemahiran keibubapaan dan perkhidmatan kesihatan reproduktif. Sektor swasta akan digalak untuk melaksana program bagi membantu keluarga dan individu yang memerlukan bantuan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. Keselamatan kanak-kanak masih merupakan satu keutamaan. Dasar pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak akan digubal untuk menyediakan rangka kerja bagi pembangunan kanak-kanak yang berusia kurang dari empat tahun. Di samping itu, penyediaan penjagaan yang berkualiti dan persekitaran yang selamat bagi kanakkanak adalah penting untuk meningkatkan dan menjamin kesejahteraan mereka. Akta Pusat Penjagaan Kanak-kanak 1984 yang dipinda, antara lain, membolehkan premis yang tidak mematuhi Akta ditutup. Akta ini akan dikuatkuasa untuk meningkatkan kualiti pusat penjagaan kanak-kanak. Penubuhan pusat penjagaan kanak- Keluarga berdaya tahan... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 88 kanak di tempat kerja juga akan digalak. Peranan pasukan perlindungan kanakkanak, jawatankuasa kebajikan kanak-kanak, penasihat kepada mahkamah kanak-kanak dan perkhidmatan sokongan saksi kanakkanak akan terus diperkukuh. Masyarakat akan digalak memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di kawasan mereka serta mengurangkan kejadian keganasan terhadap kanak-kanak. Lebih banyak pusat penjagaan komuniti bagi kanakkanak akan ditubuh untuk membantu mengurangkan kos penjagaan di kalangan keluarga berpendapatan rendah. Belia perlu dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka terlibat sebagai rakan dalam pembangunan negara. Program akan ditumpu ke arah memperkasa belia dengan pengetahuan, kualiti dan sikap positif untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan penggerak utama pembangunan serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan negara. Program Latihan Khidmat Negara akan dijadikan lebih menarik kepada peserta dan diterima secara terbuka oleh ibubapa, antara lain, dengan menambah baik modul sosial dan kemahiran hidup. Program Rakan Muda akan dipertingkat untuk menggalak penyertaan, meningkatkan nilai yang positif dan amalan gaya hidup sihat di kalangan belia. Program latihan kepimpinan akan diperkukuh dan diperluas supaya lebih ramai belia mengikuti program tersebut. Kerjasama dengan sektor swasta dan NGO akan dipergiat dalam menganjur dan melaksana program untuk faedah belia. Di samping itu, pertubuhan belia akan diperkasa untuk memast ikan pengurusan yang lebih cekap dan profesional serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan belia. Kajian mengenai isu berkaitan belia seper ti sosialisasi, kepimpinan dan pendidikan ser ta keberkesanan program sedia ada akan dilaksana untuk meningkatkan pembangunan belia. Perubahan peranan dan tanggungjawab wanita dalam keluarga dan masyarakat memer luk an s t rategi khusus bagi membantu mereka menghadapi dan menangani cabaran baru. Pelan tindakan bagi membolehkan wanita untuk mengisi sekurang-kurangnya 30% jawatan di peringkat membuat keputusan akan disediakan. Lebih banyak program latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang seperti ICT serta keusahawanan akan dilaksana untuk membolehkan lebih ramai wanita bekerja sendiri dan menyertai aktiviti ekonomi. Pelan strategik bagi ibu tunggal yang merangkumi program dalam bidang ekonomi, pendidikan dan latihan akan digubal untuk membantu meningk atk an keupayaan merek a mendapat pekerjaan. Program I-KIT akan terus dilaksana untuk membolehkan lebih ramai ibu tunggal terlibat dalam aktiviti peningkatan pendapatan. Kemudahan seperti pusat penjagaan kanak-kanak yang mampu dibayar akan disediakan dan masa kerja yang fleksibel akan digalak termasuk bekerja dari rumah. P r o g r am a k a n d i l a k s a n a u n t u k meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan wanita. Undangundang dan peraturan yang berkaitan akan dikaji dan dipinda bagi memperbaiki status dan kesejahteraan wanita. Akses kepada perlindungan sosial yang lebih baik dan mencukupi terutamanya dalam menghadapi penyakit, ketidakupayaan dan hari tua akan dipertingkat. Pelbagai program untuk meningkatkan kesihatan wanita akan dilaksana bagi memastikan wanita sihat sepanjang hayat. Program Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 89 mamogram akan diperluas dan lebih banyak klinik bergerak disediakan bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan asas. Meningkatkan penglibatan OKU dalam arus perdana masyarakat dan ekonomi akan membolehkan mereka berdikari serta menyumbang kepada pembangunan negara. Langkah akan dilaksana untuk mempertingkat akses kepada pendidikan dan latihan vokasional, pekerjaan serta menyediakan persekitaran tanpa halangan bagi membolehkan OKU mudah bergerak, berdikari dan mampu menyara hidup. Usaha akan diambil untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada OKU di sektor awam dan swasta serta menggalakkan mereka bekerja sendiri. Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya akan meneraju usaha untuk memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta serta NGO bagi memastikan pendekatan yang lebih selaras dalam melaksanakan dasar dan program. Lebih banyak pusat pemulihan berasaskan komuniti dan pusat khidmat setempat akan dibina dan yang sedia ada terus dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif. Usaha untuk mendaftar OKU akan dipergiat untuk memudahkan perancangan program dan kemudahan serta memastikan mereka mendapat akses kepada faedah dan bantuan kewangan. Penyediaan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti yang mencukupi untuk warga emas merupakan cabaran baru yang penting diberi perhatian memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat semakin menua menjelang tahun 2035 apabila 15% daripada penduduk dijangka akan melebihi 60 tahun. Sehubungan ini, langkah akan diambil untuk menilai kesan sosioekonomi penduduk semakin menua yang meliputi penyediaan penjagaan kesihatan, jaminan pendapatan dan perumahan. Dasar dan pelan tindakan mengenai masyarakat semakin menua akan dikaji semula untuk memudah dan melaksana program yang membolehkan warga emas menjalani kehidupan yang sihat dan produktif. Keselamatan Awam Keselamatan di bandar dan bandar raya akan dipertingkat melalui program bandar raya selamat. Sebanyak 23 langkah kritikal telah dikenal pasti untuk dilaksana oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan pemaju har tanah bagi membanteras vandalisme dan jenayah kecil. Garis panduan mengenai Pencegahan Jenayah melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPED) akan digubal untuk menyokong usaha meningkatkan keselamatan di bandar dan bandar raya. Pengambilan tambahan anggota polis akan dipergiat untuk mencapai 60,000 anggota menjelang 2012. Rukun Tetangga dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan dilibatkan dalam usaha mencegah jenayah. Kecekapan dan keberkesanan operasi kepolisan akan diper tingkat melalui pemodenan teknologi komunikasi maklumat dan rangka kerja pengurusan ICT bersepadu. Penglibatan yang lebih besar masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan akan diper tingkat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. Lebih banyak program kesedaran akan dilaksana di sekolah untuk menerapkan nilai positif di kalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Orang awam akan digalak untuk menyertai program Rakan Cop bagi meningkatkan keselamatan awam. Ke arah masyarakat sejahtera... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 90 Alam Sekitar Pengurusan alam sekitar dan sumber asli akan terus memberi tumpuan kepada mengekalkan persekitaran hidup yang bersih dan sihat serta memenuhi keperluan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan program sedia ada akan diperkukuh me l a lui pemant apan pende k a t a n pelbagai pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan penyelarasan antara agensi perancang dan pelaksana. Pada masa yang sama, langkah penguatkuasaan akan dipergiat untuk memastikan pematuhan piawaian alam sekitar, terutama oleh industri. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat, memandangkan penjagaan alam sekitar merupak an tanggungjawab set iap warganegara. Proses perancangan pembangunan akan mengambil kira isu alam sekitar secara holistik dan bersepadu. Sehubungan ini, penggunaan secara meluas instrumen perancangan alam sek i tar seper t i Penilaian Strategik Alam Sekitar dan Penilaian Kemampanan akan digalakkan. Penggunaan instrumen ini amat penting memandangkan amalan pengurusan sumber asli dan kepelbagaian biologi secara mampan akan membolehkan penggunaan sumber asli secara optimum dan memastikan kemampanan sumber ter sebut dalam jangka panjang. Perancangan guna tanah bagi tujuan pembangunan akan diperkukuh selaras dengan Pelan Fizikal Negara. Pembangunan koridor wilayah akan memberi perhatian sewajarnya kepada perlindungan alam sekitar dan kepelbagaian biologi. L angk ah a k an di l a k s ana k an bagi me n g u r a n g k a n p e n c ema r a n d a n memulihara sumber asli negara. Tumpuan khusus akan diber i kepada usaha meningkatkan kualiti udara dan air secara berterusan dan mengurangkan pencemaran sumber air dan tanah akibat pembuangan haram sisa pepejal, bahan toksik dan berbahaya. Garis panduan juga akan disediakan bagi pengurusan dan pelupusan sisa elektrikal dan elektronik secara lebih teratur. Perlindungan kepelbagaian biologi dan habitat kritikal akan dipergiat. Program pemuliharaan dan pembiakan in-situ dan ex-situ, dan pemulihan kawasan hutan yang terosot akan dipergiat bagi mengurangkan tekanan ke atas flora dan fauna di dalam habitat semulajadinya. Dua projek iaitu Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia dan Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak akan dilaksana untuk meningkatkan sambungan hutan bagi pergerakan hidupan liar, memperluas kawasan tampungan kepelbagaian biologi dan melindungi kawasan tadahan serta mewujudkan destinasi eko-pelancongan. Pusat Kecemerlangan Undang-undang Kepelbagaian Biologi akan ditubuhkan untuk meningkatkan keupayaan dalam isu perundangan berkaitan kepelbagaian biologi, bioteknologi dan biokeselamatan. Impor t , ekspor t dan penggunaan organisma hidup diubah suai dan produk yang terhasil daripada organisma tersebut serta perdagangan flora dan fauna yang terancam akan diurus dengan lebih baik melalui penguatkuasaan Akta Biokeselamatan 2007 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008. Program tebatan banjir akan dipergiat bagi memastikan langkah yang berkesan diambil untuk menangani kejadian banjir yang kerap berlaku. Di kawasan bandar, sistem saliran akan dipertingkat untuk mengatasi banjir kilat. Pelan induk jangka Persekitaran yang bersih dan sihat... Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 91 panjang yang menyeluruh berdasarkan pengurusan lembangan sungai bersepadu akan digubal bagi lembangan sungai yang sering dilanda banjir. Pelan induk tersebut akan meliputi perancangan guna tanah dan penandaan zon serta pengurusan air ribut untuk mengurangkan kejadian dan kesan banjir serta mewujudkan tindakan kecemasan semasa banjir. Usaha akan diteruskan bagi menangani impak perubahan iklim ke atas pelbagai sekto r ekonomi dan masyarakat . Langkah mitigasi akan ditumpu kepada menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan sumber yang diperbaharu serta menambah baik sistem pengangkutan awam dan langkah adaptas i akan digalakkan dalam projek pembangunan. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Penyemaian nilai positif akan terus diberi penekanan melalui kempen budi bahasa dan integriti. Budaya dan nilai tradisional akan dikekalkan dengan memelihara dan menggalakkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia untuk meningkatkan rasa memiliki bersama dan kenegaraan. Pada masa yang sama, pemupukan dan peningkatan pemahaman antara budaya serta penghargaan kepelbagaian budaya akan terus menjadi agenda penting dalam membina negara yang harmoni dan bersatu padu. Penyertaan masyarakat dalam kesenian untuk memupuk bakat dan menyemai penghargaan terhadap budaya dan seni tempatan akan terus dipertingkat melalui program kebudayaan, pameran dan acara yang berkualiti. Sukan Us aha a k an di tumpuk an k epada menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi serta memupuk bakat sukan ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan penyer taan dalam sukan massa dan berprestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan. Tahap profesionalisme dan kecekapan persatuan sukan kebangsaan akan terus diper tingkat bagi memastikan penyampaian dan pencapaian yang konsisten. Atlit muda akan dilatih dengan lebih bersistem bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pertandingan. Program mengenal pasti bakat akan diper luas dan apl ikasi sains sukan akan diperkukuh untuk meningkatkan prestasi. Di samping itu, bilangan jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman akan ditambah, antara lain, melalui perlantikan bekas atlit kebangsaan untuk menjadi jurulatih yang berkelayakan dan menjadikannya sebagai kerjaya. Sektor swasta juga akan digalak untuk memajukan aktiviti sukan dan rekreasi. iv. Pencapaian, 2010 Berdasarkan program dan strategi untuk baki tempoh Rancangan, jangkaan penc apa i an ada l ah s epe r t i y ang ditunjukkan dalam Kotak 4-2. Gaya hidup aktif... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 92 Kotak 4-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Kesihatan Mengurangkan kadar kematian bayi . kepada 4.9 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup . Mengurangkan kadar kematian ibu mengandung kepada 2.5 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup . Mengurangkan insiden TB kepada 59 bagi setiap 100,000 penduduk . Mengurangkan insiden malaria kepada 19 bagi setiap 100,000 penduduk . Meningkatkan nisbah doktor:penduduk kepada 1:763 . Meningkatkan nisbah doktor gigi:penduduk kepada 1:6,855 . Meningkatkan nisbah ahli farmasi:penduduk kepada 1:3,267 . Status kesihatan dipertingkat Perumahan dan Perkhidmatan Bandar . Membina 70,000 unit rumah kos rendah . Peluasan pusat setempat dan program Local Agenda 21 kepada semua 144 PBT . Pengurusan sisa pepejal bersepadu . Rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa . Perkhidmatan bandar dipertingkat Pembangunan Keluarga . Melaksana program pembangunan keluarga untuk 60,000 peserta . Melaksana Program Rakan Muda untuk 1,750,000 belia . Melaksana PLKN untuk 766,000 belia . Kesejahteraan keluarga dipertingkat . Belia diperkasa dengan sikap positif Bekalan Elektrik . Jangkaan liputan elektrik luar bandar: 2010 Semenanjung Malaysia 98.4% Sabah 82.6% Sarawak 93.2% Malaysia 95.5% . Program bekalan elektrik luar bandar dijangka memberi manfaat kepada tambahan 61,700 unit rumah dalam tempoh Rancangan . Liputan elektrik luar bandar diperluas Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 93 Komitmen Pencapaian Bekalan Air . Jangkaan liputan bekalan air luar bandar: 2010 Semenanjung Malaysia 96.0% Sabah 70.0% Sarawak 95.0% Malaysia 95.2% . Menjelang tahun 2010, program BALB dijangka memberi manfaat kepada 546,870 isi rumah di Semenanjung Malaysia, 164,200 di Sabah dan 167,170 di Sarawak . Pengkorporatan pihak berkuasa air negeri, iaitu negeri Kedah, Pahang, Perak, Perlis dan WP Labuan serta penubuhan badan kawal selia air negeri . Peningkatan liputan bekalan air luar bandar . Peningkatan kecekapan perkhidmatan bekalan air Pembetungan . Membina 11 loji rawatan pembetungan bagi menyediakan kemudahan kepada 2,859,000 PE . Merungkai loji rawatan pembetungan kecil yang berselerak . Memperkenal dana pusingan bagi meningkatkan penyambungan sistem kumbahan premis individu ke loji rawatan berpusat . Sistem bil bersama oleh SPAN bagi memastikan pengguna membayar bil untuk perkhidmatan pembetungan . Peningkatan kecekapan perkhidmatan pembetungan Jalan Raya . Kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) bagi Sabah dan Sarawak . Membina jalan raya bagi menghubungkan kawasan penempatan semula ke kawasan perindustrian dan ladang yang terletak di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak . Peningkatan liputan rangkaian jalan raya terutamanya di Sabah dan Sarawak Pengangkutan Udara . Menaik taraf lapangan terbang dan terminal penerbangan tambang murah di KLIA . Peningkatan kapasiti dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan udara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 94 Komitmen Pencapaian Pengangkutan Bandar . k .Menyambung perkhidmatan omuter ke Tanjung Malim ..Menyambung jajaran transit aliran ringan laluan Ampang sepanjang 16 km dari Sri Petaling ke Putra Heights ..Menyambung jajaran transit aliran ringan laluan Kelana Jaya sepanjang 16 km dari Kelana Jaya ke Putra Heights ..Menyiapkan projek landasan kereta api berkembar elektrik Sentul-Batu Caves ..Membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan . Peningkatan kemudahan dan liputan rangkaian pengangkutan awam di bandar Pengangkutan Kereta Api ..Membina projek landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar yang dijangka siap pada tahun 2013 ..Membina projek landasan kereta api berkembar elektrik Seremban-Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012 ..Membaik pulih dan membuat perolehan lokomotif dan gerabak ..Membaik pulih infrastruktur kereta api di negeri Sabah ..Memulakan perkhidmatan kereta api pantas antara bandar dari Kuala Lumpur ke Ipoh . Peningkatan kecekapan dan keandalan perkhidmatan pengangkutan kereta api. Alam Sekitar . Kandungan sulfur dalam diesel akan dikurangkan daripada 3,000 ppm kepada 500 ppm manakala petrol daripada 1,500 ppm kepada 500 ppm . Lembangan sungai yang tercemar akan dipertingkat daripada kategori Kelas III kepada Kelas II melalui Program Pencegahan Pencemaran dan Kualiti Air Sungai . Pangkalan data mengenai kepelbagaian biologi negara akan dibangunkan . Keupayaan dalam perundangan mengenai isu kepelbagaian biologi, bioteknologi dan biokeselamatan akan dipertingkat . Pelan induk berdasarkan pendekatan holistik dan bersepadu akan digubal sebagai penyelesaian jangka panjang bagi kejadian banjir terutamanya di kawasan yang sering dilanda banjir . Peningkatan kualiti udara . Peningkatan kualiti air sungai . Pengurusan kepelbagaian biologi yang lebih baik . Pengurangan kejadian banjir Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 95 Komitmen Pencapaian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan . Melaksana 150 kempen budi bahasa di seluruh negara, melibatkan 300,000 peserta . Melaksana 4,500 aktiviti kebudayaan dan kesenian . Melahirkan 1,500 graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) . Masyarakat yang bertoleransi dan harmoni . Peningkatan penghayatan kebudayaan, kesenian dan warisan Sukan . 2.5 juta orang menyertai program sukan massa . Melatih 24,000 jurulatih . Membangunkan 14,570 atlit melalui program mengenalpasti bakat . Gaya hidup aktif dan sihat . Kecemerlangan dalam sukan V. PENUTUP Pelaksanaan program secara berterusan ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat akan memastikan rakyat mendapat akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, perumahan, kemudahan dan perkhidmatan bandar yang lain. Usaha memperkukuh institusi kekeluargaan dan melindungi golongan masyarakat yang mudah terjejas akan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih penyayang. Sukan dan aktiviti rekreasi akan dipromosi untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Keselamatan awam akan dipertingkat. Pertimbangan mengarusperdana alam seki tar dalam pembangunan akan diberi penekanan untuk melindungi alam sekitar dan penggunaan mampan sumber semula jadi dapat dikekalkan. Promosi dan pemeliharaan kebudayaan, kesenian dan warisan akan menyumbang ke arah membina identiti kebangsaan dan perpaduan negara serta rasa bangga terhadap negara. Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 75 4 teras MENINGKAT KAN TA HAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP Kajian separuh peng al Rancang an malaysia kesembil an, 2006-2010 Teras Empat 77 MENINGKAT KAN TA HAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP I. PENDAHULUAN Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) memberi penekanan supaya pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, RMKe-9 telah merangka pelbagai strategi untuk memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan, kemudahan dan perumahan, memperluas jaringan jalan raya ke kawasan luar bandar, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya. Langkah juga diambil untuk memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin bagi rakyat. Berikutan cabaran daripada kepesatan pembangunan sosioekonomi dan kesannya kepada keluarga, pelbagai program dilaksana untuk meningkatkan kesejahteraan dan membina masyarakat yang lebih penyayang termasuk memperkasa wanita, melindungi kanak-kanak dan meningkatkan peranan belia dalam masyarakat. Aktiviti sukan dan rekreasi dipertingkat bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat serta mencapai kecemerlangan dalam sukan di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa. Di samping itu, langkah juga diambil untuk meningkatkan peranan kebudayaan, kesenian dan warisan bagi memperkukuh identiti dan perpaduan nasional. RMKe-9 juga menyedari kepentingan pengurusan alam sekitar dan sumber asli secara holistik dan bersepadu dalam membantu meningkatkan kualiti hidup. Dalam tempoh akhir Rancangan, penekanan yang lebih besar akan diberi kepada meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan akses serta penambahbaikan kualiti penjagaan kesihatan dan kemudahan sosial yang lain. Tumpuan akan diberi kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti, mampu dibeli atau disewa serta memperluas bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar serta untuk golongan miskin di bandar. Rangkaian kemudahan pengangkutan yang lebih meluas akan disedia untuk menyepadukan kawasan bandar dan luar bandar. Penyediaan kemudahan pengangkutan ini akan meningkatkan akses penduduk luar bandar kepada pasaran dan perkhidmatan perbandaran. Pembangunan sistem pengangkutan awam bersepadu akan mewujudkan perkhidmatan yang cekap. Keselamatan awam akan dipertingkat dengan menambah kapasiti dan keupayaan pasukan polis serta penglibatan masyarakat yang lebih besar. Program yang strategik akan dilaksana untuk memperkukuh institusi kekeluargaan bagi menghadapi cabaran urbanisasi dan gaya hidup moden. Aktiviti sukan dan rekreasi akan terus dipertingkat untuk menggalak masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif ser ta mencapai kecemerlangan dalam sukan. Penekanan yang lebih akan diberi terhadap penghayatan budaya, seni dan warisan kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kemampanan penggunaan sumber asli termasuk memberi keutamaan kepada kepentingan alam sekitar dalam rancangan pembangunan. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 78 II. PENCA PAIAN UTA MA, 2006-2007 Usaha bersepadu telah diambil untuk memenuhi keper luan hak ik i bagi meningkatkan kualiti hidup. Ini termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif dan projek ke arah mempertingkat akses dan kualiti penjagaan kesihatan serta kemudahan asas, menyedia perumahan yang mampu dimiliki dan perkhidmatan bandar yang lebih baik, mewujud persekitaran yang sihat dan selamat, meningkatkan kemudahan pengangkut an, dan mempromos i pengurusan sumber yang mampan. Inisiatif ini menyumbang ke arah mempertingkat kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, kestabilan sosial dikekalkan dalam persekitaran masyarakat penyayang yang terus menikmati keamanan, keselamatan dan keharmonian. Output bagi pelbagai inisiatif adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 4-1. Kotak 4-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output Kesihatan . Memperluas perkhidmatan penjagaan primer . Meningkatkan promosi kesihatan dan aktiviti pendidikan . Melaksana dan mengukuhkan penyediaan penjagaan sekunder dan tertiari . Mengambil kira keperluan kesihatan bagi kumpulan sasar . Memenuhi keperluan sumber manusia di sektor perubatan . 34 klinik kesihatan dan 72 klinik desa dibina, menjadikan jumlah klinik kesihatan sebanyak 824 dan klinik desa 2,073 . Portal MyHealth dilancarkan sebagai saluran pendidikan kesihatan berasaskan internet. Saringan dan pengesanan awal faktor risiko diintegrasikan dalam perkhidmatan yang disediakan di klinik kesihatan . 21 hospital siap dibina, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 130, manakala 61 hospital menyediakan penjagaan sekunder dan perkhidmatan tertiari disediakan mengikut wilayah . Penjagaan kesihatan untuk warga emas disediakan di 600 klinik atau 73% daripada jumlah klinik, manakala penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak berasaskan keperluan khas disediakan di 214 klinik atau 26% daripada jumlah klinik . Jumlah doktor meningkat daripada 15,421 pada tahun 2005 kepada 18,140 pada tahun 2007. Jumlah pakar meningkat daripada 2,014 pada tahun 2005 kepada 2,413 pada tahun 2007 Perumahan dan Perkhidmatan Bandar . Membina rumah kos rendah . Meningkatkan keupayaan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) . 32,000 unit rumah kos rendah dibina . 3,702 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM129.6 juta . e-PBT, pusat setempat dan sistem penggredan PBT dilaksana Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 79 Komitmen Output Pembangunan Keluarga Memperkukuh institusi . kekeluargaan . Melindungi dan meningkatkan kebajikan kanakkanak . Membangunkan belia yang dinamik . Meningkatkan status dan kesejahteraan wanita . Meningkatkan penglibatan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat . Menggalak warga emas yang lebih aktif dan produktif . 4,000 peserta mendapat manfaat daripada program pembangunan keluarga termasuk SMARTSTART dan Keluarga@Kerja . 11,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada perkhidmatan sokongan krisis dan pendidikan, aktiviti pembangunan kanak-kanak dan kem motivasi . 13,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada 103 program yang dijalankan oleh jawatankuasa kebajikan kanak-kanak . 90,100 belia mendapat manfaat daripada program Youth to Youth . 738,000 belia mendapat manfaat daripada program Rakan Muda . 195,000 belia mendapat manfaat daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . Akta Belia Negara digubal pada tahun 2007 bagi menggalak dan melancarkan pembangunan belia . Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ditubuh untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan belia . 11,000 wanita menyertai latihan dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kraf tangan . 420 orang ibu tunggal dilatih di bawah program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) . 66 pusat pemulihan dibina, menjadikan jumlah keseluruhan 379 pusat . Akta Orang Kurang Upaya dan dasar negara untuk OKU digubal pada tahun 2007 . Pangkalan data pendaftaran OKU dibangunkan . 35 Unit Khidmat Penyayang bergerak disediakan . 3 pusat jagaan harian dibina, menjadikan jumlah keseluruhan 19 pusat . Pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat Bekalan Elektrik . Memperluas liputan elektrik luar bandar1 2005 2007 Semenanjung Malaysia 98.6% 98.7% Sabah 72.7% 74.7% Sarawak 80.8% 84.1% Malaysia 92.9% 93.5% . Program bekalan elektrik luar bandar telah memberi manfaat kepada 18,300 unit rumah di Malaysia yang merangkumi 4,900 unit rumah di Semenanjung Malaysia, 5,600 di Sabah dan 7,800 di Sarawak 1 Merujuk kepada unit rumah luar bandar yang menerima bekalan elektrik sebagai peratus keseluruhan unit rumah luar bandar. Angka ini dikira berasaskan Data Banci 2000 tidak termasuk unit rumah yang menggunakan unit penjanaan persendirian. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 80 Komitmen Output Bekalan Air . Memperluas liputan bekalan air luar bandar 2005 2007 Semenanjung Malaysia 92.0% 93.6% Sabah 61.0% 65.0% Sarawak 92.0% 92.0% Malaysia 92.9% 93.0% . Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) memberi manfaat kepada 117,465 isi rumah di Semenanjung Malaysia, 50,925 di Sabah dan 9,370 di Sarawak Pembetungan . Memperluas perkhidmatan pembetungan . Perkhidmatan diperluas kepada 650,000 penduduk setara (PE) . 308 loji rawatan pembetungan kecil diperbaiki dan dinaik taraf Alam Sekitar . Meningkatkan kualiti udara . Meningkatkan kualiti air sungai . Menguruskan bahan toksik dan berbahaya . Melindungi spesies flora dan fauna liar yang terancam . Pengurusan banjir . Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007 diwartakan pada 1 April 2007 bagi meningkatkan kualiti bahan api . 91 daripada 143 lembangan sungai dikategorikan sebagai bersih pada tahun 2007 berbanding 80 pada tahun 2005 . Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dipinda bagi membolehkan hukuman penjara mandatori atas kesalahan pelupusan sisa berjadual secara haram dan memastikan ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh syarikatnya . Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) diwartakan untuk mengawal perdagangan antarabangsa bagi spesies flora dan fauna liar yang terancam . Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Kedah disiapkan pada tahun 2007 dan Enakmen Sumber Air Kedah diwartakan . Terowong SMART mula beroperasi pada tahun 2007 Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 81 Komitmen Output Jalan Raya Membina jalan raya bagi menghubungkan . kawasan penempatan semula ke kawasan perindustrian luar bandar dan ladang terutama di Sabah dan Sarawak . Melaksana program keselamatan jalan raya . 317 km jalan dibina/dinaik taraf termasuk 98 km di Sabah dan 60 km di Sarawak . 988 kawasan yang sering berlaku kemalangan dibaik pulih . Kadar kemalangan maut di jalan raya berkurang daripada 4.2 setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2005 kepada 3.7 pada tahun 2007 Pengangkutan Bandar . Meningkatkan kecekapan dan keandalan perkhidmatan pengangkutan bandar . Stesen Kepong Sentral siap dibina dan 29 stesen Komuter dinaik taraf . Purata penumpang harian bagi perkhidmatan kereta api di bandar meningkat daripada 438,055 pada tahun 2005 kepada 478,300 pada tahun 2007 . Perkhidmatan Bas Rapid Penang di Pulau Pinang dimulakan pada bulan Julai 2007 Pengangkutan Udara . Meningkatkan kapasiti dan kemudahan lapangan terbang . Sebuah lapangan terbang dinaik taraf dan sebuah terminal penerbangan tambang murah dibina . Jumlah penumpang meningkat sebanyak 8.6% daripada 42.8 juta pada tahun 2005 kepada 46.5 juta pada tahun 2007 Pengangkutan Kereta Api . Mempertingkat liputan rangkaian/akses . Projek landasan kereta api berkembar elektrik Rawang- Ipoh siap pada tahun 2007 . Stesen Tampin dan Jerantut dibaik pulih dan dinaik taraf Keselamatan Awam . Meningkatkan keselamatan awam . Tambahan 5,202 anggota polis telah diambil pada tahun 2006 dan 5,342 pada tahun 2007 . 162 balai polis baru diwujudkan di premis persendirian terutama di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kebudayaan, Kesenian dan Warisan . Menyemai nilai-nilai budaya . Memperkukuh kebudayaan, kesenian dan warisan . 300,000 orang mendapat manfaat daripada 8 kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni di seluruh negara . 600,000 orang mendapat manfaat daripada 3,215 aktiviti kebudayaan dan kesenian . 569 tenaga pengajar kebudayaan dan kesenian menerima latihan lanjutan . 134 projek pemuliharaan dilaksana Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 82 Komitmen Output Sukan Menggalak gaya hidup aktif dan . sihat melalui sukan dan rekreasi . 2 juta orang mendapat manfaat daripada 800 program aerobik dan kecergasan yang dijalankan di seluruh negara . Membangunkan budaya kesukanan . 640,000 orang mendapat manfaat daripada 1,623 program sukan dan rekreasi . 2,737 persatuan sukan diberi bantuan kewangan dan bantuan lain ii . m elangk ah ke hadapan, 2008-2010 Kesihatan Mengekal dan meningkatkan status kesihatan rakyat Malaysia merupakan komponen penting pembangunan negara. Penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan akan terus diintegrasi dan kualiti penjagaan dipertingkat ke arah mencapai masyarakat yang lebih sihat. Penyampaian penjagaan kesihatan akan diperkukuh pada peringkat primer, sekunder dan tertiari. Tumpuan akan diberi terhadap perubahan corak penyakit, jurang perkhidmatan antara bandar dengan luar bandar serta memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat. Penjagaan kesihatan primer akan terus menjadi teras sistem penjagaan kesihatan. Walaupun status kesihatan penduduk secara keseluruhannya meningkat, beberapa cabaran baru telah wujud. Penyakit berjangkit seperti Virus Kurang Daya Tahan/Sindrom Kurang Daya Tahan (HIV/AIDS) meningkat sementara malaria dan tibi muncul semula. Penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan gangguan mental juga meningkat. Memandangkan penyakit tidak berjangkit boleh dikawal, pelaburan yang besar akan dibuat ke atas promosi kesihatan, pendidikan dan amalan gaya hidup sihat. Ini termasuk mempromosi aktiviti fizikal dan memperluas konsep gaya hidup sihat di sekolah dan tempat kerja. Pencegahan dan program kawalan HIV/AIDS akan diperkukuh, antara lain, dengan meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan penjagaan dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti dan yang menerima kesan akibat penyakit tersebut. Perkhidmatan pencegahan klinikal termasuk saringan serta pengesanan awal dan pengurusan pencegahan faktor berisiko akan disediakan di semua klinik kesihatan. Penyampaian penjagaan kes ihatan yang mampu diperoleh dan senang diakses akan memberi tumpuan kepada meningkatkan integrasi di semua peringkat penjagaan menerusi kerjasama yang lebih mantap antara sektor awam dan swasta serta menjadikan perkhidmatan Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 83 lebih berorientasikan pesakit. Kemudahan sedia ada akan dinaik taraf dan yang baru akan dibina ser ta dilengkapi dengan peralatan diagnostik moden untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dalam persekitaran yang lebih kondusif. Penyediaan penjagaan kes ihatan kepada kumpulan yang kurang mendapat akses seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dipertingkat. Lebih banyak klinik bergerak termasuk perkhidmatan doktor udara akan disediakan untuk kawasan terpencil. Respons dan pengawasan kesihatan akan terus diperkukuh untuk mencegah dan meminimumkan kesan penularan penyakit dan bencana. Penyampaian rawatan prahospital, kecemasan dan perkhidmatan penjagaan ambulatori akan dinaik taraf bagi mengurangkan bilangan kemasukan ke wad dan tempoh rawatan di hospi tal . Perawatan di rumah akan diperluas melalui kumpulan pelbagai disiplin yang berkeupayaan menyediakan nasihat farmaseutikal serta penjagaan paliatif dan pemulihan. Perkhidmatan teleperundingan akan diperluas ke seluruh negara dan portal MyHealth dipertingkat untuk membolehkan peni laian r i s iko kes ihatan secar a interaktif. Perkhidmatan penjagaan sekunder dan tertiari yang memberi fokus kepada penyembuhan dan pemulihan akan terus dipertingkat. Jaringan penjagaan klinikal, pusat kecemerlangan dan perkhidmatan penjagaan tertiari di peringkat wilayah akan diperluas untuk meningkatkan Penjagaan kesihatan yang mampu diperoleh dan berkualiti... akses. Penyepaduan perubatan tradisional dan komplementari (TCM) dalam sistem penyampaian kesihatan akan ditumpukan kepada penggunaan kaedah dan amalan seperti pengurusan kesakitan, pemakanan dan pemulihan. Penyelidikan kesihatan akan membantu dalam membuat keputusan berasaskan bukti dan meningkatkan pencapaian kesihatan. Senarai daftar pesakit diabetes, darah tinggi, penyakit mental dan kecederaan akan dibangunkan bagi membolehkan penyelidikan dilaksana untuk menyediakan asas intervensi yang luas bagi mengawal dan mencegah penyakit tersebut. Jaminan kualiti akan dipertingkat untuk menambah baik kualiti penjagaan dan memastikan keselamatan pesakit. Cabaran utama sektor kesihatan adalah memastikan personel kesihatan yang mencukupi di sektor awam. Walaupun nisbah profesional kesihatan kepada penduduk bertambah baik, perbezaan nisbah masih wujud. Memandangkan sumber manusia merupakan komponen utama dalam sistem penyampaian kesihatan, keupayaan profesional kesihatan akan terus diper t ingkat sei r ing dengan kemajuan kes ihatan terk ini untuk memenuhi pe rubahan k epe r lua n kesihatan penduduk. Inisiatif untuk mengatasi kekurangan personel akan meliputi per tambahan pengambilan p e l a j a r k e i n s t i t u s i p e n g a j i a n t inggi dan penurunan kuasa bagi penempatan personel. Pakej faedah baru untuk mengekalkan personel t e r l a t i h d i s e k t o r awam a k a n dipertimbang. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 84 Jadual 4-1 Nisbah Personel Kesihatan Kepada Penduduk, 2005 dan 2007 Kategori Personel Bilangan Nisbah kepada Penduduk 2005 2007 2005 2007 Doktor1 20,105 23,738 1 : 1,300 1 : 1,145 Doktor Gigi1 2,751 3,163 1 : 9,497 1 : 8,586 Ahli Farmasi1 4,012 5,730 1 : 6,512 1 : 4,742 Jururawat1 44,120 48,196 1 : 592 1 : 556 Pembantu Perubatan1 6,709 7,948 1 : 3,894 1 : 3,419 Juruteknik Pergigian2 655 684 1 : 39,889 1 : 39,728 Pembantu Pembedahan Pergigian2 2,355 2,632 1 : 11,094 1 : 10,324 Jururawat Masyarakat2 15,618 16,883 1 : 1,673 1 : 1,610 Jururawat Pergigian2 2,071 2,319 1 : 12,616 1 : 11,718 Jurupulih Carakerja2 301 405 1 : 86,802 1 : 67,096 Jurupulih Anggota2 468 576 1 : 55,828 1 : 47,177 Juru X-ray2 1,156 1,375 1 : 22,602 1 : 19,763 Juruteknologi Makmal Perubatan2 3,302 3,684 1 : 7,913 1 : 7,376 Nota: 1 Termasuk sektor awam dan swasta. 2 Merujuk kepada nisbah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerjasama antara penyedia penjagaan kesihatan di sektor awam dan swasta akan diperkukuh bagi menjamin penggunaan sumber secara optimum. Penyumberan luar perkhidmatan, penyewaan kemudahan kesihatan awam kepada pengamal swasta dan kerjasama dengan institusi perubatan swasta dalam melatih personel perubatan dan kesihatan bersekutu akan terus dilaksana. Penyedia swasta akan digalak untuk memberi penekanan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan. Peningkatan permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan perubahan corak penyakit menyumbang kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan. Sehubungan ini, Kerajaan akan mengkaji opsyen untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan bagi memastikan penjagaan kesihatan boleh diakses, mampu diperoleh dan sesuai dengan keperluan penduduk. Usaha ini akan menyumbang ke arah mencapai taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua. Perumahan dan Perkhidmatan Bandar Program perumahan sektor awam akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Pelaksanaan program Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 85 perumahan kos rendah akan dipercepat dengan pembinaan 18,500 unit rumah di bawah skim PPR Disewa. Di samping itu, sebanyak 12,300 unit di bawah program Rumah Mampu Milik akan dibina menjelang tahun 2010. Usaha akan terus diambil untuk menyediakan kawasan perumahan kos rendah dengan kemudahan dan keselesaan yang mencukupi bagi memastikan persekitaran tempat tinggal yang selesa. Bagi rumah panjang di Sabah dan Sarawak, skim PPR akan disesuaikan untuk menghasilkan reka bentuk rumah yang sesuai dengan mengambil kira amalan pemilikan rumah sedia ada. Langkah juga akan diambil untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan memperluas skim sewa-beli. Pengenalpastian pemohon yang layak untuk memiliki atau menyewa rumah kos rendah akan dipertingkat melalui penyepaduan pangkalan data pendaftaran dan pengagihan rumah kos rendah di peringkat Persekutuan dan negeri. Usaha akan terus diambil untuk menggalak penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan rumah yang mampu dimiliki. Proses pembandaran yang pesat terus meningkatkan permintaan terhadap perumahan, kemudahan awam dan infrastruktur yang memberikan cabaran kepada PBT. Sehubungan ini , PBT perlu berubah daripada penyediaan perkhidmatan secara rutin dan menambah ba i k peny ampa i an pe r k hidma t a n yang diperlukan. Langkah akan terus diambil untuk memperkukuh keupayaan dan kemampuan pengurusan PBT. Memandangkan penglibatan masyarakat adalah penting untuk memastikan tadbir urus yang baik di peringkat kerajaan tempatan, kerjasama antara PBT dengan masyarakat akan terus digalak termasuk melalui program Local Agenda 21. Dengan berkuatkuasanya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, antara lain, akan membolehkan Kerajaan melaksana skim kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal secara lebih kos efektif dan cekap. Program dan aktiviti akan dipergiat bagi menutup tapak pelupusan atau menaik taraf kepada tapak pelupusan sanitari. Di samping itu, pengurusan sisa pepejal akan dipertingkat melalui teknologi material recovery dan penekanan akan diberi kepada pelaksanaan konsep waste to wealth termasuk peluasan skim pengurangan sisa pepejal dan kitar semula. Insentif tambahan untuk menggalakkan pengurangan sisa pepejal dan aktiviti kitar semula akan diperkenal. Bekalan Elektrik Akses kepada bekalan elektrik, terutama kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak akan diperluas bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Kos membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar yang semakin meningkat akan ditangani dengan penggunaan kaedah yang berkesan kos, seperti hibrid solar, hidro-mikro dan turbin angin-mikro. Bagi membolehkan perancangan program dan penilaian pencapaian yang lebih baik, pangkalan data masyarakat luar bandar akan diperkemas. Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan akan diperkukuh lagi bagi mempercepat usaha membekal elektrik ke kawasan luar bandar. Penglibatan masyarakat akan juga dipertingkat bagi memastikan pelaksanaan program tersebut yang berterusan. Menjelang akhir tempoh Rancangan, liputan elektrik luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada 82.6% manakala Sarawak 93.2%. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 86 Bekalan Air dan Pembetungan Liputan bekalan air di luar bandar akan diperluas dengan pelaksanaan lebih banyak sistem aliran graviti, telaga tiub dan sistem penuaian air hujan melalui program BALB. Liputan bekalan air luar bandar dijangka meningkat kepada 70% di Sabah dan 95% di Sarawak. Perkhidmatan bekalan air akan memberi tumpuan kepada usaha memperluas dan menaik taraf sistem bekalan air serta melaksanakan program membaik pulih untuk mengurangkan air tidak terhasil. Penekanan juga akan diberi kepada usaha meningkatkan kualiti air bagi memenuhi piawaian antarabangsa. Selaras dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air, pengkorporatan bagi negeri-negeri yang belum melaksanakannya iaitu Kedah, Pahang, Perak, Perlis dan WP Labuan akan diteruskan, manakala penubuhan badan kawal selia air negeri akan dipercepatkan. Sistem pembetungan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terutama di Lembah Klang akan diperbaiki bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan awam, melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran air. Keutamaan akan diberi kepada usaha merasionalisasi dan memusatkan rangkaian pembetungan serta menaik taraf loji rawatan. Pelaksanaan sistem bil bersama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan dilaksanakan ke arah memperbaiki kutipan bil perkhidmatan pembetungan. Sistem Pengangkutan dan Keselamatan Jalan Raya Rangkaian jalan raya luar bandar akan terus diperluas bagi meningkatkan liputan yang masih tidak mencukupi terutama di Sabah dan Sarawak. Kajian sedang dijalankan untuk mengenal pasti keperluan jalan raya tambahan bagi memperluas rangkaian jalan raya dan meningkatkan akses di dua negeri tersebut. Pada masa yang sama, jalan raya lain yang akan dibina termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa II dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan Lebuhraya Senai-Desaru. Kesesakan lalu lintas terus menjadi masalah utama di bandar besar dan pusat bandar. Kapasiti jalan raya sedia ada yang tidak dapat menampung peningkatan penggunaan kenderaan persendirian ser ta perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akan ditangani secara sistematik. Usaha akan diambil termasuk memperluas liputan sistem rel transit bandar dan membina lebih banyak terminal pengangkutan bersepadu serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi bagi mencapai sasaran penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam pada nisbah 70:30 menjelang tahun 2010, khususnya di Lembah Klang. Pembangunan pelbagai infrastruktur pengangkutan juga akan mengambil kira keperluan meningkatkan akses dan keselesaan kepada OKU. Suruhanjaya pengangkutan awam akan ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras semua program dan inisiatif pembangunan sektor pengangkutan awam. Suruhanjaya tersebut juga bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan bersepadu. Liputan perkhidmatan komuter akan diperluas setelah projek landasan kereta api berkembar elektrik Sentul-Batu Caves siap dibina. Projek ini dijangka akan memberi faedah kepada 8,800 pengguna komuter sehari. Jajaran landasan transit aliran ringan laluan Kelana Jaya akan disambung dari Kelana Jaya ke Putra Sistem pengangkutan awam bersepadu... Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 87 Heights manakala laluan Ampang dari Sri Petaling ke Putra Heights. Kedua-dua jajaran tersebut akan dihubungkan di stesen pertukaran di Putra Heights. Kemalangan dan kematian di jalan raya masih tinggi walaupun kempen keselamatan jalan raya lebih giat dilaksanakan. Pelbagai langkah akan diambil bagi mengurangkan kadar kematian di jalan raya daripada 3.7 bagi setiap 10,000 kenderaan pada tahun 2007 kepada 3.0 menjelang tahun 2010. Ini termasuk membaik pulih kawasan yang sering berlaku kemalangan dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya. Per tumbuhan perkhidmatan udar a tambang murah telah meningkatkan peluang perjalanan udara dan mempergiat perjalanan udara dalam negara. Projek menaik taraf terminal penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL akan meningkatkan kapasiti terminal tersebut dan kecekapan perkhidmatan udara tambang murah. Perkhidmatan pengangkutan udara luar bandar akan diperluas untuk meningkatkan akses kepada penduduk di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Usaha menaik taraf terminal penerbangan tambang murah akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perjalanan tambang murah di kalangan lebih ramai penduduk. Pengangkutan sungai di k awasan pedalaman merupakan mod pengangkutan alternatif yang mempunyai keberkesanan kos dan mapan dari segi alam sekitar. Pelan induk akan digubal bagi meningkatkan sistem pengangkutan sungai dan pesisir pantai di Sarawak. Di samping itu, pembinaan jeti baru dan menaik taraf jeti sedia ada akan terus dilaksana untuk meningkatkan mobiliti penduduk luar bandar. Pembangunan Keluarga Institusi kekeluargaan perlu diperkukuh supaya nilai moral dan etika dapat diterap secara berkesan kepada generasi muda untuk berhadapan dengan pembangunan sosioekonomi yang pesat dan perubahan gaya hidup. Keluarga yang kukuh juga perlu untuk menyediakan penjagaan dan sokongan kepada ahli keluarga yang sakit, kurang upaya dan tua. Persekitaran keluarga yang kondusif akan menyediakan asas yang kukuh bagi kesejahteraan masyarakat. Dasar Keluarga Negara akan digubal untuk menyepadu usaha memperkukuh institusi kekeluargaan. Pengecilan saiz keluarga dan peningkatan jumlah warga emas memerlukan institusi formal untuk melengkapkan tanggungjawab tradisi keluarga. Lebih banyak pusat perkhidmatan keluarga setempat akan ditubuh untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang perlu termasuk kaunseling, latihan kemahiran keibubapaan dan perkhidmatan kesihatan reproduktif. Sektor swasta akan digalak untuk melaksana program bagi membantu keluarga dan individu yang memerlukan bantuan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. Keselamatan kanak-kanak masih merupakan satu keutamaan. Dasar pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak akan digubal untuk menyediakan rangka kerja bagi pembangunan kanak-kanak yang berusia kurang dari empat tahun. Di samping itu, penyediaan penjagaan yang berkualiti dan persekitaran yang selamat bagi kanakkanak adalah penting untuk meningkatkan dan menjamin kesejahteraan mereka. Akta Pusat Penjagaan Kanak-kanak 1984 yang dipinda, antara lain, membolehkan premis yang tidak mematuhi Akta ditutup. Akta ini akan dikuatkuasa untuk meningkatkan kualiti pusat penjagaan kanak-kanak. Penubuhan pusat penjagaan kanak- Keluarga berdaya tahan... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 88 kanak di tempat kerja juga akan digalak. Peranan pasukan perlindungan kanakkanak, jawatankuasa kebajikan kanak-kanak, penasihat kepada mahkamah kanak-kanak dan perkhidmatan sokongan saksi kanakkanak akan terus diperkukuh. Masyarakat akan digalak memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di kawasan mereka serta mengurangkan kejadian keganasan terhadap kanak-kanak. Lebih banyak pusat penjagaan komuniti bagi kanakkanak akan ditubuh untuk membantu mengurangkan kos penjagaan di kalangan keluarga berpendapatan rendah. Belia perlu dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka terlibat sebagai rakan dalam pembangunan negara. Program akan ditumpu ke arah memperkasa belia dengan pengetahuan, kualiti dan sikap positif untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan penggerak utama pembangunan serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan negara. Program Latihan Khidmat Negara akan dijadikan lebih menarik kepada peserta dan diterima secara terbuka oleh ibubapa, antara lain, dengan menambah baik modul sosial dan kemahiran hidup. Program Rakan Muda akan dipertingkat untuk menggalak penyertaan, meningkatkan nilai yang positif dan amalan gaya hidup sihat di kalangan belia. Program latihan kepimpinan akan diperkukuh dan diperluas supaya lebih ramai belia mengikuti program tersebut. Kerjasama dengan sektor swasta dan NGO akan dipergiat dalam menganjur dan melaksana program untuk faedah belia. Di samping itu, pertubuhan belia akan diperkasa untuk memast ikan pengurusan yang lebih cekap dan profesional serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan belia. Kajian mengenai isu berkaitan belia seper ti sosialisasi, kepimpinan dan pendidikan ser ta keberkesanan program sedia ada akan dilaksana untuk meningkatkan pembangunan belia. Perubahan peranan dan tanggungjawab wanita dalam keluarga dan masyarakat memer luk an s t rategi khusus bagi membantu mereka menghadapi dan menangani cabaran baru. Pelan tindakan bagi membolehkan wanita untuk mengisi sekurang-kurangnya 30% jawatan di peringkat membuat keputusan akan disediakan. Lebih banyak program latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang seperti ICT serta keusahawanan akan dilaksana untuk membolehkan lebih ramai wanita bekerja sendiri dan menyertai aktiviti ekonomi. Pelan strategik bagi ibu tunggal yang merangkumi program dalam bidang ekonomi, pendidikan dan latihan akan digubal untuk membantu meningk atk an keupayaan merek a mendapat pekerjaan. Program I-KIT akan terus dilaksana untuk membolehkan lebih ramai ibu tunggal terlibat dalam aktiviti peningkatan pendapatan. Kemudahan seperti pusat penjagaan kanak-kanak yang mampu dibayar akan disediakan dan masa kerja yang fleksibel akan digalak termasuk bekerja dari rumah. P r o g r am a k a n d i l a k s a n a u n t u k meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan wanita. Undangundang dan peraturan yang berkaitan akan dikaji dan dipinda bagi memperbaiki status dan kesejahteraan wanita. Akses kepada perlindungan sosial yang lebih baik dan mencukupi terutamanya dalam menghadapi penyakit, ketidakupayaan dan hari tua akan dipertingkat. Pelbagai program untuk meningkatkan kesihatan wanita akan dilaksana bagi memastikan wanita sihat sepanjang hayat. Program Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 89 mamogram akan diperluas dan lebih banyak klinik bergerak disediakan bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan asas. Meningkatkan penglibatan OKU dalam arus perdana masyarakat dan ekonomi akan membolehkan mereka berdikari serta menyumbang kepada pembangunan negara. Langkah akan dilaksana untuk mempertingkat akses kepada pendidikan dan latihan vokasional, pekerjaan serta menyediakan persekitaran tanpa halangan bagi membolehkan OKU mudah bergerak, berdikari dan mampu menyara hidup. Usaha akan diambil untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada OKU di sektor awam dan swasta serta menggalakkan mereka bekerja sendiri. Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya akan meneraju usaha untuk memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta serta NGO bagi memastikan pendekatan yang lebih selaras dalam melaksanakan dasar dan program. Lebih banyak pusat pemulihan berasaskan komuniti dan pusat khidmat setempat akan dibina dan yang sedia ada terus dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif. Usaha untuk mendaftar OKU akan dipergiat untuk memudahkan perancangan program dan kemudahan serta memastikan mereka mendapat akses kepada faedah dan bantuan kewangan. Penyediaan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti yang mencukupi untuk warga emas merupakan cabaran baru yang penting diberi perhatian memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat semakin menua menjelang tahun 2035 apabila 15% daripada penduduk dijangka akan melebihi 60 tahun. Sehubungan ini, langkah akan diambil untuk menilai kesan sosioekonomi penduduk semakin menua yang meliputi penyediaan penjagaan kesihatan, jaminan pendapatan dan perumahan. Dasar dan pelan tindakan mengenai masyarakat semakin menua akan dikaji semula untuk memudah dan melaksana program yang membolehkan warga emas menjalani kehidupan yang sihat dan produktif. Keselamatan Awam Keselamatan di bandar dan bandar raya akan dipertingkat melalui program bandar raya selamat. Sebanyak 23 langkah kritikal telah dikenal pasti untuk dilaksana oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan pemaju har tanah bagi membanteras vandalisme dan jenayah kecil. Garis panduan mengenai Pencegahan Jenayah melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPED) akan digubal untuk menyokong usaha meningkatkan keselamatan di bandar dan bandar raya. Pengambilan tambahan anggota polis akan dipergiat untuk mencapai 60,000 anggota menjelang 2012. Rukun Tetangga dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan dilibatkan dalam usaha mencegah jenayah. Kecekapan dan keberkesanan operasi kepolisan akan diper tingkat melalui pemodenan teknologi komunikasi maklumat dan rangka kerja pengurusan ICT bersepadu. Penglibatan yang lebih besar masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan akan diper tingkat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. Lebih banyak program kesedaran akan dilaksana di sekolah untuk menerapkan nilai positif di kalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Orang awam akan digalak untuk menyertai program Rakan Cop bagi meningkatkan keselamatan awam. Ke arah masyarakat sejahtera... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 90 Alam Sekitar Pengurusan alam sekitar dan sumber asli akan terus memberi tumpuan kepada mengekalkan persekitaran hidup yang bersih dan sihat serta memenuhi keperluan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan program sedia ada akan diperkukuh me l a lui pemant apan pende k a t a n pelbagai pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan penyelarasan antara agensi perancang dan pelaksana. Pada masa yang sama, langkah penguatkuasaan akan dipergiat untuk memastikan pematuhan piawaian alam sekitar, terutama oleh industri. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat, memandangkan penjagaan alam sekitar merupak an tanggungjawab set iap warganegara. Proses perancangan pembangunan akan mengambil kira isu alam sekitar secara holistik dan bersepadu. Sehubungan ini, penggunaan secara meluas instrumen perancangan alam sek i tar seper t i Penilaian Strategik Alam Sekitar dan Penilaian Kemampanan akan digalakkan. Penggunaan instrumen ini amat penting memandangkan amalan pengurusan sumber asli dan kepelbagaian biologi secara mampan akan membolehkan penggunaan sumber asli secara optimum dan memastikan kemampanan sumber ter sebut dalam jangka panjang. Perancangan guna tanah bagi tujuan pembangunan akan diperkukuh selaras dengan Pelan Fizikal Negara. Pembangunan koridor wilayah akan memberi perhatian sewajarnya kepada perlindungan alam sekitar dan kepelbagaian biologi. L angk ah a k an di l a k s ana k an bagi me n g u r a n g k a n p e n c ema r a n d a n memulihara sumber asli negara. Tumpuan khusus akan diber i kepada usaha meningkatkan kualiti udara dan air secara berterusan dan mengurangkan pencemaran sumber air dan tanah akibat pembuangan haram sisa pepejal, bahan toksik dan berbahaya. Garis panduan juga akan disediakan bagi pengurusan dan pelupusan sisa elektrikal dan elektronik secara lebih teratur. Perlindungan kepelbagaian biologi dan habitat kritikal akan dipergiat. Program pemuliharaan dan pembiakan in-situ dan ex-situ, dan pemulihan kawasan hutan yang terosot akan dipergiat bagi mengurangkan tekanan ke atas flora dan fauna di dalam habitat semulajadinya. Dua projek iaitu Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia dan Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak akan dilaksana untuk meningkatkan sambungan hutan bagi pergerakan hidupan liar, memperluas kawasan tampungan kepelbagaian biologi dan melindungi kawasan tadahan serta mewujudkan destinasi eko-pelancongan. Pusat Kecemerlangan Undang-undang Kepelbagaian Biologi akan ditubuhkan untuk meningkatkan keupayaan dalam isu perundangan berkaitan kepelbagaian biologi, bioteknologi dan biokeselamatan. Impor t , ekspor t dan penggunaan organisma hidup diubah suai dan produk yang terhasil daripada organisma tersebut serta perdagangan flora dan fauna yang terancam akan diurus dengan lebih baik melalui penguatkuasaan Akta Biokeselamatan 2007 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008. Program tebatan banjir akan dipergiat bagi memastikan langkah yang berkesan diambil untuk menangani kejadian banjir yang kerap berlaku. Di kawasan bandar, sistem saliran akan dipertingkat untuk mengatasi banjir kilat. Pelan induk jangka Persekitaran yang bersih dan sihat... Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 91 panjang yang menyeluruh berdasarkan pengurusan lembangan sungai bersepadu akan digubal bagi lembangan sungai yang sering dilanda banjir. Pelan induk tersebut akan meliputi perancangan guna tanah dan penandaan zon serta pengurusan air ribut untuk mengurangkan kejadian dan kesan banjir serta mewujudkan tindakan kecemasan semasa banjir. Usaha akan diteruskan bagi menangani impak perubahan iklim ke atas pelbagai sekto r ekonomi dan masyarakat . Langkah mitigasi akan ditumpu kepada menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan sumber yang diperbaharu serta menambah baik sistem pengangkutan awam dan langkah adaptas i akan digalakkan dalam projek pembangunan. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Penyemaian nilai positif akan terus diberi penekanan melalui kempen budi bahasa dan integriti. Budaya dan nilai tradisional akan dikekalkan dengan memelihara dan menggalakkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia untuk meningkatkan rasa memiliki bersama dan kenegaraan. Pada masa yang sama, pemupukan dan peningkatan pemahaman antara budaya serta penghargaan kepelbagaian budaya akan terus menjadi agenda penting dalam membina negara yang harmoni dan bersatu padu. Penyertaan masyarakat dalam kesenian untuk memupuk bakat dan menyemai penghargaan terhadap budaya dan seni tempatan akan terus dipertingkat melalui program kebudayaan, pameran dan acara yang berkualiti. Sukan Us aha a k an di tumpuk an k epada menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi serta memupuk bakat sukan ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan penyer taan dalam sukan massa dan berprestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan. Tahap profesionalisme dan kecekapan persatuan sukan kebangsaan akan terus diper tingkat bagi memastikan penyampaian dan pencapaian yang konsisten. Atlit muda akan dilatih dengan lebih bersistem bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pertandingan. Program mengenal pasti bakat akan diper luas dan apl ikasi sains sukan akan diperkukuh untuk meningkatkan prestasi. Di samping itu, bilangan jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman akan ditambah, antara lain, melalui perlantikan bekas atlit kebangsaan untuk menjadi jurulatih yang berkelayakan dan menjadikannya sebagai kerjaya. Sektor swasta juga akan digalak untuk memajukan aktiviti sukan dan rekreasi. iv. Pencapaian, 2010 Berdasarkan program dan strategi untuk baki tempoh Rancangan, jangkaan penc apa i an ada l ah s epe r t i y ang ditunjukkan dalam Kotak 4-2. Gaya hidup aktif... Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 92 Kotak 4-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian Kesihatan Mengurangkan kadar kematian bayi . kepada 4.9 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup . Mengurangkan kadar kematian ibu mengandung kepada 2.5 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup . Mengurangkan insiden TB kepada 59 bagi setiap 100,000 penduduk . Mengurangkan insiden malaria kepada 19 bagi setiap 100,000 penduduk . Meningkatkan nisbah doktor:penduduk kepada 1:763 . Meningkatkan nisbah doktor gigi:penduduk kepada 1:6,855 . Meningkatkan nisbah ahli farmasi:penduduk kepada 1:3,267 . Status kesihatan dipertingkat Perumahan dan Perkhidmatan Bandar . Membina 70,000 unit rumah kos rendah . Peluasan pusat setempat dan program Local Agenda 21 kepada semua 144 PBT . Pengurusan sisa pepejal bersepadu . Rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa . Perkhidmatan bandar dipertingkat Pembangunan Keluarga . Melaksana program pembangunan keluarga untuk 60,000 peserta . Melaksana Program Rakan Muda untuk 1,750,000 belia . Melaksana PLKN untuk 766,000 belia . Kesejahteraan keluarga dipertingkat . Belia diperkasa dengan sikap positif Bekalan Elektrik . Jangkaan liputan elektrik luar bandar: 2010 Semenanjung Malaysia 98.4% Sabah 82.6% Sarawak 93.2% Malaysia 95.5% . Program bekalan elektrik luar bandar dijangka memberi manfaat kepada tambahan 61,700 unit rumah dalam tempoh Rancangan . Liputan elektrik luar bandar diperluas Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 93 Komitmen Pencapaian Bekalan Air . Jangkaan liputan bekalan air luar bandar: 2010 Semenanjung Malaysia 96.0% Sabah 70.0% Sarawak 95.0% Malaysia 95.2% . Menjelang tahun 2010, program BALB dijangka memberi manfaat kepada 546,870 isi rumah di Semenanjung Malaysia, 164,200 di Sabah dan 167,170 di Sarawak . Pengkorporatan pihak berkuasa air negeri, iaitu negeri Kedah, Pahang, Perak, Perlis dan WP Labuan serta penubuhan badan kawal selia air negeri . Peningkatan liputan bekalan air luar bandar . Peningkatan kecekapan perkhidmatan bekalan air Pembetungan . Membina 11 loji rawatan pembetungan bagi menyediakan kemudahan kepada 2,859,000 PE . Merungkai loji rawatan pembetungan kecil yang berselerak . Memperkenal dana pusingan bagi meningkatkan penyambungan sistem kumbahan premis individu ke loji rawatan berpusat . Sistem bil bersama oleh SPAN bagi memastikan pengguna membayar bil untuk perkhidmatan pembetungan . Peningkatan kecekapan perkhidmatan pembetungan Jalan Raya . Kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) bagi Sabah dan Sarawak . Membina jalan raya bagi menghubungkan kawasan penempatan semula ke kawasan perindustrian dan ladang yang terletak di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak . Peningkatan liputan rangkaian jalan raya terutamanya di Sabah dan Sarawak Pengangkutan Udara . Menaik taraf lapangan terbang dan terminal penerbangan tambang murah di KLIA . Peningkatan kapasiti dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan udara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 94 Komitmen Pencapaian Pengangkutan Bandar . k .Menyambung perkhidmatan omuter ke Tanjung Malim ..Menyambung jajaran transit aliran ringan laluan Ampang sepanjang 16 km dari Sri Petaling ke Putra Heights ..Menyambung jajaran transit aliran ringan laluan Kelana Jaya sepanjang 16 km dari Kelana Jaya ke Putra Heights ..Menyiapkan projek landasan kereta api berkembar elektrik Sentul-Batu Caves ..Membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan . Peningkatan kemudahan dan liputan rangkaian pengangkutan awam di bandar Pengangkutan Kereta Api ..Membina projek landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar yang dijangka siap pada tahun 2013 ..Membina projek landasan kereta api berkembar elektrik Seremban-Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012 ..Membaik pulih dan membuat perolehan lokomotif dan gerabak ..Membaik pulih infrastruktur kereta api di negeri Sabah ..Memulakan perkhidmatan kereta api pantas antara bandar dari Kuala Lumpur ke Ipoh . Peningkatan kecekapan dan keandalan perkhidmatan pengangkutan kereta api. Alam Sekitar . Kandungan sulfur dalam diesel akan dikurangkan daripada 3,000 ppm kepada 500 ppm manakala petrol daripada 1,500 ppm kepada 500 ppm . Lembangan sungai yang tercemar akan dipertingkat daripada kategori Kelas III kepada Kelas II melalui Program Pencegahan Pencemaran dan Kualiti Air Sungai . Pangkalan data mengenai kepelbagaian biologi negara akan dibangunkan . Keupayaan dalam perundangan mengenai isu kepelbagaian biologi, bioteknologi dan biokeselamatan akan dipertingkat . Pelan induk berdasarkan pendekatan holistik dan bersepadu akan digubal sebagai penyelesaian jangka panjang bagi kejadian banjir terutamanya di kawasan yang sering dilanda banjir . Peningkatan kualiti udara . Peningkatan kualiti air sungai . Pengurusan kepelbagaian biologi yang lebih baik . Pengurangan kejadian banjir Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 95 Komitmen Pencapaian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan . Melaksana 150 kempen budi bahasa di seluruh negara, melibatkan 300,000 peserta . Melaksana 4,500 aktiviti kebudayaan dan kesenian . Melahirkan 1,500 graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) . Masyarakat yang bertoleransi dan harmoni . Peningkatan penghayatan kebudayaan, kesenian dan warisan Sukan . 2.5 juta orang menyertai program sukan massa . Melatih 24,000 jurulatih . Membangunkan 14,570 atlit melalui program mengenalpasti bakat . Gaya hidup aktif dan sihat . Kecemerlangan dalam sukan V. PENUTUP Pelaksanaan program secara berterusan ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat akan memastikan rakyat mendapat akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, perumahan, kemudahan dan perkhidmatan bandar yang lain. Usaha memperkukuh institusi kekeluargaan dan melindungi golongan masyarakat yang mudah terjejas akan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih penyayang. Sukan dan aktiviti rekreasi akan dipromosi untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Keselamatan awam akan dipertingkat. Pertimbangan mengarusperdana alam seki tar dalam pembangunan akan diberi penekanan untuk melindungi alam sekitar dan penggunaan mampan sumber semula jadi dapat dikekalkan. Promosi dan pemeliharaan kebudayaan, kesenian dan warisan akan menyumbang ke arah membina identiti kebangsaan dan perpaduan negara serta rasa bangga terhadap negara. Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 97 5 teras MENGUKUHKAN KEUPAYAA N INST ITUSI DAN PELAKSA NAA N Kajian separuh peng al Rancang an malaysia kesembil an, 2006-2010 Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 99 MENGUKUHKAN KEUPAYAA N INST ITUSI DAN PELAKSA NAA N I. PENDAHULUAN Komitmen negara untuk meningkatkan daya saing memerlukan penambahbaikan yang signifikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan dalam semua sektor ekonomi. Usaha telah diambil untuk melaksanakan kerajaan elektronik, memperbaiki proses pentadbiran, mengurangkan prosedur birokratik dan mengukur pencapaian. Inisiatif telah diambil untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan di sektor awam dan swasta melalui pembangunan kompetensi , pemupukan ni lai dan etika kerja yang positif, pengenalan perundangan yang berkaitan dan program pengkomputeran ser ta penggunaan teknologi yang bersesuaian. Inisiatif ini telah membawa kepada penambahbaikan perkhidmatan dan meningkatkan respons kepada keperluan pelanggan. Dalam tempoh akh i r Rancangan, penyampaian per khidmatan ak an terus diberi penekanan. Penyampaian perkhidmatan akan lebih mesra pelanggan dan bersepadu untuk memberi kelancaran perkhidmatan merentasi agensi yang membawa kepada masa respons yang lebih singkat, tadbir urus yang lebih baik serta kecekapan secara keseluruhan. Keyakinan pelanggan dalam urus niaga secara elektronik akan dipertingkat melalui pengukuhan rangka kerja perundangan serta peningkatan kesedaran mengenai keselamatan maklumat dan privasi. Pendekatan berasaskan pencapaian (outcome) dalam perancangan, pemantauan dan penilaian dasar, program dan projek akan diterima pakai untuk memberi manfaat yang maksimum kepada kumpulan sasar. II. PENCA PAIAN UTA MA, 2006-2007 Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan ber i l t i zam untuk menambah bai k penyampaian perkhidmatan awam dengan member i tumpuan khusus dalam meningkatkan perkhidmatan di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, memperkemas prosedur kawal selia, mengurus aduan awam, menggunakan aplikasi dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sistem sokongan serta mempercepat pelaksanaan projek berimpak besar (HIP). Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) yang terdiri daripada pegawai peringkat tertinggi sektor awam dan swasta telah ditubuh untuk memudahk an semua aspek mengenai perniagaan dengan menambah baik proses dan prosedur kerja serta dasar dan peraturan. Kerajaan telah menubuh Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) bagi mempercepat pelaksanaan HIP dan inisiatif Masyarakat Perdagangan dan Per industr ian Bumiputera fasa kedua. Kerajaan melaksana beberapa HIP berdasarkan impak secara langsung yang signifikan terhadap pertumbuhan dan pengagihan, kesan penggandaan tinggi kepada ekonomi, impak lebih nyata dan cepat dengan penekanan kepada sosioekonomi. Inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh Kajian Semula telah membawa kepada beberapa pencapaian yang signifikan seperti ditunjukkan dalam Kotak 5-1. Kejayaan melalui kesepakatan… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 100 Kotak 5-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output . Menambah baik penyampaian perkhidmatan awam dengan tumpuan kepada peringkat daerah dan kerajaan tempatan . Masa yang diambil untuk memproses permohonan cadangan pembangunan secara serentak berkurangan daripada 357 hari kepada maksimum 120 hari dengan penubuhan Pusat Setempat (OSC) dan Jawatankuasa OSC . Kos menjalankan perniagaan berkurangan dengan menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) kepada Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang memudahkan pelabur dan pemaju serta meningkatkan kredibiliti industri . Memudahkan sistem dan prosedur kerja . Masa yang diambil untuk bayaran balik cukai secara automatik berkurangan daripada 1 tahun kepada antara 14 hingga 30 hari dengan penyerahan maklumat melalui e-Filing . 47 peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara dipinda untuk menambah baik pengurusan tanah . Pemprosesan pasport dalam masa 1 hingga 24 jam . Pemprosesan permohonan pas kerja ekspatriat dalam masa 7 hari . Pendaftaran perniagaan baru dikurangkan daripada 3 hari kepada 1 jam . Pembaharuan pendaftaran perniagaan dikurangkan daripada 1 hari kepada 15 minit . Tempoh kelulusan awal Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dikurangkan daripada 3 bulan kepada 5 minggu . Satu negara satu nombor melalui inisiatif Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 menyedia akses lebih mudah kepada semua perkhidmatan bantuan kecemasan bagi orang awam di Lembah Klang . Memperkemas prosedur kawal selia . Urus niaga elektronik telah diberi pengiktirafan undang-undang dengan penggubalan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik, 2007, Akta Perdagangan Elektronik, 2006 dan pindaan Akta Perlindungan Pengguna, 1999 . Dasar Keselamatan Siber Nasional telah diperkenal bagi mengalakkan budaya keselamatan di kalangan orang awam dan pematuhan kepada standard keselamatan yang minimum di kalangan penyedia perkhidmatan kritikal . Mengurus aduan awam bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik . Menyegerakan penyelesaian aduan melalui penubuhan iAduan . Kaunter Aduan Bergerak dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu yang diperkenalkan telah memperluas perkhidmatan kepada orang ramai . Menggunakan aplikasi dan infrastruktur ICT bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan . Portal myGovernment ditubuhkan sebagai gerbang tunggal kepada pelbagai perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan oleh agensi. Sehingga tahun 2007: yy 3,749 borang boleh dimuat turun, 1,174 perkhidmatan dalam talian dan 80 perkhidmatan melalui SMS yy RM2 bilion urus niaga melalui e-Perolehan yy 300,834 pencari kerja, 1,544,881 kekosongan dan 823,430 pemadanan kerja telah disediakan melalui Bursa Buruh Elektronik (ELX) Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 101 Komitmen Output Perkongsian . data maklumat geospatial di kalangan pembekal dan agensi pengguna boleh didapati melalui Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI) . Proses permohonan lesen perniagaan dipermudah dengan Sistem Perkhidmatan Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) yang mana telah membolehkan pemohon menjejaki permohonan mereka secara dalam talian . Penyerahan maklumat cukai pendapatan secara elektronik melalui e-Filing . Perkembangan saluran e-pembayaran: yy Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) mengendalikan urus niaga pembayaran bernilai purata RM124.5 bilion setiap hari pada tahun 2007, iaitu penambahan sebanyak 23.6% berbanding dengan tahun 2006 yy GIRO Antara Bank (IBG) berkembang daripada RM26.3 bilion pada tahun 2005 kepada RM67.0 bilion pada tahun 2007 yy langganan perbankan Internet melonjak daripada 2.5 juta pada tahun 2005 kepada 4.5 juta pada tahun 2007 yy langganan perbankan mudah alih meningkat daripada 127.6 ribu pada tahun 2005 kepada 345.7 ribu pada tahun 2007 . Penubuhan 495 telecentre baru kerajaan menyediakan lebih banyak saluran capaian kepada perkhidmatan elektronik bagi masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan . Mempercepat HIP melalui NITF . Antara HIP dilaksanakan termasuk: yy Usahawan Industri Asas Tani yy Pembangunan Agropolitan yy Penjenamaan Semula Kolej Komuniti yy Lonjakan Pendidikan Luar Bandar yy Inisiatif pembangunan Koridor III. MELANGKAH KE HADAPAN, 2008-2010 Dalam usaha untuk memenuhi permintaan semasa pengguna dan mengekalkan daya saing, penyampaian perkhidmatan awam mesti ditransformasi kepada lebih mesra pelanggan dengan mengintegrasi perkhidmatan, meningkatkan keyakinan dalam perkhidmatan secara elektronik dan menerima pakai pendekatan berasaskan pencapaian dalam perancangan, pemantauan serta penilaian program dan projek. Pengintegrasian Perkhidmatan Mengintegrasi perkhidmatan melalui penggabungan proses dan prosedur merentas i agens i ak an di lak sana dengan merek ayasa penyampaian perkhidmatan, mewujudk an pusat setempat maya, menggalak perkongsian maklumat dan infrastruktur, mengkaji semula rangka perundangan dan kawal selia, melangkah ke arah kawalan kendiri, memperbaiki tadbir urus dan membangun kompetensi. Penyampaian perkhidmatan mesra pelanggan… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 102 Perekayasaan Penyampaian Perkhidmatan Bagi perkhidmatan yang melibatkan pelbagai agensi, proses kerja akan dikaji semula, direkayasa dan diperkemas untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap. Proses tersebut akan direka bentuk mengikut keperluan pelanggan yang mana penerapan budaya perkongsian perkhidmatan melibatkan maklumat dan infrastruktur akan digalak. Teknologi bersesuaian akan diguna untuk menyokong aliran kerja bagi proses yang telah direkayasa. Per k hidmat an ber sepadu mel a lui penggabungan proses dan prosedur merentasi agensi akan ditawar melalui inisiatif e-KL di Lembah Klang. Inisiatif ini termasuk permohonan pekerjaan, penyediaan akses setempat untuk pinjaman dan bantuan kewangan, enrolmen pelajar luar negara, penyegeraan kelulusan untuk pengiklanan melalui papan iklan, penyediaan akses melalui tetingkap tunggal untuk syarikat ICT memulakan operasi serta sistem pengurusan aduan yang seragam. Usaha ini akan menyedia akses yang lebih baik kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian yang bersepadu termasuk penghantaran, pembayaran, komunikasi dan aduan secara elektronik. Di samping itu, pengenalan kepada eBorang akan mengurang tempoh pemprosesan dan kos serta meningkatkan keselesaan pelanggan. Bagi mempercepat migrasi kepada pembayaran elektronik, Kerajaan akan terus melaksana strategi yang digariskan dalam hala tuju berkaitan termasuk menghapuskan halangan bagi membolehkan peningkatan kecekapan dan inovasi dalam pasaran. Penambahbaikan seterusnya akan dibuat dalam sistem bayaran runcit untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek serta memanfaatkan Internet dan telefon mudah alih sebagai saluran penyampaian yang diguna secara meluas dan murah bagi perkhidmatan perbankan dan bayaran. Carta 5-1 Bahagian Pembayaran Runcit Bukan Tunai mengikut Jumlah 2003 2007 Cek 35.9% Cek 19.2% E-Pembayaran 64.1% E-Pembayaran 80.8% Sumber : Bank Negara Malaysia Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 103 Sistem iAduan akan dinaik taraf untuk menjadi sistem pemantauan aduan awam, iSPAAA, iaitu sistem pengurusan aduan dalam talian yang bersepadu dan berpusat bagi sektor awam. Sistem ini akan diperluas meliputi semua kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan berkonsepkan “One Number Call Centre, No Wrong Door”. Carta 5-2 Penyelesaian Aduan melalui iAduan 2005 Penyelesaian aduan sebelum iAduan 2007 Penyelesaian aduan selepas iAduan 41% 59% 39% 61% Lebih daripada 2 bulan Kurang daripada 2 bulan Sumber: Biro Pengaduan Awam Da l am bidang pent adbi r an da n pengurusan tanah, pembangunan sistem perintis e-Tanah di Pulau Pinang akan menyepadu dan menambah baik semua proses pentadbiran tanah sedia ada bagi memastikan sistem ini boleh beroperasi secara bersama ke arah penggunaan dan penyebaran maklumat yang lebih cekap dalam membuat keputusan. Sistem ini akan merangkumi pembangunan portal e-Tanah untuk pertanyaan mengenai status permohonan tanah dan bayaran cukai pintu, membuat carian hak milik tanah serta memperoleh maklum balas daripada pengguna secara dalam talian. Di samping itu, pelaksanaan projek e-Kadaster akan mengurang tempoh masa yang diambil untuk memproses pengukuran hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua bulan. Pewujudan Pusat Setempat Maya Portal Perkhidmatan Awam myGovernment akan terus diperkukuh sebagai gerbang tunggal kepada pelbagai perkhidmatan dan maklumat. Kebolehcapaian kepada portal ini akan dipertingkat dengan penambahan kios di tempat awam dan akses melalui telefon mudah alih. Di samping itu, penambahbaikan akan terus dibuat kepada MyGeoportal yang merupakan akses tetingkap tunggal kepada perkhidmatan dan kandungan geospatial nasional bagi perancangan pembangunan. Peningkatan Perkongsian Maklumat dan Infrastruktur Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 akan diteruskan dalam fasa berikutnya yang melibatkan pembangunan dan naik taraf sistem aplikasi dan Pusat Panggilan 999 serta Pusat Penghantaran Agensi yang dapat memberikan respons yang lebih baik. Program latihan dan kesedaran akan dijalan secara berterusan untuk memasti kual i t i penyampaian perkhidmatan dikekalkan. Segalanya di satu tempat… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 104 Sistem Daf tar Nasional (NRS) akan dibangun bagi memboleh perkongsian data di kalangan agensi yang mana pengumpulan data utama dibuat hanya sekali dan disimpan secara berpusat untuk digunakan oleh agensi berkaitan. Repositori berpusat tunggal bagi input, pengemaskinian dan rujukan data akan membantu mengurangkan kesilapan dan pertindihan data di pelbagai agensi seterusnya memudahkan pelanggan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN) yang dibangun untuk menyediakan rangkaian infrastruktur tunggal bagi menghubung semua agensi kerajaan akan diperluas untuk meliputi semua lokasi. Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN) yang menghubung semua agensi kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Put rajaya akan dinai k taraf termasuk penubuhan gerbang baru untuk akses kepada Internet bagi meningkat prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan. Rangkaian yang terurus dan dikongsi bersama yang dijangka siap menjelang tahun 2010 akan mengurang kos, meningkat perkongsian maklumat dan menambah baik penyampaian perkhidmatan. Di samping itu, maklumat, perkhidmatan dan aplikasi bagi e-kerajaan, e-dagang, e-perbankan, e-pendidikan dan e-kesihatan akan disebar melalui telecentre kepada masyarakat yang kurang mendapat kemudahan. Portal KomunitiKita akan dibangun untuk memudah penyampaian perkhidmatan dan aplikasi lain yang disesuaikan kepada masyarakat tersebut termasuk orang kurang upaya, golongan miskin, warga emas, wanita dan Orang Asli. Kaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Kawal Selia Keperluan perundangan dan kawal selia yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan akan terus dikaji semula bagi menambah baik kemudahan kepada pelanggan. Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958, Ordinan Jurukur Tanah Berlesen 1958, Peraturan- Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 1959, Peraturan-Peraturan Ukur Kadaster 2002 dan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri akan dikaji semula untuk membolehkan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan tanah. Kerajaan akan terus mengadakan perundingan dengan sektor swasta berkaitan prosedur perundangan dan kawal selia yang menjejas penyampaian perkhidmatan. Langkah ke arah Peningkatan Kawalan Kendiri Kerajaan akan terus menggalakkan pendek atan k awalan kendi r i dan pendekatan berasaskan penzahiran pematuhan dalam bidang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Forum Teknikal Standard Malaysia, Forum Kandungan, Forum Pengguna dan Forum Akses yang diwujud di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998 akan terus digalak. Forum industri ini secara bersama merangka kod industri sebagai panduan kepada industri. Penambahbaikan Tadbir Urus Tumpuan yang lebih akan diberi kepada tadbir urus yang baik di sektor awam dan swasta bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan ke arah menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan lokasi menarik untuk pelaburan. Ini termasuk menawarkan projek melalui pembidaan kompetitif, menambah baik tempoh respons penyampaian perkhidmatan, meningkatkan akauntabiliti dan memantau secara rapi pelaksanaan projek. Budaya berprestasi tinggi dan berintegriti akan digalak melalui penilaian standard Penyediaan sekali, penggunaan berulang… Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 105 penyampaian perkhidmatan awam dan swasta yang dikaitkan dengan indikator prestasi ser ta ditanda aras dengan ama l a n t e r b a i k p e n y amp a i a n perkhidmatan. Pembangunan Kompetensi Bagi meningkatkan kompetensi dalam perkhidmatan awam, program latihan akan dijalan untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan serta kemahiran pengurusan strategik, risiko dan projek. Peningkatan kompetens i ini ak an memas t ik an penyediaan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap secara berterusan. Program latihan ini termasuk mengadakan kerjasama dengan pusat pengajian terkemuka. Di samping itu, perancangan dan pembangunan modal insan akan dipertingkat secara berterusan melalui lembaga kompetensi bagi pengurusan sumber manusia. Program latihan akan dilaksana oleh agensi dalam usaha untuk kekal seiring dengan perkembangan dan pembangunan semasa selaras dengan fungsi utama agensi. Program latihan khidmat pelanggan akan terus diberi penekanan oleh agensi yang berurusan secara langsung dengan pelanggan. Peningkatan Keyakinan dalam Perkhidmatan berasaskan Elektronik Me n i n g k a t k a n k e y a k i n a n d a l a m perkhidmatan berasaskan elektronik adalah penting bagi menggalakkan penggunaan urus niaga elektronik dan meningkatkan penyertaan awam dan perniagaan dalam ekonomi digital. Langkah akan dipergiat untuk meningkatkan keselamatan dan privasi bagi melindungi kerahsiaan mak lumat , memas t ik an mak lumat tidak dipinda tanpa kebenaran dan tersedia apabila diperlukan. Langkah ini memerlukan penyedia dan pengguna perkhidmatan berkenaan memahami risiko kepada keselamatan dan privasi serta amalan baik keselamatan yang pe r lu di l a k s ana bagi membol e h penggunaan perkhidmatan elektronik yang selamat. Program kesedaran akan disasar kepada orang awam bagi membolehkan mereka memahami keper luan amalan bai k keselamatan dalam persekitaran siber. Penyedia perkhidmatan akan digalak untuk mematuhi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2006 untuk mematuhi garis panduan asas keselamatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai. Pemeriksaan dan audit secara berkala akan dijalan bagi membantu agensi menilai tahap pematuhan dan memperkukuh pelaksanaan keselamatan ke arah pematuhan kendiri atau mencapai persijilan pematuhan yang akan meningkat keyakinan pengguna. Undang-undang sedia ada berkaitan keselamatan maklumat akan dikaji semula untuk menentukan kesempurnaan dan kesesuaiannya. Memandangkan data peribadi merupakan komoditi bernilai yang boleh didagang, diguna dan diguna semula, Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (PDP) akan dirangka untuk mengawal pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik, 2007 akan diperluas pemakaiannya merangkumi lebih banyak aktiviti dan urus niaga yang dibuat oleh agensi kerajaan. Hala tuju Aktiviti E-Dagang mengambil kira penyebaran maklumat dan pemupukan keyakinan di kalangan orang awam dan perniagaan. Garis panduan mengenai perbankan elektronik akan diperkenal bagi menangani risiko, ancaman dan kelemahan yang mungkin timbul daripada penggunaan perbankan internet. Meningkat keyakinan pengguna… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 106 Perancangan, Pemantauan dan Penilaian berasaskan Pencapaian Pendekatan perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian akan diterima pakai bagi memastikan projek yang dilaksana mencapai objektif yang dikehendaki. Langkah ini melibatkan pengukuhan kompetensi dan keupayaan agensi pelaksana, penambahbaikan sistem dan proses kerja serta penyesuaian struktur organisasi di kementerian dan agensi. Inisiatif ini akan memperkenalkan amalan baik pengurusan projek, meningkatkan penyelarasan dalam dan di kalangan agensi serta antara dasar dan pelaksanaan projek. Kejayaan metodologi pengurusan projek yang dilaksanakan di kementerian dan agensi perintis akan diguna pakai oleh agensi lain bagi menambah baik perancangan dan pelaksanaan projek. Latihan akan terus ditawar dan dikemaskini untuk meningk atk an pemahaman tentang proses, pendekatan dan teknik pengurusan projek berdasarkan garis panduan dan standard antarabangsa. Di samping pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan, sistem pemantauan projek sedia ada, SPP II akan dipertingkat untuk mengambil kira pendekatan berasaskan pencapaian. E A A C IV. P NA P I N, 2010 Jangkaan pencapaian utama menjelang tahun 2010 dengan penambahbaikan keupayaan institusi dan pelaksanaan adalah seper t i di tunjukkan dalam Kotak 5-2. Memaksimum manfaat, mengoptimum kos… Bil. pelanggan (juta) Pertumbuhan dan Penembusan Perbankan Internet Pertumbuhan dan Penembusan % Penembusan Perbankan Mudah Alih 5.0 4.0 3.0 2.0 1.0 0.0 2003 2004 2005 2006 2007 16.5 11.8 9.6 7.8 7.0 18.0 16.0 14.0 12.0 10.0 8.0 6.0 4.0 2.0 0.0 Bil. pelanggan perbankan Internet (juta) Penembusan pelanggan perbankan Internet kepada bilangan penduduk (%) Bil. pelanggan (juta) % Penembusan 0.4 0.3 0.2 0.1 0.0 2003 2004 2005 2006 2007 1.26 0.92 0.48 0.10 0.00 1.4 1.2 1.0 0.8 0.6 0.4 0.2 0.0 Bil. pelanggan perbankan mudah alih (juta) Penembusan pelanggan perbankan mudah alih kepada bilangan penduduk (%) Carta 5-3 Pertumbuhan Perbankan Internet dan Mudah Alih Sumber : Bank Negara Malaysia Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 107 Kotak 5-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian . Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi . Perkhidmatan mesra pelanggan merentasi agensi . Capaian mudah melalui pusat setempat maya . Keselesaan kepada pelanggan menerusi perkongsian data di kalangan agensi yang mana pengumpulan data hanya dibuat sekali sahaja . Penyerahan dan urus niaga lebih mudah melalui eBorang dan e-pembayaran . Penyampaian perkhidmatan yang lebih meluas kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan melalui telecentre . Pengurusan aduan yang efektif melalui satu platform berpusat bagi mengendali aduan awam . Meningkat keyakinan dalam perkhidmatan berasaskan elektronik . Persekitaran menggalakkan bagi memulakan perniagaan . Capaian mudah dan keselesaan kepada pelanggan melalui peningkatan penggunaan perkhidmatan elektronik . Perlindungan data peribadi hasil dari pelaksanaan Akta PDP . Melaksana perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian . Manfaat program kepada kumpulan sasar dimaksimumkan melalui perancangan dan pengurusan program dan projek yang efisyen V. PENUTUP Dalam tempoh Kajian, penambahbaikan yang signifikan telah dicapai dalam mengukuhk an keupayaan ins t i tus i dan pelaksanaan. Bagi melangkah ke hadapan, penambahbaikan akan dibuat khususnya kepada penyampaian perkhidmatan ke arah lebih mesra pelanggan. Langk ah ini termasuk mengintegrasi sistem dan perkhidmatan merentasi agensi dan meningkatkan k e y a k i n a n d a l am p e r k h i dma t a n berasaskan elektronik bagi menyedia p e r k h i dma t a n b e r k u a l i t i y a n g memudahkan orang awam dan perniagaan serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan yang lebih meluas. Di samping itu, pendekatan berasaskan pencapaian dalam perancangan, pemantauan dan penilaian program dan projek akan dilaksana untuk memaksimumkan manfaat kepada rakyat. Dengan kerjasama dan kesepakatan sektor swasta, Kerajaan akan berusaha ke arah pencapaian kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dengan lebih telus, berintegriti dan profesional. Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 97 5 teras MENGUKUHKAN KEUPAYAA N INST ITUSI DAN PELAKSA NAA N Kajian separuh peng al Rancang an malaysia kesembil an, 2006-2010 Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 99 MENGUKUHKAN KEUPAYAA N INST ITUSI DAN PELAKSA NAA N I. PENDAHULUAN Komitmen negara untuk meningkatkan daya saing memerlukan penambahbaikan yang signifikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan dalam semua sektor ekonomi. Usaha telah diambil untuk melaksanakan kerajaan elektronik, memperbaiki proses pentadbiran, mengurangkan prosedur birokratik dan mengukur pencapaian. Inisiatif telah diambil untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan di sektor awam dan swasta melalui pembangunan kompetensi , pemupukan ni lai dan etika kerja yang positif, pengenalan perundangan yang berkaitan dan program pengkomputeran ser ta penggunaan teknologi yang bersesuaian. Inisiatif ini telah membawa kepada penambahbaikan perkhidmatan dan meningkatkan respons kepada keperluan pelanggan. Dalam tempoh akh i r Rancangan, penyampaian per khidmatan ak an terus diberi penekanan. Penyampaian perkhidmatan akan lebih mesra pelanggan dan bersepadu untuk memberi kelancaran perkhidmatan merentasi agensi yang membawa kepada masa respons yang lebih singkat, tadbir urus yang lebih baik serta kecekapan secara keseluruhan. Keyakinan pelanggan dalam urus niaga secara elektronik akan dipertingkat melalui pengukuhan rangka kerja perundangan serta peningkatan kesedaran mengenai keselamatan maklumat dan privasi. Pendekatan berasaskan pencapaian (outcome) dalam perancangan, pemantauan dan penilaian dasar, program dan projek akan diterima pakai untuk memberi manfaat yang maksimum kepada kumpulan sasar. II. PENCA PAIAN UTA MA, 2006-2007 Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan ber i l t i zam untuk menambah bai k penyampaian perkhidmatan awam dengan member i tumpuan khusus dalam meningkatkan perkhidmatan di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, memperkemas prosedur kawal selia, mengurus aduan awam, menggunakan aplikasi dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sistem sokongan serta mempercepat pelaksanaan projek berimpak besar (HIP). Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) yang terdiri daripada pegawai peringkat tertinggi sektor awam dan swasta telah ditubuh untuk memudahk an semua aspek mengenai perniagaan dengan menambah baik proses dan prosedur kerja serta dasar dan peraturan. Kerajaan telah menubuh Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) bagi mempercepat pelaksanaan HIP dan inisiatif Masyarakat Perdagangan dan Per industr ian Bumiputera fasa kedua. Kerajaan melaksana beberapa HIP berdasarkan impak secara langsung yang signifikan terhadap pertumbuhan dan pengagihan, kesan penggandaan tinggi kepada ekonomi, impak lebih nyata dan cepat dengan penekanan kepada sosioekonomi. Inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh Kajian Semula telah membawa kepada beberapa pencapaian yang signifikan seperti ditunjukkan dalam Kotak 5-1. Kejayaan melalui kesepakatan… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 100 Kotak 5-1 Pencapaian Utama, 2006-2007 Komitmen Output . Menambah baik penyampaian perkhidmatan awam dengan tumpuan kepada peringkat daerah dan kerajaan tempatan . Masa yang diambil untuk memproses permohonan cadangan pembangunan secara serentak berkurangan daripada 357 hari kepada maksimum 120 hari dengan penubuhan Pusat Setempat (OSC) dan Jawatankuasa OSC . Kos menjalankan perniagaan berkurangan dengan menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) kepada Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang memudahkan pelabur dan pemaju serta meningkatkan kredibiliti industri . Memudahkan sistem dan prosedur kerja . Masa yang diambil untuk bayaran balik cukai secara automatik berkurangan daripada 1 tahun kepada antara 14 hingga 30 hari dengan penyerahan maklumat melalui e-Filing . 47 peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara dipinda untuk menambah baik pengurusan tanah . Pemprosesan pasport dalam masa 1 hingga 24 jam . Pemprosesan permohonan pas kerja ekspatriat dalam masa 7 hari . Pendaftaran perniagaan baru dikurangkan daripada 3 hari kepada 1 jam . Pembaharuan pendaftaran perniagaan dikurangkan daripada 1 hari kepada 15 minit . Tempoh kelulusan awal Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dikurangkan daripada 3 bulan kepada 5 minggu . Satu negara satu nombor melalui inisiatif Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 menyedia akses lebih mudah kepada semua perkhidmatan bantuan kecemasan bagi orang awam di Lembah Klang . Memperkemas prosedur kawal selia . Urus niaga elektronik telah diberi pengiktirafan undang-undang dengan penggubalan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik, 2007, Akta Perdagangan Elektronik, 2006 dan pindaan Akta Perlindungan Pengguna, 1999 . Dasar Keselamatan Siber Nasional telah diperkenal bagi mengalakkan budaya keselamatan di kalangan orang awam dan pematuhan kepada standard keselamatan yang minimum di kalangan penyedia perkhidmatan kritikal . Mengurus aduan awam bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik . Menyegerakan penyelesaian aduan melalui penubuhan iAduan . Kaunter Aduan Bergerak dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu yang diperkenalkan telah memperluas perkhidmatan kepada orang ramai . Menggunakan aplikasi dan infrastruktur ICT bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan . Portal myGovernment ditubuhkan sebagai gerbang tunggal kepada pelbagai perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan oleh agensi. Sehingga tahun 2007: yy 3,749 borang boleh dimuat turun, 1,174 perkhidmatan dalam talian dan 80 perkhidmatan melalui SMS yy RM2 bilion urus niaga melalui e-Perolehan yy 300,834 pencari kerja, 1,544,881 kekosongan dan 823,430 pemadanan kerja telah disediakan melalui Bursa Buruh Elektronik (ELX) Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 101 Komitmen Output Perkongsian . data maklumat geospatial di kalangan pembekal dan agensi pengguna boleh didapati melalui Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI) . Proses permohonan lesen perniagaan dipermudah dengan Sistem Perkhidmatan Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) yang mana telah membolehkan pemohon menjejaki permohonan mereka secara dalam talian . Penyerahan maklumat cukai pendapatan secara elektronik melalui e-Filing . Perkembangan saluran e-pembayaran: yy Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) mengendalikan urus niaga pembayaran bernilai purata RM124.5 bilion setiap hari pada tahun 2007, iaitu penambahan sebanyak 23.6% berbanding dengan tahun 2006 yy GIRO Antara Bank (IBG) berkembang daripada RM26.3 bilion pada tahun 2005 kepada RM67.0 bilion pada tahun 2007 yy langganan perbankan Internet melonjak daripada 2.5 juta pada tahun 2005 kepada 4.5 juta pada tahun 2007 yy langganan perbankan mudah alih meningkat daripada 127.6 ribu pada tahun 2005 kepada 345.7 ribu pada tahun 2007 . Penubuhan 495 telecentre baru kerajaan menyediakan lebih banyak saluran capaian kepada perkhidmatan elektronik bagi masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan . Mempercepat HIP melalui NITF . Antara HIP dilaksanakan termasuk: yy Usahawan Industri Asas Tani yy Pembangunan Agropolitan yy Penjenamaan Semula Kolej Komuniti yy Lonjakan Pendidikan Luar Bandar yy Inisiatif pembangunan Koridor III. MELANGKAH KE HADAPAN, 2008-2010 Dalam usaha untuk memenuhi permintaan semasa pengguna dan mengekalkan daya saing, penyampaian perkhidmatan awam mesti ditransformasi kepada lebih mesra pelanggan dengan mengintegrasi perkhidmatan, meningkatkan keyakinan dalam perkhidmatan secara elektronik dan menerima pakai pendekatan berasaskan pencapaian dalam perancangan, pemantauan serta penilaian program dan projek. Pengintegrasian Perkhidmatan Mengintegrasi perkhidmatan melalui penggabungan proses dan prosedur merentas i agens i ak an di lak sana dengan merek ayasa penyampaian perkhidmatan, mewujudk an pusat setempat maya, menggalak perkongsian maklumat dan infrastruktur, mengkaji semula rangka perundangan dan kawal selia, melangkah ke arah kawalan kendiri, memperbaiki tadbir urus dan membangun kompetensi. Penyampaian perkhidmatan mesra pelanggan… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 102 Perekayasaan Penyampaian Perkhidmatan Bagi perkhidmatan yang melibatkan pelbagai agensi, proses kerja akan dikaji semula, direkayasa dan diperkemas untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap. Proses tersebut akan direka bentuk mengikut keperluan pelanggan yang mana penerapan budaya perkongsian perkhidmatan melibatkan maklumat dan infrastruktur akan digalak. Teknologi bersesuaian akan diguna untuk menyokong aliran kerja bagi proses yang telah direkayasa. Per k hidmat an ber sepadu mel a lui penggabungan proses dan prosedur merentasi agensi akan ditawar melalui inisiatif e-KL di Lembah Klang. Inisiatif ini termasuk permohonan pekerjaan, penyediaan akses setempat untuk pinjaman dan bantuan kewangan, enrolmen pelajar luar negara, penyegeraan kelulusan untuk pengiklanan melalui papan iklan, penyediaan akses melalui tetingkap tunggal untuk syarikat ICT memulakan operasi serta sistem pengurusan aduan yang seragam. Usaha ini akan menyedia akses yang lebih baik kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian yang bersepadu termasuk penghantaran, pembayaran, komunikasi dan aduan secara elektronik. Di samping itu, pengenalan kepada eBorang akan mengurang tempoh pemprosesan dan kos serta meningkatkan keselesaan pelanggan. Bagi mempercepat migrasi kepada pembayaran elektronik, Kerajaan akan terus melaksana strategi yang digariskan dalam hala tuju berkaitan termasuk menghapuskan halangan bagi membolehkan peningkatan kecekapan dan inovasi dalam pasaran. Penambahbaikan seterusnya akan dibuat dalam sistem bayaran runcit untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek serta memanfaatkan Internet dan telefon mudah alih sebagai saluran penyampaian yang diguna secara meluas dan murah bagi perkhidmatan perbankan dan bayaran. Carta 5-1 Bahagian Pembayaran Runcit Bukan Tunai mengikut Jumlah 2003 2007 Cek 35.9% Cek 19.2% E-Pembayaran 64.1% E-Pembayaran 80.8% Sumber : Bank Negara Malaysia Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 103 Sistem iAduan akan dinaik taraf untuk menjadi sistem pemantauan aduan awam, iSPAAA, iaitu sistem pengurusan aduan dalam talian yang bersepadu dan berpusat bagi sektor awam. Sistem ini akan diperluas meliputi semua kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan berkonsepkan “One Number Call Centre, No Wrong Door”. Carta 5-2 Penyelesaian Aduan melalui iAduan 2005 Penyelesaian aduan sebelum iAduan 2007 Penyelesaian aduan selepas iAduan 41% 59% 39% 61% Lebih daripada 2 bulan Kurang daripada 2 bulan Sumber: Biro Pengaduan Awam Da l am bidang pent adbi r an da n pengurusan tanah, pembangunan sistem perintis e-Tanah di Pulau Pinang akan menyepadu dan menambah baik semua proses pentadbiran tanah sedia ada bagi memastikan sistem ini boleh beroperasi secara bersama ke arah penggunaan dan penyebaran maklumat yang lebih cekap dalam membuat keputusan. Sistem ini akan merangkumi pembangunan portal e-Tanah untuk pertanyaan mengenai status permohonan tanah dan bayaran cukai pintu, membuat carian hak milik tanah serta memperoleh maklum balas daripada pengguna secara dalam talian. Di samping itu, pelaksanaan projek e-Kadaster akan mengurang tempoh masa yang diambil untuk memproses pengukuran hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua bulan. Pewujudan Pusat Setempat Maya Portal Perkhidmatan Awam myGovernment akan terus diperkukuh sebagai gerbang tunggal kepada pelbagai perkhidmatan dan maklumat. Kebolehcapaian kepada portal ini akan dipertingkat dengan penambahan kios di tempat awam dan akses melalui telefon mudah alih. Di samping itu, penambahbaikan akan terus dibuat kepada MyGeoportal yang merupakan akses tetingkap tunggal kepada perkhidmatan dan kandungan geospatial nasional bagi perancangan pembangunan. Peningkatan Perkongsian Maklumat dan Infrastruktur Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 akan diteruskan dalam fasa berikutnya yang melibatkan pembangunan dan naik taraf sistem aplikasi dan Pusat Panggilan 999 serta Pusat Penghantaran Agensi yang dapat memberikan respons yang lebih baik. Program latihan dan kesedaran akan dijalan secara berterusan untuk memasti kual i t i penyampaian perkhidmatan dikekalkan. Segalanya di satu tempat… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 104 Sistem Daf tar Nasional (NRS) akan dibangun bagi memboleh perkongsian data di kalangan agensi yang mana pengumpulan data utama dibuat hanya sekali dan disimpan secara berpusat untuk digunakan oleh agensi berkaitan. Repositori berpusat tunggal bagi input, pengemaskinian dan rujukan data akan membantu mengurangkan kesilapan dan pertindihan data di pelbagai agensi seterusnya memudahkan pelanggan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN) yang dibangun untuk menyediakan rangkaian infrastruktur tunggal bagi menghubung semua agensi kerajaan akan diperluas untuk meliputi semua lokasi. Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN) yang menghubung semua agensi kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Put rajaya akan dinai k taraf termasuk penubuhan gerbang baru untuk akses kepada Internet bagi meningkat prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan. Rangkaian yang terurus dan dikongsi bersama yang dijangka siap menjelang tahun 2010 akan mengurang kos, meningkat perkongsian maklumat dan menambah baik penyampaian perkhidmatan. Di samping itu, maklumat, perkhidmatan dan aplikasi bagi e-kerajaan, e-dagang, e-perbankan, e-pendidikan dan e-kesihatan akan disebar melalui telecentre kepada masyarakat yang kurang mendapat kemudahan. Portal KomunitiKita akan dibangun untuk memudah penyampaian perkhidmatan dan aplikasi lain yang disesuaikan kepada masyarakat tersebut termasuk orang kurang upaya, golongan miskin, warga emas, wanita dan Orang Asli. Kaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Kawal Selia Keperluan perundangan dan kawal selia yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan akan terus dikaji semula bagi menambah baik kemudahan kepada pelanggan. Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958, Ordinan Jurukur Tanah Berlesen 1958, Peraturan- Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 1959, Peraturan-Peraturan Ukur Kadaster 2002 dan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri akan dikaji semula untuk membolehkan penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan tanah. Kerajaan akan terus mengadakan perundingan dengan sektor swasta berkaitan prosedur perundangan dan kawal selia yang menjejas penyampaian perkhidmatan. Langkah ke arah Peningkatan Kawalan Kendiri Kerajaan akan terus menggalakkan pendek atan k awalan kendi r i dan pendekatan berasaskan penzahiran pematuhan dalam bidang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Forum Teknikal Standard Malaysia, Forum Kandungan, Forum Pengguna dan Forum Akses yang diwujud di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998 akan terus digalak. Forum industri ini secara bersama merangka kod industri sebagai panduan kepada industri. Penambahbaikan Tadbir Urus Tumpuan yang lebih akan diberi kepada tadbir urus yang baik di sektor awam dan swasta bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan ke arah menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan lokasi menarik untuk pelaburan. Ini termasuk menawarkan projek melalui pembidaan kompetitif, menambah baik tempoh respons penyampaian perkhidmatan, meningkatkan akauntabiliti dan memantau secara rapi pelaksanaan projek. Budaya berprestasi tinggi dan berintegriti akan digalak melalui penilaian standard Penyediaan sekali, penggunaan berulang… Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 105 penyampaian perkhidmatan awam dan swasta yang dikaitkan dengan indikator prestasi ser ta ditanda aras dengan ama l a n t e r b a i k p e n y amp a i a n perkhidmatan. Pembangunan Kompetensi Bagi meningkatkan kompetensi dalam perkhidmatan awam, program latihan akan dijalan untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan serta kemahiran pengurusan strategik, risiko dan projek. Peningkatan kompetens i ini ak an memas t ik an penyediaan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap secara berterusan. Program latihan ini termasuk mengadakan kerjasama dengan pusat pengajian terkemuka. Di samping itu, perancangan dan pembangunan modal insan akan dipertingkat secara berterusan melalui lembaga kompetensi bagi pengurusan sumber manusia. Program latihan akan dilaksana oleh agensi dalam usaha untuk kekal seiring dengan perkembangan dan pembangunan semasa selaras dengan fungsi utama agensi. Program latihan khidmat pelanggan akan terus diberi penekanan oleh agensi yang berurusan secara langsung dengan pelanggan. Peningkatan Keyakinan dalam Perkhidmatan berasaskan Elektronik Me n i n g k a t k a n k e y a k i n a n d a l a m perkhidmatan berasaskan elektronik adalah penting bagi menggalakkan penggunaan urus niaga elektronik dan meningkatkan penyertaan awam dan perniagaan dalam ekonomi digital. Langkah akan dipergiat untuk meningkatkan keselamatan dan privasi bagi melindungi kerahsiaan mak lumat , memas t ik an mak lumat tidak dipinda tanpa kebenaran dan tersedia apabila diperlukan. Langkah ini memerlukan penyedia dan pengguna perkhidmatan berkenaan memahami risiko kepada keselamatan dan privasi serta amalan baik keselamatan yang pe r lu di l a k s ana bagi membol e h penggunaan perkhidmatan elektronik yang selamat. Program kesedaran akan disasar kepada orang awam bagi membolehkan mereka memahami keper luan amalan bai k keselamatan dalam persekitaran siber. Penyedia perkhidmatan akan digalak untuk mematuhi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2006 untuk mematuhi garis panduan asas keselamatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai. Pemeriksaan dan audit secara berkala akan dijalan bagi membantu agensi menilai tahap pematuhan dan memperkukuh pelaksanaan keselamatan ke arah pematuhan kendiri atau mencapai persijilan pematuhan yang akan meningkat keyakinan pengguna. Undang-undang sedia ada berkaitan keselamatan maklumat akan dikaji semula untuk menentukan kesempurnaan dan kesesuaiannya. Memandangkan data peribadi merupakan komoditi bernilai yang boleh didagang, diguna dan diguna semula, Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (PDP) akan dirangka untuk mengawal pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik, 2007 akan diperluas pemakaiannya merangkumi lebih banyak aktiviti dan urus niaga yang dibuat oleh agensi kerajaan. Hala tuju Aktiviti E-Dagang mengambil kira penyebaran maklumat dan pemupukan keyakinan di kalangan orang awam dan perniagaan. Garis panduan mengenai perbankan elektronik akan diperkenal bagi menangani risiko, ancaman dan kelemahan yang mungkin timbul daripada penggunaan perbankan internet. Meningkat keyakinan pengguna… Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 106 Perancangan, Pemantauan dan Penilaian berasaskan Pencapaian Pendekatan perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian akan diterima pakai bagi memastikan projek yang dilaksana mencapai objektif yang dikehendaki. Langkah ini melibatkan pengukuhan kompetensi dan keupayaan agensi pelaksana, penambahbaikan sistem dan proses kerja serta penyesuaian struktur organisasi di kementerian dan agensi. Inisiatif ini akan memperkenalkan amalan baik pengurusan projek, meningkatkan penyelarasan dalam dan di kalangan agensi serta antara dasar dan pelaksanaan projek. Kejayaan metodologi pengurusan projek yang dilaksanakan di kementerian dan agensi perintis akan diguna pakai oleh agensi lain bagi menambah baik perancangan dan pelaksanaan projek. Latihan akan terus ditawar dan dikemaskini untuk meningk atk an pemahaman tentang proses, pendekatan dan teknik pengurusan projek berdasarkan garis panduan dan standard antarabangsa. Di samping pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan, sistem pemantauan projek sedia ada, SPP II akan dipertingkat untuk mengambil kira pendekatan berasaskan pencapaian. E A A C IV. P NA P I N, 2010 Jangkaan pencapaian utama menjelang tahun 2010 dengan penambahbaikan keupayaan institusi dan pelaksanaan adalah seper t i di tunjukkan dalam Kotak 5-2. Memaksimum manfaat, mengoptimum kos… Bil. pelanggan (juta) Pertumbuhan dan Penembusan Perbankan Internet Pertumbuhan dan Penembusan % Penembusan Perbankan Mudah Alih 5.0 4.0 3.0 2.0 1.0 0.0 2003 2004 2005 2006 2007 16.5 11.8 9.6 7.8 7.0 18.0 16.0 14.0 12.0 10.0 8.0 6.0 4.0 2.0 0.0 Bil. pelanggan perbankan Internet (juta) Penembusan pelanggan perbankan Internet kepada bilangan penduduk (%) Bil. pelanggan (juta) % Penembusan 0.4 0.3 0.2 0.1 0.0 2003 2004 2005 2006 2007 1.26 0.92 0.48 0.10 0.00 1.4 1.2 1.0 0.8 0.6 0.4 0.2 0.0 Bil. pelanggan perbankan mudah alih (juta) Penembusan pelanggan perbankan mudah alih kepada bilangan penduduk (%) Carta 5-3 Pertumbuhan Perbankan Internet dan Mudah Alih Sumber : Bank Negara Malaysia Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 107 Kotak 5-2 Jangkaan Pencapaian, 2010 Komitmen Pencapaian . Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi . Perkhidmatan mesra pelanggan merentasi agensi . Capaian mudah melalui pusat setempat maya . Keselesaan kepada pelanggan menerusi perkongsian data di kalangan agensi yang mana pengumpulan data hanya dibuat sekali sahaja . Penyerahan dan urus niaga lebih mudah melalui eBorang dan e-pembayaran . Penyampaian perkhidmatan yang lebih meluas kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan melalui telecentre . Pengurusan aduan yang efektif melalui satu platform berpusat bagi mengendali aduan awam . Meningkat keyakinan dalam perkhidmatan berasaskan elektronik . Persekitaran menggalakkan bagi memulakan perniagaan . Capaian mudah dan keselesaan kepada pelanggan melalui peningkatan penggunaan perkhidmatan elektronik . Perlindungan data peribadi hasil dari pelaksanaan Akta PDP . Melaksana perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian . Manfaat program kepada kumpulan sasar dimaksimumkan melalui perancangan dan pengurusan program dan projek yang efisyen V. PENUTUP Dalam tempoh Kajian, penambahbaikan yang signifikan telah dicapai dalam mengukuhk an keupayaan ins t i tus i dan pelaksanaan. Bagi melangkah ke hadapan, penambahbaikan akan dibuat khususnya kepada penyampaian perkhidmatan ke arah lebih mesra pelanggan. Langk ah ini termasuk mengintegrasi sistem dan perkhidmatan merentasi agensi dan meningkatkan k e y a k i n a n d a l am p e r k h i dma t a n berasaskan elektronik bagi menyedia p e r k h i dma t a n b e r k u a l i t i y a n g memudahkan orang awam dan perniagaan serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan yang lebih meluas. Di samping itu, pendekatan berasaskan pencapaian dalam perancangan, pemantauan dan penilaian program dan projek akan dilaksana untuk memaksimumkan manfaat kepada rakyat. Dengan kerjasama dan kesepakatan sektor swasta, Kerajaan akan berusaha ke arah pencapaian kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dengan lebih telus, berintegriti dan profesional. Peruntukan Pembangunan 109 peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 110 7.7% Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan 23.0% 42.2% 19.4% 7.7% Jadual A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras No. Teras Peruntukan 2006-2010 (RM juta) % daripada Jumlah Perbelanjaan 2006-2007 (RM juta) % daripada Peruntukan Baki 2008-2010 (RM juta) % daripada Jumlah 1 Meningkatkan Ekonomi dalam Rantaian Nilai Lebih Tinggi 52,837 23.0 18,934 35.8 33,903 21.2 2 Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk ‘Minda Kelas Pertama’ 44,636 19.4 8,842 19.8 35,794 22.4 3 Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan 17,607 7.7 3,565 20.2 14,042 8.8 4 Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup 97,018 42.2 31,542 32.5 65,476 40.9 5 Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan 17,902 7.7 7,122 39.8 10,780 6.7 Jumlah 230,000 100.0 70,005 30.4 159,995 100.0 Carta A-1 Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut Teras Peruntukan Pembangunan 111 peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan 113 glosari akronim Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 114 glosari akronim AIM = Amanah Ikhtiar Malaysia ASEAN = Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations) ASW = Amanah Saham Wawasan ASWARA = Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan BALB = Bekalan Air Luar Bandar BLESS = Sistem Perkhidmatan Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (Business Licensing Electronic Support System) CCC = Sijil Penyiapan dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance) CFO = Sijil Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation) E&E = Elektrikal dan Elektronik ECER = Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) ECERDC = Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council) EKS = Enterpris Kecil dan Sederhana ELX = Bursa Buruh Elektronik (Electronic Labour Exchange) e-PBT = Sistem Aplikasi ICT untuk Pihak Berkuasa Tempatan FAMA = Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agriculture Marketing Authority) FDI = Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment) FELDA = Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Federal Land Development Authority) GITN = Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunications Network) GLC = Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-linked Companies) HIP = Projek Berimpak Besar (High Impact Projects) HIV/AIDS = Virus Kurang Daya Tahan/Sindrom Kurang Daya Tahan (Human Immunodeficiency Virus/Acquired Immunodeficiency Syndrome) 115 IBG = GIRO Antara Bank (Interbank GIRO) IBS = Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System) ICOR = Nisbah Tambahan Modal kepada Pengeluaran (Incremental Capital Output Ratio) ICT = Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology) I-KIT = Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal IM = Iskandar Malaysia IPv4 = Internet Protocol version 4 IPv6 = Internet Protocol version 6 IRDA = Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Region Development Authority) ISMS = Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System) IWRM = Pengurusan Bersepadu Sumber Air (Integrated Water Resources Management) j-QAF = Program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain KDNK = Keluaran Dalam Negeri Kasar KLIA = Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KL International Airport) km = kilometer KNK = Keluaran Negara Kasar LRP = Loji Rawatan Pembetungan M&K = Mesin dan Kelengkapan (Machinery and Equipment) MARA = Majlis Amanah Rakyat MATRADE = Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Malaysian External Trade Development Corporation) MATRIIX = Pertukaran Maklumat Perdagangan dan Industri antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Agensi (MITI and Agencies Trade and Industry Information Exchange) MAVTRAC = Malaysian Virtual Trading Corporation MBO = Management Buyout 116 MDeC = Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) MESTI = Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development Strategic and Target Industry Programme MICE = Persidangan, Insentif, Konvensyen dan Pameran (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) MIFC = Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Islamic Financial Centre) MLNG2 = Loji Gas Asli Cecair Malaysia 2 (Malaysia Liquefied Natural Gas Project 2) MNC = Syarikat Multinasional (Multinational Companies) MPPB = Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera MPS = Management of Government Portal Services MQA = Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) MQF = Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework) MSC = Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) MSTB = Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera MW = megawatt MyGDI = Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (Malaysian Geospatial Data Infrastructure) NCDC = National Content Development Corporation NCER = Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) NCIA = Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (Northern Corridor Implementation Authority) NGO = Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisations) NITF = Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (National Implementation Task Force) NOSS = Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard) NRS = Sistem Daftar Nasional (National Registry System) OKU = Orang Kurang Upaya 117 OSC = Pusat Setempat (One-stop Centres) PBT = Pihak Berkuasa Tempatan PCN = Rangkaian Kampus Putrajaya (Putrajaya Campus Network) PDP = Perlindungan Data Peribadi PE = Penduduk Setara (Population Equivalent) PEMUDAH = Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan PERMATA = Program Permata Negara PFI = Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Initiatives) PNB = Permodalan Nasional Berhad PPMS = Program Pembangunan Masyarakat Setempat PPR = Program Perumahan Rakyat PTPTN = Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PUNB = Perbadanan Usahawan Nasional Berhad R&D = Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development) R&D&C = Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersilan (Research and Development and Commercialisation) RECODA = Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (Regional Corridor Development Authority) REIT = Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trusts) RELA = Ikatan Relawan Rakyat Malaysia RENTAS = Sistem Pemindahan Elektronik Dana dan Sekuriti Masa Nyata (Real-time Electronic Transfer of Funds and Securities) RSE = Ahli Sains dan Jurutera Penyelidik (Research Scientists and Engineers) S&T = Sains dan Teknologi SCORE = Penggredan Daya Saing untuk Peningkatan EKS (SMEs Competitive Rating for Enhancement) SCORE = Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak (Sarawak Corridor of Renewable Energy) 118 SDC = Koridor Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor) SEDIA = Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sabah Economic Development and Investment Authority) SLDN = Sistem Latihan Dual Nasional SMIDEC = Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Small and Medium Industries Development Corporation) SMS = Khidmat Pesanan Ringkas SPAN = Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPP = Sistem Pemantauan Projek SSM = Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSO = Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (Shared Services and Outsourcing) TCM = Perubatan Tradisional dan Komplementari (Traditional and Complementary Medicine) TEKUN Nasional = Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional TEU = Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (Twenty-foot Equivalent Units) TEVT = Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Technical Education and Vocational Training) TFP = Produktiviti Faktor Keseluruhan (Total Factor Productivity) TFSS = Pasukan Petugas Statistik Perkhidmatan (Task Force on Services Statistics) UDA = Perbadanan Pembangunan Bandar (Urban Development Authority) UiTM = Universiti Teknologi Mara UniKL = Universiti Kuala Lumpur WTO = Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization) YEIDS = Skim Pembangunan Usahawan Muda India (Youth Entrepreneur Indian Development Scheme) YUM = Yayasan Usaha Maju 119 121 petunjuk Kajian separuh penggal Rancangan malaysia kesembilan, 2006-2010 122 123 petunjuk A aduan, 100, 102, 103 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), 49 Agropolitan, 65 ahli sains dan jurutera penyelidik, 45, 50, 56 air ribut, 91 air tidak terhasil, 102 Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa, 39 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, 95 akaun barangan, 15, 20 pendapatan, 15, 21 perjalanan, 15 perkhidmatan, 20 semasa, 15, 20 akses, 43, 44, 47, 48, 49, 52, 55 akses tetingkap tunggal, 102, 103 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik, 2007, 100, 105 Akta Amalan Perdagangan Adil, 33 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, 2006, 52 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 85 Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 85 Akta Perdagangan Elektronik, 2006, 100 Akta Perlindungan Pengguna, 100 aktiviti penjanaan pendapatan, 65 aktiviti rekreasi, 91 amalan baik keselamatan, 105 amalan pertanian baik, 25 asas tani, 28, 36, 39 aset bukan kewangan, 62, 66, 67 atlit muda, 91 B Badan Bertindak Pelaksanaan Negara, 99, 101 badan kawal selia air negeri, 102, 109 bahagian pendapatan, 59, 66, 73 bahan pengajaran dan pembelajaran, 52 bahan toksik dan berbahaya, 80, 90 bangunan komersil dan kediaman, 67 barangan dan perkhidmatan Malaysia, 30, 36 barangan modal, 15, 20 barangan pengantara, 15, 20 barangan penggunaan, 20 bekalan air luar bandar, 96, 102, 109 bekalan dan permintaan gas, 33 beras, 38 berdaya saing, 25, 26 berintensif pengetahuan, 25, 32, 34 berorientasi pasaran, 31 bidang pertanian, 36, bidang pertumbuhan baru, 71 biokeselamatan, 90, 94 bioteknologi, 30, 35, 36, 90, 94 budaya dan nilai tradisional, 91 budaya kesukanan, 98 D dana individu Bumiputera, 67 dasar fiskal, 15 Dasar Jaminan Makanan Negara, 22 Dasar Keluarga Negara, 87 daya saing, 99, 101 defisit fiskal, 15, 19, 22 E e-dagang, 27, 104, 105 e-pembayaran, 101, 102, 107 eKasih, 66 ekonomi berasaskan pengetahuan, 13 ekonomi dunia, 16 eksport, 15, 20, 27, 28, 35, 39, 40 elektrik penjanaan, 29, 33 penghantaran, 29, 33 pengagihan, 29, 33 luar bandar, 95, 101 enterpris kecil dan sederhana, 28 e-PBT, 78 F flora dan fauna, 80, 90 fotonik, 35 francaisor, 27 124 G gaya hidup aktif dan sihat, 82, 91, 95 gerbang, 100, 103, 104 getah, 25, 35, 38 global inflasi, 16 permintaan, 14, 19 grid, 29 H hab, 28, 35, 39, 55 hak milik ekuiti, 61, 72 halal, 35, 36 hasil, 15, 19 herba dan rempah, 28, 35, 39 hibrid solar, 101 hutang kerajaan, 15 I ibu tunggal, 88 ICT, 25, 27, 28, 31, 32, 35, 36, 38, 39, 40 ikan hiasan, 28, 35, 39 imbangan pembayaran keseluruhan, 15, 20 imbangan sumber, 15, 21 import kasar, 15, 20 indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan, 13 Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem, 29 industri berorientasikan domestik, 25, industri perkhidmatan air, 102 infrastruktur, 29, 32, 38 infrastruktur pertanian, 34 inisiatif pembangunan kluster, 63, 70, 73 insentif khusus, 34, 35 institusi TEVT, 52, 53 instrumen penyusunan semula, 67 instrumen perancangan alam sekitar, 90 International Halal Integrity Alliance, 36 internship, 50 Islam Hadhari, 43, 53, 54 J jalan raya luar bandar, 102 jaminan makanan negara, 34 jaringan penjagaan klinikal, 83 j-QAF, 48, 53 jumlah guna tenaga, 46, jurang digital, 63, 66, 68, 70 jurang pendapatan, 60, 66 jurang prestasi, 44, 48, 55 jurulatih yang berkelayakan, 91 K kadar kesuburan, 46 kadar pengangguran, 46 kadar pertumbuhan, 46 kaedah pengukuran, 71 kandungan sulfur, 94 kawasan hutan yang terosot, 90 kawasan yang sering berlaku kemalangan, 97, 103 kebolehpasaran graduan, 50 kebudayaan, kesenian dan warisan, 81, 95 keluaran dalam negeri kasar (KDNK), 11, 14, 15, 16, 18, 19 keluaran negara kasar, 15, 17, 20 Keluarga@Kerja, 79 kematian di jalan raya, 103 kemiskinan relatif, 65 kemiskinan tegar, 59, 60, 64, 72 kempen budi bahasa, 91, 95 kemudahan asas, 65 kemudahan kredit mikro, 60, 65 kenaf, 28, 35, 39 kepelbagaian biologi, 90, 94 Kerangka Kelayakan Malaysia, 49 kerjasama sektor awam dan swasta, 30, 31, 35 kesediaan pengetahuan, 13 keselamatan jalan raya, 97, 103 keselamatan maklumat dan privasi, 99, 105 kesihatan wanita, 88 ketidaksamaan pendapatan, 66, 72 ketidakseimbangan guna tenaga, 68 keuntungan sebelum cukai, 26 kewangan, 26, 36 kewangan Islam, 25, 27, 30, 34, 39 keyakinan, 99, 101, 105, 107 klinik bergerak, 83 klinik desa, 78 klinik kesihatan, 78 125 kolej komuniti, 49, 52, 53 komoditi industri pertanian, 25 kompetensi, 99, 101, 105, 106 kompetensi pengetahuan, 13 komposisi sumber manusia, 68 komuniti India, 62, 66, 67 koridor pertumbuhan, 63, 68 kualiti air, 80, 94 kualiti udara, 80, 90, 94, kumpulan berpendapatan menengah, 66, 73 kumpulan etnik, 45 Kumpulan Fokus, 66 kumpulan minoriti, 65, 66 kumpulan yang kurang mendapat akses, 83 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 49 L landasan kereta api berkembar elektrik, 97, 102, 110 langkah mitigasi, 91 latihan kemahiran, 65, 67, 68, 73, lebihan dagangan, 15 lembangan sungai, 80, 91, 94 Local Agenda 21, 85 loji rawatan pembetungan, 96, 109 M mahkamah harta intelek, 34 Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Pendidikan dan Latihan, 53 makmal-ke-pasaran, 31, 34 mampan, 33 masyarakat penyayang, 77 Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), 59, 63, 64, 66, 70, 71, 72, 73, 99 Medan Info Desa, 63, 70 mekanisme penyampaian, 66 memperkasa belia, 88 meneroka, 28, 36 mengintegrasi perkhidmatan, 101, 107 mesra pelanggan, 99, 107 minyak sawit, 25, 35, 38 miskin bandar, 65 modal, 11 MSTB, 66, 68 myGovernment, 100, 103 N nanoteknologi, 35 negara maju, 16 negara membangun, 16 negara yang harmoni, 91 negeri kurang membangun, 68 nilai ditambah, 25, 27, 30, 35, 38 nilai moral dan etika, 53 nisbah ketidaksamaan, 61, 66, 72 nisbah tambahan modal kepada pengeluaran (ICOR), 11 NOSS, 52 O Orang Asli, 65 orang kurang upaya, 89 organisma hidup diubah suai, 90 P pariti kuasa beli, 11 pasaran baru muncul, 16 pasaran yang mempunyai pertumbuhan tinggi, 40 paten, 27, 34 pekerja asing, 46, 47 pekerja berpengetahuan, 46, 47, 56 pekerja mahir, 43, 52, 53 Pekerjaan Malaysia, 2008-2010, 52 pelaburan, 27, 39 asing, 11 awam, 14, 18, 19 dalam negeri, 21 langsung asing (FDI), 12, 13 swasta, 13, 14, 18 pelajar tercicir, 44, 53 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 47 pelan induk pengangkutan, 10, 32 Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 35 Pelan Strategik Pengajian Tinggi, 49 pelan tindakan strategik, 68 pelan yang komprehensif, 53 pelancongan, 25, 39 kesihatan, 39 pendidikan, 39 pelbagai mod, 32 Pelindungan Data Peribadi (PDP), 105, 107 peluang pekerjaan, 88 pembangunan belia, 79, 88 126 pembangunan koridor, 59, 66, 68, 70, 72 pembangunan modal insan, 66 pembasmian kemiskinan, 59, 60, 64, 66, 68, 72 pembasmian rasuah, 54 pembelajaran sepanjang hayat, 53 pembinaan, 29, 35 pembuatan, 13, 14, 16, 19, 20, 25, 27, 36, 37 pembuatan makanan, 28 pemerolehan pengetahuan, 13 pemprosesan tempatan, 38 pemuliharaan, 81, 90 pencapaian, 25, 26, 37, 38, 39, 40 pendaftaran perumahan, 85 pendapatan per kapita, 11, 12 pendapatan purata, 59, 60, 61 pendapatan tukaran asing, 26, 37 pendekatan berasaskan pencapaian, 99, 101, 106, 107 pendekatan bersepadu, 65 pendekatan pengajaran dan pembelajaran, 52 pendekatan perkongsian awam-swasta, 71 penduduk setara, 96 pengagihan elektrik, 29 pengangkutan, 15 pengangkutan sungai, 103 pengendalian aktiviti lepas-tuai, 33 Penggredan Daya Saing untuk Peningkatan EKS, 28 penggunaan awam, 14, 18 swasta, 14, 18 penghantaran elektrik, 29 pengkomersilan, 31 pengukuhan integriti, 54 pengurusan sisa pepejal, 85 sumber secara mampan, 78 peningkatan keupayaan, 50, 55 peningkatan kualiti, 47, 49, 52 penjagaan primer, 78, 82 penjagaan sekunder dan tertiari, 78, 82, 83 penyakit berjangkit, 82 tidak berjangkit, 82 penyampaian perkhidmatan, 99, 100, 101, 102, 102, 104, 105, 107 penyelidikan bersama, 51 penyelidikan dan pembangunan, 25, 31, 33 penyertaan Bumiputera, 63, 66, 67, 70, 73 penyertaan industri, 53 penyertaan wanita, 47 penyusunan semula guna tenaga, 62, 68, 72 penzahiran pematuhan, 104 perabot dan kelengkapan, 28 peranan masyarakat, 88 perancangan guna tanah, 90, 91 peraturan pengiktirafan bersama, 35, 36 perawatan di rumah, 83 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, 52 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 51 perbankan, 26, 39 perbankan Internet, 101, 105, 106 perbankan Islam, 26, 27, 30, 39 perbankan mudah alih, 101, 106 perbelanjaan mengurus, 19 pembangunan, 15, 19 perdagangan dunia, 16, 20 perdagangan pengedaran, 27 pergudangan, 36 perikanan laut dalam, 28, 35 peringkat lepasan ijazah, 45, 49, 50, 51, 55 perkhidmatan, 25, 26, 30, 33, 34, 35, 36, 37, 39 perkhidmatan pencegahan klinikal, 82 perkhidmatan pengangkutan udara luar bandar, 103 perkongsian pintar, 51 PERMATA, 44, 49 permintaan dalam negeri, 11, 14, 16 perolehan teknologi, 31, 35 persatuan sukan kebangsaan, 91 pertanian, 14, 15, 16, 19, 25, 28, 30, 33, 34, 35, 36, 38 perubahan corak penyakit, 82 perubahan iklim, 91 peruncitan, 30, 35 piawaian alam sekitar, 90 127 politeknik, 49, 52 portal MyHealth, 78, 83 prasekolah, 44, 49, 55 Pro3-Based Learning, 52 produk getah, 28 produktiviti, 25, 26, 29, 30, 34, 37, 40 produktiviti faktor keseluruhan (TFP), 11, 12, 16 profesional, 27, 35, 39 profesional Bumiputera, 71 profesional dan separa-profesional Bumiputera, 68 program aerobik, 82 program berpakej, 71 program kecergasan, 82 Program Latihan Khidmat Negara, 79, 88 program mengenalpasti bakat, 91 program pembangunan keluarga, 79 Program pembangunan keusahawanan, 71 Program Pembestarian Sekolah, 44, 48, 55 Program Perumahan Rakyat, 78, 85 program perumahan, 65 Program Rakan Muda, 79, 88 Program Rantaian Industri, 28, Projek Berimpak Besar (HIPs), 99, 100 projek mesra rakyat, 19 promosi kesihatan, 78, 84 Pusat Internet Desa, 63, 70 pusat jagaan kanak-kanak, 87 Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), 34 pusat sehenti, 78 R rantaian nilai, 70, 73 rantaian penawaran, 30 rumah kos rendah, 78, 85, 92 Rumah Mampu Milik, 85 rumah panjang di Sabah dan Sarawak, 85 S S&T, 50, 51 sains sukan, 91 SchoolNet, 48 sektor pembinaan, 14, 19 pembuatan, 14, 16, 19, 20, 43 perkhidmatan, 11, 14, 18, 43, 46 perlombongan, 15, 19 pertanian, 14, 16, 19 swasta, 25, 32, 34, 35, 37, 40 Sijil Kelayakan Menduduki (CFO), 100 Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), 100 sisa elektrikal dan elektronik, 90 sistem bayaran runcit, 102 sistem bil bersama, 102, 109 Sistem Binaan Industri (IBS), 85 sistem pembetungan, 102 sistem pengangkutan awam bersepadu, 93 sistem penggredan, 78 sistem penilaian, 48 Sistem Perkhidmatan Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan, 101 skim insentif, 34 skim saham khas, 65 skim sewa beli, 85 skim unit amanah, 62, 67 SMARTSTART, 79 spesies terancam, 80, 90 subsidi kerajaan, 78 sukan berprestasi tinggi, 91 sukan massa, 91, 95 sukuk, 27 sumber asli, 77, 90 sumber manusia, 78, 83 sumber pertumbuhan baru, 11, 16, 25, 30, 34, 35, 39, 40 T tabungan negara kasar, 15, 21 tadbir urus, 99, 101, 104 tadbir urus korporat, 54 tahap sara diri, 38 takaful, 27, 35, 39 takaful semula, 35 tanah pribumi dan tanah adat, 67 tanaman makanan, 34 tanggungjawab sosial korporat, 53, 54, 87 128 tebatan banjir, 90 teknologi masa hadapan, 31 teknousahawan, 68, 71 telecentre, 63, 70 tenaga bekalan, 33 boleh diperbaharu, 33 buruh, 11, 43, 44, 46, 50, 55, 56 harga, 33 kecekapan, 33 terjamin, 33 terminal penerbangan tambang murah, 103, 110 terminal pengangkutan bersepadu, 102, 110 ternakan, 25, 28, 35 tindakan kecemasan semasa banjir, 91 U undang-undang dan peraturan, 88 Unit Khidmat Penyayang, 79 universiti dan industri, 30 urusniaga elektronik, 100, 105 W wakaf, 67 wanita di peringkat membuat keputusan, 88 warga emas, 89